Thursday, May 31, 2007

Audit ... oh..audit

Pepagi hari dah dapat e-mail tentang audit surveillance. Bulan Julai nanti pengaudit akan datang. Bos Unit Kualiti dah bagi reminder awal supaya sediakan bahan awal... For me, kena la prepare teaching portfolio 2 semester lepas. Ntah kemana-mana dah bahan-bahan 2 semester lepas tuh.. adussss... nak kena korek balik kat bilik opis ni... bagus gak dapat reminder gitu,.. at least I can clear up my office.. takde la penuh ngan kertas yang tak tau apa gunanya pun.. hehehe...

Tuesday, May 29, 2007

Community Services

Semalam kumpulan perunding kami - iSynergy, telah mengadakan satu program komuniti. Dianjurkan oleh JKKK Kg. Pecah Batu, Manong; dihadiri oleh penduduk kampung berusia antara 19-13 tahun. Program hanya sehari dari pagi 9.00am hingga 5.00pm. Kami ajarkan Microsoft Word dan PowerPoint. Asasnya kebanyakan mereka dah tahu guna. Apapun, yang diajar ada jugalah yang baru pada mereka... kata mereka...
Kira okaylah berjaya satu program komuniti, boleh masuk dalam appraisal tahun ni... hehehe.. ada markah lebih sket kot bosss....

Monday, May 28, 2007

Route to KSA : New Collegue

Pagi Isnin yang indah ini, dapat berita baik dari seorang teman - teman seperjuangan ketika pergi Interview for UCY. Dia baru mendapat berita baik, diterima bekerja untuk UCY juga. Alhamdulillah.... ada juga kawan di sana nanti.. hehe... macam dah sure jek dia nak pergi... ni tengah memujuk dia supaya terima... she has 3 days to reply... tengah bingung tu, dapat berita secara tiba-tiba selepas excitement itu hilang katanya... tak kira, nak pujuk jugak dia pergi... :-)

Friday, May 25, 2007

Route to KSA : Process 2

Process 2 : semua ahli keluarga kena cucuk meningitis vaccine.. semalam dah buat kecuali second daughter sebab masih below 2 years, dr tak benarkan. but she had to take chicken pox vaccine.. menangis la kejap... kejap jek... terkezut kot...
so, record ni kena simpan sebab later akan diperlukan...

Thursday, May 24, 2007

Route to KSA : SubProcess 1

Siap ada sub-process lak.. hehe.. sebenarnya process 1 hari tu untuk buat paspot anak.. memang dah buat..
tapi sebenarnya paspot kami anak-beranak kena scan and hantar ke UCY... supaya derang boleh buat surat invitation ke sana bersama family (gitulah lebih kurang tujuannya).
last week dah hantar ke officer incharge. In fact officer tu dah reply pun my e-mail, saying that it might take 4 - 6 weeks for them to prepare the documentations... ammboiiii.. lamanya nak tunggu.. anyway, the officer asked us to proceed with other processes, which doesn't required their invitation letter.
ok la gitu.. kena la buat benda lain dulu ..

Tuesday, May 22, 2007

Kesilapan Ibubapa dalam Mendidik Anak-anak

I received an e-mail from hubby, dah lama dah dapat, cuma baru teringat... Sesuai dikongsi bersama untuk panduan serta peringatan..


Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah ..
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t.(Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengantujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


Wallahu a'lam.

SELAMAT HARI GURU

Salam...
16 May adalah hari guru... terlupa plak nak bercerita...(maklumlah tengah bergembira di Labuan.. hehe).
Saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari sekolah tadika, rendah, menengah, matrikulasi tahun 1 dan 2, serta pensyarah-pensyarah semasa saya mengambil sarjana dan sarjana muda.. Tak lupa jugak untuk semua rakan-rakan yang berstatuskan GURU/CIKGU/PENSYARAH.
Saya sendiri pada tarikh tersebut menerima beberapa sms ucapan dari anak-anak murid. Ada yang baru diajar semester lepas, ada juga yang dah setahun berlalu, masih ingat pada cekgunya ni... Terima kasih semua..

Sunday, May 20, 2007

The Labuan Island

Salam...
14-16 May yang lepas, kami sekeluarga bersama 2 keluarga yang lain, telah bercuti ke Pulau Labuan, Sabah. Semuanya gara-gara dapat tiket 0 RM dari Air Asia. Nak jugak merasa tiket free (tak free pun sebenarnya), pikir punya pikir, maka teringat dekat 2 ex-officemates yang kini berada di UMSKAL (Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan). Tu la kisah boleh sampai ke Labuan.
Gambar kanan tu .. my family depan pintu masuk UMSKAL...



Perjalanan mengambil masa 2 jam 15 min, dari LCCT ke Labuan. Sempat la jugak tido 1 round :-)
Ini rupa bentuk pulau Labuan.. gambar diambil dari dalam flight Air Asia... sejurus sebelum landing...

Kecik jek kan.... kami pun cam tak caya jek masa memula nampak dari flight... tapi itulah dia Pulau Labuan. Dalam masa 2-3 jam dah boleh habis pusing satu pulau (dengan kereta la syaratnya...)
Menurut kawan kami, Labuan ni jauh lebih kecil dari Langkawi... tapi tak terasa pun kekecilannya sebab setiap penjuru pulau dibangunkan.... dengan kereta Toyota dan Honda yang dapat dilihat merata-rata... maklumlah pulau bebas cukai... sabar je lah mata menengok...
Satu nak dipuji, kebersihan pantai... memang bersih... rasanya takde pantai lain kat Malaysia ni yang boleh lawan... (tak sure tentang Tioman sbb belum pernah sampai). takde sampah-sarap hatta daun gugur sekali pun, semua disapu bersih setiap pagi.
Bercerita tentang shopping pulak, yang popularnya mutiara (inilah tempat asal-usulnya), coklat and kain batik.. Lain, I'm not so sure... tu la 3 benda yang disyorkan oleh kekawan... hehe...
Oh ya.. lagi satu yang best.. seafood!!! Makan kenyang punyalah..... fresh lagi.. tengok ni...
Makan ketam, ketam and ketam lagi... nasi tak payah pun takpe... bestnya... bestnya... lagi best bila my dear 2 frens yang belanja... hahaha.....

Labuan - The Sunset

Salam...
Satu perkara yang tak dapat nak dilihat dengan cantiknya dekat Ipoh or Sri Iskandar, tapi ada di Labuan, ialah 'sunset'... cantik sangat... masa tengok tu tak terasa apa sangat (or mungkin memang tak reti nak menikmati kott... hehe .. dussshhhh). tapi bila dah balik, tengok balik gambar yang ditangkap, alamak cantiknyaaa....


Hari dah makin petang, lebih kurang pukul 6 pm.. Orang tempatan dah kalut balik rumah untuk Solat Maghrib.. Kami masih dalam kereta, mencari pot yang sesuai... nak bagi anak-anak mandi laut..hehe..


Sampai pun destinasinya... Pantai ini bertentangan dengan UMSKAL.
Cantikkan permandangan ni? eehhmm...eehhmm... saya yang tangkap gambar tu tau...


p/s gambar kat header blog ni pun hasil 'tangkapan' saya gak.. That was at Tasik Banding, Lebuhraya Timur-Barat. Gambar diambil ketika di dalam bas yang bergerak..

Friday, May 18, 2007

SELAMAT HARI IBU

mungkin agak terlambat... (bukan mungkin, memang pun terlambat) untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu atau bakal ibu yang membaca blog ini, serta untuk diri sendiri :-) ... terutamanya untuk ibuku PUAN RAMLAH MAT ISA.

Tambahan..
saya ada menerima sms dari rakan baik saya mengucapkan selamat hari ibu berserta kata-kata yang bunyinya indah...

" A mom is gods love in action. She looks with her heart and feels with her eyes. A mom is the bank where her children deposit all their worries and hurt. A mom is the cement that keeps her family together and her love lasts a lifetime. "

Friday, May 11, 2007

Route to KSA : Visa Application

These are the steps or procedures that I need to go through...
Thanks to a friend who is already in UCY : Pn. Siti Haryani Mohd Haris and family. Thank you so much... We will not know where to start and what to do without your help....

Document for Visa Application from Saudi Embassy in Kuala Lumpur
1: *Passport for All- Scan all and send to UCY - officer incharge.

2. *Medical Check UP - From Hospital ONLY!. (Government Hospital kena 2 bulan lebih awal. Bayar 250 ++. Private 450++)
Go to Embassy KL ambik borang medical check up dan check list untuk submission Visa. Tunjuk temporary contract letter.

3. *Injection Meningitis for everybody except baby below 2 years. Keep the record.

4. *Pengesahan academic certificates - in Wisma Putra, Putra Jaya

5. *Pengesahan dokumen yang diterjemah ke bahasa Arab - e.g surat beranak anak, sijil nikah, lesen memandu. - dibuat di dibuat di Wisma Putra , Putra Jaya

6. *Bankers check untuk bayar pengesahan sijil di Embassy dan resident visa

7. *Police Clearance - dari Wisma Putra, Putra Jaya

Thursday, May 10, 2007

Process 1 : Done

This morning, we've went to Jabatan Imigresen Malaysia. We = me, hubby and both daughters.
Tujuannya untuk buatkan paspot anak. Proses permohonon ended at 10.30am. Surprisingly, pegawai tu kata "datang balik pukul 12.30 tengahari untuk ambil". Wahhh... 2 jam dah siap pasport.. Very good service! I remembered in 2004 when I applied mine, it took 24 hours to complete. Maknanya buat hari ni, datang balik esoknya... Dah improve servise nampaknya..
However, I saw a notice on the door ".... permohonan pasprot Malaysia ...." Perasan tak apa silapnya?

Process 1 - status 'DONE'

Wednesday, May 9, 2007

Tentang Raja Muda Perak

Alhamdulillah, akhirnya..... Raja Muda Perak akan melangsungkan perkahwinannya pada 17/5 ini di Kuala Kangsar....

Inilah bakal isteri Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Cantik orangnya....



Ini pulak gambar Raja Dr. Nazrin Shah semasa datang ke UiTM Perak untuk Majlis Perasmian Kampus pada 29 Jun 2006






Berita rasmi tentang perkahwinan diraja ini dikeuarkan oleh pihak Bernama...

May 07, 2007 16:54 PM E-mail this news to a friend Printable version of this news

Raja Nazrin Shah Ties The Knot On May 17

KUALA KANGSAR, May 7 (Bernama) -- The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, will tie the knot at Istana Iskandariah, Bukit Chandan, on May 17.

Comptroller of the Perak royal household Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman said the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, had consented to the proclamation of Raja Nazrin's bride as the Raja Puan Besar of Perak and the conferment of the Darjah Kerabat on her.

The ceremony will be held at the palace on May 18.

In a statement, Raja Mansur said the "bersanding" ceremony would take place at the Balairong Seri of Istana Iskandariah on the night of May 19, followed by a banquet.

He said the sultan's office would issue statements to the media from time to time to prevent sensationalised reporting.

Raja Mansur sought the cooperation and understanding of the media to base their reports on official statements from the palace.

-- BERNAMA

Tuesday, May 8, 2007

Route to KSA : Process 1

Proses pertama untuk meneruskan perjuangan ke KSA...
  1. buat paspot untuk anak kedua... hehe... yang lain sumer dah ada, dia sorang yang belum...
  • tangkap gambar
  • bawak birth certificate
  • go to imigresen

salinan paspot semua ahli keluarga diperlukan untuk pihak sana menyediakan surat jemputan, untuk tujuan permohonan visa bekerja... nak pohon visa bekerja ke KSA kena ada surat jemputan bekerja, selain kontrak dan surat tawaran..

Friday, May 4, 2007

Interview

3 weeks ago, I went for an interview in KL... Marriot Hotel, KL to be precised....
lamanya tak masuk interview, neves semacam... sehari sebelum tu tak plak rasa apa-apa... bila dah on the way to the hotel, nak cari lagi kat mana hotel tu, tetiba neves menyerang... rasa seram sejuk, perut lapar jadi kenyang, dok teringat cukup ke document yang bawak, macam-macam la gi la dok kacau jiwa... hehhe...
bila teringat balik, cam kelakar plak.. ntah apa-apa tah nak neves... macam la nak pi interview for first job... I even have a job currently... tak luak apa-apa pun sebenarnya.. hehe...
anyway, resultnya dah tahu... MABRURRR!! alhamdullillah... well, guess where I am going? Kingdom of Saudi Arabia... I shall be leaving by mid August... Start new job in Sept...
banyak rupanya proses nak diuruskan before going... not just the visa! proses 'pening kepala' akan bermula tidak lama lagi... hehe...
i'll update the process from time to time..

Thursday, May 3, 2007

haluuu cyber world...

Hi all,
first day for my very new blog...
pernah create a blog previously, tapi rasa cam boring lak... namanya, isinya, sumer cam boring.. so, delete la yang lama tuh..
let's start a new blog-life!!
"Tentang Sesuatu" - inspiration dari lagu Indonesia yang ada lirik '.. dan tentang seseorang ..'
apa saja boleh diceritakan, setiap penceritaan mesti ada Tentang Sesuatu - ada tujuan, ada objektif, ada maksud tersirat mahupun tersurat...