Monday, September 17, 2007

Ramadhan di Mekah

Alhamdulillah untuk pertama kalinya dapat menyambut 1 Ramadhan di Mekah pada tahun ini. Untuk pertama kalinya juga, dapat menunaikan umrah. Semoga ibadat diterima Allah swt.
Kami sekeluarga bersama a family's friend bertolak ke Mekah pada pagi Khamis 13/9 menaiki kereta (kami sewa kereta).

Dari Yanbu, kami lalui lebuhraya 'with something to look at' di kiri kanan jalan... but after 30min leaving Yanbu, yang kelihatan hanyalah padang pasir... di sesetengah tempat adalah beberapa rumpun pokok (kalau boleh dipanggil pokok la..hehe)

We stopped at Miqat Jurfah untuk berniat umrah... bermulalah kami dalam keadaan berihram.. Another 2 hours of journey from there, finally we reached Mekah Al-mukaramah.... Ya Allah... tak dapat bayangkan perasaan masa tu... macam tak percaya boleh sampai ke Mekah (baru nampak bandar Mekah tu :-)) ... If I don't accept this job offer, I won't know when I'll get this chance..

Bila masuk jek ke Tanah Haram, mata dah mencari-cari.. manalah MasjidilHaram nih... tertoleh-toleh..terjenguk-jenguk.. tak sabar rasanya... Selepas check-in hotel, berehat sekejap untuk lepaskan penat, kami pun berjalan ke MasjidilHaram. Melangkah masuk sahaja ke dalam MasjidilHaram, I was speechless... apatah lagi bila melihat Kaabah.. rasa nak menitis air mata... We had our Zohor prayer in MasjidilHaram. Lepas tu kami mulakan ibadah tawaf... after Asar prayer, continued with Saie.. Alhamdulillah, walaupun berpuasa dan keletihan, masih mampu mengagahkan diri menyempurnakan ibadah umrah.. Semoga diterima Allah dan semoga berpeluang lagi untuk ke sana..

Jumaat, sempat menunaikan solat Jumaat di MasjidilHaram dan kemudiannya menunaikan tawaf wida'... kami berbuka puasa hanya di dalam kereta dengan air zam-zam, air mangga, cup cake (thanks to siti) dan kurma. Itu pun sudah mengenyangkan sebab dalam keletihan, air yang lebih menyelerakan dari makanan... hehehe...

p/s i tried to upload some pictures while in Mekah but fail to do so.. not sure why... i'll try again later...

2 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Salam sis,

wah..diberi kesempatan buat umrah di bln ramadhan. syukur la.. sempat dh buat umrah lebih2 plak dlm bln ramadhan. bila sis kata rasa nk nangis bila terpandangkn kaabah, sy pn terasa syahdunya tu. everything happens for a reason,kan? klu x accept job offer ni, mungkin lambat lg la bru dpt buat umrah apatah lg haji kn. doakan sy dpt ke sana plak nnti. sgt tringin... amin..

Ejalz said...

betul tu... ini la kelebihannya kerja kat sini kot.. dekat nak ke Mekah.. dalam 5 jam driving dah sampai.. dalam hati tu memang nak pegi lagi.. cuma belum ditentukan bila tarikhnya.. maklum ler pergi hari tu pun sebelum dapat gaji pertama.. mungkin selepas dapat gaji la kot.. hehe...
insya-allah sama-sama kita berdoa supaya dapat pergi ke Mekah..untuk umrah ataupun haji, samada cepat ataupun lambat..

p/s sekarang sedang azan subuh di sini. azan bersambung-sambung dari masjid ke masjid. tak pernah dengar macam ni kat malaysia..