Thursday, November 22, 2007

Useful Information?

Salam semua...
for the past one month, saya ada menerima beberapa e-mail yang bertanyakan maklumat tentang perjalanan serta kerjaya saya di KSA ni... alhamdulillah berguna jugak rupanya blog saya ni... terharu pun ada...

bolehlah nak diringkaskan begini...
u need to consider a lot of issues before accepting any job in KSA

1. the job offer and the benefits
salary wise, besar mana pun offernya but if without other benefits from the company, you'll need to give a serious thought on it, if not you'll end up not save a lot from your income which beat one of your main purpose of coming here.

- accomodation : ada company yang sediakan accomodation, senang kerja kita. Tapi kalau tidak disediakan, meaning u need to rent. Dengar cerita sewa rumah kat sini mahal. Sewa apartment 3 bilik dalam 1K. Lagi satu kat sini sewa rumah kena bayar utk. setahun bukan cam kat Malaysia e.g. 2+1, lepas tu byr bulan-bulan. Mungkin gak ada yg monthly, tapi tak pernah dengar lagi la. Rumah apartment banyak jenis kat sini, ada 1, 2, 3 or 4 bilik tidur. Kalau ada anak lelaki and anak perempuan, biasanya kenalah ada bilik asing2.

- school : Kalau dapat benefit untuk international school, senang banyak. So far kat Yanbu ni ada 3 International schools - syllabus US, Filipine and Indian. Paling mahal sekolah US tu, setahun dalam 40K.

- medical : rasanya ubat-ubatan tak expensive sangat (read: rasa jek sebab belum pernah mencari ubat lagi). tapi yang obvious, student sini senang sangat dapat medical leave. and kalau sesapa kena hospitalized, seboleh-bolehnya doktor nak suruh duduk gak kat hospital tu. agaknya tak ramai patients kot... entahlah...

2. the living expenses
- food kat sini sebenarnya murah provided that sanggup makan makanan arab la.. :-) tapi macam myself I still prefer eating malaysian food. boleh nak dapat kat sini segala rempah-ratus, kicap, sos cili semua tu... tapi harga dia mahal sikit - considered barang import. e.g susu pekat 1 tin SR3.50. pendek kata, kalau kita nak maintain kita punya eating style, will be a bit costly.
- eating out is not really an option. sebab sini lelaki and perempuan tak campur.. so, hanya ada beberapa restoren yang sediakan family section. anyway, mc donald and pizza hut are here, and there are family section!!
- intenet access senang nak subscribe tapi mahal. lebih mahal dari harga stremyx ! So, Malaysian... please be grateful for what we have...
- tv satelite ada kat sini (cam astro tu la...) banyak options... kena pilih jek la yang mana berkenaan. kalau nak beli tv jek, boleh dapat channel arab.. tapi kalau nak satelite tv, kena la beli satelite dish tu sekali... Khabarnya, kalau dish yang besar (tak ingat saiz diameternya) boleh dapat siaran tv Malaysia... at least RTM 1.. I've watched RTM 1 in Mecca during last Syawal... seriously...

3. environment
- yanbu is a nice quiet city.. compared to mekah, sini tak panas sangat. kita masih boleh tahan.. tak terik sesangat.. so far saya rasa aman damai jek duduk sini.. pegi keje pagi, petang balik main ngan anak2. luar rumah tak bising... takde mat rempit ke nak memekak dgn motor ke keta ke.. paling best, tiap masuk waktu solat, kita akan dengar azan bersambung-sambung dari satu masjid ke masjid lain. husband boleh jalan kaki jek nak pegi solat tiap waktu..

- women semua berjubah hitam - called abaya... hijab or tutup muka tu mungkin tak compulsory utk foreigners. tapi as muslim, bila jalan tayang muka, org akan tgk semacam jek.. So, ladies if u plan coming here either to work or just accompanying husband, u need to be mentally prepared . women are not free to go anywhere alone. driving is prohibited for women. so, kalau dah biasa ke sana-sini sendiri, nanti takut cultural shock plak. sini, semua pegi ngan husband. For your information, kat sini pun ada gak kes2 yang bukan2 tu.. sejak smpi sini dah berapa kali saya baca paper (in english) jumpa body here and there...not knowing apa dah jadi pada dia..

- Waktu solat semua kedai tutup. zohor tutup, asar tutup, maghrib tutup and isya tutup. so, lepas waktu kerja, dah waktu asar, tak boleh nak ke mana pun. maghrib plak cepat. so antara asar ke maghrib mmg tak boleh nak buat apa... unless setakat berjalan kedai runcit sekitar kwsn rumah.. orang arab aktif waktu malam, esp lepas isya. banyak kedai akan bukak until midnite.

- shopping places ada 2 tepat yang besar - panda hypermarket and star market. ala-ala Giant. other shopping places, u need to go to shops... e.g kedai baju, kedai jubah, kedai mainan....

4. Weather
- cuaca yang selalunya sudah pastilah panas. but for your information, ada summer and winter kat sini... dalam bulan November ni dah mula winter, ada tempat temperature turun sampai below 10 degree celcius. Yanbu, setakat entry ni ditulis baru turun ke sekitar 25 degree. So, pada sesiapa yang akan menunaikan haji tahun ni, alhamdulillah cuaca mungkin sesuai dengan malaysian.

5. near to mekah and madinah
- benefit ni la yang paling besar sekali kita boleh dapat dengan bekerja kat sini... inilah yang saya kejar pun.. yanbu - madinah kalau drive dalam 2 jam jek. yanbu - mekah dalam 4 jam. boleh pegi by bus or plane (read: sini ada airport) or boleh sewa kereta .. sewa kereta senang, harga pun ok. haji pun kita boleh buat. boleh guna pakej sini... khabarnya the best package sini dalam SR 4K.

Sekian coretan buat kali ini.. sekadar mengulas semula pertanyaan2 yang diterima..
Semoga lebih bermanfaat maklumat yang ditambah ini..

Thursday, November 15, 2007

Syawal di Madinah...

Bersambung lagi perjalanan Syawal kami...
setelah berehat sehari di rumah, sempat ke open house seorang teman, punggah pakaian seminggu dari mekah ke jeddah, isi beg dengan pakaian yang baru, kini kami meneruskan lagi perjalanan... destinasi ketiga ialah Madinah Al-Munawarrah - bandar Nabi Muhammad s.a.w.
Hanya 2 jam dari Yanbu ke Madinah. Pemandangan di kiri-kanan jalan agak berbeza jika dibandingkan dengan perjalanan ke Mekah. Ke Mekah, pemandangan lebih kepada padang pasir dengan sesekali kelihatan sekumpulan unta. Manakala, pemandangan ketika ke Madinah lebih kepada bukit-bukau berbatu dengan sesekali kelihatan sekumpulan kambin meragut tumbuhan renek. Sambil terpukau memerhati pemandangan yang berbeza ini, dalam fikiran ligat mengagumi betapa hebatnya Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda serta umat Islam ketika itu menentang musuh Islam.
Kami sampai ke Hotel Karam yang berhampiran dengan Masjid Nabawi selepas waktu Zohor. Selesai meletakkan semua beg, terus tuju ke Masjid Nabawi. Agak ketat juga kawalan kerana di setiap pintu masuk ada pengawal keselamatan yang memeriksa setiap orang yang masuk dan setiap beg yang dibawa. Yang pasti ditahan adalah handphone yang berkamera. Luckily I wore jeans under my abaya. Dapatlah menyimpan hp di dalam poket seluar.
Waktu kami sampai sangat sesuai. Seelok selesai menunaikan solat Zohor, pintu untuk ke Raudah dibuka untuk perempuan. Alhamdulillah, tak dapat dilupakan pengalaman pertama sampai ke Masjid Nabawi dapat pula menunaikan solat sunat di Raudah.. Orang memang sangat ramai. Dengan saiz orang Asia yang 'comel-lote' ni (read: bukan perasan ek), senang benar ditolak ke sana-sini... mujur anak-anak tak terlepas dari pegangan. Ketika ingin tunaikan solat sunat di Raudah, dengan 2 anak yang kecil, orang yang ramai, hati pada mulanya risau nak biarkan mereka menunggu mamanya selesai solat. Bukan apa, takut mereka dibawa arus orang ramai. Namun bersyukur sangat kerana dengan tidak semena-mena, ada seorang polis wanita datang membantu mengepung mereka berdua supaya tidak dilanggar oleh orang ramai. Dapatlah mama tunaikan solat sunat dengan tenang di Raudah. Syukur alhamdulillah.
Keesokkan harinya, kami makan tengahari di sebuah restoran Indonesia yang mana bersebelahan pula dengan kedai runcit milik Indonesian. Apa lagi, selepas kenyang perut, memborong sakan la barang keperluan rumah. Ada tempe, tauhu, kangkung, asam jawa, air sirap... asalkan benda yang tak jumpa di Yanbu, semuanya kami borong.
Sudahnya selepas asar juga kami bertolak balik. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi diperlihatkan dengan kekuasaan Allah, hujan turun rintik-rintik.. Tak lama dan tak banyak tapi cukup besar rahmatnya dapat melihat keajaiban ini di bumi Saudi.
Boleh dikatakan inilah catatan Syawal yang paling bermakna.. semoga dapat melakukan lagi ziarah ini bersama ahli keluarga...


p/s inilah gunanya cuti raya yang panjang.. dapat dimanfaatkan dengan berkunjung ke bandar-bandar di Saudi...