Tuesday, December 16, 2008

Fardhu Ain Dalam Profesyen Perguruan

Artikel yang saya temui di satu laman web ini menarik dan saya rasa perlu untuk dikongsikan bersama anda semua terutamanya di kalangan mereka yang se-profesyen dengan saya... Sama-samalah kita mendalami apa yang disampaikan..

Ramai dikalangan kaum muslimin yang kurang jelas dalam konsep Fardhu Ain. Kalau dibuat tinjauan kepada seluruh kaum muslimin tentang apa itu Fardhu Ain, pasti hampir 90% akan menjawab bahawa Fardhu ain itu ialah wudhuk, mandi hadas, solat, puasa, zakat dan haji. Kalau itulah jawapannya, maka tidak tepat dan tidak sempurna. Ini semua bukan Fardhu Ain dalam ertikata sebenar, tetapi Asas Fardhu Ain.

Nabi Muhammad s.a.w. menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah fardhu (wajib) ke atas tiap-tiap orang Islam (lelaki dan perempuan).

Dalam hadis ini tidak ditentukan ilmu apa yang wajib, bermakna semua ilmu yang berguna wajib dituntut. Yang lebih utama ialah ilmu-ilmu tentang ketuhanan, iaitu untuk mengenal Allah yang Esa (Tauhid), ilmu tentang pelakuan ibadah (Fiqah), ilmu tentang perintah dan larangan (tafsir dan hadis) dan sebagainya. Daripada ilmu-ilmu inilah kita akan mengetahui tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, yang semestinya tidak terhad kepada solat, puasa, wudhuk, zakan dan haji sahaja.

Bekerja adalah wajib, sebab mencari nafkah. Menyekolahkan anak adalah wajib, kerana memberi ilmu. Menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua juga wajib. Dalam pekerjaan mesti tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Dalam perniagaan juga wajib tahu apa benda yang boleh diperniagakan dan yang apa pula yang dilarang. Dalam ekonomi, politik, sosial, teknologi dan sebagai, semua mesti ada ilmu agama tentang perkara itu. Dan inilah yang dikatakan Fardhu Ain.

Dalam apa-apa pekerjaan kita wajib mengetahui tiga jenis ilmu, iaitu ilmu pekerjaan (ilmu bidang), ilmu alat dan ilmu agama (Fardhu Ain). Setiap guru mesti mendalami dalam bidangnya. Begitu juga dalam bidang-bidang lain. Ini ilmu bidang namanya. Yang lebih penting ialah ilmu tanggungjawab. Iaitu, apakah tanggungjawab guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dari perspektif Islam. Apakah hukum jika guru tidak mengajar? Apa hukumnya jika guru tidak menjalankan tugasnya dengan betul? Masuk kelas lambat tanpa sebab. Tidak pernah buat ujian. Ponteng kelas tanpa ganti. Memukul murid tidak setimpal dengan kesalahannya atau yang tidak wajar dipukul menurut syariat Islam. Apakah hukum semua ini? Mengetahui ini semua adalah Fardhu Ain.

Oleh kerana guru tidak faham konsep Fardhu Ain, maka ramai guru yang melanggarkan hukum syariat semasa melaksanakan tugasnya. Dan dia tidak merasa bersalah, melainkan jika kesalahan itu berkebetulan dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Ini adalah kerana tidak jelas konsep Fardhu Ain. Dengan itu tindakan kita banyak yang bertentangan.
Oleh itu, marilah sama-sama kita sedar akan hal ini dan insaf, ketahui dengan lebih jelas tentang tanggungjawab kita dalam bidang pekerjaan kita masing-masing, dan seterusnya boleh menyelamatkan kita daripada terus menerus melakukan dosa tanpa disedari. Ini dapat menyelamatkan dari mendapat dua dosa serentak. Pertama kerana melakukan kesalahan, dan kedua kerana tidak tahu dan tidak mahu belajar agama.

Eloklah kita muhasabah diri dan minta ampun kepada Allah. Insya Allah, Allah akan mengampunkan kita jika kita benar-benar ikhlas dan merendah diri kepadaNya.

Thursday, December 11, 2008

Eid Mubarak 10 Zulhijjah 1429


Salam aidil adha untuk semua...
Selamat kembali kepada semua jemaah haji yang telah sempurna menjalani ibadah haji..

As for me and kids, raya haji yang baru berlalu adalah raya yang paling tidak terancang.. bukan kerana kecewa tetapi terasa kelainannya (read: kemalasan) bila ahli keluarga tidak mencukupi.. sang suami kan tiada.. hehe..



Apapun, alhamdulillah, jiran tetangga dan 'setangga', telah mengajak agar kami yang masih ada di Yanbu ini untuk beraya bersama sambil menikmati juadah di tepian pantai... menarik juga cadangan ini, tambahan angin sejuk sudah mula menyapa Saudi... sedap la sikit nak berlepakan..


Masing-masing menyediakan sejenis-dua masakan... Saya hanya menyediakan nasi impit (tu pun nasi impit segera), jagung rebus (secawan di sini dijual SR5.. mahalnya....) dan air teh susu serta nescafe. Yang lain, ada yang menyediakan kuah kacang, rendang ayam, mihun goreng, karipap, agar-agar, serta lempeng manis. Jadilah, boleh dijamah seorang sedikit.. yang sikit bila dimakan beramai-ramai, cukup saja...



Pukul 9 pagi, kami dah bergerak ke pantai.. hanya kami yang ada di situ, sambil sesekali kelihatan pekerja-pekerja membersih kawasan ...
Makan beramai-ramai begini, cukup berselera...

anak-anak pula seronok bukan main dapat bermain di taman permainan tanpa perlu berebut dengan anak-anak Saudi.. taman itu kami yang punya... haha...
tengok tu, sempat posing lagi.. punyalah senang hati kat taman tu..


bila matahari dah semakin meninggi, kami pun beransur pulang... juga seperti masa kami sampai, masih tiada orang lain... hanya kami yang meninggalkan taman itu..
alhamdulillah, masih berkesempatan lagi tahun ini untuk merayakan aidil adha... tahun depan, belum tentu lagi...

Saturday, December 6, 2008

Kami redha..

salam..
kalau diikutkan perancangan, saya tidak sepatutnya berada di alam maya ini, tidak sepatutnya ada entri dari saya dalam seminggu ini.. tetapi manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya...
begini permulaan cerita....
saya dan suami telah merancang untuk mengerjakan haji pada tahun ini, mengikuti pakej yang ada di Saudi.. di awal bulan Zulkaedah dulu, permohonan telah dibuat melalui Syarikat Sameer.

Nota 1 :
untuk pengetahuan semua, kami di Saudi bukannya boleh pergi begitu sahaja untuk mengerjakan haji. Bermakna kami perlu membuat permohonan juga, perlu mendapat kelulusan dari Ministry of Hajj dan seterusnya selepas diluluskan perlu ada tanda pengenalan diri yang dikenali sebagai 'tasreeh'... hatta mereka yang tinggal di Mekah pun khabarnya pada tahun ini perlu ada kad tasreeh...

jika diikut perancangan, kad tasreeh ini akan diperolehi beberapa hari sebelum bertolak ke Mekah dan kami akan bertolak selepas Asar, Jumaat, 7 Zulhijjah 1429, bersamaan 5 Disember 2008.
Rabu, 5 Zulhijjah, kami diberitahu hanya ada 1 kad tasreeh yang kembali... itupun dengan kesalahan nama dan nombor iqama milik suami, tapi gambarnya adalah saya... kata wakil syarikat itu, tidak mengapa boleh dibetulkan... hari yang sama juga, suami mendapat tahu, ada 4 permohonan (kalau tak silap) yang telah ditolak. 3 daripadanya dengan alasan mereka telah mengerjakan haji sebelum ini (iaitu data mereka telah ada di dalam sistem Ministry of Hajj). 1 lagi permohonan ditolak dengan alasan nombor iqama yang salah (hanya suaminya yang mendapat kelulusan)

Nota 2 : untuk warga Saudi atau mereka yang bekerja di Saudi dan ingin mengerjakan haji dari Saudi ini, kerajaan Saudi hanya membenarkan setiap 5 tahun sahaja (ada juga yang mengatakan setiap 3 tahun)
Nota 3 : iqama itu adalah seperti kad pengenalan untuk penduduk yang bukan berkerakyatan Saudi.

Khamis, 6 Zulhijjah sekali lagi suami ke syarikat itu, masih lagi kad salah itu sahaja yang ada... dan wakil itu memberi jaminan akan menyelesaikan masalah itu kerana menurutnya nama kami telah ada dalam sistem... just a matter of printing out the document... hati sudah rasa lain macam... cuma tidak dizahirkan kerisauan ini, takut mengganggu konsentrasi (untuk mengerjakan haji) suami. Malamnya, selepas Isya' sekali lagi suami ke syarikat itu... dan kali ini pulangnya dia membawa berita yang tidak diharapkan.. Katanya, kad tasreeh yang salah itu sememangnya untuk suami... tetapi yang tidak ada adalah kad tasreeh untuk saya! Dan nama yang kononnya telah ada di dalam sistem itu pun sebenarnya tidak ada... bila disemak, katanya nombor iqama saya tidak wujud langsung di dalam sistem.. Ketika saya mendengar berita ini, terasa sangat kosong... bak kata orang, rasa sungguh blurrr ketika itu... terasa seperti gurauan yang langsung tidak masuk akal... sebulan yang lepas permohonan dibuat, terlebih dahulu sebelum orang-orang lain (merujuk kepada malaysian juga), esok akan bertolak, malam ini baru diberitahu nama tidak wujud... Melihatkan respon saya yang begitu, suami menelefon Shah untuk berbincang... Shah dan Siti sampai, cerita yang sama diceritakan oleh suami... dan saya masih kosong, terdiam tidak mampu berkata-kata...
Dan malam itu, barulah air mata turun selebat-lebatnya, tidak mampu ditahan-tahan lagi... dari pukul 11 malam hinggalah pukul 1 pagi, sambung lagi selepas solat subuh....mata sebengkak-bengkaknya.. Rasa kecewa itu tidak perlu ditipu, sememangnya ada... persediaan telah bermula seelok pulang bercuti ke Malaysia Julai-Ogos lepas... persiapan semua telah dibeli di sana... adakah hanya suami yang akan pergi ataupun tidak?
Perbincangan demi perbincangan dilakukan... antara suami dan Shah, antara saya dan suami... perlahan-lahan kami kembali ke alam nyata.. tidak lagi dibuai perasaan kecewa itu...
Begini pula pengakhiran cerita...
Kami redha, kami terima ketentuan Allah s.w.t, kami terima Qada' dan Qadar, kami terima bahawa saya belum mendapat jemputan untuk menjadi tetamunya... Hanya Allah yang mengerti kenapa ini semua terjadi, hanya Allah yang tahu hikmah tersembunyi, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kami, kita hanya perlu bersangka-baik dengan Allah...
Ini mungkin dugaan untuk saya, mungkin juga dugaan untuk suami, mungkin juga dugaan untuk kami suami-isteri.. anak dan isteri ni hanyalah pinjaman dunia, panggilan Allah itu jua yang sebenarnya (memetik kata-kata Shah).
Untuk memikirkan alasan-alasan kenapa ini berlaku, memang tidak akan ada penghujungnya.. memang mudah untuk menuding jari kepada orang lain.. Alhamdulillah, kami tersedar lebih awal, tidak perlu menyalahkan orang lain... jika satu jari menunjuk kepada orang lain, 4 jari lagi menunjuk ke arah diri sendiri..
dengan rasa rendah hatinya, kami bermuhasabah diri.. sememangnya kami hamba yang lemah, sememangnya kami telah banyak melakukan dosa, sememangnya kami sambil-lewa mengamalkan ajaran-ajaran Islam, dan sememangnya yang salah itu adalah diri kami sendiri..
kami sedar kini, betapa Allah sebenarnya menyayangi kami, diberiNya kesedaran, tidak dibiarkan terus terbuai dengan nikmat dunia hingga mati begitu sahaja.. Nau'zubillah..
kami sedar kini, hanya kepada Allah yang sepatutnya kami mengadu, sepatutnya kami meminta kerana Allah yang ada jawapan kepada segala yang berlaku di bumiNya ini...
kami sedar kini, betapa tinggi kekuasaan Allah dibandingkan dengan manusia, jika tidak diizinkanNya, betapa dekat pun manusia itu dengan Mekah, tetap tidak dapat kita jejak... seperti saya, betapa dekatnya Yanbu dengan Mekah, telah Allah tetapkan bukan rezeki saya tahun ini, maka tidak dapat juga saya jejak Mekah untuk mengerjakan haji..
Akhirnya, kami sepakat membuat keputusan, panggilan Allah sudah menetapkan bahawa hanya suami yang akan mengerjakan haji tahun ini berseorangan... maka, suami akan tetap mengerjakan haji tahun ini dan saya akan menunggu jemputan Allah untuk menjadi tetamuNya di lain waktu...
Babak kedua drama sedih bersambung pula pada 7 Zulhijjah ketika menghantar rakan-rakan seMalaysia menaiki bas meninggalkan Yanbu untuk menyambut panggilan haji... Semoga kalian mendoakan kesejahteraan hamba Allah yang seorang ini..


Wednesday, December 3, 2008

Yet another upset day

yesterday was another upset day for me and maybe for some of my colleagues... not being professional, blaming other people for your own fault, denying your own words, pointing fingers to other people, backing-up student with the reason 'these are good students' and the list goes on....
I am soooo sick and mentally tired with this situation... especially when only malaysians are involved in this stupid 'fight'!! and I thought malaysian are always unite especially when living abroad!!
Ya Allah, ya Tuhanku, berilah kami kekuatan untuk menghadapi dugaan sepanjang kehidupan kami diperantauan ini..

Friday, November 28, 2008

The day I was upset - II

Last Wednesday was the day where my students who are taking my paper, were supposed to sit for the mid-term examination. The exam started at 7.45 am. I reached college at 7.00 am. About 10 minutes later, I saw one of my student. She asked me some last-minute question and to my greatest shock (and this brings to my upset mood that day), she told me "miss, do know that half of the class will not come for the exam?". I asked her back, "why?". She said, "they have not finished reading the book." Ya, Allah, senangnya alasan...
By 8.15am, I received the news from the invigilator saying that is was true, there were 11 absentees in the exam. I was so upset - very very upset.. this is the second time this group of students had done the same thing.. last semester, when I was teaching them different course. about 8-9 students did not turn up for mid-term exam.. surprisingly, all of them showed medical report and all are accepted! so, all of them got to resit for the exam.. so, this time they do it again... some of the same students plus a few new faces.. They must be expecting to resit the paper later ..
Somehow to make things worst, my collegue saw 3-4 of those absentees in the college at about 9.30 am, that was 15 minutes after the exam ended!! What a plan... !! Really upsetting... really.. really upset..

Sunday, November 9, 2008

Madinah nan sejuk..

Last weekend, my family went to Madinah.. for two reasons (besides going to the Nabawi Mosque, of course). Firstly, to meet my parent's friends (husband and wife), who had just arrived a few days back in Madinah - among the earliest flights from Malaysia. They will perform hajj, insya-allah... Secondly, to get 'something' - that will definitely be some Malaysian food, send by my parents..
Journey to Madinah was like any other journey before.. but the best thing is, Madinah is already cooooooooolllllllllllll.....bbbrrrrrrr.... winter is on its way... wait for it, all winter lovers... however, we were really off-guard as there were no sign at all of the cool weather, here in Yanbu... Luckily, I brought sweaters for my kids, even though they were thin... hehe... none for myself but i like the weather though... two layers were enough - my clothing and the abaya!
Can't wait for the winter...

Sunday, November 2, 2008

The day I was upset - I

For the past one year living abroad, so many issues that I have dealt with, many of which I can keep only to myself... but when it comes to human relationships, it really touch me deeply inside.. very very deep.. being alone abroad without families around except husband and 2 daughters, I thought friends are those, who we are supposed to rely on... but it turns out that ..........
somehow, a statement in my dear sister's blog - http://sarahmohdshukor.blogspot.com/ - really give me some strength..
Zikir banyak-banyak. Kalau duduk dan zikir lepas solat diam-diam, nanti kita rasa tenang je. I know you have gone through a lot. Allah knows best.
Sesungguhnya kasih-sayang manusia itu mudah berbelah-bahagi... kasih-sayang pada ALLAH jualah yang kekal abadi.. amin....

Saturday, November 1, 2008

Malaysian Consulate Open House

Last weekend, it was Wednesday (29/10/2008) evening to be exact, me and family went to Malaysian Consulate Eid-Open-House in Jeddah. Together with us are Zila's family and Zarina's family..

Exactly after maghrib prayer, we headed to Jeddah for the open house.. arrived at the consulate nearly at 10.00pm.. it was too late though because the event started at 8.00pm, but for the sake of being a loyal malaysian who are staying in Saudi, let it be, anyway "malam masih muda".. as long as being together with others malaysians, that was good enough..



My daughters with the consulate building at the background..







There were stalls all around the consulate compound that served variety of malaysian foods..
however, we just managed to have a taste on nasi impit and kuah kacang, mee berkuah and also ais kacang.. I saw labels in every stalls, like Nasi Briyani and Kuih Jala, but they were only stalls with empty food containers... all gone..




It was so exciting to see so many malaysian there... and we thought we are all alone... (except that we are alone, because we know none of them, other than those coming from Yanbu). There were nothing much to do, not even have food to eat.. hehe.. but my eyes keep looking at the people, with a hope "maybe one of them is my friend". well... dreaming away...

However, to my great shock, there was a karaoke session! Karaoke in public, in Jeddah which is only 45 minutes away from Macca?? How could such session organised by a country that proudly announced as "Islamic Country"? - Tepuk dada tanyalah iman - (jangan ditanya selera, kerana selera manusia sentiasa mahukan yang enak-enak belaka!!)

Anyway, back to the open house story... The only thing that made me smile was, the director, Erma Fatima and actress, Eja were also in the event.. they were so cute and friendly...


Around 11pm, back to hotel with hungry stomach... Hubby bought some food - Kabsa rice and Tajaz. We end up the day with eating rice at the middle of the night... haha... don't talk about diet!!

Monday, October 27, 2008

Letihnya..

Salam semua...
apa yang letih? mental yang letih... rasa macam stress pun ada... untuk pengetahuan semua, minggu ini dah minggu ketiga semester bermula di YUC, dah 2 minggu kelas berjalan...(minggu pertama adalah untuk urusan students' registration).
Dari minggu pertama lagi, kami para 'cekgu' perlu melibatkan diri dengan urusan pendaftaran pelajar ni.. Admin staff kat sini tak seramai mana pun (tak sampai 10 orang percaya tak? percayalah....) Dialah yang nak uruskan students, dialah jugak nak uruskan teaching staff, dialah jugak nak uruskan resources di kolej.. Jadi yang boleh dibantu, kita bantulah untuk ringankan proses pendaftaran. kalau tak tolong, mau amik 2-3 minggu pulak nak selesai..
kemudian myself pulak terlibat dengan urusan pemberian buku-buku rujukan pada pelajar... (untungkan anak-anak Saudi ni, dah la pengajian ditanggung, buku rujukan pun diberi.. anak-anak Malaysia, apa cerita?). Angkat kotak, punggah kotak, kira buku, distribute buku... letih jugak ooo... nasib dapat bantuan Zarina and Zila..
minggu pertama jadual pun masih kelam-kabut.. tambahan pula 3 orang CS teachers yang sepatutnya datang, tak nampak rupa lagi.. so kena la bahagikan pada semua yang ada nih.. terus la naik mendadak workload seminggu.. myself dapat 22 jam seminggu.. 3 subjek, 2 daripadanya subjek baru, 1 daripadanya first time offered, yang bermakna semua bahan tiada!! wahhh.. bisa pecah kepala nih...
minggu kedua, jadual dirombak lagi... lebih hebat pulak yang saya dapat, hari Rabu 8 jam kelas - dari 7.30am sampai kelas terakhir pada 4.10pm... dapat rehat sejam waktu lunch. wahh.. ini sudah marathon.. kering tekak dibuatnya... asyik telah air jek nak bagi tekak lega, sudahnya tak makan sampai ke petang..
dalam minggu sama juga, CS Department dapat bilik lain.. bukan bilik baru, tapi hanya bertukar bilik.. mengangkut pulak barang-barang dari bilik lama ke bilik baru.. tu belum lagi nak berkemas.. bilik baru ni penuh dengan kerusi meja.. orang CS sikit jek... sehingga minggu ketiga ni cuma mampu nak kemas tempat sendiri jek la.. tak berkesempatan lagi..
minggu ketiga nih, kelas dah berjalan lancar.. tu pun ada sikit perubahan dalam jadual.. alhamdulillah sedikit masa telah diambil dari workload yang banyak dan diserahkan pada orang lain.. apapun, persediaan tetap seperti biasa banyaknya.. terutama untuk subjek yang baru tu.. suara dah semakin lantang di dalam kelas, sebab anak-anak murid pun dah semakin selesa dengan kawan-kawan.. jadi bersembang mereka bagai nak rak..
kesimpulannya, letih tak membaca entry ini? letihkan... begitulah keletihan saya... sekian..

Thursday, October 23, 2008

Tetiba Teringat ....


Inilah rupanya notebook Ahadin yang dah tak serupa notebook dah ... 'internal injury' ... Sorry la mmg takleh nak bantu ... hanya ganti bateri CMOS jek.

Tuesday, October 7, 2008

Crash Hajj Course


Lebih kurang 2 minggu sebelum raya, me and hubby telah menghadiri crash course untuk haji.. insya-allah tahun ni jika diizinkan Allah, kami akan menunaikan ibadah haji.. segala persiapan termasuklah buku panduan, semua telah kami sediakan semasa cuti 2 bulan yang lepas.. jadinya kami berharap kursus ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan apa yang masih kabur..

The course was given by Ustaz Hj. Daud Che' Ngah.. It was held at the D'Saji Restaurant (it's Ramadhan, the restaurant was closed during day-time). It started at about 9.00 am, stopped for Zuhr prayer, continue next session around 1.30 pm and ended before Asr prayer.

Peserta jejaka bergambar kenangan dengan Ustaz selepas kursus






Tengok ni.. En. Amie tengah serius mendengar ceramah sambil menoleh ke kamera..





By the way, among the participants, only me and Kak Ina (Mama Bungas) are the 'she-s'. The rest are all 'he-s'.

Me, Kak Ina and my kids are the 'thorne amone the roses' (pulak dahh.. hehe)

Kakak dah letih menunggu.. dah la tak boleh makan..







The day ended with iftar session together with Ustaz Daud... It was a self-paid iftar session at D'Saji Restaurant... We had nasi ayam as the main course and kuih sum-sum as the dessert and not forgetting the malaysian-style-teh tarik. yummm..yumm...





Saturday, October 4, 2008

Eid Mubarak @ Mekah

Alhamdullilah, syukur diberi kesempatan sekali lagi beraya di Mekah.. tahun lepas dah rasa sekali, tahun ni dapat lagi... tahun depan tak tahu apa akan terjadi..
As mentioned in previous entry, kami dah ke Mekah sejak 25 Ramadhan lagi.. duduk di Hotel * Al-Rawdah, Misfalah (* tu maknanya ada nama tapi tak ingat..haha). Kalau berjalan ke Masjidil Haram ada la dalam 10-15 minit..
Syukur sekali lagi kerana berkesempatan berterawih beberapa kali di Masjidil Haram.. cuma kami tak dapat nak buat setiap hari sebab me and hubby kena bergilir-gilir turun masjid.. orang punyalah ramai, terutama malam 27 Ramadhan... kesian kalau bawa budak-budak.. sedangkan kita yang dewasa ni pun senang jek ditolak orang... apatah lagi kalau budak-budak tu.. maklumlah saiz dewasa orang Malaysia ni macam saiz kanak-kanak arab jek.. haha..
29 Ramadhan selepas solat isya' dah kedengaran takbir raya... takbir raya kat arab ni tak sesyahdu takbir kat Malaysia... so, kira tak 'feeling syahdu' sangat ler bila dengar tu.. haha..
Pagi 1 Syawal, seawal 3 pagi kami dah bersiap.. ni belajar dari pengalaman tahun lepas, hubby pergi solat subuh, ingatkan boleh balik hotel dulu bersiap nak bergerak sesama untuk solat raya, sekali takde ruang untuk dia keluar and takkan ada ruang untuk masuk balik solat raya.. sudahnya, hubby sorang yang solat raya tahun lepas, dengan pakaian yang tidak melambangkan hari raya... hahaha... Jadinya kali ni, awal pagi la kena kejutkan budak-budak, salinkan baju kurung raya (tanpa mandi - sejuk sangat 3 pagi kan..), bergerak ke Masjidil Haram... walaupun, subuh masuk dalam pukul 4.54 am, tapi kalau tak sampai awal, alamat tak dapat tempat la nanti kat dalam masjid.. alhamdulillah, dapat tempat di tingkat 1, budak-budak pun ada space sket... nasib baik ada mak arab dok sebelah, so dia tolong 'defend'kan (dalam bahasa arab laa..) tempat bebudak tu kalau ada orang lain nak mencelah... hehe.. budak dua orang tu mula-mula memang semangat, nak solat raya la katakan.. tapi menunggukan masuk subuh pun dekat sejam, last-last, dua-dua tertidur.. siannn.. lepas solat subuh, mula bertakbir... walaupun takbirnya tak syahdu, tapi jiwa tetap syahdu bila mengenangkan peluang yang diberi oleh Allah untuk bertakbir dan bersolat raya di Masjidil Haram nih... lepas ni tak tau bila lagi dapat peluang macam ni kan..

Usai solat raya, kami pun bergerak balik ke hotel... Masya-allah punya ramai umat Islam rupanya...

tengoklah lautan manusia baru keluar dari masjid.. gambar diambil dari tangga ketika turun dari tingkat 1


terpaksa dukung adik takut hilang dalam lautan manusia yang ramai. tu pun kami dah terpisah selepas ini, jumpa semula bila berdekatan hotel..




nak berjalan ke Misfalah kena melangkah setapak-setapak.. dari 10 minit perjalanan biasa, jadi dekat setengah jam...

begitu punya ramai yang bergerak ke arah Misfalah.. tak boleh nak mencelah langsung.. nasib baik la kakak tak lemas di celah-celah orang ramai..


kami dah sampai hotel pun masih ada arus bergerak lagi..


sampai hotel, dah kepenatan.. lepas tu, beratur kat lif pun satu hal pulak lagi.. semuanya balik serentak, jadi lif tu pun tak berenti turun-naik.. akhirnya, kami ambil keputusan untuk guna tangga, naik dua tingkat untuk ke tempat makan... dapat minum dulu pun jadilah, untuk lepaskan lelah berjalan tadi...

Rupa-rupanya, ada juadah raya menanti... alhamdulillah rezeki... ada lemang dan rendang, nasi impit dan kuah kacang serta lontong, serunding, dan juga beberapa jenis kuih raya.. ni semua atas ikhsan KSB Travel - Hj Nasrun and isteri (Hjh. Azizah kalau tak silap namanya). Terima kasih banyak-banyak...


Gambar tengah menikmati juadah raya ni agak blur, sebab kakak yang tangkap.. macam nilah kami beraya, sambil sembang-sembang dengan jemaah umrah..




Lepas makan, kami balik ke bilik untuk sesi bergambar... raya tak best kalau takde gambar kan.. so bergambar la kami anak-beranak berlatar-belakangkan katil yang dah jenuh dilanyak budak-budak.. gambar satu family, gambar sorang-sorang, gambar bersalaman, puas la berposing dalam bilik tu... lepas ni dah kena kirim gambar kat atok and opah, buat lepas rindu, raya kurang 2 cucu.. (anak takde, derang tak rasa sangat kot.. hahaha..)


adik and kakak posing ngan baju ngan tudung raya baru
Ni dia gambar satu family.. katil tu dah di touch-up sket, tapi yang kiri-kanan tu tetap termasuk dalam gambar.. dah guna auto kan.. mana nak suruh dia buang kiri-kanan tu.. hehe..



Berakhirlah sudah 1 Syawal... ditutup dengan tidurrrrrr... hahaha... dah bangun awal sangat kan.. sudahnya lepas zohor, semua terlentang tanpa lunch sampai ke asar...

Thursday, September 25, 2008

SELAMAT HARI RAYA

salam semua..
insyaallah, hari ni dah nak masuk 25 Ramadhan... bersyukur sangat sebab dapat berpuasa lagi di bumi Saudi ni.. dan alhamdulillah, tahun ni dapat kami (atau salah seorang kami, hehe) berpuasa, berbuka dan berterawih di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidilharam, Mekah.
yang menarik, mulai semalam, YUC dah bercuti. semalam 23/9 adalah national day saudi - public holiday. so terus sambung cuti hari ni dan seterusnya cutilah sampai ke 10/10. syok kan... gitu punya lama cuti raya.. mana pernah dapat sebelum ni di malaysia.. cuti raya yang tak perlu isi form dan tak ditolak dari cuti tahunan... best..best...
menarik juga seperti tahun lepas, tak putus-putus jemputan untuk beriftar.. lepas satu rumah, satu rumah... rumah kami pun tak ketinggalan, samada yang official atau pun unofficial.. boleh pulak unofficial ekk... hehe.. tu maksudnya, tak dirancang la tu.... tiba-tiba main ajak orang stay untuk iftar... tapi seronok jugak bila berbuka lebih dari dua orang nih... meriah sikit nak makan tu..
lebih menarik puasa tahun ini, insya-allah dalam sejam-dua lagi, kami akan berangkat ke Mekah to spend the last 5 days of ramadhan, hinggalah ke hari raya kedua.. mana tau ini tahun terakhir kami di sini... jadi sebolehnya nak dibuatlah apa yang patut dibuat... yang tak patut letak tepi dulu... hehe..
jadi untuk semua - ahli keluarga, kenalan fizikal, kenalan maya, pembaca setia blog, umat islam keseluruhannya, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ni mengucapkan SELAMAT HARI RAYA serta menyusun sepuluh jari (kali 4 orang) MEMOHON AMPUN DAN MAAF ZAHIR SERTA BATIN, atas segala salah dan silap...

Saturday, September 13, 2008

The Journey back To Yanbu - 2 weeks ago

On the day Malaysia celebrate it's 51 Independence Day, me and family started our journey back to Yanbu.
Our flight was at 11.30 am.. So, by 7.oo am, from Saujana Utama, Sungai Buloh we headed to KLIA.. 1 Avanva was used to fill up only the bags and 1 Kembara for hand-luggages plus the 4 of us..
Look at these bags ... guess what, from 5 bags and 2 boxes, only one bag contains non-food stuff.. the rest a malaysian food.. just couldn't leave without them.. haha...

And look at Adik, with her new teddy bear - a present given by her auntie. She doesn't want to leave it in Malaysia. So, I told her, if you want to bring along, she will have to carry the teddy on her own. Surprisingly, she did.. all the way from KL to Yanbu!



En. Amie is thinking ... will he be able to lift all the bags from the conveyer in Jeddah and Yanbu airports later? hehe... Sorry lah hubby, have to burden you this time.. tak sanggup tinggalkan makanan semua tu kat Malaysia...








Here are some of my families who were at the airport (almost all came the first time I left). Exactly behind me is my grandmother. The rest are my aunties, counsins and nieces.





My Dad and my daughters... susahnya atok nak lepaskan.. hehe..








Abah and anak-anak waiting for the tren to Satellite Building.


Me and adik waiting to board.. Behind me are among the Malaysians who will perform umrah during Ramadhan. Some of them will stay for the whole Ramadhan.






Lunch time... Kids are enjoying their kids' meal.




While eating, watch some cartoons.. Luckily, this time we get a bigger plane with entertainment set..






In Jeddah Airport - new waiting lounge... waiting for next flight to Yanbu...



Ready to go off to Yanbu.. Adik is still active even though it was already middle of the night (malaysian time)



Kakak posed with the emergency pamphlet..








Safely arrived in Yanbu Airport..



Tired faces of kakak and adik.. Mr. Yusof came and fetch us at the airport.. many thanks..

Tuesday, September 9, 2008

HAPPY BIRTHDAY MAMA

Today is my mother's birthday, whom I called 'Mama'. This is the second year I was not able to celebrate her birthday together in Teluk Intan. However, as before, I did send her some birthday cupcakes, which I believed was not a surprise to her anymore.. hehehe... firstly, because I used D'Muffins again to send the birthday cupcakes.. secondly, the cupcakes arrive 2 days ago (due to some transportation difficulties.. hehe)
Have a peek at the cupcakes that I've send, over here : http://dmuffinsfan.blogspot.com/2008/09/order-dr-aizal-lagik.html. Look at the cute little flower..

A special poem for a special mother:

To one who bares
the sweetest name
and adds the pleasure
not the gain
who shares my joy
and cheers when sad
the greatest friend
I've ever had

long life to her
for there's no other
can take the place
of my dear mother

Happy Birthday MAMA

- Aizal, Suhaimi, Adlina and Alisya -


Thank you all..

Dengan gaya 'shy-shy-cat', saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada teman-teman (Zuraili sekeluarga, Sulaiman sekeluarga, Shah sekeluarga, dan juga teman 'setangga', Mahaya dan Juwana) yang telah sudi datang beriftar di rumah saya semalam..
Asalnya, niat dihati nak menjemput rakan-rakan maya saya iaitu Kak Ina (Mama Bungas) dan Mas (Permata Hatiku) beriftar di rumah supaya dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi.. jika sebelum ini kami berkenalan hanya secara maya, setakat menatap skrin komputer masing-masing, bila dah tinggal setempat, lebih elok kalau bersua-muka pula ... tetapi dalam dok berkira-kira apakah menu yang nak disediakan, terdetik pula dalam hati, apa kata dipanjangkan lagi jemputan kepada yang lain sementelah lagi semalam juga turut merupakan harijadi saya yang belum mencecah 35 tahun.. hehe..
Maka, terhasillah apa yang ada semalam.. Ampun dan maaf dipinta jika ada kekurangan dalam apa yang dihidangkan semalam.. dalam kerisauan makanan tidak mencukupi, alhamdulillah melimpah-ruah pulak rezeki dengan masing-masing datang membawa sesuatu.. akhirnya, penuh jugaklah meja makan...
Malangnya, takde satu pun gambar diambil.. sebab birthday girl (girl ke? hehe..) yang jugak penangkap gambar dalam kebanyakan aktiviti Tentang Sesuatu, sebuk didapur menyiapkan juadah berbuka... bila dah kekenyangan barulah teringat, alamak takde satu gambar pun diambil.. takpelah, takde rezeki nak bergambar kita semalam.. hehe..
Anyway, untuk mengingati hari bersejarah semalam, inilah menu utama yang telah dihidangkan. Nasi putih berlaukkan ayam goreng berempah, daging masak ketumbar, tomyam seafood (udang, sotong and ketam), sayur campur (thanks to siti) , ikan masin serta timun dan sambal belacan, serta mee goreng. Sebagai desert, saya sediakan murtabak daging mini, agar-agar santan dan puding roti. [Ni jek gambar yang sempat diambil, itupun setelah majlis selesai]
Terima kasih juga kepada Mahaya kerana membantu menyediakan minuman panas dan pastrinya, Juwana yang menyediakan bubur nasi speselnya dan siti dengan kuih seri mukanya..
Buah tangan dari tetamu-tetamu yang datang telah memeriahkan lagi meja yang sudahpun dipenuhi dengan makanan. Sebagai penutup, kek harijadi dihidangkan.. barulah semua tahu yang saya turut meraikan harijadi semalam... surprise.... hehe..

Terima kasih semua..

Monday, September 8, 2008

I've Travelled To... Singapura - 2

Sambung cerita kat entri kedua pulak.. Panjang sangat kalau nak cerita dalam satu entri.. walaupun 2 hari jek pergi tapi bergambar bagai nak rak.. Apa taknya, kali terakhir jejak Singapura tahun 1989... dah bertahun tuu... So, ala-ala macam baru first time pergi jugak ler..
By the way, kalau belum disebut dalam entri terdahulu, Sadimin and Juwana are my neighbour in Yanbu. Ju is working with me in YUC but different department.
So sambung perjalanan.. elok masuk ke Singapore, hujan makin lebat, sampai tak nampak apa-apa.. Tengok tu gambar dari dalam kereta hanya nampak titisan air jek.. Kami terus ke rumah Sadimin dulu di Bedok..

Apartment Sadimin ni designnya menarik, setiap rumah adalah 2 tingkat.. Kat bawah most of the apartment, ground floornya kosong.. Senang untuk buat majlis.. Tu dia kami dah sampai and sempat posing sebelum naik tangga..







En. Amie berposing depan pintu rumah dengan my brother (my daughters call him Acu)..

Ju dah siap-sediakan lunch untuk kami.. hujan-hujan ni makan memang sodappp...
Acu posing kat tangga naik ke tingkat satu..









Setelah kenyang perut, perjalanan pertama dimulakan. Kami dibawa ke kenduri kahwin family sebelah Sadimin.. Takde dalam plan asal, tapi sebab nak tengok jugak macamana kelainan kenduri kahwin di sana, kami ikut jugaklah.. lagipun, derang jugak yang nak bawak kami jalan-jalan pun.. Tapi ini la first time jalan kenduri tak pakai baju kurung.. rasa pelik semacam le pulak.. hehe..



Tengok sendirilah, gambar-gambar di majlis tu..
bila family pengantin tau kami nak datang, siap disediakan meja reserved lagi.. so, senang, tak yah rebut-rebut tempat... tinggal ambil makanan jek..











Ni pulak gambar pelamin (yang juga ada kat GF tu..), pengantin punya muka blurr sket (kamera terkejut kot.. hehe), ada jugak hiburan dari penari-penari tradisional (yang moden jek nampak gayanya.. hehe) dan tandatangan kat Guest Book (menarik kan...)



Nanti sambung lagi cerita Singapore dalam entri seterusnya.. jalan ke tempat lain pulak..