Sunday, March 30, 2008

Bersedia dan beringat

Salam...
Hari ini teringat nak pesan sesuatu.. khasnya untuk warga Malaysia yang bakal menjejakkan kaki ke bumi Yanbu, KSA tidak lama lagi..
BERSEDIALAH ...
  • rohani dan jasmani
  • mental dan fizikal
BERINGATLAH ...
  • Tidak semua yang indah di fikiran, akan indah di mata ..
  • Tidak jua semua yang buruk dikata, akan buruk jadinya ..
  • Niat yang baik di hati, jangan sampai terpesong ..
  • Komunikasi itu penting, walau terpaksa tebalkan muka ..
  • Perangai manusia pelbagai ragam, sesuaikanlah ..
Pepatah melayu lama masih berguna:
Masuk ke kandang kambing, mengembek
Masuk ke kandang harimau, mengaum
Kita sebagai duta kecil mewakili negara, mewakili bangsa, mewakili agama:
sentiasa bersedia dan beringat

Saturday, March 29, 2008

Spring Season in Yanbu

It's hard to believe until you see it with your own eyes... All this while, I understood that KSA is a hot-weather-country (maybe you too..). Alhamdullilah, working in Yanbu has taught me some lessons, changed some of my 'default' perception, not to be too narrow-minded.
For those who doesn't know (just like I used to be), there are actually 4 seasons here in KSA... maybe because KSA is always known for the hot weather, the other 3 seasons were not acknowledged...
Read my previous entry during winter here : http://ejalz.blogspot.com/2008/01/weekend-in-madinah-al-munawarah.html

Now, look at these photos to believe that it's Spring here...







Thursday, March 27, 2008

Made In Malaysia

Salam to all...
Today feels like sharing some information about Malaysian goods... I thought there would never be any made-in-malaysia stuff here in Saudi.. But I was wrong there are lots of them... some which not even found in Malaysia..
  1. Condensed Milk - brand Malaysiana
  2. Drawing Pad - brand Paper Choice
  3. Ladies shoe - brand Viss
  4. UHU Glue
and there are actually more products with 'made-in-malaysia' sign..


Monday, March 24, 2008

Salam Maulidur Rasul

12 Rabiul Awal adalah tarikh lahirnya seorang insan agung - Nabi Muhammad s.a.w.
Kalau di Malaysia, tarikh ini diberikan cuti umum kepada semua negeri. Adakah cuti yang diberi dimanfaatkan sebaiknya.. atau cuma sekadar menonton perarakan oleh agensi kerajaan yang disiarkan secara langsung di televisyen.. persoalan yang hanya diri sendiri yang ada jawapannya.
Pengalaman di sini pula, hajat di hati nak mengunjungi Masjid Nabi - Masjid Nabawi... namun hasrat tidak kesampaian. Kedua-dua anak daraku tidak sihat - demam panas dan batuk.
Lain pula ceritanya di kolej... since Saturday (14 Rabiul Awal - 22 Mac 2008), students were busy preparing for a celebration... When I asked one of them, she said it's a celebration of love.. emmm... love? Seem weird to me as it is not 14 February (you know what nonsense this date is being celebrated for) and it's not even Mother's or Father's Day. Sunday the celebration was still on, Monday still celebrating..
.. and I even got a heart-shape balloon from my students.. I became more curious.. [I've glued the balloon to the wall, and on the same day as this pic was taken, it burst]

I asked one more student what this celebration of love all about.. Then only I was told, this is a celebration of love - love to our prophet Muhammad s.a.w; love to Allah subhanahuta'ala.
Speechless ... that was my response... Never imagined that KSA college teenagers would celebrate LOVE in such a different way..


Wednesday, March 5, 2008

Setiap Perjalanan yang Berbeza

Semenjak menjejakkan kaki ke bumi KSA ini, setiap perjalanan samada ke Mekah mahupun ke Madinah pasti akan melalui pengalaman yang berbeza.
Seperti coretan entri terdahulu, perjalanan ke Madinah bersama 2 keluarga yang lain, terpaksa melalui jalan bandar dan bukannya highway seperti biasa [rujuk entri http://ejalz.blogspot.com/2008/02/my-first-time.html]. Kemudian, perjalanan ke Mekah pula terpaksa melalui ribut pasir (sand-storm) yang 'menakutkan' [rujuk entri http://ejalz.blogspot.com/2008/03/sand-storm-hit-yanbu.html].
Terbaru, perjalanan ke Madinah membawa abah dan mama, beserta Rafik sekeluarga dan Sadimin sekeluarga, juga melalui pengalaman yang berbeza. Kali ini, perjalanan yang baru bermula dalam masa 20 minit terpaksa berhenti kerana tayar kereta Rafik pecah. Terpaksalah ketiga-tiga kereta berhenti di bahu jalan untuk menukar tayar gantian. Tetapi melihatkan keadaan tayar gantian yang juga kelihatan 'uzur', maka 'kaum bapa' mencadangkan untuk menukar tayar baru di kedai... Nasib baik kedainya tak jauh mana...

Dalam menanti, kami yang 'ditinggalkan' dapatlah menikmati keindahan padang pasir di tepi jalan yang agak sibuk dengan kenderaan lalu-lalang.. :-)Dalam perjalanan ke Madinah, apabila melalui kawasan sand-dune, dengan angin yang masih bertiup kencang, dapat kami saksikan salah satu keunikan di KSA... Look at these photos... [gambar tangkap sendiri ni tau, bukan ceduk or super impose]

angin kuat menerbangkan pasir di puncak bukit pasir.

perhatikan dengan teliti - kelihatan pasir 'berlarian'

Di Madinah pula, selepas asar kami sekeluarga keluar untuk berziarah. Dalam perjalanan ke Masjid Quba', tayar kereta kami pula yang terkena paku panjang. Terus berhenti di salah satu stesen minyak untuk menampal tayar. Di sini, hampir semua stesen minyak akan ada kedai tayar dan convinient store.
Kesimpulannya: bersedialah dengan segala kemungkinan.