Monday, July 28, 2008

I've Travelled To... Pulau Pangkor - 1

yaa... kami berjalan lagi... hari ini (28 Julai 2008), kami sekeluarga telah meronda ke Pulau Pangkor - sebuah pulau perlancongan yang ada di negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini... perjalanan yang hanya dirancang pada pukul 9 pagi dan sudahnya bertolak dari rumah dalam pukul 11 pagi..
Ini dia jeti di Lumut Waterfront untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor.. kawasan jeti dan sekitarnya dah dibangunkan lebih kurang 4 tahun yang lepas..

ferinya berhawa dingin... tempat duduknya selesa.. ada TV dan siap dengan jaket keselamatan.. teringat 15 tahun yang dulu, naik feri yang hanya bertingkap, dapat hirup udara segar ... duduk pulak atas kerusi kayu (yang jalur-jalur kayunya berselang-selang), TV jauh sekali.. inilah bukti kemajuan negara kita...

Kira-kira 20 minit perjalanan, feri berhenti di jeti yang pertama (tak ingat la namanya) ... ramai jugak yang turun di sini yang kebanyakan nampak seperti orang tempatan... motor pun bleh naik feri ni tau...
cuba tengok gambar kanan ni, motor sedang diturunkan dari feri...


Sambung lagi perjalanan, dapat kami nikmati keindahan permandangan kampung di sepanjang tepian pantai pulau ini... dengan bot-bot nelayan yang berlabuh... indah sekali.. ter'feeling' lebih sket ni sebab memang dah lama tak jejak ke sini.. rasanya dah 4 tahun ... kira cam standard ler, orang kat sesebuah negeri tu, mesti jarang ke tempat percutian negeri sendiri.. haha.. alasan..
anyway, lebih kurang 10 minit kemudian sampailah kami ke jeti Pulau Pangkor...
Gambar ni diambil dari atas jeti sejurus selepas sampai.. sebabnya nampak awan yang memutih tu cantik sangat...
Kakak dan adik nampak ceria... baru sampai ler katakan..
Untuk berjalan-jalan sekitar pulau nih, ada disediakan perkhidmatan kereta sewa, van (teksi) dan motosikal serta basikal.. Tentang harganya, tak tau nak kata ok ke tak.. sebab kami ke sana weekdays... dengan menaiki van, kami bayar RM 50 untuk pusing satu pulau, yang mengambil masa kira-kira 2 jam... kata driver teksi tu, kalau hari cuti, biasanya sewa akan naik sampai RM 80..
Ini gambar dalam van sewa... naik cuma berempat kami sahaja..
Cerita sepanjang pusing-pusing pulau akan diteruskan ke siri kedua nanti... al-maklum, internet pun menumpang kasih... hehe..

Sunday, July 27, 2008

Cuti-cuti Malaysia - Siri Reunion

Siri percutian bersambung lagi... Kali ni kesah reunion pulak..
Bermula dengan reunion my hubby.. Hari Jumaat and Sabtu lepas (25-26 Julai 2008), hubby join Majlis Sambutan Jubli Perak MRSM Taiping. Bermula dengan pendaftaran pada hari Jumaat, dan bermain bowling di sebelah malamnya. Keesokan harinya ada aktiviti di dalam MRSM sendiri...diikuti dengan jamuan makan malam di Bukit Merah Laketown Resort...
[cerita lanjut dan gambar-gambarnya kena tunggu encik hubby la yang update]

Hari ini pulak, giliran saya ber-reunion... jumpa dengan kawan-kawan yang bersekolah bersama sejak dari Sekolah Rendah Convent hinggalah ke Sekolah Menengah Convent, Teluk Intan, Perak.. Ikutkan ramai yang dijemput tapi sudahnya, last minute tinggal kami berlima aja.. takpelah, untuk permulaan dah kira bagus la nih... lain kali kita boleh buat lagi, besar-besaran pulak..
Back to the reunion story.. Setelah diusahakan oleh Puan Rehana Abbas dengan nama glamornya Ray, pagi ini berjaya jugak kami semua berjumpa di Pasir Salak Resort di Pasir Salak, Perak (husband Ray yang menguruskan resort ni).. sapa yang tahu tentang Kompleks Sejarah Pasir Salak, kat situlah letaknya resort ni. betul-betul bersebelahan dengan Kompleks tu.. menarik tempat ni.. Resort ni terletak di tepi Sungai Perak, dalam kawasan kampung.. memang tenang la kat situ.. nak buat event pejabat pun sesuai.. sebab compound pun luas, siap dengan stage kalau nak berkaraoke..swimming pool pun ada.. budak-budak mesti suka .. boleh la kalau nak tukar angin, especially orang-orang bandar.. sekarang dengan msuim durian ni, memang berlambak-lambak durian dijual di kawasan pasir salak nih..
[Ray, tolong promote nih..hehe..]

Me, Mar, Ray, Linda and Siti

Anyway, aktiviti kami bermula dengan sembang-sembang meng'update'kan diri masing-masing.. duduk kat mana sekarang, kerja kat mana sekarang, anak dah berapa bla..bla..bla..
Then, diikuti dengan acara makan durian.. durian tajaan resort untuk semua tetamu resort.. kami pun tumpang sekaki.. siap dengan pulut dan santan.. besttt... pada masa yang sama, ada wakil TV3 yang join sama untuk promosikan resort ni dan aktiviti makan duriannya.. katanya untuk siaran MHI..tapi tak tau untuk siaran bila.. kena la berlakon sama... tapi menyorok belakang orang yang ramai-ramai tu.. malu sihh...hehe..
Lepas makan, sambung lagi borak-borak.. masing-masing bertukar-tukar contact number terkini (bagi yang dah tukar) dan email address.. sambil tu kenang-kenang balik kesah zaman sekolah, berdekah-dekah ketawa.. memang kelakar betul zaman sekolah dulu kan... bila dah tua-tua nih (walaupun muda lagi sebenarnya..) baru la nak pikir, apalah yang kita buat dulu.. itulah namanya kenangan yang mewarnai hidup kita masing-masing.. tak dapat nak dijual-beli dengan wang ringgit..

Semoga kita dapat berjumpa lagi and akan tetap berhubungan antara satu sama lain.. Insya-allah..

Saturday, July 26, 2008

Cuti-cuti Malaysia - Siri Dusun Buah-buahan

Sambil jalan-jalan menziarah kaum keluarga dalam 2 minggu lepas, sempat jugak kami dibawa menjenguk ke dusun buah-buahan milik abang ipar (abang Amie) ... Seronok jugak sekali-sekala turun ke dusun walaupun tak buat apa-apa pun... at least dapat la tunjuk pada anak-anak apa tu dusun buah-buahan.. budak-budak tu dalam excited, takut pun ada .. dengan nyamuk berkeliaran dan bermacam lagi makhluk hutan yang lain...
Sekarang ni kat Malaysia meriah dengan buah-buahan.. kata orang tua-tua, "serentak pulak musim buah kali ni" ... baguslah tu dapatlah kami yang bercuti ni merasa buah durian, rambutan, manggis dan juga langsat.. best ooo... sampai 'KO' jugak la 2-3 kali dek penangan si raja buah tu.. hehe.. tak kesahlah... janji puas hati ...
Now, let's enjoy the pic ..

jalan masuk ke dusun melalui kebun kelapa sawit
Mr Amie ready to go..
Mula-mula tinggal dalam kereta, abah usha tempat dulu..

Mr Amie and abangnya tengah meninjau-ninjau kawasan dusun
Kakak pegang plastik diisi buah langsat
Inilah pokok langsatnya..
Adik didukung abah - konon-konon nak petik bauh la tu..
Mamanya pun nak posing jugak dalam dusun.. hehe..
Pokok durian..
muka takut kakak..
ini rama-rama ke kupu-kupu? sapa boleh tolong jelaskan..

Friday, July 25, 2008

Happy Birthday My Hubby

cerita pasal besday ni dah ada dalam previous entri.. my hubby tu ialah ENCIK SUHAIMI ABDUL RAHMAN or di alam maya a.k.a Amie..
Entri kali ni nak bagi birthday wish untuk sang hubby tercinta...

Sometimes I see things
In black and white

But you always put the color

Back into my sight

You're there for me

When I feel down

You always stand behind me

And bring me around


You're the best

I'm glad I'm your wife

I don't know what I'd do
If you weren't in my life



dan juga nak tunjukkan gambar sambutan harijadi yang kami buat di rumah my sister in Bukit Tambun, Pulau Pinang.

chocolate cheese cake from Secret Recipe
pagi-pagi dah kena paksa potong kek sebelum anak-anak buah pergi sekolah
junk food for the party - Mr Amie's favorite food (shopping sakan food yang takde kat Yanbu except Lays tu sbb nak tunjuk kat family itu ler yang kami makan kat arab... haha)
Brother-in-law tengah panggang, birthday boy posing jek ngan anak
barisan makanan yang dipanggang
ayam dah siappp...
Lamb panggang dah siap dalam pinggan ready untuk ngap
makan dengan nasi goreng
lawan dengan ais soda bandung.. pergghhh... sodappp...

Tuesday, July 22, 2008

Sekitar Majlis Perkahwinan Shah and Su - 5/7/2008

Majlis diadakan di Saujana Utama, Sungai Buloh. Yang kahwinnya ialah my cousin - anak sulung dari family my auntie (adik my abah). My auntie's family ni kira yang kami paling rapatlah... apa-apa hal kat sekitar KL, mesti lepak kat rumah derang punya. Pas tu siap jalan-jalan shopping.. masa kena uruskan urusan untuk ke Saudi dulu pun, kami lepak rumah makcik ni la..

2 hari sebelum kenduri, bincang ahli keluarga
pelamin buatan sendiri - hasil perbincangan antara mak pengantin, adik perempuan pengantin and sepupu pengantin (saya ler tu.. hehe)
door-gifts dibawa khas dari Yanbu - diisi dengan agar-agar kering buatan opah kami
The Blue Team. Tema majlis perkahwinan untuk our family. My sister (tudung kuning) dengan 2 anaknya. Me, wearing the shocking pink tudung and my kids. Yang tengah 2 orang tu my cousins - adik pengantin.
Sambil tunggu pengantin datang, kami layan cendol dulu.. Yang lelaki pakai spec tu is my younger brother
Pengantin sampai. Pengapit lelaki is my brother, pengapit perempuan is adik pengantin. Dayang-dayang 3 orang tu are my daughter and my nieces.
Adik and kakak dah terjelepuk kat tangga - panas ooo...
Mak pengantin tengah merenjis..
Pengantin tengah ready nak makan

Monday, July 21, 2008

Minggu ketiga di Malaysia

Salam alam maya ..
dah lama tak beronline, maka dah lamalah tak berupdate blog nih.. al-maklumlah "cuti-cuti malaysia"
Minggu pertama kembali ke tanahair, dilalui dengan pelbagai dugaan .. dengan kendurinya, dengan demamnya, dengan tak tidur malamnya, alhamdulillah tetap meriah.. siap dapat jumpa kembaraksa.blogspot.com sekeluarga lagi..
Minggu kedua, pulang ke kampung halamanku di Teluk Intan... sambung berehat sebab sakit-demam belum pulih sepenuhnya... siap jumpa doktor untuk kali kedua.. doktor pulak siap pesan berhati-hati, takutkan penangan si aedes - demam denggi..
Minggu ketiga, barulah boleh nak berjalan ke rumah sanak-saudara... ehh, sebenarnya kat kenduri rumah makcik tu pun dah jumpa my kakak, adik (abang dah jumpa kat airport) and semua pakcik and makcik (sebelah my abah).. tak terasa pulak sebab kita duduk kat umah jek, orang yang datang, pas tu sebuk dengan kenduri pulak tu... so, this time around, ronda ke utara plak...
Perjalanan dimulakan pada hari Sabtu (12/7/2008), ke Penang... persinggahan pertama is my sister's house in Bukit Tambun. Makan laksa 2 mangkuk, then sambung pulak cempedak goreng.. mak aiii, memang tersandar dibuatnya... meriah betul makanan malaysia nih.. hahaha... Agak-agak makanan dah turun ke perut, sambung pulak perjalanan ke Kubang Semang, rumah arwah tok (sebelah my mum) yang sekarang ni my auntie yang duduk dengan family.. langkah 'kiri' sebab derang baru lepas buat kenduri kesyukuran.. hehe... tapi dapat la jugak rasa lauk kenduri.. kenyang lagi... agak-agak dah berapa kilo naik berat badan nih.. aduusss... Malam lepas isya, bergerak lagi.. kali ni terus ke Bayan Baru, rumah kakak incik amie.. angkat-angkat barang, terus 'pengsan' kekenyangan.. Perjalanan diteruskan ke rumah kakak di Air Itam, then ke rumah sepupu di Alma..
Rabu (16/7/2008) kami berada kembali di Bukit Tambun. Hari ni harijadi Encik Amie @ my hubby... HAPPY BIRTHDAY hubby... buat sambutan harijadi secara sederhana di rumah kakak. belikan kek Secret Recipe, then lepas maghrib kami buat bbq - ayam and lamb.. errrkk.. kenyangnya... meriah, meriah, makanan di Malaysia... (gambar to be uploaded later)
Jumaat (18/7/2008) terus berjalan lagi, ke Taiping pulak kali ni.. Bermalam di rumah abang incik amie.. abang buat kenduri durian... wuuhoooo....bestnya, berlambak-lambak durian dibelinya.. ada yang dimakan begitu sahaja, dimakan dengan pulut, dijadikan kuah makan dengan roti... dapat pelajaran baru, makan pulut tu, dengan durian and susu lembu fresh..
Sabtu ke rumah kakak sulung pulak, makan nasi ayam beramai-ramai... Ahad, jalan lagi ke rumah abang-abang yang lain... keluar dari pagi, dah malam baru balik ke rumah...
Dan akhirnya, hari ini, hari Isnin, baru la dapat pulang ke rumah terchinta di Bandar Baru Sri Klebang, Ipoh... jiran sebelah kanan rumahku telah bermurah hati untuk membenarkan kami 'menumpang' internetnya... akhirnya, blog ini dapat juga dikemaskini... walaupun, rumah sendiri belum lagi dikemaskini... tapak kaki sorang-sorang semua hitam-legam.. haha...
Sekian, makluman terkini dari Ipoh, Perak... minggu ni nak berehat kat rumah, nak bagi nampak rupa bentuk sikit rumah nih... haha... see you all later..

Tuesday, July 8, 2008

Laporan selepas sampai Malaysia

Assalamualaikum semua..
Kami dah selamat sampai KLIA pada hari Isnin, 30/6/2008.. perjalanan secara keseluruhannya lancar walaupun tiba-tiba jadi free-seating and tiba-tiba kena tukar flight di Riyadh.. flight penuh dengan orang Malaysia yang balik dari umrah.. ada jugak tu yang mengomen tentang free-seating - "macam naik air asia pulak" katanya... sabarlah makcik... ingat tu baru jek balik dari umrah... sekadar mengingati..

Seelok sampai, terus lepak di Sungai Buloh, rumah makcik yang nak kenduri anak tu (I think I did mentioned somewhere in previous entry). Dalam seminggu pertama memang tak boleh nak update blog.. takde internet access di rumah makcik sbb dia pun baru jek pindah masuk, takde phone line lagi... Today, I'm back in Teluk Intan, terus update blog ni... dah tentu ramai yang tunggu kan.. hehe..

Anyway, sejak sampai banyak rancangan tergendala. Maaf dipohon pada pihak-pihak yang terlibat.. Really sorry. Kami semua 4 beranak, termasuk both my parents kurang sihat - yang demam, yang batuk, yang selesema.. Sehingga hari ini, kami semua masih kurang sihat.

Apapun, di bawah ni saya sertakan catatan ringkas sejak bertolak dari Yanbu:

29/6/08 Bertolak dari Yanbu airport menuju ke Jeddah. Tunggu 5 jam lagi sebelum flight seterusnya ke KLIA. Selepas 2 jam perjalanan, kapal singgah di Riyadh pulak, dengan alasan kena tukar flight lain yang lebih besar. Tunggu lagi lebih kurang 1 jam, barulah bertolak ke KLIA tanpa gangguan.

30/6/08 Tiba di KLIA lebih kurang jam 2.00 pm. Abang and kakak ipar dah sedia menunggu di pintu kapal (both of them worked there as customer services officers). Tunggu 1 jam untuk semua barang keluar terutamanya air zam-zam yang keluar akhir sekali. Parents and makcik sefamily dah tunggu di arrival hall. Singgah di DownTown untuk lunch, then terus ke Sg. Buloh.

1/7/08 Hubby hantar parents ke Teluk Intan. Me and kids tinggal di Sg. Buloh

2/7/08 Jalan ke KL, cari barang untuk wedding day. (Sogo sales best tu..tapi takleh shopping sbb naik komuter nanti susah nak bawak barang dgn anak2 lagi..) Anak no 2 dah start demam.

3/7/08 Pegi Shah Alam ambil baju pengantin and beli lagi sket barang2. Hubby and parents bertolak balik ke Sg Buloh. Sampai dah malam.

4/7/08 Me and hubby pergi ke UiTM Jengka, hantar sepupu mendaftar. Sampai balik Sg Buloh dah malam. Hubby dah rasa tak sihat. (inilah pemanduan pertamaku selepas 10 bulan, dari Jengka ke Sg. Buloh, mencabar tu lalu ikut Karak Highway ....) Malam tuh tidur kat Shah Alam. Rumah Sungai Buloh dah sesak dengan kaum-kerabat, tak sesuai untuk orang sakit.. Abah pun dah start demam.

5/7/08 Hari kenduri! Hubby bersama Abah takleh bangun... kena kuarantin kat shah alam. Kami yang lain gi sungai buloh. Dah malam baru balik ke Shah Alam.

6/7/08 Kakak pulak start demam. Semua berangkat ke Sg Buloh, tinggalkan pusat kuarantin...

7/7/08 Kakak masih belum kebah, bawak ke klinik. And now I feel sick too (ingatkan boleh jadi heroin dah.. hehe) Terus ke klinik lepas kakak. Lepas lunch, semua down.

8/7/08 Pagi hujan, cuaca sejuk, decide balik terus ke Teluk Intan. Senang sket, boleh berehat.. Sampai pukul 12 tengahari, lepas lunch semua tidurrr...

Sekian sahaja makluman terkini...


p/s first thing beli is teh ais, then satay followed by air nescafe dalam tin. Lain tak heran sangat.. tapi yang dalam senarai utk dimakan, banyakkkk... tapi tu jek 3 benda boleh capai dalam seminggu sebelum demam.. hehe..