Thursday, August 7, 2008

Siaran Tertunda - A Journey Back to Malaysia

Belek punya belek kat dalam koleksi gambar yang ada dalam laptop ni, jumpa pulak gambar proses kepulangan kami ke Malaysia. Terasa nak berkongsi perjalanan kami..
Tengoklah barang-barang yang dibawa pulang.. penuh sarat belakang kereta Shah (kembaraksa).. berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang memikulnya... haha...
Dua beradik ni masih happy.. mengenangkan kampung halaman.. hehe ..(mak dia yang lebih sebenarnya).. tak tau derang berdua yang flight ke KLIA malam nanti... ada la kira-kira 8 jam lagi...









Dah nampak signboard ke Yanbu Airport pun dah sonok giler.. hehe..







Inilah dia Yanbu Airport yang serba baru.. lagi cantik dari airport Jeddah yang maha sibuk itu..



Sepenuh tenaga nampaknya En. Amie and En. Shah kita menolak troli barang-barang tu.. hehe.. tu baru 2 troli.. BARU 2... (troli pertama dah selamat sampai kat tepi pintu gelongsor - sliding door ler maknanya tu). nasib luggage ada had berat dia, kalau tak mau penuh kapal tu ngan barang kita jek...




Menanti penuh debaran di waiting area... apa lagi posing ler.. bukan ramai orang pun.. kat sini pun dah berderet beg... bayangkanlah apa yang masuk ke perut kapal tu.. hehe...


Kapal terbang dah sampai.. adik excited tengok kapal tu bergerak... dulu masa datang mungkin dia berapa nak ingat experience naik flight..

tu dia... beg kami nak masuk ke kapal dah... menarik jugak tengok derang kerja kat bawah tu...

Dah sampai kat Airport Jeddah.. flight seterusnya lagi 4 jam.. kat lobby punya ramai manusia, terutamanya orang-orang umrah... so, kami terus check-in masuk.. biar la selamat lepak kat dalam... itu pun segala kerusi yang ada dah dipenuhi orang.. lantai-lantai pun penuh dengan barang dan orang.. nasib dapat jugak pot baik sket... tepi dinding.. boleh lepak, makan and bersandar.. sementara tunggu alas perut dulu... pizza tu okay boleh dimakan... tapi friesnya memang kena kunyah 44 kali... liat kemain..


Akhirnya penantian berakhir.. perjalanan udara pun bermula... naik satu kapal dengan jemaah umrah dari malaysia.. maka penuhlah Saudi Air dengan rakyat malaysia.. kami dapat duduk berempat satu baris.. sekali free seating daaa... cuba tengok kakak yang kelihatan di hujung en. amie.. dia cukup tak puas hati bila kena free seating... katanya "macam dah naik Air Asia la pulak"... hehehe... sabar kak... kan baru balik umrah.. keh...keh..keh...




Sekian, laporan siaran tertunda... sebenarnya dari jeddah, flight singgah kat riyadh pulak... boleh pulak nak tukar kapal lagi besar.. apsal la yang tak hantar kapal besar tu terus ke jeddah kan.. tapi gambar dah tak kelihatan.. sebab dah tak larat sangat.. naik kapal dari jeddah tu dah pukul 8 pm.. memang dah 12 jam sejak keluar dari rumah Yanbu.. letih tak terkira.. kepala pun ada denyut sikit.. nak tido pun tak berapa comfortable... apapun, alhamdulillah semua selamat sampai ke Malaysia.. sekarang ada lagi 22 hari lagi to enjoy...


Cuti-cuti Malaysia - Siri Pulau Pangkor - 2

Maaf ye siri kedua ni masih belum dapat disambung kerana gambar-gambarnya berada di tempat lain dari tuannya... jadi, tanpa gambar siri kedua ini akan jadi tidak menarik.. hehe.. sabar, tunggu sambungannya..