Monday, October 27, 2008

Letihnya..

Salam semua...
apa yang letih? mental yang letih... rasa macam stress pun ada... untuk pengetahuan semua, minggu ini dah minggu ketiga semester bermula di YUC, dah 2 minggu kelas berjalan...(minggu pertama adalah untuk urusan students' registration).
Dari minggu pertama lagi, kami para 'cekgu' perlu melibatkan diri dengan urusan pendaftaran pelajar ni.. Admin staff kat sini tak seramai mana pun (tak sampai 10 orang percaya tak? percayalah....) Dialah yang nak uruskan students, dialah jugak nak uruskan teaching staff, dialah jugak nak uruskan resources di kolej.. Jadi yang boleh dibantu, kita bantulah untuk ringankan proses pendaftaran. kalau tak tolong, mau amik 2-3 minggu pulak nak selesai..
kemudian myself pulak terlibat dengan urusan pemberian buku-buku rujukan pada pelajar... (untungkan anak-anak Saudi ni, dah la pengajian ditanggung, buku rujukan pun diberi.. anak-anak Malaysia, apa cerita?). Angkat kotak, punggah kotak, kira buku, distribute buku... letih jugak ooo... nasib dapat bantuan Zarina and Zila..
minggu pertama jadual pun masih kelam-kabut.. tambahan pula 3 orang CS teachers yang sepatutnya datang, tak nampak rupa lagi.. so kena la bahagikan pada semua yang ada nih.. terus la naik mendadak workload seminggu.. myself dapat 22 jam seminggu.. 3 subjek, 2 daripadanya subjek baru, 1 daripadanya first time offered, yang bermakna semua bahan tiada!! wahhh.. bisa pecah kepala nih...
minggu kedua, jadual dirombak lagi... lebih hebat pulak yang saya dapat, hari Rabu 8 jam kelas - dari 7.30am sampai kelas terakhir pada 4.10pm... dapat rehat sejam waktu lunch. wahh.. ini sudah marathon.. kering tekak dibuatnya... asyik telah air jek nak bagi tekak lega, sudahnya tak makan sampai ke petang..
dalam minggu sama juga, CS Department dapat bilik lain.. bukan bilik baru, tapi hanya bertukar bilik.. mengangkut pulak barang-barang dari bilik lama ke bilik baru.. tu belum lagi nak berkemas.. bilik baru ni penuh dengan kerusi meja.. orang CS sikit jek... sehingga minggu ketiga ni cuma mampu nak kemas tempat sendiri jek la.. tak berkesempatan lagi..
minggu ketiga nih, kelas dah berjalan lancar.. tu pun ada sikit perubahan dalam jadual.. alhamdulillah sedikit masa telah diambil dari workload yang banyak dan diserahkan pada orang lain.. apapun, persediaan tetap seperti biasa banyaknya.. terutama untuk subjek yang baru tu.. suara dah semakin lantang di dalam kelas, sebab anak-anak murid pun dah semakin selesa dengan kawan-kawan.. jadi bersembang mereka bagai nak rak..
kesimpulannya, letih tak membaca entry ini? letihkan... begitulah keletihan saya... sekian..

Thursday, October 23, 2008

Tetiba Teringat ....


Inilah rupanya notebook Ahadin yang dah tak serupa notebook dah ... 'internal injury' ... Sorry la mmg takleh nak bantu ... hanya ganti bateri CMOS jek.

Tuesday, October 7, 2008

Crash Hajj Course


Lebih kurang 2 minggu sebelum raya, me and hubby telah menghadiri crash course untuk haji.. insya-allah tahun ni jika diizinkan Allah, kami akan menunaikan ibadah haji.. segala persiapan termasuklah buku panduan, semua telah kami sediakan semasa cuti 2 bulan yang lepas.. jadinya kami berharap kursus ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan apa yang masih kabur..

The course was given by Ustaz Hj. Daud Che' Ngah.. It was held at the D'Saji Restaurant (it's Ramadhan, the restaurant was closed during day-time). It started at about 9.00 am, stopped for Zuhr prayer, continue next session around 1.30 pm and ended before Asr prayer.

Peserta jejaka bergambar kenangan dengan Ustaz selepas kursus






Tengok ni.. En. Amie tengah serius mendengar ceramah sambil menoleh ke kamera..





By the way, among the participants, only me and Kak Ina (Mama Bungas) are the 'she-s'. The rest are all 'he-s'.

Me, Kak Ina and my kids are the 'thorne amone the roses' (pulak dahh.. hehe)

Kakak dah letih menunggu.. dah la tak boleh makan..







The day ended with iftar session together with Ustaz Daud... It was a self-paid iftar session at D'Saji Restaurant... We had nasi ayam as the main course and kuih sum-sum as the dessert and not forgetting the malaysian-style-teh tarik. yummm..yumm...





Saturday, October 4, 2008

Eid Mubarak @ Mekah

Alhamdullilah, syukur diberi kesempatan sekali lagi beraya di Mekah.. tahun lepas dah rasa sekali, tahun ni dapat lagi... tahun depan tak tahu apa akan terjadi..
As mentioned in previous entry, kami dah ke Mekah sejak 25 Ramadhan lagi.. duduk di Hotel * Al-Rawdah, Misfalah (* tu maknanya ada nama tapi tak ingat..haha). Kalau berjalan ke Masjidil Haram ada la dalam 10-15 minit..
Syukur sekali lagi kerana berkesempatan berterawih beberapa kali di Masjidil Haram.. cuma kami tak dapat nak buat setiap hari sebab me and hubby kena bergilir-gilir turun masjid.. orang punyalah ramai, terutama malam 27 Ramadhan... kesian kalau bawa budak-budak.. sedangkan kita yang dewasa ni pun senang jek ditolak orang... apatah lagi kalau budak-budak tu.. maklumlah saiz dewasa orang Malaysia ni macam saiz kanak-kanak arab jek.. haha..
29 Ramadhan selepas solat isya' dah kedengaran takbir raya... takbir raya kat arab ni tak sesyahdu takbir kat Malaysia... so, kira tak 'feeling syahdu' sangat ler bila dengar tu.. haha..
Pagi 1 Syawal, seawal 3 pagi kami dah bersiap.. ni belajar dari pengalaman tahun lepas, hubby pergi solat subuh, ingatkan boleh balik hotel dulu bersiap nak bergerak sesama untuk solat raya, sekali takde ruang untuk dia keluar and takkan ada ruang untuk masuk balik solat raya.. sudahnya, hubby sorang yang solat raya tahun lepas, dengan pakaian yang tidak melambangkan hari raya... hahaha... Jadinya kali ni, awal pagi la kena kejutkan budak-budak, salinkan baju kurung raya (tanpa mandi - sejuk sangat 3 pagi kan..), bergerak ke Masjidil Haram... walaupun, subuh masuk dalam pukul 4.54 am, tapi kalau tak sampai awal, alamat tak dapat tempat la nanti kat dalam masjid.. alhamdulillah, dapat tempat di tingkat 1, budak-budak pun ada space sket... nasib baik ada mak arab dok sebelah, so dia tolong 'defend'kan (dalam bahasa arab laa..) tempat bebudak tu kalau ada orang lain nak mencelah... hehe.. budak dua orang tu mula-mula memang semangat, nak solat raya la katakan.. tapi menunggukan masuk subuh pun dekat sejam, last-last, dua-dua tertidur.. siannn.. lepas solat subuh, mula bertakbir... walaupun takbirnya tak syahdu, tapi jiwa tetap syahdu bila mengenangkan peluang yang diberi oleh Allah untuk bertakbir dan bersolat raya di Masjidil Haram nih... lepas ni tak tau bila lagi dapat peluang macam ni kan..

Usai solat raya, kami pun bergerak balik ke hotel... Masya-allah punya ramai umat Islam rupanya...

tengoklah lautan manusia baru keluar dari masjid.. gambar diambil dari tangga ketika turun dari tingkat 1


terpaksa dukung adik takut hilang dalam lautan manusia yang ramai. tu pun kami dah terpisah selepas ini, jumpa semula bila berdekatan hotel..




nak berjalan ke Misfalah kena melangkah setapak-setapak.. dari 10 minit perjalanan biasa, jadi dekat setengah jam...

begitu punya ramai yang bergerak ke arah Misfalah.. tak boleh nak mencelah langsung.. nasib baik la kakak tak lemas di celah-celah orang ramai..


kami dah sampai hotel pun masih ada arus bergerak lagi..


sampai hotel, dah kepenatan.. lepas tu, beratur kat lif pun satu hal pulak lagi.. semuanya balik serentak, jadi lif tu pun tak berenti turun-naik.. akhirnya, kami ambil keputusan untuk guna tangga, naik dua tingkat untuk ke tempat makan... dapat minum dulu pun jadilah, untuk lepaskan lelah berjalan tadi...

Rupa-rupanya, ada juadah raya menanti... alhamdulillah rezeki... ada lemang dan rendang, nasi impit dan kuah kacang serta lontong, serunding, dan juga beberapa jenis kuih raya.. ni semua atas ikhsan KSB Travel - Hj Nasrun and isteri (Hjh. Azizah kalau tak silap namanya). Terima kasih banyak-banyak...


Gambar tengah menikmati juadah raya ni agak blur, sebab kakak yang tangkap.. macam nilah kami beraya, sambil sembang-sembang dengan jemaah umrah..




Lepas makan, kami balik ke bilik untuk sesi bergambar... raya tak best kalau takde gambar kan.. so bergambar la kami anak-beranak berlatar-belakangkan katil yang dah jenuh dilanyak budak-budak.. gambar satu family, gambar sorang-sorang, gambar bersalaman, puas la berposing dalam bilik tu... lepas ni dah kena kirim gambar kat atok and opah, buat lepas rindu, raya kurang 2 cucu.. (anak takde, derang tak rasa sangat kot.. hahaha..)


adik and kakak posing ngan baju ngan tudung raya baru
Ni dia gambar satu family.. katil tu dah di touch-up sket, tapi yang kiri-kanan tu tetap termasuk dalam gambar.. dah guna auto kan.. mana nak suruh dia buang kiri-kanan tu.. hehe..



Berakhirlah sudah 1 Syawal... ditutup dengan tidurrrrrr... hahaha... dah bangun awal sangat kan.. sudahnya lepas zohor, semua terlentang tanpa lunch sampai ke asar...