Wednesday, December 17, 2008

Fardhu Ain Dalam Profesyen Perguruan

Artikel yang saya temui di satu laman web ini menarik dan saya rasa perlu untuk dikongsikan bersama anda semua terutamanya di kalangan mereka yang se-profesyen dengan saya... Sama-samalah kita mendalami apa yang disampaikan..

Ramai dikalangan kaum muslimin yang kurang jelas dalam konsep Fardhu Ain. Kalau dibuat tinjauan kepada seluruh kaum muslimin tentang apa itu Fardhu Ain, pasti hampir 90% akan menjawab bahawa Fardhu ain itu ialah wudhuk, mandi hadas, solat, puasa, zakat dan haji. Kalau itulah jawapannya, maka tidak tepat dan tidak sempurna. Ini semua bukan Fardhu Ain dalam ertikata sebenar, tetapi Asas Fardhu Ain.

Nabi Muhammad s.a.w. menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah fardhu (wajib) ke atas tiap-tiap orang Islam (lelaki dan perempuan).

Dalam hadis ini tidak ditentukan ilmu apa yang wajib, bermakna semua ilmu yang berguna wajib dituntut. Yang lebih utama ialah ilmu-ilmu tentang ketuhanan, iaitu untuk mengenal Allah yang Esa (Tauhid), ilmu tentang pelakuan ibadah (Fiqah), ilmu tentang perintah dan larangan (tafsir dan hadis) dan sebagainya. Daripada ilmu-ilmu inilah kita akan mengetahui tentang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, yang semestinya tidak terhad kepada solat, puasa, wudhuk, zakan dan haji sahaja.

Bekerja adalah wajib, sebab mencari nafkah. Menyekolahkan anak adalah wajib, kerana memberi ilmu. Menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua juga wajib. Dalam pekerjaan mesti tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Dalam perniagaan juga wajib tahu apa benda yang boleh diperniagakan dan yang apa pula yang dilarang. Dalam ekonomi, politik, sosial, teknologi dan sebagai, semua mesti ada ilmu agama tentang perkara itu. Dan inilah yang dikatakan Fardhu Ain.

Dalam apa-apa pekerjaan kita wajib mengetahui tiga jenis ilmu, iaitu ilmu pekerjaan (ilmu bidang), ilmu alat dan ilmu agama (Fardhu Ain). Setiap guru mesti mendalami dalam bidangnya. Begitu juga dalam bidang-bidang lain. Ini ilmu bidang namanya. Yang lebih penting ialah ilmu tanggungjawab. Iaitu, apakah tanggungjawab guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dari perspektif Islam. Apakah hukum jika guru tidak mengajar? Apa hukumnya jika guru tidak menjalankan tugasnya dengan betul? Masuk kelas lambat tanpa sebab. Tidak pernah buat ujian. Ponteng kelas tanpa ganti. Memukul murid tidak setimpal dengan kesalahannya atau yang tidak wajar dipukul menurut syariat Islam. Apakah hukum semua ini? Mengetahui ini semua adalah Fardhu Ain.

Oleh kerana guru tidak faham konsep Fardhu Ain, maka ramai guru yang melanggarkan hukum syariat semasa melaksanakan tugasnya. Dan dia tidak merasa bersalah, melainkan jika kesalahan itu berkebetulan dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Ini adalah kerana tidak jelas konsep Fardhu Ain. Dengan itu tindakan kita banyak yang bertentangan.
Oleh itu, marilah sama-sama kita sedar akan hal ini dan insaf, ketahui dengan lebih jelas tentang tanggungjawab kita dalam bidang pekerjaan kita masing-masing, dan seterusnya boleh menyelamatkan kita daripada terus menerus melakukan dosa tanpa disedari. Ini dapat menyelamatkan dari mendapat dua dosa serentak. Pertama kerana melakukan kesalahan, dan kedua kerana tidak tahu dan tidak mahu belajar agama.

Eloklah kita muhasabah diri dan minta ampun kepada Allah. Insya Allah, Allah akan mengampunkan kita jika kita benar-benar ikhlas dan merendah diri kepadaNya.

3 Pesan Sesuatu:

LYNN said...

Ejal, artikel tu memang untuk emua jenis pekerjaan. Memang mcm kat Msia especially kalau ada kursus dan bengkel kebanyakan penceramah dah insertkan nilai-nilai murni(mcm pedagogy la) dalam pekerjaan.Tu korporat tuh...cikgu cikgi lagilah.. Apapun sabor la bebanyak lah baca surah al-Waqiah tu.Masa akak pi umrah dulu ada minah Arab tu nampak my roomates baca wah dia tunjuk "good" . nak cakap omputeh tak tau gak nye..Kite pun cas-cas jer la faham.Tapi kebanyakan ustaz pun pesan ni ayat baik amalan. Juga surah Haikal. insya allah...nanti tolong install wiFi akak boleh?

Ejalz said...

kak lyn.. insya-allah kita amalkan 2 surah tu...
kalu bab-bab teknikal, itu akak kena tanya kat 'orang rumah' saya.. hehe.. dia yang teror bab tu.. nanti saya sampaikan..

Amie said...

Mafi musykila ... nanti beritahu la bila nak configure wi-fi.