Semenjak menjejakkan kaki ke bumi KSA ini, setiap perjalanan samada ke Mekah mahupun ke Madinah pasti akan melalui pengalaman yang berbeza.
Seperti coretan entri terdahulu, perjalanan ke Madinah bersama 2 keluarga yang lain, terpaksa melalui jalan bandar dan bukannya highway seperti biasa
[rujuk entri http://ejalz.blogspot.com/2008/02/my-first-time.html]. Kemudian, perjalanan ke Mekah pula terpaksa melalui ribut pasir (sand-storm) yang 'menakutkan'
[rujuk entri http://ejalz.blogspot.com/2008/03/sand-storm-hit-yanbu.html].
Terbaru, perjalanan ke Madinah membawa abah dan mama, beserta Rafik sekeluarga dan Sadimin sekeluarga, juga melalui pengalaman yang berbeza. Kali ini, perjalanan yang baru bermula dalam masa 20 minit terpaksa berhenti kerana tayar kereta Rafik pecah. Terpaksalah ketiga-tiga kereta berhenti di bahu jalan untuk menukar tayar gantian. Tetapi melihatkan keadaan tayar gantian yang juga kelihatan 'uzur', maka 'kaum bapa' mencadangkan untuk menukar tayar baru di kedai... Nasib baik kedainya tak jauh mana...

Dalam menanti, kami yang 'ditinggalkan' dapatlah menikmati keindahan padang pasir di tepi jalan yang agak sibuk dengan kenderaan lalu-lalang.. :-)

Dalam perjalanan ke Madinah, apabila melalui kawasan sand-dune, dengan angin yang masih bertiup kencang, dapat kami saksikan salah satu keunikan di KSA... Look at these photos... [gambar tangkap sendiri ni tau, bukan ceduk or super impose]

angin kuat menerbangkan pasir di puncak bukit pasir.

perhatikan dengan teliti - kelihatan pasir 'berlarian'
Di Madinah pula, selepas asar kami sekeluarga keluar untuk berziarah. Dalam perjalanan ke Masjid Quba', tayar kereta kami pula yang terkena paku panjang. Terus berhenti di salah satu stesen minyak untuk menampal tayar. Di sini, hampir semua stesen minyak akan ada kedai tayar dan convinient store.

Kesimpulannya: bersedialah dengan segala kemungkinan.