Thursday, January 29, 2009

PENGUMUMAN

dengan ini saya maklumkan bahawa tuan punya blog 'Kembara KSA' telah selamat dikurniakan seorang lagi cahayamata perempuan pada pukul 2.10 pagi (waktu yanbu) ni, di Hospital RC.. kedua-dua ibu dan baby dalam keadaan sihat.

maklumat lain masih belum diperolehi kerana tuan punya badan masih dalam keadaan drowsy tadi.. nanti baru dia nak cerita katanya... hehe..

TAHNIAH kepada Encik Shah and Puan Siti..



-Tukang sebuk-
..Ejalz and family (6.30am)..

Sunday, January 25, 2009

Bowling: Keputusan Kumpulan

Pasukan yg berwarna merah, johan berpasukan ... Tahniah!

No Team Total
1 RUWAIS 1452
2 TAK KETAHUAN a.k.a ACPI BHD 1391
3 SIEMENS 1386
4 ERICSSON 1314
5 MADU TIGA 1307
6 CACA MARBA 1262
7 YANBU 1255
8 BAT a.k.a Bank AlJazira Team 1239
9 PANDA 1200
10 CONSULATE MALAYSIA 1196
11 TM JEDDAH 1175
12 SRIKANDI JEDDAH 1162
13 CARREFOUR 1135
14 PERWAKILAN JEDDAH 1090
15 WROPLAH JINGGA 1060
16 KAAUH 1059
17 MALAYSIAN AIRLINES 1058
18 BANI SHUAIBAH 1044
19 TH BRUTAL 1016
20 YOUNG GUNS 925
21 GIRLS POWER 918

Women's Ranking

Msh lagi dgn keputusan bowling ... Kedudukan pemain wanita:

Women's Ranking
No Name Total Team
1 284
2 280
3 269
4 267
5 Aizal Yusrina Idris 260 Yanbu
6 259
7 252
8 251
9 234
10 233
11 233
12 228
13 228
14 216
15 201
16 192
17 192
18 189
19 186
20 185
21 176
22 176
23 146

Bowling Men's Ranking

Saja je nak letak ... hehehe
*nama pemain-pemain lain mmg dipadamkan kecuali pemain dari Yanbu dan jumlah jatuhan pin dipaparkan individu ...

No Team Total Remarks
1
373
.
.
.
.
10 Abdullah 289 YANBU
.
.
.
.
16 Nizam 281 YANBU
.
.
.
.
28 Suhaimi Abdul Rahman (Capt) 259 YANBU
.
.
.
.
.
.
.
.
78 Nazir 166 YANBU
.
.
.
.
.
.
82
137

Saturday, January 24, 2009

Pertandingan Bowling Malaysia 2009 (23/1/2009) - Jeddah

Pertamanya, minta maaf kat my wife sbb. tulis entry ni sebelum dia ... saja je excited lak pagi ni ... Takpe la tulis yang ringkas je la dulu ... biar owner Tentang Sesuatu yg sambung ... :)

Tahniah diucapkan buat team bowling dari Yanbu kerana berjaya mendapat tempat ke-7. Dapat memberi cabaran walaupun team dibentuk secara adhoc, takde training langsung. Semua pemain telah mencuba yang terbaik. Terima kasih diucapkan kepada mereka (Zuraili, Yusof, Zainul, Rafiq, Ghazali) yang telah bersusah payah membantu utk. menjayakan penyertaan team dari yanbu. InsyaAllah, diharapkan Yanbu akan dapat menghantar team lagi di tahun hadapan.


Berikut adalah keputusan pertandingan Bowling Malaysia 2009 yang diadakan pada 23/1/09:

Pasukan Yanbu

Jumlah Jatuhan Pin (2 game): 1255 (beza 200 jatuhan pin dari johan) - cuba lagi tahun depan.
Kedudukan: 7 daripada 21 pasukan
Jatuhan Pin Individu:




Game 1Game 2
Nazir7492
Suhaimi124135
Nizam145136
Aizal Yusrina13684
Abdullah140149
Jumlah Keseluruhan = 619 + 596 + 40 (mata bonus)= 1255

* mata bonus 40 mata utk pemain wanita
* bererti mata keseluruhan team selepas 2 game telah di tambah sebanyak 40 kerana ada seorang pemain wanita

[gambar berikut adalah bukti markah tersebut bukanlah rekaan semata-mata .. hehe]

Tapi, pasukan dari Yanbu tidak pulang dengan tangan kosong. Dapat 2 hadiah cabutan bertuah (no 5-Aizal dan no 1-Nazir).

yang hijau tu ler saya punya (eehh.. tetiba tukar tuan tulih plak...)

dapat mangkuk jenama Bohemia... terkedu sat.. sbb rasanya kalau kat Mesia nih, rasa cam tak berapa berani nak pandang benda-alah 'crystal' nih.. satu, sebab kaca ler, takut nak bawak anak-anak lalu.. kedua, sebab rega dia.. ketiga, faktor tiada almari hiasan untuk meletakkan barangan 'crystal' tersebut.. (tiba-tiba almari menjadi mangsa..) jangan marah encik hubby, tiada berniat di hati ingin mempersoalkan kenapa rumah kita tiada almari hiasan.. hehe..

yang kotak hadiah lagi satu, dah tentu la tak tahu isi kandungannya kerana bertuankan incik nazir, yang masih belum mengambil hadiahnya lagi atau mungkin, yang belum diserahkan hadiahnya lagi... (pilihlah mana-mana jawapan yang sesuai... hehe..)

sekian, makluman tentang kejohanan boling yang telah berlangsung dengan jayanya di Jeddah..

nota kaki 1 : sangat suka tengok orang-orang Malaysia di Jeddah yang begitu menghormati 'intisari' rancangan pada hari tersebut.. contohnya, majlis dijadualkan bermula pukul 3 pm, sejak 2.30 pm majoriti telah pun sampai.. macamana saya tahu? tentulah saya sampai lebih dulu dari mereka sumer, tapi selepas pihak penganjur sampai lerr. kami sekeluarga telah sampai di lokasi majlis seawal 2 pm lagi...haha.. (ampunnn.. encik suhaimi tengah bertungkus-lumus menyediakan lokasi pertandingan masa itu... bukan my hubby tau, itu suhaimi jeddah).

nota kaki 2 : sangat seronok dapat memegang bola boling itu setelah sekian lama meninggalkan aktiviti ini sejak cuti summer yang lepas (julai-ogos 2008)

Friday, January 16, 2009

Happy 7th Birthday

Yesterday, 16 Jan 2009, my eldest daughter has turned 7.

HAPPY BIRTHDAY to ADLINA MARDHIAH

May you grow up and be a good muslimah.


Since her birthday falls on weekend this year, so mama and abah had a 'short-notice' plan for a 'makan-makan' session with her neighbouring-friends, 2-2, 3-2 and 4-1. At least with all the kids coming over (although only 8 of them plus my 2 daughters), she can feel her birthday celebration this year..
Abah bought her 2 cakes - 1 for yesterday, another 1 was brought to school today. And me cooked nasi ayam, with cek-mek-molek as the dessert (betapa tak masuknya dessert itu.. last minute punya pasal). Alhamdulillah, managed to complete all food before 2pm.. and enough for everyone.


Tuesday, January 13, 2009

Suatu perbualan yang terhenti...

Entri kali ini terpaksa dilakukan dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.. kerana entri kali ini 'berbunyi' (tapi tiada suara) agak nakal... (ya, sayalah orang yang nakal itu...)
Kisahnya begini...
pagi ini di Yanbu, cuaca agak sejuk dan dingin, berserta dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sungguh menikam kalbu... masuk ke dalam kawasan kolej, sejuk cuaca di luar bersambung pula dengan sejuk penghawa dingin... sudahlah dibuka abaya, makin menggigil masing-masing... (masing-masing merujuk kepada cekgu-cekgu)
Sejam-dua pertama di dalam kolej, masing-masing masih bertahan dengan memakai lapisan kedua - baju sejuk, jaket, shawl atau apa saja yang boleh memanaskan diri... masuk jam-jam seterusnya, masing-masing mula membebel-bebel tentang kesejukan... antara perbualannya...

si A: sejuk betulkan hari ni..
me: betul la.. hari ni memang sejuk sikit..
si A: awak pakai baju tangan pendek tak sejuk ke?
me: takpe, saya ok, ada shawl ni..
si A: awak nak pakai jaket saya ke?
me: takpe..takpe.. saya ok jek..
si A: tapi sejuk ni... nasib baik la pagi ni saya tak mandi..
me: ???

dan perbualan ini pun terhenti.. kerana diriku telah terkedu dengan ayatnya yang terakhir tadi..

Sunday, January 11, 2009

Mentally Tired

Every time (well.. almost every time) after my class with this 'one-problematic' group, I'll end-up the day with "I'm mentally tired".
The students will argue on every possible issue ... today, the issue is 7 chapters are too much to study for the final exam.. it's only 7, it's not like it's 17!!
I remembered during my students days years back, never in my student-life before, complained on any of my lecturers... even though there were courses where I don't even understand what the lecturer was talking about.. but with all own effort I will try to find a way to make myself understand..
lately these student will be 15 min late for class.. yet, I didn't say anything.. they are Junior Year now, the senior among all the students.. come on, you should know your responsibility.. but today, after 15 min late, they came in class and complaint about the 7 chapters... and one of them even said "miss, we are human not computer"... if you really are human, you should know that human lives by rules... but are you? came to class 15 min late, making noise in the class, not concentrating... you are the one should change, your attitude should change not the syllabus, not the course... and if indeed you are a computer, it's even better, I'll program you to sit quietly, listen to my lecture for one hour class..
aaaaaaarrrrrrrggggggg.... tired... my mind is tired... When are you going to change ya banat??
if only all students are like Sarah (http://sarahmohdshukor.blogspot.com/2009/01/kisah-di-hospital-i.html) or me (eehh.. perasan plak..), it will make teachers/lecturers life easier...


[Nota kaki 1: I think this entry might be the answer to Sarah's question to me.. :-p)]
[Nota kaki 2: Sorry jika saya telah memberi gambaran salah tentang students di sini.. you must be here, experience and you'll understand what I say]

Wednesday, January 7, 2009

Ziarah di Musim Haji

'Musim Haji' di dalam entri ini, saya takrifkan dengan keberadaan jemaah haji di bumi Saudi ini, terutamanya jemaah haji Malaysia...
[nota tambahan: khabarnya, penerbangan terakhir dari sini ke KL adalah pada 12 Jan. 2009.. itupun yang membawa pulang para petugas tabung haji dan sebagainya..]

Berbalik kepada cerita ziarah ... Sebenarnya yang nak diceritakan adalah bagaimana musim haji kali kami berjaya menziarahi 2 keluarga (suami-isteri sebenarnya) dari Malaysia yang mengerjakan haji beserta 1 keluarga Malaysia dari Riyadh (satu bas sebenarnya derang dari Riyadh). Pertemuan berlaku di Madinah Al-Munawarrah.

Keluarga pertama diziarahi adalah pada malam tahun baru (31/12/08), Hj. Abdul Satar (papa) dan Hjh. Siti Nor (mak). Kedua mereka ini merupakan ibubapa kepada rakan baik encik hubby. Bahkan mereka sudah dianggapnya seperti ibubapa angkat.. dan mereka pun mengenalkan kami kepada jemaah lain sebagai anak angkat. Di dalam gambar di sebelah kanan ini, Mak berada di kiri saya dan papa di kanan hubby. Hujung sekali ialah abang dan kakak ipar kepada Mak, dikenali sebagai Ayah Li dan Che' Yah.

Keluarga kedua pula diziarahi keesokan hari iaitu di pagi tahun baru, Hj. Bohari Wahijan dan isteri Norazlina. Jumpa di hotel penginapan mereka - Movenpick Al-Anwar. Hj. Bohari atau lebih dikenali sebagai Hj. Bob adalah merupakan ex-officemate saya ketika di tempat kerja terakhir sebelum saya ke sini. Itupun tak sempat nak kenal baik sebab ketika saya masih di 'sana', Hj. Bob merupakan Penolong Ketua Pengarah Kampus. Jadi pejabatnya di pejabat pengarah, jarang kelihatan di fakulti. Cuma beberapa bulan sebelum saya berhenti, barulah Hj. Bob 'kembali' ke fakulti.
Keluarga terakhir yang kami bertemu ialah keluarga Kak Jeni.. orang Malaysia yang hubbynya bekerja di Riyadh.. Kak Jeni ni merupakan 'senior' kepada encik hubby ketika di USM.
Kak Jeni dan keluarga datang ke Madinah ni menaiki bas.. satu bas ditempah khas oleh geng-geng Kak Jeni (orang-orang Malaysia) .. Katanya 10 jam perjalanan dari Riyadh ke Madinah.. aduuhh... patah pinggang ooo... mereka pun menginap di hotel Movenpick Al-Anwar juga. Jadi, mudahlah sikit kerja.. sekali jumpa jek..
Begitulah 'kejayaan' kami menziarahi kaum-keluarga, sahabat-handai ketika musim haji tahun ini.. musim haji tahun lepas, tiada siapa pun kami sempat jumpa... ada yang kami tidak tahu pun mereka datang mengerjakan haji... tahu-tahu bila balik sudah dipanggil Haji atau Hajah..

Nota kaki : sebenarnya keluarga pertama yang kami ziarahi ialah suami-isteri yang merupakan kenalan ibubapa saya... juga berjumpa di Madinah.. ceritanya pernah disebut dalam entri terdahulu (http://ejalz.blogspot.com/2008/11/madinah-nan-sejuk.html)

Tuesday, January 6, 2009

My Conclusion

sejak hujung minggu yang lepas (read: hujung minggu Saudi), saya telah mendapat suatu kesimpulan.. kesimpulan yang pasti akan membuatkan kaum hawa tidak bersetuju, kalau pun tidak melenting.. dan kaum adam pulak pastinya menyokong, walaupun tidak melonjak kegembiraan.. ini hanyalah kesimpulan saya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap kehidupan di sekeliling serta perbincangan (read: sembang-sembang jek) saya dengan rakan-rakan...
Apa yang ingin disimpulkan adalah mengenai jawapan terhadap persoalan 'kenapa' yang diri saya sendiri utarakan... yang sering menjadi tanda-tanya... yang masih kabur jawapannya sejak setahun nan lalu...
Selepas bertemu dengan beberapa kumpulan masyarakat Malaysia yang ada di Saudi ini, saya merasakan bahawa kaum hawa yang bekerja, jika tidak banyak, sedikit tetap ada perasaan emosional yang mempengaruhi di dalam membuat keputusan, samada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.. 'membuat keputusan' tidak hanya merujuk kepada yang berjawatan ketua dah sebagainya... kita yang 'biasa-biasa' ini juga turut membuat keputusan.. kita-kita inilah yang kadang-kalanya terlebih emosional dari ketua-ketua.. ada pula yang terbawa-bawa hingga ke balik ke rumah, yang kadang-kala akan mempengaruhi pula kehidupan sosial..
In contrast (apa perkataan melayu yang sesuai ekk?), kaum adam pula jika bekerja, emosi jarang di bawa pulang ke rumah.. yang ada kadang-kala setakat untuk melepaskan rasa emosi itu, dan selepas itu semuanya dilupakan.. dalam keadaan begini, kehidupan sosial tidak akan terganggu..
kesimpulan dibuat bukan untuk menjauhkan diri.. sekadar menjadi peringatan, bahawa sesiapa sahaja boleh bertindak diluar jangkaan kita... jika kita sentiasa berhati-hati, pasti kita tidak akan begitu terkejut dengan perubahan yang tidak terjangka..
Insya-allah, kita perbaikilah diri kita sendiri... Akhir kalam, B+ ..

Nota kaki : B+ sebenarnya ialah 'be positive'

Saturday, January 3, 2009

Tahun Baru : Hijrah 1430 & Masihi 2009

wah..lamanya tak update blog.. kali terakhir tahun lepas.. lama dah tu .. hehe..
dah pun masuk tahun baru... kali ini, berturut pulak tahun baru hijrah dan tahun baru masihi..
terus-terang, sebelum ni memang tak pernah perasan bila Muharam, bila Januari... paling-paling terasa, sebab cuti umum di Perak, barulah ada statement: "ooo... dah Muharam". Kalau tahun baru masihi pula, jangan risau, TV Malaysia kan beria-ria menyambut ketibaan tahun baru.. iklan itu, iklan ini, konsert lagi, mesti boleh ingat punya.. begitu sekali kita terlalai atau dilalaikan.. nak salahkan tv semata-mata, boleh ke? mungkin boleh menjadi pemangkin untuk lalai, tapi diri sendiri pun kena la kuat pegangannya ... betul tak?
alhamdulillah, sejak duduk di bumi Saudi ni, makin 'alert' dengan perbezaan kalendar Hijrah dan Masihi... tak la sekadar tahu Muharam, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sahaja..
Di Saudi, tiada cuti umum atau sambutan apa-apa pun untuk 1 Muharam, apatah lagi 1 Januari.. yang bekerja, pergilah bekerja, yang sekolah, pergilah ke sekolah.. sama sahaja seperti hari-hari yang lainnya... betul juga.. bila difikirkan semula, kenapa 1 Januari perlu disambut begitu meriah (read: melampau meriahnya di KL). masuk tahun baru, yang ada azam baru, cubalah capai.. hanya diri sendiri yang perlu tahu.. tak perlu pun diwar-warkan pada semua orang... eemm... lalai lagi kita...
Semoga kedatangan tahun baru ni, sama-samalah kita bergerak ke arah yang lebih baik... janganlah mudah kita terleka dengan 'kelazatan' dunia.. Berusahalah untuk menjadi makhluk Allah yang lebih baik, di samping menunaikan tanggungjawab terhadap orang-orang sekeliling kita.. Remember, never takes Allah for granted...