Tuesday, January 6, 2009

My Conclusion

sejak hujung minggu yang lepas (read: hujung minggu Saudi), saya telah mendapat suatu kesimpulan.. kesimpulan yang pasti akan membuatkan kaum hawa tidak bersetuju, kalau pun tidak melenting.. dan kaum adam pulak pastinya menyokong, walaupun tidak melonjak kegembiraan.. ini hanyalah kesimpulan saya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap kehidupan di sekeliling serta perbincangan (read: sembang-sembang jek) saya dengan rakan-rakan...
Apa yang ingin disimpulkan adalah mengenai jawapan terhadap persoalan 'kenapa' yang diri saya sendiri utarakan... yang sering menjadi tanda-tanya... yang masih kabur jawapannya sejak setahun nan lalu...
Selepas bertemu dengan beberapa kumpulan masyarakat Malaysia yang ada di Saudi ini, saya merasakan bahawa kaum hawa yang bekerja, jika tidak banyak, sedikit tetap ada perasaan emosional yang mempengaruhi di dalam membuat keputusan, samada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.. 'membuat keputusan' tidak hanya merujuk kepada yang berjawatan ketua dah sebagainya... kita yang 'biasa-biasa' ini juga turut membuat keputusan.. kita-kita inilah yang kadang-kalanya terlebih emosional dari ketua-ketua.. ada pula yang terbawa-bawa hingga ke balik ke rumah, yang kadang-kala akan mempengaruhi pula kehidupan sosial..
In contrast (apa perkataan melayu yang sesuai ekk?), kaum adam pula jika bekerja, emosi jarang di bawa pulang ke rumah.. yang ada kadang-kala setakat untuk melepaskan rasa emosi itu, dan selepas itu semuanya dilupakan.. dalam keadaan begini, kehidupan sosial tidak akan terganggu..
kesimpulan dibuat bukan untuk menjauhkan diri.. sekadar menjadi peringatan, bahawa sesiapa sahaja boleh bertindak diluar jangkaan kita... jika kita sentiasa berhati-hati, pasti kita tidak akan begitu terkejut dengan perubahan yang tidak terjangka..
Insya-allah, kita perbaikilah diri kita sendiri... Akhir kalam, B+ ..

Nota kaki : B+ sebenarnya ialah 'be positive'

3 Pesan Sesuatu:

Mimiamilia said...

in contrast=sebaliknya

rasa itu yg palng sesuai.

Kaum hawa ni kan makhluk emosi.(baru tangkap leleh tadi sebab stress dgn phd)

Ejalz said...

mimi, saya cuba nak sampaikan yang bila terlalu beremosi, hubungan sosial pun boleh terganggu.. hawa sebagai makhluk yang penuh emosi, undeniable rasanya tu...

REENAZ said...

Ejalz... bukan kaum hawa yg kerja kat Saudi jer ber EMO.. Kat memana sama jer!!! huk huk huk! Termasuk ler akak...huhuhu

In contrast ker?? Ermmm...Melayu dier lebih kurang 'kalau dibandingkan' gitu kottt...hehehe