Saturday, January 24, 2009

Pertandingan Bowling Malaysia 2009 (23/1/2009) - Jeddah

Pertamanya, minta maaf kat my wife sbb. tulis entry ni sebelum dia ... saja je excited lak pagi ni ... Takpe la tulis yang ringkas je la dulu ... biar owner Tentang Sesuatu yg sambung ... :)

Tahniah diucapkan buat team bowling dari Yanbu kerana berjaya mendapat tempat ke-7. Dapat memberi cabaran walaupun team dibentuk secara adhoc, takde training langsung. Semua pemain telah mencuba yang terbaik. Terima kasih diucapkan kepada mereka (Zuraili, Yusof, Zainul, Rafiq, Ghazali) yang telah bersusah payah membantu utk. menjayakan penyertaan team dari yanbu. InsyaAllah, diharapkan Yanbu akan dapat menghantar team lagi di tahun hadapan.


Berikut adalah keputusan pertandingan Bowling Malaysia 2009 yang diadakan pada 23/1/09:

Pasukan Yanbu

Jumlah Jatuhan Pin (2 game): 1255 (beza 200 jatuhan pin dari johan) - cuba lagi tahun depan.
Kedudukan: 7 daripada 21 pasukan
Jatuhan Pin Individu:




Game 1Game 2
Nazir7492
Suhaimi124135
Nizam145136
Aizal Yusrina13684
Abdullah140149
Jumlah Keseluruhan = 619 + 596 + 40 (mata bonus)= 1255

* mata bonus 40 mata utk pemain wanita
* bererti mata keseluruhan team selepas 2 game telah di tambah sebanyak 40 kerana ada seorang pemain wanita

[gambar berikut adalah bukti markah tersebut bukanlah rekaan semata-mata .. hehe]

Tapi, pasukan dari Yanbu tidak pulang dengan tangan kosong. Dapat 2 hadiah cabutan bertuah (no 5-Aizal dan no 1-Nazir).

yang hijau tu ler saya punya (eehh.. tetiba tukar tuan tulih plak...)

dapat mangkuk jenama Bohemia... terkedu sat.. sbb rasanya kalau kat Mesia nih, rasa cam tak berapa berani nak pandang benda-alah 'crystal' nih.. satu, sebab kaca ler, takut nak bawak anak-anak lalu.. kedua, sebab rega dia.. ketiga, faktor tiada almari hiasan untuk meletakkan barangan 'crystal' tersebut.. (tiba-tiba almari menjadi mangsa..) jangan marah encik hubby, tiada berniat di hati ingin mempersoalkan kenapa rumah kita tiada almari hiasan.. hehe..

yang kotak hadiah lagi satu, dah tentu la tak tahu isi kandungannya kerana bertuankan incik nazir, yang masih belum mengambil hadiahnya lagi atau mungkin, yang belum diserahkan hadiahnya lagi... (pilihlah mana-mana jawapan yang sesuai... hehe..)

sekian, makluman tentang kejohanan boling yang telah berlangsung dengan jayanya di Jeddah..

nota kaki 1 : sangat suka tengok orang-orang Malaysia di Jeddah yang begitu menghormati 'intisari' rancangan pada hari tersebut.. contohnya, majlis dijadualkan bermula pukul 3 pm, sejak 2.30 pm majoriti telah pun sampai.. macamana saya tahu? tentulah saya sampai lebih dulu dari mereka sumer, tapi selepas pihak penganjur sampai lerr. kami sekeluarga telah sampai di lokasi majlis seawal 2 pm lagi...haha.. (ampunnn.. encik suhaimi tengah bertungkus-lumus menyediakan lokasi pertandingan masa itu... bukan my hubby tau, itu suhaimi jeddah).

nota kaki 2 : sangat seronok dapat memegang bola boling itu setelah sekian lama meninggalkan aktiviti ini sejak cuti summer yang lepas (julai-ogos 2008)

5 Pesan Sesuatu:

Ejalz said...

silalah berikan laporan encik hubby... dah tentu penyumbang ceritanya cik ejalz ngan incik amie..
laporan bergambar akan di 'update' kemudian hari... itu memang kerja cik ejalz...
p/s tahniah untuk semua... termasuk diri sendiri.. haha. perasan...

REENAZ said...

Apa lak nak perasan....Rasanyer lom terlambat nak wish congratulations to all Yanbu team...Zuraili gerammmmm jer....hehehe....

Ejalz said...

kwang kwang kwang... "sabar incik... tahun depan incik kena daftar awal sikit" hahaha.. ingatkah anda iklan itu?
dengar-dengar gosip kat bowling lane hari tu cam derang nak buat liga.. kalau betul, nanti kita form la team lain... 2-3 team ke... yang terer-terer masuk kumpulan kami tau.. hahahaha...(gelak sambil golek-golek nih sbb syok sendiri)

Imah said...

Ejalz:

Bestnyer dapat crystal ... anyway TAHNIAH / MABROOK ....

Bila kita lady lady Yanbu nak main bowling lak?

Ejalz said...

Imah, boleh jek kalau nak buat lady's team .. masalahnya tak jumpa ahli jek lagi... jom kita pi main kat holiday inn - ada 2 lane kat sana...