dah pun masuk tahun baru... kali ini, berturut pulak tahun baru hijrah dan tahun baru masihi..
terus-terang, sebelum ni memang tak pernah perasan bila Muharam, bila Januari... paling-paling terasa, sebab cuti umum di Perak, barulah ada statement: "ooo... dah Muharam". Kalau tahun baru masihi pula, jangan risau, TV Malaysia kan beria-ria menyambut ketibaan tahun baru.. iklan itu, iklan ini, konsert lagi, mesti boleh ingat punya.. begitu sekali kita terlalai atau dilalaikan.. nak salahkan tv semata-mata, boleh ke? mungkin boleh menjadi pemangkin untuk lalai, tapi diri sendiri pun kena la kuat pegangannya ... betul tak?
alhamdulillah, sejak duduk di bumi Saudi ni, makin 'alert' dengan perbezaan kalendar Hijrah dan Masihi... tak la sekadar tahu Muharam, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sahaja..
Di Saudi, tiada cuti umum atau sambutan apa-apa pun untuk 1 Muharam, apatah lagi 1 Januari.. yang bekerja, pergilah bekerja, yang sekolah, pergilah ke sekolah.. sama sahaja seperti hari-hari yang lainnya... betul juga.. bila difikirkan semula, kenapa 1 Januari perlu disambut begitu meriah (read: melampau meriahnya di KL). masuk tahun baru, yang ada azam baru, cubalah capai.. hanya diri sendiri yang perlu tahu.. tak perlu pun diwar-warkan pada semua orang... eemm... lalai lagi kita...
Semoga kedatangan tahun baru ni, sama-samalah kita bergerak ke arah yang lebih baik... janganlah mudah kita terleka dengan 'kelazatan' dunia.. Berusahalah untuk menjadi makhluk Allah yang lebih baik, di samping menunaikan tanggungjawab terhadap orang-orang sekeliling kita.. Remember, never takes Allah for granted...


3 Pesan Sesuatu:
Salam Kak Aizal.
Saya baru je berhajat nak tanya kat komen balas di blog, bila akak nak update ni. Tup2 dah ada dah update baru rupanya. Hehe.
Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi. Betul apa akak kata tu. Memang orang jarang sedar bila Muharram tiba. Tapi kalau nak masuk 1 Januari, semua pun sedar. Tapi personally saya sentiasa sedar bila Muharram. Sebab saya guna bulan Islam untuk tentukan beberapa perkara dalam hidup *wink*
Semoga akak dan keluarga sihat2 je ye. Saya yakin kat sana pun dah makin sejuk daripada biasa kan. Harapnya takde sape la yang sakit macam saya ni =p
Yeapppp!!! Sokong2! Bila baca paper M'sia punyer siap ada sex party lagi nak sambut tahun batu! Ngeriiiii gitu!!!
sarah... sekarang ni tengah rajin baca blog orang jek... tak sedar yang blog diri sendiri tak update.. hehe.. takpe, azam tahun baru kena cari idea utk update blog selalu.. haha..
Sini memang dah masuk winter, sejuk and nyaman jek.. tapi tak la sejuk sangat, paling rendah pun turun dlm 23 degree. kalau tak pakai baju sejuk tu, boleh la lagi tahan.. cuma angin malam jek yg 'menusuk kalbu'.. saya dah sakit dah pun.. baru baik dari demam selesema, baru baik dari suara yang sangat garau.. nasib baik budak-budak ok..
Kak Ina, betul kan.. pelik la sambutan new year kat mesia.. habis utk bunga api jek dah berjuta.. padahal kan lebih baik bagi kat rakyat jek.. bila kerajaan PKR Perak bagi hakmilik tanah, ramai pulak yang marah..
tak paham.. tak paham..
Post a Comment