Wednesday, February 18, 2009

Finally...

What a relieve.... finally it's the last working day for semester 1... starting today (Thursday, 19 Feb.), it's a one week semester break.. so, no more counters... yeayyy...


Anyway, the final week ended with two great activities among teachers in the college. First, on Monday (16 Feb), we had a basketball match inter-departments for teachers... Linguistics vs. General Studies and Computer Science vs. Management Information Science. However, since MIS do not have enough members to form a team (for some exceptable reasons), therefore they combine with CS as one team. And the best part is automatically qualified for final game on Tuesday.. hehe.. So, on Monday we just watched the game between AL and GS... and GS won. Get ready for final on Tuesday.. no problem, Runner-up is already for sure... haha... we don't even expect to win as the sport science teacher is in GS team.. she alone can beat the whole inexperience-team!!
Anyway, look at those photos... that's what I got from the game.. haha... a swollen pinky..


Tuesday at 9.00 am, the match began... Surprisingly, we - the inexperience-team, did gave them some hard time... Oh ya, 'we' here refers to me, Zarina, Atiya, Dr. Mimi (leader), and Dr. Sayma. We really played our best that the other team started to guard each of us carefully... the GS team were surprised with our good players.. hehe.. the final score wasn't that bad at all, not so much of a difference...


On Wednesday, another activity but only among the CS department. Our Head of Department gave us a treat - lunch on the house... we ordered lunch from Ocean Mat'am.. and each of us bought 1 gift valued around SR20, which then we exchanged among us... I've got a set of small bowls... too bad, our deputy HOD is still on maternity leave.. don't be jealous mek iti, later we do again okay... hehe...

Thursday, February 12, 2009

dan pemenangnya ...

dapat award la pulak... thanks to Kak Ina - Mama Bungas. Kak Ina la pemberi award kepada blog nih... mekasih banyak-banyak.. dah lama dah dapat, tapi tak sempat la nak mengambil award nih sebab dok sebuk sangat dengan kaunter-kaunter tu kan.. hehe.. hari ni baru sempat ambil...


Kak Ina, saya stop kat sini jek la eekk... tak continue bagi anugerah kat orang lain .. nanti-nanti dah makin panjang list blogger, kita sambung balik.. hehe.. bukan kedekut tau...



Ku sangka panas hingga ke petang...

sambung... sambung... sapa yang tahu peribahasa nih...(ye ke peribahasa?)
takde maknanya kalau kat Yanbu ni, tetap la panas sampai ke malam... takdenya nak hujan di tengahari.. hehe..
sebenarnya tajuk kali ni nak dikaitkan dengan tajuk entri yang sebelum ni... pasal bukak kaunter tu.. ingatkan dah selamat ditutup kaunter tu, rupa-rupanya tidak.. elok-elok sehari selepas entri tu, tak pasal-pasal kena bukak kaunter lain plak... "kaunter rayuan".
Lepas sorang-sorang datang merayu... ada 2 group berbeza pulak tu..
satu group, suruh make sure derang tu pass., tak mintak lain katanya, pass jek dah cukup.. dalam ramai-ramai tu, muka-muka yang jarang masuk kelas pun ada.. tiba-tiba la jadi baik yang amat sangat... tiba-tiba jek nak luahkan perasaan, ada masalah itu, ada masalah ini... tak leh concentrate study la.. kenapa dia tak masuk kelas.. semua la baru nak luahkan, selepas soalan selamat dikategorikan sebagai 'soalan maut'.. hehe.. tapi paling best, ada sorang siap hantar mesengger datang merayu, sebab kawannya lebih pandai speaking englisi dari dia.. kalau dia yang datang, sepatah dia merayu, 10 patah cekgu dia membalas.. haha.. tak ter-rayu dia kang..
yang lagi satu group pulak, memang dah pass... tapi merayu supaya dapat B+ ke atas.. kalau dapat C tu dah kira teruk sangat dah tu...amboi..amboi.. teror bebenor ke pun... paling best bila dia boleh mengaku, dia rasa dia jawab boleh dapat A... makk aiiii, tingginya berangan.. nak yang atas sekali pulak tu... tapi betul jugakan, kena la berangan dulu, capainya kemudian.. kalau tak tercapai masa menjawab, capai la melalui rayuan.. hahaha...
dalam pada tu, rayuan melalui email pun berlambak jugak... siap ada sorang ni tulis dalam email dia "make me pass with anything" .. tah dia paham ke tidak apa dia tulis tu... cekgu dia pun macam tak berapa nak paham..
kaunter rayuan ni nampaknya tak tahu bila boleh tutup.. selagi tak keluar result budak-budak nih, selagi tu la akan datang merayu...


Monday, February 9, 2009

Lega... kaunter pertanyaan telah ditutup..

Kaunter pertanyaan apa yaa? dah ramai tanya bila saya letak status ini di FB..
camni ceritanya, sejak minggu lepas hingga hunjung minggu ini adalah minggu final exam untuk YUC. Bila dah masuk minggu exam barulah ramai datang berduyun-duyun nak bertanya itu dan ini.. punyalah berduyun-duyun (berbondong-bondong kata sorang Lecturer UKM saya.. hehe.. saja teringat), sebijik macam kaunter pertanyaan.. sampaikan saya takmo angkat muka sebab takut terlalu ramai.. so just concentrate on the current student.. lantak la berapa orang pun tunggu kat belakang dia...
mula-mula terpikir, wahh... bagus budak-budak ni, dah bersedia untuk exam semuanya... tapi lepas tu bila dah ramai sangat yang datang tanya, terfikir balik.. apa, selama ni saya tak ajar ke dalam kelas? or derang semua tak paham ke selama ni? punyalah dah guna simple english dalam nota or dalam pengajaran... kadang-kadang tu siap buatkan mind-map lagi kat whiteboard.. semuanya beria menyalin.. kompius makcik.. kompius...
alhamdulillah semalam paper saya yang terakhir dah pun selesai examnya.. masing-masing keluar exam venue dengan muka yang sangat mencuka... ramai mengadu "susah miss, apa punya soalan ni".. lebih kurang macam tu la bunyi ayat derang bila dah dialih-bahasa.. marah giler bunyinya dengan soalan saya yang seolah-olah maha-susah itu... hahaha... ini baru namanya universiti... kalau setakat soalan definition atau memory recall sampai 40%, dengan error correction plak lagi, apa kelassss... itu soalan untuk budak-budak baru masuk bolehlah, korang dah tua-bangka dah... dah tahun ketiga pun kat dalam YUC nih... kena la mencabar sikit..
nasib tak kena kejar ke apa ke semalam... takut gak bebudak ni bertindak ganas ... dah ler badan sorang-sorang double size saya... sekali dia tolak memang confirm saya terduduk... haha... tapidengarnya siap ada yang mengadu kat boss, pesan kat cekgu jangan marking strictly sebab soalan susah sangat... suka hati korang jek...
apa pun, semester kira dah berakhir la nih... tak payah tengok dah muka korang dalam 10 hari lagi... semester depan jek la kita jumpa balik ekk..
secara rasminya, kaunter pertanyaan dah pun ditutup...

Friday, February 6, 2009

Peringatan: Hari Kekasih

untuk peringatan bersama,
Khutbah Jumaat hari ini (khutbah jumaat Malaysia yaa.. dah tentu khutbah jumaat Saudi tak dapat nak paham) mengingatkan bahawa sambutan Hari Kekasih 14 Februari adalah HARAM dan ini telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)

Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Wahai golongan muda-mudi (termasuk juga yang tidak lagi muda), jauhilah diri anda dari melakukan DOSA BESAR ini..


point to ponder: pelik banyak, kenapa siaran televisyen Malaysia masih mengagungkan sambutan hari kekasih walaupun jelas nyata hukumnya adalah haram..