Tuesday, March 17, 2009

Menghitung Hari...

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa ku nanti apa kan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari...

Apa yang ku hitung? memang ku sedang menghitung hari... huhuhu... sedihnya... seseorang itu tiada di sisi... jiwang ke? takpe la.. bukan orang lain pun... days to be counted until this Friday...

Saturday, March 14, 2009

Perpustakaan Mini II




Nak pinjam ? http://www.librarything.com/catalog/suhaimi_ar

Thursday, March 12, 2009

Hari ini dalam sejarah - 1

for the very first time, after being here for almost one and half year, I have to work on Thursday. Well, it was normal before .. when I worked in Malaysia... but here in Saudi, Thursday is a weekend... and I went to work yeayyy... hari ini dalam sejarah... !! [apa nih, suka plak keje weekend] Anyway, not just me but all of us from Computer Science Department (almost all) and some from other departments too..
itu sahaja laporan dari "hari ini dalam sejarah"

Tuesday, March 3, 2009

Satu Cadangan ... Perpustakaan MINI?

Tetiba bila terpandang dgn koleksi buku kat rak di rumah ni, terfikir alangkah baiknya jika boleh berkongsi bahan bacaan dengan kekawan yang lain, daripada dah abis baca dan biar je tersusun di atas rak baik kongsi. Tapi tak semua orang nak berkongsi e.g. takut buku rosak. Hmmm ... sikit jek buku yang ada pun. Buat permulaan boleh la ... kalau ramai yg. sudi berkongsi bahan bacaan, boleh la mulakan perpustakaan mini.

Secara ringkas konsep yang biasa digunakan semua koleksi disimpan di satu tempat dan kemudian pembaca boleh datang , pilih dan pinjam buku. Tapi cam tak sesuai untuk digunapakai di sini buat masa ini. Satunya, sbb bahan-bahan tuh atas dasar perkongsian dan ramai pemilik, mungkin koleksi peribadi. Jadinya, tak adil la kalau bahan-bahan terus dikumpulkan dan diletakkan di satu tempat sebab hakmilik masih individu tersebut.

Rasanya lebih praktikal kalau buat portal untuk menyenaraikan buku,status,lokasi dan pemilik. Kemudian, pembaca pilih dan hantar dalam talian (online) untuk pinjam buku tersebut. Lepas tuh apa erk ? Hmmm ... 1 email akan dihantar kepada pemilik untuk acknowledge ada org nak pinjam buku ... lepas tuh apa ? Lepas tuh si peminjam deal terus dgn pemilik buku e.g. nak ambil buku camner. Kalau macam 1 tmpt keje, boleh aje ambil dan pulangkan di tmpt keje :) . Lepas tuh update la status buku tuh di portal. Tempoh pinjaman lak camner? 1 minggu cukup la ... tapi kalau dah abis baca awal boleh la pulangkan awal.

Nampak cam rumit je kan ... tapi buat permulaan boleh la ... kalau ada sesapa yang ada idea yang lebih baik tolonglah kongsi ye.

Ada yang berminat?

Mistake-Proof Your Life

Taken from Reader's Digest March 2009

1. Think small.
2. Think negatively.
3. Think differently.
4. Slow down.
5. Get more sleep.
6. Beware anecdotes.
7. Put off decisions until you're in a better mood
8. Use constraints.

7 DUMB THiNGS WE DO!

Taken from Reader's Digest March 2009.
So sorry just the point without explanation ...
1. We make slips of the tounge.
2. We wear rose-colored glasses.
3. When we multitask, we get stupid.
4. We see, but we don't see.
5. We notice on a need-to-know basis.
6. We skim when we shouldn't.
7. We think we're better than we are.

Monday, March 2, 2009

Musim itu bermula lagi..

musim apa? inilah namanya musim membawa parents datang menziarah kita, menggunakan visa ziarah.. parents Siti (KembaraKsa) dah lulus dah permohonan mereka... parents saya? eeemm.. entah bila, puas dah tanya, nanti la.. nanti la.. jawabnya.. Cuma nampak my parents lebih berminat kalau dapat datang dalam bulan Ramadhan dan terus berSyawal di sini.. aiisehh.. itu dah masuk tahun ketiga kontrak tu.. (ada ke tahun ketiga tu? masih menjadi tanda tanya)

Satu maklumat yang baru saya tahu ialah kebenaran untuk membawa parents kita ke sini berbeza antara saya di YUC dengan kenalan yang ada di Jeddah @ Riyadh. Di YUC hanya dibenarkan untuk membawa parents saya sahaja (iaitu parents untuk orang yang bekerja sahaja). Bermakna, parents-in-law tidak akan mendapat kebenaran. Ada juga kes di mana hanya ibu sahaja yang mendapat kebenaran, manakala ayahnya tidak... Manakala kenalan di Jeddah dan di Riyadh pula kata, derang boleh jek nak bawak masuk both parents dan parents-in-law. eemmm... sapa punya rules sebenarnya nih yang tentukan siapa boleh di'invite', sapa tak boleh? sorry, I have no answer but I think it's the company that you're working with.

Anyway, last year I managed to brought over both my parents here for almost 3 months.. Refer to my previous entry: http://ejalz.blogspot.com/2008/02/my-parents-are-coming.html

Prosedur dia tak la rumit mana pun.. tapi sebab yang uruskan proses ni orang Arab agaknya, maka benda yang senang pun boleh jadi susah.. tambah macam saya tak boleh nak ke ofis RC, semua kena melalui ofis kolej, maka makin lambat la prosesnya... bayangkanlah untuk mesengger datang hantar dan ambil dokumen pun boleh makan berhari-hari..padahal, dari kolej nak ke ofis RC tu 10 minit paling lama pun.. arab.. arab...
Ringkasnya, ini proses yang saya pernah lalui dulu...
  1. Isi 2 jenis borang - satu borang diisi melalui website MOFA (online application), satu lagi borang dapat dari office(offline) . Kedua-dua borang ni perlu diisi dalam Arabic
  2. Borang yang telah diisi di website perlu dicetak dan ditandatangan (pulak!!)
  3. Kepilkan kedua-dua borang tersebut bersama dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu salinan iqama, salinan sijil master/degree, salinan surat nikah, salinan paspot parents, surat pengesahan jawatan
  4. Kemudian hantar segala dokumen ini ke pejabat RC; kepada pengurus yang menguruskan hal-ehwal berkaitan visa
  5. Tunggulah untuk beberapa hari (boleh makan minggu!), dan semak kembali ke website MOFA untuk dapatkan keputusannya
  6. Jika sudah diluluskan, hantar softcopy dokumen kelulusan itu ke parents, untuk mereka teruskan urusan permohonan di Embassy Saudi di Malaysia pula.
  7. Untuk permohonan di Malaysia pula, cetakkan dokumen kelulusan tu, kepilkan bersama dengan borang permohonan dari Embassy pula, gambar, surat bukti telah cucuk meningitis, dan juga salinan surat beranak saya!!
Tapi dengarnya sekarang ni, Embassy Saudi di KL dah tak benarkan sebarangan orang masuk ke Embassy... untuk sebarang urusan kita perlu melalui agen-agen yang telah dilantik.. kena bayarlah tu...
Begitulah prosesnya, senang jek kan prosedurnya.. tapi tak tahu kenapa, mesti la kena 'headache' jugak dalam proses nih... again, arab..arab.. bersabar je lah..

Sunday, March 1, 2009

dah tamat dah...

Cuti seminggu sudah pun berakhir... alahaii.. kejap jek rasa.. macam tak sempat nak buat apa pun... dah la anak dara tak cuti sekolah.. lagi la tak boleh kemana-mana..
ringkasnya, dari 19hb hingga 23hb cuma memerap di rumah sahaja.. sambil sesekali keluar ke Panda atau Star Market walaupun hanya untuk membeli 2-3 barang sahaja... hehe.. dari rumah bukan main buat list panjang berjela... ye la, kalau list tak panjang, tak dapat plak pegi shopping.. nanti big boss malas nak keluar.. hehe..
Hari Selasa 24hb barulah kami sekeluarga bertolak ke Jeddah. terpaksa 'memontengkan' anak dara dari sekolahnya. Tujuan kami ke Jeddah sebenarnya untuk renew passport.. takut tak boleh balik Malaysia pulak nanti..termasuklah pasport kakak..
[Nota: validity passport adalah sehingga 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh]
Kami sampai ke Jeddah lebih kurang 2pm, terus cari hotel ... actually tak cari pun, terus pergi ke apartment yang dah biasa pergi (jadinya, bukanlah mencarikan) di Amir Mit'ib Street (nama lamanya Arba'in Street). sangat memeranjatkan bila diberitahu harga bilik naik hingga hampir 3 kali ganda!! Rupanya, bila cuti sekolah (sekolah arab tempatan), family arab ni rajin bercuti... anak-anak cuti sekolah, ayahnya sama akan ambil cuti... baguihhh depa nih... Berbalik ke cerita harga bilik tadi, bila dah mahalnya bukan main-main lagi, kami pun decide nak cari tempat lain... (kali ni baru betul nak cari). Tapi, belum sempat nak masuk kereta, si pekerja berlari dapatkan encik hubby.. rupanya, sebab kami dah biasa ke situ, dia pun kata "okaylah, malaysia bagusss, boleh bagi diskaun".. lebih kurang gitu la lepas translate.. diskaun pun, masih lagi hampir 2 kali ganda harga biasa..
Petangnya dalam lebih kurang pukul 5pm, kami keluar menuju ke rumah Kak Ita (eitaluvjeddah.blogspot.com). Dengan panduan dari Mr. Rashid, sampailah kami dengan jayanya ke rumah Kak Ita... Dalam dok sembang punya sembang, barulah kami tahu yang nama Amir Mohammad Street adalah nama baru untuk Tahlia Street..dan kebanyakan orang tempatan memang masih menggunakan nama lama ... patutlah bila tanya Amir Mohamad Street ramai orang tempatan tak tahu.. kita yang tak tahu rupanya... kehkehkeh...
Rabu pagi, barulah menuju ke Konsulat Malaysia di Jeddah... sekali, Pak Ali kata, tak payah la renew kat sini.. sebab untuk balik ke Malaysia boleh jek tanpa cukup 6 bulan terakhir tu.. pulak dahhh... kalau nak renew jugak kat sini, nanti makan masa lama jugak, dalam 3-4 bulan katanya.. sebabnya paspot tu akan dihantar ke Malaysia juga untuk proses renew, lepas tu baru baru hantar balik ke Saudi... kalau dah macam tu, okaylah tak payah renew lagi, balik Malaysia nanti jek la buat... tak jadi la nak jalan ke London cam ni... aikkk.. tetiba plak... hehe.. takpe, takpe, itu kita simpan untuk projek tahun akan datang (tu pun insya-allah kalau masih dapat sambung kontrak di Saudi ni)
eehh..ehh.. baru perasan, apsal tajuk entri ni takde kaitan dengan cerita... hehe.. itulah dia, kalau tulis tajuk dulu baru isi.. tajuk ke lain isi ke lain... (psstt.. patutlah karangan tak pernah dapat full mark dulu!)
Okaylah, memandangkan cerita dah terpesong dari tajuk, marilah kita tamatkan 'keterpesongan' ini... daaaaaaa....