Sunday, April 26, 2009

Update about my hand

thanks to those wishing for my recovery..
alhamdulillah, after 1 week, my hand is in better condition now... cuma tengah 'bersalin kulit' jek... hehe...
some of my friends still wondering what had happened.. because in the previous entry, the story was about getting treatment from ER, RC Hospital... no details given of what actually happened.
ok, here's the summary... that night (20/4/2009) about 9.30pm, I was about to make a bottle of milk for my daughter... my left hand was holding the bottle. on my right hand was the flask. I never realized that the flask lid(cover) was not tightly closed. So, when I poured the water, the lid was opened and all the hot water was poured onto my hand instead of to the bottle.
that's the whole story... insya-allah I'll be more careful next time...

Monday, April 20, 2009

Kali pertama dapatkan rawatan di bahagian kecemasan, Hospital RC


Baru je balik dari spital RC, bawa Ejalz dptkan rawatan di spital RC. Pusing gak la nak mencari bhgn kecemasan, sbb biasa masuk ikut laluan pintu masuk biasa, dah malam so dah tutup la entrance depan ... tak perasan betul la pintu masuk kecemasan tuh ... hehehe.

Proses pendaftaran berjalan lancar, nurse terus attend, dan x lama sangat tunggu doktor. Ringkasannya, perkhidmatan memuaskan. Hasil akhir? Tangan kiri Ejalz dibungkus (jari dan pergelangan tangan sahaja - cam orang pakai sarung tangan) dan hanya akan dibuka selepas 24 jam. Malam esok la baru boleh buka ...

Friday, April 17, 2009

Satu lagi pengalaman...

Isnin (13/4/2009) yang lepas, satu lagi pengalaman baru dapat kukutip...
Kesahnya bermula pada hari Ahad (5/4/2009) , saya mendapat sms dari seorang kenalan baru - Khairiyah, di Yanbu ni yang menyatakan bahawa ayah kepada seorang lagi kenalan kami - Khadeeja, telah meninggal dunia di Mekah... setelah mendapatkan sedikit butiran mengenai kematian ini, saya pun menghantar sms juga membuat panggilan mengucapkan takziah kepada Khadeeja...
Minggu berikutnya iaitu pada hari Sabtu (11/4/2009), saya mendapat panggilan dari Khairiyah, menjemput ke majlis takziah di rumah Khadeeja. Wahhh... apa pulak Majlis Takziah nih.. mulut malu nak bertanya tapi di kepala dah terfikir, mungkin ada kenduri arwah...(apa kau ingat ini Malaya!!). Terus diiyakan sahaja jemputan itu selepas maghrib hari Isnin...
Hari Isnin yang dijanjikan bergerak kami (me and siti) ke rumah Khadeeja selepas Maghrib... Barulah tahu apa majlisnya... sememangnya majlis untuk mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.. Inilah adat orang-orang arab jika ada kematian ahli keluarga... jiran tetangga dan kenalan akan mengunjungi rumah keluarga arwah, ucapkan salam takziah, duduk sebentar untuk minum kopi arab (bunyinya:kahuwah) dan makan kurma, terus pulang. Perbezaan ketara dari segi hias-rupa masing-masing. Tiada yang datang dalam 'keglamoran' seperti lazimnya pertemuan kaum wanita arab... masing-masing datang dengan muka yang tidak berhias langsung serta abaya hitam juga masih di badan... tak ubah seperti suasana orang yang berkabung (atau sememangnya berkabung??). Tuan rumahnya juga begitu, dengan pakaian serba hitam-putih. Bagi orang-orang Arab, ini sahaja adatnya jika ada kematian.. tiada kenduri arwah atau membaca quran@yasin beberapa hari... Bida'ah katanya...
Inilah pengalaman namanya... Jangan kita sangka apa yang kita amalkan di negara kita, sama juga di mana-mana.. masing-masing ada pegangan sendiri... yang elok, bolehlah dicontohi, yang buruk, cuba dijauhi..

Sunday, April 12, 2009

Hari ini Dalam Sejarah - 3

kesabaranku teruji lagi... uuwaaaa... untuk pertama kalinya, dalam sejarah profesyenku sebagai seorang pengajar, 2 orang murid telah kuhalau dari kelas hari ini... betul-betul naik hangin hari nih.. sejak seminggu lepas, 2 orang budak pompuan nih asyik bergembira dalam kelas.. tak hirau langsung kita kat depan mengajar... kalau setakat bergembira berdua tak ganggu orang takpelah jugak... ni sampai gelak-ketawa, terjerit-jerit seronok, agaknya kalau boleh nak guling-guling sekali.. sudah lebeeyyy nih... sekali tegur, tahan 10 minit jek... takkan setiap 10 minit nak kena tegur derang... sudahnya, bila tak tahan mendengar and dengan perasaan geram yang teramat sangat, terus kujeritkan (memang menjerit nih, bukan lagi tinggi suara) nama salah sorang budak tu, and minta derang keluar dari kelas kalau nak bising... tak disangka-sangka, derang berdua tu memang keluar... eloklah la tu... apa lagi, tak pasal-pasal satu kelas la kena dengar 'syarahan' yang tak berkaitan... sapa yang rasa nak bising, sila keluar, pegi join dua orang tu.. senyap-sunyi kelas.. baru aman sampai tamat waktu..
hhaaahh... amik...kan dah jadi sejarah.. tak pernah kubuat menghalau student dari kelas.. kat sini boleh buat sekali...

Computer Science ke Art & Design?

Ini salah course ni rasanya.... terlalu di"design"kan submission proposal ni... dah tak macam poposal untuk data structure... salah course la bebudak pompuan arab nih... derang ni bab-bab melawa memang terer... melawa badan, melawa rumah, melawa assignment... memang cantik, tidak syak lagi... tapi harapkan lawa kat luar jek la, dalam ala-ala eeemmmm... tak larat nak komen dah... same goes to the assignment, luar bukan main cantik lagi kulitnya, dalam takde isi pun... tak bagi markah, kang kosong plak coursework dia...



yang dua ni, ada la rupa bentuk assignment sket...

Tuesday, April 7, 2009

Hari ini Dalam Sejarah - 2

Saat dan tika ini, perasaan bercampaur-baur, marah, sedih dan kecewa ... lengkap. Hari ini, semasa aku sampai ke tempat letak kereta rumahku dari masjid Camp 5, selepas solat maghrib, kelihatan pergelutan berlaku di antara 3 orang. Salah seorangnya dapatku agak warga bangladesh bekas tukang cuci keretaku. Aku dagh agak mesti budak2 arab ni nak mencuri basikal milik warga bangladesh ni.

Aku ingat dengan adanya kereta aku yg baru tiba di tempat letak kereta (garaj), remaja arab ni akan berhenti dan melarikan diri. Salah jangkaanku, rupanya mereka teruskan juga membelasah mamat bangladesh. Sebaik sahaja aku turun dan keluar dari kereta, kedua2 budak arab itu telah selesai membelasah mamat bangla, dan terus melarikan diri bersama2 basikal milik mamat bangla tuh.

Aku terus mendapatkan mamat bangla yang sedang terbaring di tepi jalan, merintih dan meraung kesakitan. Tak lama selepas itu ada sebuah kereta berhenti, turun seorang pemuda arab dan bertanya masalah (Aku memberi laporan ringkas kat pemuda Arab tersebut) dan dia menawarkan diri untuk menghantar mamat bangla tu ke hospital. Satu demi satu kereta jiran2 aku yang lain (br pulang masjid) berhenti dan bertanyakan apa yang berlaku. Kemudian pemuda arab tadi, membawa mamat bangla tuh dgn keretanya untuk menjejaki remaja arab yang telah membuat onar itu. Aku tak ikut sama.

Aku marah sebab perkara ini berlaku di depan mata aku, tapi aku tak dapat berbuat apa2. Aku sedih sebab remaja arab ni membuli warga bangladesh dan sempat aku dengar salah seorang dari mereka menjerit ke arah mamat bangla itu "Anjing". Padahal saudara seagama. Aku kecewa sebab aku rasa aku tidak bertindak dengan pantas - patutnya aku boleh aje langgar diaorang tuh ker apa ker ...


Kesimpulannya, perkara ini mungkin terjadi di mana-mana, cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja. Lagi satu, rasanya perlu lebih berhati2 masa waktu2 solat sbb waktu tu kaum lelaki berada di masjid. Pastikan pintu rumah berkunci dan jangan biarkan anak2 bermain-main di luar tanpa pengawasan. Semoga kita semua dilindungi Allah.