Sunday, April 12, 2009

Hari ini Dalam Sejarah - 3

kesabaranku teruji lagi... uuwaaaa... untuk pertama kalinya, dalam sejarah profesyenku sebagai seorang pengajar, 2 orang murid telah kuhalau dari kelas hari ini... betul-betul naik hangin hari nih.. sejak seminggu lepas, 2 orang budak pompuan nih asyik bergembira dalam kelas.. tak hirau langsung kita kat depan mengajar... kalau setakat bergembira berdua tak ganggu orang takpelah jugak... ni sampai gelak-ketawa, terjerit-jerit seronok, agaknya kalau boleh nak guling-guling sekali.. sudah lebeeyyy nih... sekali tegur, tahan 10 minit jek... takkan setiap 10 minit nak kena tegur derang... sudahnya, bila tak tahan mendengar and dengan perasaan geram yang teramat sangat, terus kujeritkan (memang menjerit nih, bukan lagi tinggi suara) nama salah sorang budak tu, and minta derang keluar dari kelas kalau nak bising... tak disangka-sangka, derang berdua tu memang keluar... eloklah la tu... apa lagi, tak pasal-pasal satu kelas la kena dengar 'syarahan' yang tak berkaitan... sapa yang rasa nak bising, sila keluar, pegi join dua orang tu.. senyap-sunyi kelas.. baru aman sampai tamat waktu..
hhaaahh... amik...kan dah jadi sejarah.. tak pernah kubuat menghalau student dari kelas.. kat sini boleh buat sekali...

1 Pesan Sesuatu:

REENAZ said...

Sabarrrrrr.....