Saat dan tika ini, perasaan bercampaur-baur, marah, sedih dan kecewa ... lengkap. Hari ini, semasa aku sampai ke tempat letak kereta rumahku dari masjid Camp 5, selepas solat maghrib, kelihatan pergelutan berlaku di antara 3 orang. Salah seorangnya dapatku agak warga bangladesh bekas tukang cuci keretaku. Aku dagh agak mesti budak2 arab ni nak mencuri basikal milik warga bangladesh ni.
Aku ingat dengan adanya kereta aku yg baru tiba di tempat letak kereta (garaj), remaja arab ni akan berhenti dan melarikan diri. Salah jangkaanku, rupanya mereka teruskan juga membelasah mamat bangladesh. Sebaik sahaja aku turun dan keluar dari kereta, kedua2 budak arab itu telah selesai membelasah mamat bangla, dan terus melarikan diri bersama2 basikal milik mamat bangla tuh.
Aku terus mendapatkan mamat bangla yang sedang terbaring di tepi jalan, merintih dan meraung kesakitan. Tak lama selepas itu ada sebuah kereta berhenti, turun seorang pemuda arab dan bertanya masalah (Aku memberi laporan ringkas kat pemuda Arab tersebut) dan dia menawarkan diri untuk menghantar mamat bangla tu ke hospital. Satu demi satu kereta jiran2 aku yang lain (br pulang masjid) berhenti dan bertanyakan apa yang berlaku. Kemudian pemuda arab tadi, membawa mamat bangla tuh dgn keretanya untuk menjejaki remaja arab yang telah membuat onar itu. Aku tak ikut sama.
Aku marah sebab perkara ini berlaku di depan mata aku, tapi aku tak dapat berbuat apa2. Aku sedih sebab remaja arab ni membuli warga bangladesh dan sempat aku dengar salah seorang dari mereka menjerit ke arah mamat bangla itu "Anjing". Padahal saudara seagama. Aku kecewa sebab aku rasa aku tidak bertindak dengan pantas - patutnya aku boleh aje langgar diaorang tuh ker apa ker ...
Kesimpulannya, perkara ini mungkin terjadi di mana-mana, cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja. Lagi satu, rasanya perlu lebih berhati2 masa waktu2 solat sbb waktu tu kaum lelaki berada di masjid. Pastikan pintu rumah berkunci dan jangan biarkan anak2 bermain-main di luar tanpa pengawasan. Semoga kita semua dilindungi Allah.
Wednesday, April 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


3 Pesan Sesuatu:
Ada hikmahnya jugak you tak masuk campur sama .... sebab we never know what actions these kids akan ambik ....
And at the end ... we are the one yg kena blame / at fault
(narrative dari kawan kawan India di sini)
Thanks for sharing the news ....
Kalau dpd kecik tak beradap nampak gaya sampai ke tua ler dorag tak beradap. bangsa Arab bukan bangsa yg mulia sebab tu ler Allah turunkan nabi dan rasul kat bangsa dorang. Eeee geramnyer!!!! Ni ter'emo' nih!huhuhu
sabo.. kak ina.. sabo.. actually mamat bangla tu dah selalu kena ngan bebudak arab.. sebelum ni pun pernah kena curi basikal dia tu.. nasib la masa tu tak kena belasah.. yang kali ni mmg kurenggggg ajauuuuuuuu..
Post a Comment