Saturday, May 30, 2009

Ubah suai speed test

nak ubah jadi 100 ke 1000 pun boleh ... hehhee

1000 perkataan

Speedtest

Tuesday, May 26, 2009

SpeedTest Tag

dapat tag lagi, dari Dida (http://kasihrizhad.blogspot.com) pulak.... tapi ini tag bukan sebarang tag nih.. tag yang kena buat test.. menarik gak...

I have tried... best gak menguji kecekapan tangan sendiri... ni lah hasilnya... itupun dah try beberapa kali sebenarnya.. kira ok la tu kan Dida, sebelum ni tak pernah buat ...


45 perkataan



Kalau nak try, sila jenguk ke link ini: Speed test


Wednesday, May 20, 2009

Melayu dan PhD

salam to all,

tajuk entri nampak seperti ilmiah tapi tidak... cuba pikir semula apa maksud sebenar PhD kalau dikaitkan dengan orang melayu.. PhD yang dimaksudkan bukannya Doctor of Philosophy tapi tak lain tak bukan adalah Perasaan Hasad Dengki...
sebelum ini saya cukup tak suka kalau orang suka kaitkan Melayu dengan perangai yang buruk-buruk... "melayu Phd, melayu mudah lupa, janji melayu" Sesungguhnya, saya sangat tak suka...
tapi sejak akhir-akhir ini, saya terpaksa juga terima hakikat yang sememangnya kebanyakan orang-orang melayu ni suka membawa PhD mereka ke mana-mana... Belajarlah setinggi langit ketujuh sekalipun, campaklah ke negara mana sekali pun di luar Malaysia, tapi dah kalau namanya melayu, PhDnya tak pernah tinggal..
mulut pot-pet-pot-pet bercerita, jika hanya yang betul disampaikan takpelah jugak... ini siap tolong tambah perisa lagi.. tambah garam sikit, tambah ajinomoto sikit... nak bagi sedap la katakan.. kalau kita tak campur, dikatakan sombong, kalau kita campur pulak, naik darjat PhD jugaklah kita... harus diingat, yang bertudung pendek, yang tak memakai kopiah tak semestinya suka membawa cerita.. yang bertudung labuh, yang berjanggut lebat belum tentu tulus orangnya...

Cerita entri seperti saya kecewa atau marah... YA, memang saya kecewa dan marah!! Kecewa dan marah dengan perangai orang-orang melayu yang duduk jauh diperantauan tapi masih tetap dengan PhDnya... Komuniti Islam Melayu yang sepatut bersatu tapi akhirnya bersuku-suku...

Akhir kalam, saya sedar saya sendiri tidak perfect, banyak kekurangan... mungkin saya sendiri pernah berada di dalam golongan PhD, insya-allah saya semakin sedar diri.. insya-allah saya akan menjauhi diri...

Sesungguhnya ada perbezaan di dalam pengertian 'kawan', 'kenalan' dan 'sahabat'.


p/s bagaimana bergegarnya bumi Yanbu dek earthquake, begitu jugaklah bergegarnya jiwa dan ragaku..

Aftershocks rock Al-Ais

Reported by: Muhammad Al-Sheikh & Yousuf Muhammad in Arab News

YANBU: Strong aftershocks were felt in the village of Harrah Al-Shaqah and its adjoining settlements in the Al-Ais area yesterday with the Civil Defense declaring emergency in the region and ordering complete evacuation.

According to the US Geological Survey (USGS), the strongest of the aftershocks measured 5.6 on the Richter scale at 8:10 p.m. yesterday. Earlier, a Saudi Geological Survey (SGS) statement said: “The magnitude of the earthquake has been rising notably from 3 to 4.81 on the Richter scale with a total of 46 earthquakes recorded between 2 p.m. Monday and 2 p.m. today. The strongest tremor occurred 7.7 km beneath Harrah Al-Shaqah and its adjoining villages.” Aftershocks were felt in Umlaj, Wajh and Ula.

An SGS team that is conducting an aerial survey of the quake-hit area found a large crack in the earth and opened a quake detection station at Harrah Al-Shaqah.

The USGS posted on its website that an earthquake measuring 4.9 on the Richter scale was observed in western Saudi Arabia yesterday morning. USGS pinpointed the location 195 km west northwest of Madinah (25.105 degrees N, 37.788 degrees E) with the epicenter at a depth of 10 km underground. The latest quake of magnitude 5.6 hit the same area.

The Civil Defense warned people in Al-Ais and its surrounding villages to avoid areas where smoke is coming out of the ground as such areas are more likely to see volcanic eruptions. It also said that rumblings and pungent smells are indications of possible eruptions.

Roads in Madinah are currently choked with people leaving for open areas and gardens. In Umlaj there have been reports of people fainting. The Civil Defense, which has been put on full alert, has also evacuated people to safe areas.

People in Yanbu also left for open areas and camped out on roadsides and gardens while waiting for the all clear.

Madinah Gov. Prince Abdul Aziz bin Majed ordered the acting undersecretary at his office, Ibrahim Al-Khattab, and other high officials to inspect safety arrangements in the area, and do all that is necessary to ensure the safety and wellbeing of residents.

The officials have been asked to guarantee the rehabilitation of the affected people, Al-Khattab said in a statement.

The machines that arrived at the Civil Defense Center here are the latest and most accurate to detect seismic activities — both the rumblings and volcanoes. The machines have been brought on the orders of Lt. Gen. Saad Al-Tuwaijiri, director general of the Civil Defense.

Heavy machinery that can work under rubble and cameras with remote sensors have been brought in by the Civil Defense. Powerful generators to run them are in place and experts in seismic activities are monitoring the situation.

People reported tremors all day yesterday. Students in Yanbu were excited rather than scared by the tremors.

The Ministry of Education has sent senior officials to the region to make sure teaching in schools is not disrupted.

Civil Defense authorities have also reserved more hotel rooms and furnished apartments in view of the increasing number of people leaving villages close to the affected area.

Col. Essam Farrash, acting director of the Civil Defense in Yanbu, told Arab News that evacuees who wanted furnished apartments were provided with the same. He said up to 800 people were evacuated from Al-Qarasa, Al-Hadama and Al-Amid, and were put up in various Yanbu hotels and apartments on Monday. Officials denied reports that they had stopped providing evacuees with furnished apartments.

“As part of housing arrangements, permits have been issued to evacuees to seek shelter either in Madinah or Yanbu. Those who were issued permits for Madinah will get their accommodation there and those issued permits for Yanbu will be provided accommodation in Yanbu,” an official said. He added that only the best available apartments have been selected for them.

“Seven patients have been admitted to Yanbu General Hospital,” said Dr. Abdul Rahman Al-Saeedi, director of Health Department in Yanbu, adding that an emergency hospital with 50 beds and latest instruments has been put on alert in Yanbu.

Hospitals and health centers in the city are ready to handle eventualities, he added.


Saturday, May 16, 2009

Lari Topik Skettt...

Catatan Email dari seorang sahabat utk berkongsi bersama ...


Subject: FW: LUAHAN HATI SUAMI DAPAT KAWIN LAGI

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time.

'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sananak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'

Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.

Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.

Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur
20-an dulu ...

Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kandah tua.

Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota .
Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.

Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.

Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...

Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kanbanyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia.
Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci
pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan
perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kandah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)

Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga ehidupanmereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.

Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.

Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... ... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kananak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kannak straight
to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kanraya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu
....

Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah.

Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.

Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.

Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .

Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.

Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih.

Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.

Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cubabab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.

Wallahualam.

suami orang-

LU PIKIR LA SENDIRI!!

Friday, May 8, 2009

HAPPY BIRTHDAY ABAH

hari ni adalah hari ulangtahun abah yang ke 64.. semoga abah panjang umur, sentiasa sihat dan dilindungi allah selalu..
tengah malam tadi kami dah buat video call ke teluk intan, untuk wish birthday.. cupcake birthday dah sampai semalam lagi.. hehe.. tercepat sehari... seperti tahun lepas, kita guna sevice D'muffins ... thank you kak diba..
masa kami call abah, dapat la tengok ropa bentuk kek tu.. belum makan lagi sbb nak tunjuk dulu kat kami... hehe... lepas call, baru abah makan...pas tu, dapat hadiah handphone lagi.. Nokia Classic - share berempat dengan mama sekali..

Gambar dah ada :)



Tuesday, May 5, 2009

Catatan dari email

Dapat dari email seorang sahabat ...

####################################################################################
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat
semoga dengan memahami bacaan
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku, hidupku, matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka

yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya

Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya

Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas

Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa

menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

SAMPAIKANLAH WALAU SEBARIS AYAT