Monday, July 13, 2009

Seminggu di Malaysia

selepas seminggu kembali ke tanah air, dua perkara jek yang paling kerap kami lakukan...
  1. shopping
  2. eating
Shopping kat Malaysia memang best... walaupun tak sempat keluar-masuk banyak shopping complex or mall tapi yang sempat tu memang la dioptimakan peluangnya.. haha.. saya sangat sukaaaa... macam-macam sempat disambar walaupun baru 3 hari sampai..

Eating plak memang la heaven kat Malaysia ni.. siap paksa anak-anak makan.. jangan nak memilih kat sini... segala ada, jangan tak rasa.. rugi oooo... kat Yanbu nanti sumer makanan limited.. dari hari sampai lagi dah pekena satay Hj. Samuri kat RnR Dengkil... nikmattttttttnyaaaaaaaaaa...

Tuesday, July 7, 2009

Selamat Kembali ke Malaysia

salam semua...
saya dah keluarga sudah selamat sampai ke bumi Malaysia tercinta...
pada 5/7/09 penerbangan pertama adalah dari Yanbu ke Riyadh. Bergerak tepat 7.40pm dan sampai 1 jam 20 minit kemudian. Penerbangan berikutnya adalah pada 11.59pm dari Riyadh ke KLIA. Tempoh selang 2 jam sempat digunakan untuk bersolat, menjamah sedikit makanan dan selebihnya berehat..
Penerbangan ke KLIA hanya bermula lebih kurang 12.10am dan dimulakan dengan sajian makan malam... aduhhh... makan malam begitu lewat sekali... tapi makan jugak sebab dah lapar sangat... dah kenyang, apa lagi zzzzzZZZZZZZzzzzzz.. hinggalah waktu subuh menjelang, lebih kurang pukul 3am (waktu Saudi). Sambung balik zzzzzZZZZZZZzzzzzz hingga lebih kurang pukul 6am, apabila hidangan breakfast mula diedarkan... susah betul nak masuk makanan waktu nih... Akhirnya, pada 6/7/09 tepat 12.45 tengahari waktu Malaysia, kapal terbang selamat mendarat di KLIA. 1 jam 30 minit kemudian, selamat keluar bertemu dengan mama dan abah...

Sekian dahulu laporan awal... maklumat seterusnya akan dilaporkan dari masa ke semasa.. Ketika ini masih berada di Taman Saujana Utama 2, Sungai Buloh (belum kembali ke 'pangkal jalan' lagi.. hehe..)