Tuesday, August 4, 2009

Dah Bersawang...

salam semua...
tak sedar, dah bersawang rupanya laman sesawangku ini.. tak sempat nak cantikkan dengan entri-entri baru... adatlah orang balik merantau, bukan ada talian di rumah.. entri bulan lepas (selepas sampai Malaysia) dibuat di rumah orang.... menumpang internet orang.. hehe.. bila dah sampai ke rumah sendiri, takde apa la jawabnya.. ini pun baru subscribe celcom broadband... 'broad' yang tak berapa nak broad pun... suka-suka dia la nak bagus ke tak kan... kita kena sentiasa mencuba jek.. haha...
untuk update terkini, sepanjang 2 minggu ni, rumah kami dah jadi macam spital.. minggu sakit.. lepas sorang, sorang diserang virus demam panas (tak kurang dari 38'C), batuk dan selesema... pandai pulak ikut turn sakitnya... tak ler susah sangat super-mom nak terkejar sana-sini... especially tang bagi makan ubat... yaaa..ampun... alisyalah yang paling susah nak bagi makan ubat... siap kena pegang kaki tangan... alisya jugaklah yang paling lama demamnya sampai dah kurus dan nampak lembik dah dia... dan alisya telah mencipta sejarah family dengan menjadi ahli keluarga pertama yang terpaksa membuat ujian saringan H1N1 dan denggi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (Hospital Ipoh)... alhamdulillah, kedua-dua ujian adalah negatif... H1N1 pun tak, denggi pun tak... risau betul... cuma demamnya possible disebabkan oleh viral infection, kata doktor...
Sehingga entri ni ditulis, alisya still under medication... demam dah kebah, dah tak cecah 38'C.. alhamdulillah.... semoga makin turun suhu badannya...