Tuesday, September 22, 2009

1 Syawal @ Yanbu Al-Sinaiyah

SELAMAT HARI RAYA, EID MUBARAK dan MAAF ZAHIR BATIN

Alhamdulillah, tahun 1430H/2009G ni kami sekeluarga beraya lagi di KSA, untuk tahun ketiganya.. cuma kali ni kami berada di rumah sahaja tak seperti tahun-tahun sebelum ini di mana kami beraya di Mekah Al-Mukarammah.. Tahun ni kami berkurung sahaja di Yanbu atas sebab-sebab kesihatan..

Selain keluarga kami, ramai lagi keluarga yang beraya di Yanbu sahaja, termasuk keluarga -keluarga bloggers seperti keluarga 'Kembara KSA', keluarga 'MamaBungas' & 'Villa Bayu', keluarga 'Maka Terimalahhhh...', keluarga 'Kaherah', keluarga 'Harum Chempaka' dan juga jiran tingkat atas keluarga Yusof dan Mahaya. Tak sangka meriah rupanya bila beramai-ramai beraya di Yanbu nih...

Pagi raya dimulakan incik Amie bersolat raya di padang pasir, berdekatan dengan Dana Mall (yang ada Hyper Panda tu laa...). Selesai solat, kami sekeluarga bermaaf-maafan, menikmati juadah raya dan berposing-posingan. Yang menariknya raya kali ni semua juadah raya dimasak sendiri okkkkk.. sampaikan kakyong (kakak sulungku) kata "masa kat mesia tak pernah pun ko sebuk nak masak!" hahaha.. apa taknya, kalau kat sana semua urusan masak-memasak diserahkan pada mama dan kakyong... haha.. eden dok dopan yooo... susun perabot, kemas sana kemas sini... sonang baituuuu...

Kemudian, dalam pukul 9.00am kami beraya di rumah Yusof dan Mahaya... dekat 1 jam gak bersembang.. turun semula ke rumah, beraya pulak hampir 1 jam dengan ahli keluarga di Malaysia (melalui video call - terima kasih skype!!). Seterusnya, keluarga Yusof pulak turun beraya di rumah kami sambil menonton Upin dan Ipin.. haha...(tu pun tak sempat habis, dah kena tuntut siaran sambungan.. hehe)..
Ooohh.. ya.... dalam waktu yang sama rombongan beraya keluarga2 yang ada di Yanbu ni dah dimulakan di rumah saudara Zaki pada pukul 10.00am, rumah kedua - Hj. Ghazali, rumah ketiga - Hj. Zuraili. Rumah seterusnya adalah rumah Hj. Yusof... waaahhh... terkezut kami rupa-rupanya ada 8 buah kereta semuanya yang mengikuti rombongan raya ni, termasuk 4 kereta milik keluarga dari Jubail.. Kami sekeluarga pun tumpang sama menjadi tuan rumah utk rumah terbuka kali ni... pelbagai juadah kami hidangkan seperti nasi impit dan ketupat pulut bersama rendang ayam, rendang dinding, kuah kacang, serunding daging, dan juga kuih-kuih raya yang dibawa khas dari Malaysia termasuklah dodol...
terima kasih semua kerana sudi singgah walaupun disaat-saat akhir membuat jemputan rumah terbuka..

selepas rombongan ni bergerak ke destinasi seterusnya, rumah kami dikunjungi pula oleh keluarga Zuraili dan keluarga Mustafa. Kemudian kami sendiri keluar beraya di rumah Shah dan Siti... Sebelum maghrib, rumah kami dikunjungi pula oleh saudara Nahar dan Ridzuan, diikuti keluarga Shah dan Siti, keluarga Zack dan keluarga Mydin.. sambil tu sempat juga kami keluar untuk beraya di rumah Zuraili.... penutup 1 Syawal, kami dikunjungi oleh keluarga Kamal dan Kaherah...

meriah...memang meriah... walaupun kepenatan tapi jelas kegembiraan kami semua terutama untuk anak-anak merasai makna berhari-raya... maklumlah, sebelum merantau ke Yanbu ni, masing-masing masih terlalu kecil untuk mengingati suasana hari raya... tahun ni dapatlah mereka merasai kemeriahan orang-orang Malaysia berhari-raya...


p/s blogger 'Mama Moden' dan 'Kasih Rizhad' pun ada masa raya pertama.... sorry eekk, tertinggal nama..

Saturday, September 19, 2009

Link untuk rtm dan tv3

Link:

1. RTM1
http://bkj-station2.jaring.my/tv1


2. RTM2
http://bkl-station3.jaring.my/tv2


3. TV3

http://www.um.com.my/streaming/v1/modules.php?name=TV3

kena install sopcast dulu = http://sopcast.cn

Thursday, September 17, 2009

Info Perubatan

sesekali nak bagi maklumat perubatan pulak kat blog nih... asyik cerita jek kan... tukar angin sket.. however, info ni masih jugak ada kaitan dengan tuan badan blog nih...
Info yang ingin disampaikan ni berkaitan dengan pregnancy dan delivery... I noticed that ramai yang tak tahu @ tak perasan tentang wujudnya satu permasalahan during delivery - Ceasarean @ C-Section (kelahiran melalui pembedahan). well, kita takkan tahu wujudnya masalah sehingga kita berhadapan sendiri dengan masalah itu...
Maka, tujuan utama entri ini, bertujuan untuk menjawab persoalan sahabat-sahabat yang bertanya kenapa saya mengatakan yang kelahiran seterusnya pasti akan melalui C-section juga...

Now, I am in that position... read on the next paragraphs... I got these information from Dr. Sharifah Halimah Jaafar (Consultant O & G in Ipoh Specialist Hospital, Ipoh, Perak), Dr. Aida Ghazali (a friend of mine) and Dr. Galal Heba (a gynecologist in Al-Shafa Health Care Centre, Radwa 4, Yanbu Al-Sinaiyah).

Saya telah menjalani 2 unplanned c-sections, untuk 2 anak berturut-turut. the first one because of her umbilical cord strangled around her neck during vaginal delivery, and the second one, premature water broke and at the same time no progress at all in cervix opening.
Because of these 2 subsequent c-sections, the next one or two will be definitely have to go through same procedure - c-sections! I quote what the doctors said:

"after 2 subsequent c-sections, you definitely have to go through another 1 for your next delivery. If there's only 1 scar, you can go for vaginal delivery. With 2 scars, it's going to be too risky for svd(spontaneous vaginal delivery). Previously, max c-section up to 3 times only but now you go up to 4!"

"with 2 c-sections scars, your uterus (aka womb aka 'rahim') and the muscles around it will be too fragile. it won't be able to stand the pressure of contraction during vaginal delivery."

The next paragraph is an article by D. Ashley Hill, MD (Associate Director - Department of Obstetrics and Gynecology, Florida Hospital Family Practice Residency, Orlando, Florida ).

C-sections are a major surgery, and major surgeries can have major complications. Some complications that can occur during or after a C-section include heavy bleeding, damage to the bladder or intestines, major infections of the uterus, kidneys, lungs, or other areas, opening up of the skin incision, blood clots around the uterus or in the leg veins or lungs, an inability of the blood to clot, and damage to the uterus that makes future childbirth more dangerous. The uterus is a large, muscular organ that has an enormous blood supply. When an incision is made into the uterus, there can be a lot of bleeding. Modern doctors have medications and stitches to stop this, but even so, there are some women who need a blood transfusion during a C-section.





Nota kaki : Kesimpulan dari entri ini? Fikirlah sendiri... hehe..

Sunday, September 13, 2009

Update Harga bilik hotel

Nak update posting sebelum ni , harga bilik semalam SR400, sekali dengan makan.

Friday, September 11, 2009

Perlukan bilik di Mekah?

Nak tolong promosi sikit bilik hotel yang diuruskan oleh kawan di Mekah. Kepada kekawan yang memerlukan bilik disepanjang ramadhan dan syawal ini boleh email atau call saya. Ada pakej bilik dan juga makan. Biasanya masakan adalah masakan melayu.

Kalau siapa nak stay sampai hari raya, di pagi raya tu dapat la makan hidangan raya. Tempat letak kereta ada di belakang hotel - public parking.

Wednesday, September 9, 2009

Today is 090909

kalau ada yang tak perasan, hari ini adalah tarikh yang istimewa sepanjang tahun ini - 090909
selain tu ada yang spesel tak tarikh ni? cuba teka? hehe...

Monday, September 7, 2009

Yanbu oh Yanbu! Kami dah Balik

Tanggal 3/9 kami sekeluarga telah selamat sampai ke rumah di Yanbu. Terima kasih diucapkan buat Z yang sudi menjemput kami di lapangan terbang Yanbu. Buat yang menghantar kami sekeluarga di KLIA juga diucapkan terima kasih, semoga kita akan berjumpa lagi, insyaAllah. Sebenarnya banyak ucapan terima kasih kali ni di antaranya, terima kasih kepada ahli keluarga yg sudi memberi bekalan raya e.g. kuih raya utk bekalan kami sekeluarga di Yanbu. Kurang la sikit kesedihan tak dapat beraya di Malaysia - dah 3 kali beraya di arab saudi.... huhuhu.

Penat sungguh perjalanan kali ini , maklumlah di bulan puasa - tempoh puasa pun panjang , lebih kurang 12 jam. Sampai airport jeddah pada petang 2/9,berbuka pun kat kaunter imigresen bertambah penat bila flight ke yanbu pula keesokkan paginya. Terima kasih buat Khairi dan Fizah kerana sudi menjemput kami ke rumah utk berehat sementara menunggu flight ke yanbu. dapatlah makan malam dan bersahur serta melelapkan mata, tq.

Sampai rumah je terus pengsan tidur. Tak terfikir pun nak berbuka camner ... ingat nak order je. Nasib baik ada jiran yg berhati mulia sudi menjemput kami berbuka puasa di rumahnya pada 3/9. Bukan kami je, 3 keluarga lain di Radwa 2 (satu geng sampai 3/9) pun dijemput sama. Terima kasih yang tak terhingga buat ketua kampung Radwa 2 (jgn marah sebab panggil ketua kg ye) dan isterinya :) ... Jemput la lagi ye.


Nota:
Tiket asal KUL-RUH-YNB di tukar ke KUL-JED-YNB disebabkan penerbangan terus ke RUH dibatalkan, itu yang flight ke yanbu keesokkan harinya. Terima kasih juga kepada (MAKA TERIMALAAAAAAHHHHHH ........) kerana sudi menawarkan bantuan utk memudahkan perjalanan kami semasa di jeddah.