Cuti seminggu sudah pun berakhir... alahaii.. kejap jek rasa.. macam tak sempat nak buat apa pun... dah la anak dara tak cuti sekolah.. lagi la tak boleh kemana-mana..
ringkasnya, dari 19hb hingga 23hb cuma memerap di rumah sahaja.. sambil sesekali keluar ke Panda atau Star Market walaupun hanya untuk membeli 2-3 barang sahaja... hehe.. dari rumah bukan main buat list panjang berjela... ye la, kalau list tak panjang, tak dapat plak pegi shopping.. nanti big boss malas nak keluar.. hehe..
Hari Selasa 24hb barulah kami sekeluarga bertolak ke Jeddah. terpaksa 'memontengkan' anak dara dari sekolahnya. Tujuan kami ke Jeddah sebenarnya untuk renew passport.. takut tak boleh balik Malaysia pulak nanti..termasuklah pasport kakak..
[Nota: validity passport adalah sehingga 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh]
Kami sampai ke Jeddah lebih kurang 2pm, terus cari hotel ... actually tak cari pun, terus pergi ke apartment yang dah biasa pergi (jadinya, bukanlah mencarikan) di Amir Mit'ib Street (nama lamanya Arba'in Street). sangat memeranjatkan bila diberitahu harga bilik naik hingga hampir 3 kali ganda!! Rupanya, bila cuti sekolah (sekolah arab tempatan), family arab ni rajin bercuti... anak-anak cuti sekolah, ayahnya sama akan ambil cuti... baguihhh depa nih... Berbalik ke cerita harga bilik tadi, bila dah mahalnya bukan main-main lagi, kami pun decide nak cari tempat lain... (kali ni baru betul nak cari). Tapi, belum sempat nak masuk kereta, si pekerja berlari dapatkan encik hubby.. rupanya, sebab kami dah biasa ke situ, dia pun kata "okaylah, malaysia bagusss, boleh bagi diskaun".. lebih kurang gitu la lepas translate.. diskaun pun, masih lagi hampir 2 kali ganda harga biasa..
Petangnya dalam lebih kurang pukul 5pm, kami keluar menuju ke rumah Kak Ita (eitaluvjeddah.blogspot.com). Dengan panduan dari Mr. Rashid, sampailah kami dengan jayanya ke rumah Kak Ita... Dalam dok sembang punya sembang, barulah kami tahu yang nama Amir Mohammad Street adalah nama baru untuk Tahlia Street..dan kebanyakan orang tempatan memang masih menggunakan nama lama ... patutlah bila tanya Amir Mohamad Street ramai orang tempatan tak tahu.. kita yang tak tahu rupanya... kehkehkeh...
Rabu pagi, barulah menuju ke Konsulat Malaysia di Jeddah... sekali, Pak Ali kata, tak payah la renew kat sini.. sebab untuk balik ke Malaysia boleh jek tanpa cukup 6 bulan terakhir tu.. pulak dahhh... kalau nak renew jugak kat sini, nanti makan masa lama jugak, dalam 3-4 bulan katanya.. sebabnya paspot tu akan dihantar ke Malaysia juga untuk proses renew, lepas tu baru baru hantar balik ke Saudi... kalau dah macam tu, okaylah tak payah renew lagi, balik Malaysia nanti jek la buat... tak jadi la nak jalan ke London cam ni... aikkk.. tetiba plak... hehe.. takpe, takpe, itu kita simpan untuk projek tahun akan datang (tu pun insya-allah kalau masih dapat sambung kontrak di Saudi ni)
eehh..ehh.. baru perasan, apsal tajuk entri ni takde kaitan dengan cerita... hehe.. itulah dia, kalau tulis tajuk dulu baru isi.. tajuk ke lain isi ke lain... (psstt.. patutlah karangan tak pernah dapat full mark dulu!)
Okaylah, memandangkan cerita dah terpesong dari tajuk, marilah kita tamatkan 'keterpesongan' ini... daaaaaaa....