Thursday, August 19, 2010

Majlis Resepsi Di Teluk Intan

Tanggal 25/7/2010, majlis menyambut menantu diadakan. Untuk majlis kenduri kahwin anak lelaki bongsu Tn. Hj. Idris dan Pn. Hjh. Ramlah, kenduri tidak bertempat di rumah kami seperti 3 beradik yang lain tetapi sebaliknya bertempat di Dewan Bandaran Teluk Intan.

Sementara menunggu pengantin sampai, para hadirin dihiburkan dengan irama gamelan yang dimainkan oleh persatuan gamlean di salah sebuah sekolah (tak ingat la nama sekolahnya..), berselang-seli dengan irama lagu bertemakan perkahwinan yang dimainkan oleh dj.
Tepat pukul 1 tengahari, pasangan pengantin tiba di dewan diiringi pukulan kompang memeriahkan majlis. Perarakan pengantin bersama keluarga pihak perempuan ke dalam dewan disambut oleh laungan selawat oleh Alang Yahya (adik kepada abah) dan anak-anak lelakinya.
Tetamu yang datang, masyaAllah sangat ramai... khabarnya pihak katering menyatakan hidangan yang mereka sediakan habis kesemuanya (ada juga tetamu yang lewat tidak dapat hidangan yang lengkap kerana kehabisan).
Bagi pihak keluarga pengantin lelaki, kami berharap semua tetamu berpuas hati walaupun ada kekurangan. Maafkan kami atas segala kekurangan. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa meraikan pasangan pengantin Azrul Syahman dan Nadiah. Ikhlas dari keluarga besar Hj. Idris, Hjh. Ramlah, Andrina - A.Rozey dan anak-anak, Arishahromnizam - Haslin dan anak-anak serta Aizal Yusrina - Suhaimi dan anak-anak.




p/s minta maaf juga pada yang tidak sempat dijemput... kekalutan untuk menguruskan segala persiapan (yang banyak bergantung hanya pada mama dan abah) memungkinkan kelalaian..

Majlis Bertunang, Akad dan Resepsi di Sungai Petani

Tanggal 17/7/2010, kami sekeluarga telah bertandang ke Sungai Petani untuk 'melepaskan' status bujang adik lelaki bongsu saya. Dah jadi suami orang dah.. tapi masih tetap dengan kemanjaan sebagai si bongsu.. kehkehkeh...

Majlis bermula seawal pukul 10 pagi untuk majlis bertunang. Rombongan keluarga kami semua bergerak ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dulang hantaran. Adat bertunang diketuai oleh Pakcik Salleh di pihak keluarga kami. Mama pula menyarungkan cincin tunang ke jari manis Cik Nadiah (kali terakhir bergelar 'cik'.. hehe..)


Seterusnya, dalam lebih kurang pukul 11.30 pagi, rombongan kami bergerak pula ke masjid berdekatan untuk majlis akad-nikah. Wahh... panjang lebar jugak tok kadi bersoal-jawab dengan pengantin dan bukan setakat pengantin lelaki disoal, malah pengantin perempuan juga! Tak berpeluh-peluh ke pengantin? hehehe... kami yang menunggu yang berpeluh sakan sebab kepanasan.. hehe...


Usai majlis akad-nikah, kami berehat sebentar kerana majlis bersanding dijalankan pada pukul 2 petang. Sekali lagi rombongan kami berkumpul beramai-ramai untuk bergerak bersama pengantin lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan.
Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan adik lelaki, yang lama ditunggu-tunggu... Didoakan semoga kedua pasangan pengantin bahagia hingga ke akhir hayat...




p/s urusan perkahwinan adik ni dibuat dalam masa lebih kurang sebulan lebih; bermula dari penetapan tarikh nikah dan kenduri.. dalam tempuh yang singkat ini, maafkanlah andai ada kekurangan...

Wednesday, August 18, 2010

Semalam di KPJ TMC

Peristiwa antara 31/7 dan 1/8...

Dalam banyak-banyak perkara nak dinikmati musim cuti ni, yang satu ni memang tidak dijangkakan. 'Percutian 1 malam' di KPJ Taiping Medical Center. Aduh.. tak sangka betul boleh kena tahan di TMC. Sebabnya apa lagi kalau tak kerana hypertension. Bacaan semasa 'ditahan' ialah 176/110.
Bermula dengan sakit kepala yang teramat sangat sejak pagi hari. Makan panadol pun tak jalan, minum air kelapa pun tak memberi kesan. Sudahnya bila sampai ke petang masih belum hilang sakit, terus hubby bawa ke TMC. Menyerahlah diri sendiri. Merasalah tidur semalam di situ. Menjelang tengah malam, alhamdulillah tekanan makin berkurang. Tapi yang paling-paling menyedihkan apabila TERPAKSA berhenti breastfeeding kerana ubat yang diberi doktor tidak sesuai untuk penyusuan. Tiada lagi pilihan ubat yang lain kerana tekanan darah dah berlarutan begini tinggi utk beberapa bulan. Sedihnya hati melihat si hero kenit masih tercari-cari 'sesuatu' yang hilang tiba-tiba.

Sunday, August 8, 2010

Jenguk sekejap..

Salam,
dah hampir sebulan berada di tanahair tercinta. Habis kena tinggal blog dan fb - takde talian internet punya pasal. Setakat menyinggah sehari-dua di rumah orang yg berinternet, takkan nak menyibuk dgn blog pulak kan...
Cuti thn ni nmpknya jadi mcm tahun lepas jugak. Tak sempat nak beria-ria jalan-jalan cari makan @ cuti-cuti mesia. Byk masa digunakan utk urusan keluarga, termasuk urusan perkahwinan adik bongsu.
Oklah dulu, nanti sambung cerita lagi. Ni pun sekadar singgah memberi khabar. Banyak cerita menanti. Kena tunggu waktu yang sesuai. Jumpa lagi.
Selamat menyambut Ramadhan Kareem untuk semua.