Wednesday, September 8, 2010

Eid Mubarak @ Selamat Hari Raya

Dam dam dum .. Bunyi mercun.. Tanda 1 Syawal akan menjelma. Tiada sudahhh... Tinggal kenangan... mana ada dah bunyi mercun sekarang nih. Kerajaan kata HARAM!! Menjadi 1 kesalahan nanti. Hilang 1 nikmat berhari-raya. Tapi salah siapa - diri sendiri jugak. Pandai sgt nak jd scientist-tak-bertauliah. Habis satu negara terima kesannya. Satu negara tuuuu tak boleh main mercun disebabkan oleh hanya segelintir rakyat yg tak fikir pjg. Eh..eh.. Hujung2 Ramadhan ni nak bagi ceramah plak. Tettttttt.....
Syawal 1431 kali insyaAllah lebih menggembirakan kami sekeluarga berbanding 3 Syawal yang lalu. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t kerana mengizinkan kami sekeluarga menyambut Ramadhan dan Syawal bersama Abah, Mama serta ahli keluarga tercinta yang lain. Alhamdulillah juga mungkin disebabkan telah biasa beraya secara sederhana di perantauan, sambutan raya kali ini pun masih terkawal - masih serba sederhana. Apatah lagi hanya sempat seminggu Syawal saja. Kemudian terbanglah semula burung ke sangkarnya. Maaflah teman2 di Malaysia, tiada jemputan rumah terbuka yee.. Masa terhad yang ada ni lebih elok andai kami dahulukan keluarga. InsyaAllah jika diizinkan Allah s.w.t di tahun2 yang lain pula kita beraya bersama.
Untuk semua yang mengenali saya secara fizikal atau secara maya, Selamat Hari Raya diucapkan. Maaf zahir dan batin atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan, secara sengaja atau tidak, lebih2 lagi jika saya sendiri tak pernah menyedarinya.