Saturday, October 30, 2010

Aduhai...

Asalnya nak sambung tajuk tu.. Tapi lps bertungkus-lumus memerah otak, fikir punya fikir, tak jumpa perkataan yang sesuai. Tinggallah aduhaiii...(susah nak cari tajuk rupanya..isk..isk..isk..)
Mukadimahnya...
Yanbu sekarang sangat banyak perubahan dibandingkan ketika kami mula2 sampai 3 tahun dulu. Hatta airport pun bertambah besar dan cantik. Dulu, banyak urusan dan banyak perkara kami perlu selesaikan sendiri. Cari maklumat sendiri bagaimana untuk selesaikannya sebaik mungkin agar nama Malaysia terjaga. Sangat seronok bila bilangan rakyat Malaysia bertambah sedikit demi sedikit. Kalau bertemu di mana-mana, meriahnya bertegur-sapa macam bertahun tak jumpa.
Intipatinya..
Sekarang, banyak sangat urusan yang telah dipermudahkan untuk kesenangan teman2 lain. Biarlah kesusahan kita dahulu tidak menyusahkan pula teman2 lain.
Tapi... mungkinkah kesenangan melalaikan? Sedih rasa hati bila lambaian tangan dan senyuman manis, hanya dibalas dengan anggukan. Tiada lagi muka yang excited bila bertemu rakan senegara. Seolah-olah dalam hati berbicara "aahhh... she's just another malaysian".
Penghabisannya...
Wallahualam.. Semoga kita sentiasa terpelihara dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar, di bawah lindungan Allah s.w.t.

Tuesday, October 26, 2010

Gigi pertama

Gigi pertama Akram.
Mencecah ke 8 bulan, gigi pertama Akram dah muncul. Kenit jek belah bawah. Jadi, hobi terkini mengigit. Paling best kalau dapat gigit rantai mama. Sabo jek lah..



Gigi pertama Alisya.
Yang kakaknya pulak gigi susu pertama dah tercabut dari gusinya, di kala umur sudah 5 tahun. Gigi baru dah keluar pun, terkebelakang dah posisinya sbb gigi susu lambat bagi ruang.



- Posted using BlogPress from Ejalz iPhone

Friday, October 15, 2010

Sepetang di RC park

Suhu sekitar 35 darjah celcius, angin bertiup perlahan sepoi-sepoi bahasa, anak-anak seronok bermain gelungsur sambil diawasi abah, mama dan baby relaks melepak di bawah pokok.. Nyaman rasanya...


Siapa sangka semua ini kami rasai di Yanbu, Arab Saudi. Negara yang kebanyakan kita gambarkan sebagai negara padang pasir, tandus gersang dan panas. Tak sangka kan... Percayalah...

Wednesday, October 13, 2010

Sambutan Raya Malaysian di Yanbu

Penutup Syawal disambut dengan majlis sambutan hari raya di Yanbu ni. Tangguh punya tangguh rupanya dah smpi ke penghujung Syawal. Bertempat di Aramco Istirehat, ramai sungguh yang dpt menghadirkan diri.
Seronok tu dpt berkumpul ramai-ramai, makan-makan, update cerita masing-masing dan dapat juga berkenalan dgn ramai muka2 baru.
Kaum ibu meriah bersembang..

Sembang-sembang juga, makan tak tinggal smpi nak bangun pun dah rasa sengkak perut. Huhu.. Gelap ke apa ke bedal jek makanan yang ada. Syiookkk...
Kaum bapa plak macam bincang masalah dunia.. -:)

Akhir sekali sblm bersurai, kami tangkap gambar beramai-ramai. Yang ada kamera canggih la jd cameramannya.
The 'he' of Yanbu
(with children)

The 'she' of Yanbu

(with children)






- Posted using BlogPress from Ejalz iPhone

Wednesday, October 6, 2010

Alisya goes to school...

Hari ni dah 3 hari Alisya bersekolah. Mood ok, semangat ok, tak menangis - veryyyy OK. Lega mama...

Untuk sesi kali ni, tukar sekolah lain pulak - Al-Tawhid International School (ATIS). Sekolah dulu dah takde, khabarnya owner dah berhijrah. Entahlah.... Anyway, ATIS bukanlah baru pun. Dah lama wujud kat Yanbu Al Bahr tu. Kakak Adlina dulu pun tadika di sana. Cumanya tahun ni ATIS dah berpindah bangunan yang lebih jauh nunnnnnnn ke hujung Bahr. Berbelah-bagi jugak nak hntr Alisya ke sana sbb jauh sgt. Tapi memikirkan itu pilihan terbaik yang ada, gagahkan jugak la. Twittt.. Kedua terbaik. Yang terbaik tu Yanbu International School tapi harganya pun terBAIK juga. Terpaksa la kupendam sebuah duka. Huhuhu... Twittt lagi sekali.. 'Terbaik' tu atas tafsiran saya dan suami tau, tiada kaitan dgn org lain. Jangan ambil hati tauuu...
Makanya juga, bermulalah episod Alisya perlu bangun bukan main awal. Sebab pergi sekolah naik bas. Hari pertama sahaja abah hantar ok. Bas sampai depan rumah lebih kurang 7 am. Balik pun dgn bas la jugak, antara 12.20-12.30 pm sampai dah kat rumah. Petang buat homework - seronok bukan main dpt buku latihan yang besar dan tebal. Malam kena paksa tidur awal.
Belajar rajin-rajin ok adik.. Nanti pandai boleh la jadi 'orang yang bawak kapal terbang'. Alisya kata bila besar dia nak jadi 'orang yang bawak kapal terbang tu'.

Friday, October 1, 2010

Pulang..marilah pulang...

Gelang si paku gelang,
Gelang si rama-rama,

Pulang marilah pulang,

Marilah pulang,
bersama-sama..


Tamat sudah 67 hari bersuka-ria di bumi Malaysia... Hari ke-68 pulang ke pangkuan 'majikan'.. huhu... Balik Yanbu daaaa.... Tepat 3.30pm, pada 16/9/2010, kapal terbang MAS pun bergerak meninggalkan KLIA.
Macam-macam rasa ada... bila dah 'terlebih' hari duduk di Malaysia, mulalah rasa 'liat' nak balik ke Yanbu.. Kalau tak balik Yanbu pulak, rasa sayang nak lepaskan peluang yang mudah untuk ke Mekah dan Madinah... Sana sayang, sini sayang, sana rindu, sini pun rindu.


Selamat tinggal semua... Tahun depan kita jumpa lagi...