Monday, November 29, 2010

Catatan Perjalanan Haji - Bab 7

13 Zulhijjah 1431 : Mina-Mekah-Yanbu

Hari Tashrik ketiga, hari ketiga melontar di jamrah, menandakan berakhirnya ibadah haji tahun ini.
Untuk hari terakhir ini, saya dan suami pergi melontar selepas Subuh. Balik semula ke khemah, bersiap sambil menunggu bas untuk bergerak ke Mekah pula.
Menghampiri pukul 10.00am, bas bergerak meninggal Mina. Sayu rasa hati. Terasa seperti tidak mahu meninggalkan tempat ini.
Menjelang 11.30am, kami sampai ke Masjidil Haram. Jutaan umat Islam sudah memenuhi di luar dataran masjid, apatah lagi di dalam masjid menunggu waktu untuk solat Jumaat. Kami yang sudah tidak dapat bergerak lagi, diberi juga sedikit ruang untuk bersolat. Alhamdulillah bertahan walaupun di tengah panas terik.
Usai solat Jumaat, kami cuba mencari ruang untuk masuk ke dalam. Berasak-asak yang hendak masuk dan yang hendak keluar dari masjid. Bergerak sedikit-sedikit sampai jua ke dataran kaabah untuk memulakan tawaf wida'. Sama seperti tawaf2 terdahulu, tetap ada ruang walaupun sedikit diberikan pada kami suami-isteri untuk melengkapkan 7 pusingan.
Tepat pukul 5.30pm, bas pun bergerak meninggalkan Mekah menuju ke Yanbu.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Lengkap sudah ibadah haji buat kami suami-isteri serta 62 orang lagi rakyat Malaysia dari Yanbu. Semoga ibadah haji kami diterima oleh Allah s.w.t dan dikurniakan haji yang mabrur. Semoga juga kita akan sama-sama menjadi umat Islam yang lebih baik hari ini daripada semalam.








- Posted using BlogPress by Ejalz

Sunday, November 28, 2010

Angin Dingin

Pagi-pagi sambil menunggu bas Alisya sampai, rasa sungguh segar ditiup angin dingin dan nyaman. Di Saudi? Ya betul.. Di Saudi ni ada musim sejuk, tapi janganlah dibayangkan musim sejuk yang bersalji tebal seperti negara barat. Cukuplah sekadar sejuknya tidak memerlukan penghawa dingin dihidupkan.
Kalau di Yanbu ni sejuknya ala-ala di Cameron Highland. Nak berbaju tebal, tidaklah sejuk sangat, berbaju nipis pula menggigit tulang. Lebih kurang begitulah rasanya. Hehe..



Budak berdua yang sedang tunggu bas sekolah, enjoy dengan cuaca sekarang.



- Posted using BlogPress by Ejalz

Saturday, November 27, 2010

Catatan Perjalanan Haji - Bab 6

12 Zulhijjah 1431 - Mina

Hari tashrik kedua masih melontar di ketiga-tiga jamrah. Antara kumpulan kami, 1 bas akan bernafar awal - iaitu meninggalkan Mina selepas melontar (sblm matahari terbenam).
Begitu ramai rupanya yang akan bernafar awal hinggakan bas tidak dapat masuk ke kawasan khemah untuk membawa kumpulan ini keluar dari Mina. Akhirnya kumpulan ini membuat keputusan untuk berjalan kaki ke Mekah, bertawaf wida' dan bas menunggu mereka di sana sahaja. Beg-beg mereka diuruskan oleh kami yang masih berada di khemah.
Bagi saya dan suami pula, kami memilih untuk bernafar thani iaitu akan melengkapkan ibadah melontar sehingga hari tashrik ketiga. Selepas Zohor kami bergerak ke Jamrat. Subhanallah... masih ramai rupanya ingin melontar di waktu afdal walaupun akan bernafar awal. Hinggakan kami tak dapat naik ke tingkat 3 jamrat sebaliknya diarahkan naik terus ke rooftop jamrat.
Selesai melontar, ketika kami ingin meninggalkan jamrat, laluan keluar dikawal oleh polis (anggaplah semua pengawal yang bertugas itu polis sahaja.. :)). Dan kami pun hanya menuruti arahan mereka. Bila ditanya polis; 'alatul' katanya. Terus punya terus, rupa-rupanya tanpa disedari kami dah tersasar dari jalan yang sepatutnya. Entah jalan mana yang kami ambil, tahu2 kami berada ber-km jauhnya dari khemah (jarak khemah ke jamrat hanya dalam 3 km). Ala-ala dari utara Mina ke selatan Mina. DugaanNya buat kami suami isteri.

Khemah kami kelihatan hanya garisan putih di kaki bukit, dilihat dari jalan yang kami lalui.


Dalam kepenatan, dalam kehausan, dalam kelaparan, kami teruskan berjalan. Tak perlu dirungut kerana pasti ada salahnya kami berdua hingga diuji berjalan sebegitu jauh. Lebih kurang pukul 3.00pm, ketika sudah menghampiri khemah, lagi satu dugaan melanda. Hujan mulai turun. Mula-mula rasa hanya setitik-dua, tidak berapa lama terus turun dengan lebatnya. Tidak terlindung muka dengan dua tangan ini. Hujan makin lebat ketika kami masih mendaki bukit untuk pulang ke khemah. Tiada tempat untuk berlindung. Dengan kudrat yang diberi Allah, kami berdua berlari selaju yang mampu dan akhirnya sampai di khemah dalam basah kuyup.
Tidak dapat dibayangkan selepas kepenatan berjalan begitu jauh, mendaki bukit pula, masih diberi tenaga untuk lari menyelamatkan diri dari terus kebasahan. Terima kasih Allah kerana memudahkan pergerakan kami.



- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, November 26, 2010

Catatan Perjalanan Haji -Bab 5

11 Zulhijjah 1431 : Mina

Hari-hari Tashrik kini bermula. Ketika hari-hari tashrik, kami perlu melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Saya dan suami memilih untuk melontar ketika waktu afdal iaitu selepas Zohor. Orang ramai masyaAllah tetapi telah Allah tetapkan setiap antara kami punyai ruang untuk melakukan ibadah melontar. Hanya perlu sabar menunggu giliran. Cuma hairannya masih ramai yang terkejar-kejar untuk sampai ke jamrah. Apalah yang dikejar agaknya?
Selesai ibadah melontar di hari tashrik pertama. Ramai yang kelihatan gembira di riak wajah masing-masing. Mungkin kerana mengenangkan ibadah haji yang sudah sampai penghujungnya, tambahan ibadah yang utama telah selesai.
Namun, tiada siapa menyangka, dugaan tetap datang menjelma. Atau barangkali kami terlalu gembira maka Allah sedarkan kami dari lena. Selepas maghrib hari tashrik pertama, jemaah wanita diduga. Ketika masing2 baru selesai solat maghrib, masih dalam telekung masing2, angin mula meniup. Bermula dgn perlahan, semakin kuat dan semakin kuat. Ribut pasir! Deruan anginnya begitu kuat hinggakan kain kanvas khemah mula bergerak-gerak. Pemberat besi pada kanvas juga semakin kuat bunyinya melanggar tiang. Ketung-ketang Ketung-ketang bersambung-sambung. Di satu ketika saya rasa tidak selamat untuk berada di tempat duduk (sofa bed saya adalah yang ketiga dari tepi kanvas khemah), lalu menyuruh kakak2 yang duduk paling hampir dgn kanvas supaya beredar. Tepat sekali jangkaan saya. Selang beberapa minit selepas mereka bangun, tiba-tiba datang angin yang begitu kuat menghayun kain kanvas. Begitu tinggi kain kanvas dihayun, yang mana akhirnya, jatuh menyembah ke bumi. Masing2 panik dan lari keluar dari khemah untuk menyelamatkan diri.

Kami ditumpangkan di khemah2 yang terletak di tengah yang tidak terjejas dek ribut pasir. (Khemah kami yang paling tepi, di atas bukit - terdedah kepada angin tanpa halangan). Hampir 10 minit juga ribut pasir mengganas. Ya Allah.... Pasti kami begitu terleka, begitu gembira sedangkan ibadah haji belum lagi selesai. Ampunkan kami Ya Allah. Ampunkan kami Ya Allah. Sedikit sahaja ujian Allah berikan, takutnya bukan kepalang. Allahuakbar!



- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, November 25, 2010

Catatan Perjalanan Haji - nota tambahan

Salam. Dalam dok mengarang-ngarang nota perjalanan haji ni, tiba-tiba terlintas di fikiran: 'mungkinkah penceritaan ini akan memberi gambaran haji secara keseluruhan kepada pembaca'. Ya Allah, maaf ya semua... Gambaran dlm catatan ini hanyalah ringkasan perjalanan haji yang saya dan suami lalui. Jangan pula dijadikan panduan haji yang sebenarnya. Banyak lagi perkara/rukun/wajib/sunat haji yang tidak diceritakan. Cerita yang ada pun hanyalah berkisar tentang perjalanan haji kami rakyat Malaysia yang bekerja di Yanbu, melaksanakan haji ifrad. Sekurang-kurangnya dapatlah membayangkan proses yang kami lalui apabila mengerjakan haji dari Yanbu. Rasakan bagaimana ianya berbeza berbanding dengan tempat lain. Hanya sekadar berkongsi rasa bukan bertujuan untuk mengajar. Maaf andai catatan2 ini telah 'mengganggu' minda anda semua tentang ibadah haji.


- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, November 24, 2010

Hak Allah jua...

Ketika Malaysia telah pun menginjak ke hari Rabu (lebih kurang 12.45mlm), saya mendapat perkhabaran dari abah mengatakan bapa saudara yang dipanggil Pak Lang Hashim telah kembali ke rahmatullah. إنا لله وإنا إليه راجعون Pak Lang Hashim adalah abang kepada mama.
Agak mengejutkan juga pemergiannya kerana tidak pernah diceritakan sebarang penyakit kritikal di akhir hayatnya. Dari apa yang diceritakan oleh mama, arwah telah pun dimasukkan ke hospital sebelum hari wukuf lagi. Itupun pada asalnya hanya untuk pemeriksaan rutin biasa. Cuma pada pertemuan itu, mak lang telah menanyakan tentang rasa berbuku di dalam perut arwah. Bila pemeriksaan lanjutan dilakukan, doktor menyatakan bahawa pembuluh darah arwah telah pun bengkak (peringkat kritikal). Pembedahan dilakukan untuk menggantikan pembuluh yang bengkak itu dengan pembuluh tiruan. Namun dah tertulis yang arwah akan pergi, pembedahan itu tidak memberi kesan positif dan akhirnya arwah pergi menghadap Ilahi.
Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita pergi. Semoga Mak Lang dan keluarga tabah menerima ketentuan Allah s.w.t. Doakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin. Al-fatihah..

Tuesday, November 23, 2010

Catatan Perjalanan Haji - Bab 4

10 Zulhijjah 1431 : Muzdalifah-Mina-Mekah

Rombongan yang bermalam di Muzdalifah memulakan hari dengan solat subuh berjemaah.
Kemudian bergerak meninggalkan Muzdalifah menuju ke Mina semula untuk melontar di Jamratul Aqabah.
Perjalanan pulang ke Mina mengambil masa lebih lama; lebih kurang 3 jam. Jalanraya sudah sesak dengan bas-bas jemaah haji.
Sesampainya di khemah, kami bersiap-siap membersihkan diri, bersedia untuk ibadah seterusnya.
Kini kami bergerak dalam kumpulan yang kecil (3 pasangan) menuju ke jamrat. Niat di hati ingin terus ke tingkat 3 jamrat. Rupanya jalan yang dipilih mendaki bukit. Sabarlah wahai kaki... Separuh perjalanan pendakian, kelihatan beberapa buggy car turun-naik membawa hujjaj ke jamrat. Alhamdulillah, salah sebuah buggy car berhenti mengambil kami walaupun sebenarnya dia dalam perjalanan turun. Subhanallah, perjalanan kami dibantu sehingga sampai ke tingkat 3 jamrat.

Usai melontar 7 batu di Jamratul Aqabah, maka kami pun bertahalul awal. Sang isteri memotong sedikit rambut manakala sang suami pula ingin melakukannya di Mekah. Laungan talbiah kini berganti takbir.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا اللهالله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Perjalanan diteruskan lagi. Kami bergerak ke Mekah pula untuk tawaf ifadah @ tawaf haji. Jutaan manusia yang berada di sekitar jamrat tidak memungkinkan kami mencari kenderaan untuk ke Mekah. Lalu kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Mekah bersama jutaan jemaah yang lain. MasyaAllah hampir 2 jam kami berjalan kaki tanpa henti, perlahan-lahan menyusuri laluan pejalan kaki berbumbung.
Ketika kami sampai mencecah ke Masjidil Haram, solat Zohor telah bermula. Tanpa wuduk dan tanpa ruang, kami sepakat untuk berehat dahulu. Basahkan tekak, isikan perut, lurus-luruskan kaki, longgar-longgarkan otot, bersedia untuk bertawaf pula.
2.45pm - saya dan suami memulakan tawaf ifadah di dataran Kaabah. Ya Allah, berikanlah kami ruang untuk menyempurnakan 7 pusingan tanpa masalah. Dengarnya ada antara teman2 yang sampai lebih awal terpaksa melakukan tawaf di tingkat 2 atau 3 Masjidil Haram kerana kesesakan. Pastinya pusingan lebih besar dan masa lebih lama diperlukan. Alhamdulillah, Allah s.w.t membantu kami lagi. Diberinya sedikit ruang untuk kami berdua melengkapkan 7 pusingan di dataran Kaabah tanpa masalah. 4.15pm lengkap sudah tawaf ifadah.
Kini kami perlu pulang semula ke Mina untuk terus bermalam dan bersedia untuk 3 hari tashrik pula. Setelah bertemu semula di tempat yang dijanjikan, kami cuba mendapatkan pengangkutan untuk pulang ke Mina. Sungguh tidak disangka.. Ketika jutaan umat Islam sedang dalam beribadat haji, pemilik2 kenderaan mengambil kesempatan mengenakan bayaran yang tinggi. Bayangkan teksi mengenakan bayaran SR100 seorang, motorsikal pula SR200 seorang untuk jarak 5 km! Yang mana dihujungnya teksi tidak dapat masuk ke kawasan khemah dan kami masih perlu berjalan kaki. Dugaan...
Sampai di khemah keletihan, berehat sepuasnya, hari Tashrik bakal dilalui pula keesokan hari.


- Posted using BlogPress by Ejalz

Monday, November 22, 2010

Catatan Perjalanan Haji - Bab 3

9 Zulhijjah 1431 : Mina-Arafah-Muzdalifah

Seawal 2.00am, kawasan khemah sudah riuh-rendah dgn kumpulan hujjaj mula bergerak ke Arafah untuk berwukuf. Bagi rombongan hujjaj kami pula, hanya sesudah solat subuh baru di bawa ke Arafah.
Sedari pagi macam-macam perasaan mula bergelodak - berdebar, cemas, gementar, sayu; semuanya datang silih berganti. Bagaikan menanti giliran kita dipanggil mengadapNya. Dup dap dup dap jantung nih...
Perjalanan dengan bas lancar (alhamdulillah sejak hari pertama tiada masalah dgn bas). Tidak juga mengambil masa begitu lama. Dalam kepala macam2 difikirkan ttg perjalanan. Sementelah pelbagai cerita pernah didgr tentang perjalanan bas yang 'tersangkut' tidak sampai ke Arafah. Alhamdulillah Allah s.w.t permudahkan perjalanan haji kami sehingga ke Arafah.
Di Arafah, kesemua hujjaj wanita dari Rokibul Huda ditempatkan di 3 khemah besar. Disebabkan kumpulan kami yang terakhir smpi, terpaksalah kami berpecah mencari ruang yang ada. Alhamdulillah bersama 2 rakan lain (siti mastura dan kak khadijah), kami mendapat tempat betul-betul di sebelah alat penghawa dingin.
Bila Zohor menjelma, khutbah Arafah pun dibaca - sayup2 kedengaran di khemah. Sesudah solat jamak zohor dan asar, kami dijamu dgn nasi kabsa (kalau tak silap..) berlaukkan daging kambing. Setalam kami kongsikan berlapan. Alhamdulillah kenyang (hingga lupa pesanan ustaz dan kawan2, makan di Arafah haruslah berpada2).
Benar... dugaan wukuf datang tanpa disedari. Yang selama ini makannya sejemput, tiba2 begitu berselera. Yang makannya begitu berselera pula, selepas makan bertarung dgn 'mata'. Bagai tak boleh ditahan mata yang ingin tertutup. Bahkan ada juga yang terlena. Penghawa dingin yang elok berfungsi tiba2 'mati' di kala waktu puncak - panas tengahari.
Betapa kerdilnya manusia - tidak terlawan nafsu sendiri. Sedangkan masing2 tahu inilah harinya - wukuf adalah haji dan haji adalah wukuf! Allahuakbar!!
Bermulalah doa masing2.. Tak lekang mulut masing2 terkumat-kamit membaca doa sambil menadah tangan - sama laju dgn airmata penyesalan serta airmata kesyukuran.
Sebelum matahari terbenam, kami bergerak meninggalkan khemah. Masih terasa tidak puas berada di Arafah. Seperti terlalu banyak yang ingin dipinta dalam peluang singkat yang diberikan. InsyaAllah Allah mendengar doa kita semua. Semoga termakbul segalanya. Amin...
Bergerak menuju ke bas sahaja sudah seperti satu perjuangan. Berasak dan bertolak bagai tidak boleh bertolak-ansur antara satu sama lain. Hampir 1 jam masa diambil berjalan kaki menuju ke bas yang jaraknya lebih kurang 1 km dari khemah. Alhamdulillah semuanya selamat sampai tanpa masalah.
Seterusnya bas bergerak menuju ke Muzdalifah untuk bermalam di sana. Tidak jauh jaraknya dari Arafah. Bas berhenti di perhentian yang telah disediakan. Dalam rombongan kami, hanya dalam 20 orang yang bermalam hingga subuh (saya dan suami antara yang bermalam), selebihnya menunggu hingga tengah malam sahaja. Sambil menunggu kami mengutip batu untuk melontar jamratul aqabah keesokan harinya.
Perjalanan haji bersambung lagi...



- Posted using BlogPress by Ejalz

Sunday, November 21, 2010

Catatan Perjalanan Haji - Bab 2

8 Zulhijjah 1431 : Mekah-Mina

Perjalanan haji diteruskan. Rombongan hujjaj Yanbu bergerak dari Mekah menuju ke Mina. Dari 10.30pm 7 Zulhijjah menginjak ke tengah malam 8 Zulhijjah. Walaupun tgh mlm, namun kenderaan bertali-arus. Kami hanya sampai di Mina pada pukul 2.00am untuk jarak perjalanan cuma 10 km. Apapun, Alhamdulillah selamat smpi di khemah Rokibul Huda.


Ditempatkan kaum wanita di 3 khemah berbeza manakala kaum lelaki di 2 khemah berbeza. Tempat penginapan selesa. Setiap hujjaj diberikan single sofa-bed bersama sebijik bantal dan cadar. Minuman panas dan sejuk sentiasa ada. Makanan ringan pun ramai yg bawa sendiri. Cukup merasa sorang sedikit sekadar utk melapik perut.
Hari Tarwiyah sekadar untuk melepaskan lelah sementara menanti Wukuf. Bagi kami yang selesai mendapat tpt penginapan di awal pagi, kami berjaga sementara menanti masuk waktu Subuh. Selesai kewajipan, barulah dapat melelapkan mata. Selebihnya hanya berehat-rehat sambil mengulang-kaji rukun/wajib haji yang akan ditempuh. Bertalbiah sentiasa..
Perjalanan haji yang utama akan muncul... Debaran makin terasa..





Saturday, November 20, 2010

Catatan Perjalanan Haji - Bab 1

7 Zulhijjah 1431: Yanbu-Mekah

Tepat pukul 10.00am seramai 64 orang bakal jemaah haji Malaysia bertolak ke Mekah menaiki 3 bas (coaster). Alhamdulillah, perjalanan mudah. Dalam pukul 1 tengahari kami smpi di miqat Juhfah. Berhenti 1.5 jam untuk berehat, bersolat dan bersiap. Laungan talbiah kini bemula.
2.30pm - Sambung semula perjalanan dgn lancar hingga ke Mekah. Check point pertama alhamdulillah, lepas tanpa byk bersoal-jawab. Check point kedua juga mudah, polis naik ke atas bas cuma seketika untuk pengiraan hujjaj.
Akhirnya, kesemua hujjaj selamat mencecahkan kaki ke Masjidil Haram menjelang maghrib (5.40pm). Terus bertawaf qudum dan bersaei haji. Meski begitu ramai hujjaj berada di Masjidil Haram, masih ada ruang untuk kami menyempurnakan 2 ibadah ini. Alhamdulillah..
Perjalanan Haji diteruskan lagi... Lebih kurang 10.30 pm, kumpulan kami bergerak ke Mina..


- Posted using BlogPress by Ejalz


Friday, November 12, 2010

Berdebar...

Dalam masa kurang dari 10 jam, hari yang ditunggu-tunggu akan tiba. Macam-macam perasan sedang bergelodak di dalam jiwa dan sanubari. Suka ada, syukur ada, takut ada, berdebar tentu sekali, sayu pun ada.
Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjalanan haji kami ini. Hanya Engkau yang maha berkuasa dan maha mengetahui.

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

Kepada semua, doakan kami dapat menyelesaikan segala ibadah haji kami dengan sempurna. Doakan juga agar anak-anak kami yang ditinggalkan sihat sentiasa. InsyaAllah.. (thanks Pn. Zarina & En. Zainul sudi menjaga anak2 kami)



- Posted using BlogPress by Ejalz and Amie

Wednesday, November 10, 2010

Sabar jek lah....

Hari ni dalam sejarah.. Dalam menunggu hari untuk bergerak ke Mekah, belum sempat lagi meninggalkan Yanbu, waima meninggalkan YUC, kesabaranku telah diuji. Huhu..
Untuk pertama kalinya sejak mengajar di YUC, aku bertegang urat dgn rakan sepejabat (bukan Malaysia). Hanya semata-mata aku menegur dia memberi jawapan yang salah. Dengan kehebatan dia memutar-belitkan fakta, benda yang kecil itu menjadi masalah yang amat besar!! Masalah takkan timbul kalau dia dgn senang hati menerima teguran. Siap membangga diri sebelum ni dia pernah mengajar pelajar Master di negaranya dan tidak pernah ditegur. Nampak sangatlah dia seorang yang tidak boleh ditegur- apa yang dia lakukan mesti betul! Siap sebak kata tak nak ajar dah the same subject, and nak balik negaranya. Apakah...? Such a baby...!
Jenuh dijelaskan apa sebenarnya yang kita tegurkan, tapi dia tetap melalut entah ke mana-mana. Cakap takde comma, takde full-stop. Seriuosly... buang tenaga, buang masa bertekak dgn orang macam ni!
Whatever la dear officemate.... I wish you luck for the coming years in YUC and double triple luck if you have to be my partner again!!



- Posted using BlogPress from Ejalz iPhone


Tuesday, November 9, 2010

Alhamdulillah..

Biarkan gambar berkata-kata...(translated from 'let the picture speaks for itself')
Syukur nikmat tidak terhingga..




- Posted using BlogPress from Ejalz iPhone

Wednesday, November 3, 2010

Boleh gitu...?

Kalau orang kata duduk di Saudi ni banyak urusan yang tak 'reliable', agak-agaknya percaya tak? Well, in some cases, yes true. Tak tak... In most cases actually. Huahuahua...
Baru-baru ini, saya dan suami ada berurusan dgn salah satu agensi kerajaan sini. After 1 week dapat result kata 'application rejected'. Alasannya, status saya ketika memasuki Saudi untuk bekerja adalah 'tidak berkahwin'!! Boleh gitu...? Iqama dah renew 3 kali, dependent berderet, siap tambah anak sorang lagi kat sini, keluar-masuk Saudi dah berkali-kali..
Camner tu.... Reliable ke tidak? Nak nangis ke nak ketawa?


- Posted using BlogPress from Ejalz iPhone

Tuesday, November 2, 2010

UN Day @ ATIS

UN tu apa- United Nation laaa.. ATIS - nama sekolah Alisya. Cuba tgk balik entri Alisya mula sekolah kalau nak tahu nama penuh.
Hari Rabu lepas ATIS anjurkan UN Day. Semua parents dijemput hadir.


Orang yang paling excited dah tentu la si Alisya. Dari hari Isnin lagi dah siap nak pakai gaun cantik katanya.
Rupanya hari Selasa, cikgu dia bagitahu Alisya sebenarnya tak terlibat dgn perarakan UN Day tu. Jadinya kalau tak datang pun takpe. Tapi dgn semangat yang berkobar-kobar Alisya tetap nak pergi juga. Okaylah... Kesian tengok dia dah beria-ria bercerita, kamipun pergilah jugak menghadiri UN Day. Jadi penonton, sekejap jek pun dalam 1 jam. Itupun dah cukup menggembirakan Alisya. Nampak sangat riak muka dia yang seronok terlibat dgn acara di sekolah.
The best output from this is.. she no longer cries "tak nak pergi sekolah". Alhamdulillah...







- Posted using BlogPress from Ejalz iPhone