Thursday, December 30, 2010

Ramalanmu benar belaka..

Pandai sungguh pak nujum BBC. Diramalkan Rabu semalam dan Khamis hari ni hujan di Yanbu.
Semalam sejak 7.00 am dah kelihatan mendung, serupa macam mendung di Malaysia.


Tapi menjelang pukul 8.00 am, langit kembali cerah. Lebih kurang pukul 10.00 am, dalam keadaan langit yang cerah, kedebushhh guruh 2-3 kali, hujan pun turun. Seronokseressss student2 saudi. Yang dlm kelas gelisah bukan main, asyik memandang keluar nak main hujan. Serupa macam2 gelagat anak2 kecik. :-). Menjelang tengahari, hujan semakin lebat - saling tak tumpah macam kat Malaysia!
Hari ni, dalam 3-4 pagi, sekali lagi guruh berdentum-dentam di Yanbu. Lebih hebat dari semalam. Hujan pun lebih lebat dari semalam.
Banjir kilat pun sama, saling tak tumpah macam di KL kalau dihujani hujan lebat. Bukan lama pun dalam 15 minit jek. Penuh bergenang air di jalanraya, penuh bertakung air di tempat letak kereta, paling sadis merata dinding rumah ada lelehan air hujan. Huhu...






- Posted using BlogPress by Ejalz

Monday, December 27, 2010

Ramalan Kaji cuaca 29-30/12/2010

Dijangkakan Yanbu akan hujan 2 hari berturut iaitu Rabu dan Khamis ini. Kalau ikut ramalan cuaca BBC, berkemungkinan hujan batu akan melanda YANBU.

http://news.bbc.co.uk/weather/forecast/1852

Jeddah juga diramalkan hujan - sila rujuk
http://news.bbc.co.uk/weather/forecast/254

Wednesday, December 22, 2010

Don't think clear water no buaya!

Negaranya 100% ber'rakyat'kan umat Islam. Wanitanya kalau keluar rumah, nak nampak biji mata pun susah. Pulak tu hitam dari atas sampai ke bawah. Punyalah menjaga diri, menjaga penampilan. Orang luar nampak begitu sopan-santun wanita arab ni. TETAPI......
Tak semua yang elok di luar, elok juga di dalam. Ambil contoh buah durian, kulitnya keras berduri bukan main-main tapi isi dalamnya ada yang tawar (mangkor kata orang Perak), malah ada yang berulat jugak! Samalah kesah dgn pelajar2 perempuan arab ni. Jangan tak percaya, ada yang 'daring' perangainya. Kertas exam dicuri dari laci pensyarah dan lacinya berkunci! PC pensyarah digeledah. Program2 dlm bahasa C dibuka. Samada kebetulan atau tidak, semuanya utk exam!

So, how? Clear water also got buaya, you know!!




- Posted using BlogPress by Ejalz

Sunday, December 19, 2010

Jeddah Lanes

Ahlan... Mari kita memboling. Aktiviti yang sihat untuk seisi keluarga. (iklan ini bukan dari KK..Hehe.. ).
Khamis lepas (16/12/2010), Kelab Malaysia Jeddah menganjurkan pertandingan boling tertutup utk rakyat Malaysia di KSA. Maka berkobar-kobarlah kami suami-isteri ingin menyertainya. Sekadar beriadah, kalah tu dah memang dalam tangan, cuma elakkan tempat corot jek. Kekeke... Anak-anak pun bergembira... yang kakak2 bersidai kat cyber cafe... yang adik2 berlari-lari selagi boleh... al-maklumlah, tempat dah jadi tempat kita.. hehe....

Hanya kami berdua dari Yanbu, campur dgn 3 dari Jeddah maka jadilah 1 team. Dah hampir 2 tahun tak cecah bowling lane, apatah lagi pegang bola boling, akhirnya di Jeddah Lanes jua tpt melepas rindu. 3 games setiap orang, mula-mula mcm orang baru belajar la pulak. Nebes pegang bola boling. Kemudian baru la dapat rentak balik. Seronok... Seronokseressssss...

Akhirnya team kami dpt tempat ke-10 dari 15 team yang bertanding. Kan dah kata, kalah dalam tangan. Nasib baik tak corot sekali. :-) And myself, tak sangka masih top ten among ladies bowlers - 7th place from 26 ladies bowlers. Sentuhan belum kecundang nampaknya. Aaawww...saya sangat suka..!

Lagi satu, kami tak balik tangan kosong.. bawak balik hadiah jugak tau... hadiah dari cabutan nombor bertuah - dapat set periuk 3 biji... wahhh... sudah bagussss...

Buat la lagi tournament. Buat la... Nak main boling lagi. Jom boling!!!

Sunday, December 12, 2010

Are you happy?

I've been asked this question for many times. Either from my friends and families in Malaysia or from friends in Saudi and sometimes from people that I don't even know from everywhere.
"Are you happy staying here, in Yanbu?" My answer will always be 'Yes'.
Well.... You are what you want to be, right? The choice is in your hand. If you want to be happy, then be happy. Adjust yourself to be happy wherever you are.
Now that I'm staying in Yanbu, I make myself happy the Yanbu-way. Don't expect the glorious KL-life style here. Hopping and shopping from one mall to another is not an option. Even travelling and holidaying is not as easy as you go to Langkawi. Forget all the mouth-watering food in night market stalls. Driving? Arrgghh..forget it.
If you can accept all these, insyaAllah you'll be happy. But never forget one thing, ALWAYS respect the local culture here!!
Remember a malay proverbs: "Masuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang harimau mengaum". Tapi jgn sampai salah langkah, harimau ngap dulu.




- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, December 8, 2010

Syukur? Asked yourself.

Yesterday, I had a nice short chat with one of my good friend in Malaysia. Kinda surprise to see her online in mid-day during the weekdays. It has been ages since last saw her online. Hehe..
Anyway, the story is not about her being online. Just to share some points to ponder from our conversation. She was on leave yesterday to settle some of her moving-thingy tasks. She bought a new house in Bukit Mahkota (if I'm not mistaken) and her previous apartment in Setapak is going to be rented. "Wow!!" That was my respond to her. Working in the middle of KL, where everything needs money, and yet still able to buy a second house! I told her that she's so lucky!! Guess what she replied to me... "No, you are the one that is lucky. You have perform hajj at a very young age. I want that but not afford to.."
Conclusion: being a normal human being, we'll never satisfied with what we have. What my friend has, I want to have too. And what I have, she wants it too.
But being a normal Muslim, that is not how we should behave! Grateful Madam!! Grateful!!! Grateful with what Allah has gave you, what Allah is giving you and what Allah will give you! Never doubt Allah as Allah has all the answers to everything that is happening in your life.





- Posted using BlogPress by Ejalz

Tuesday, December 7, 2010

Duit ada 1 jek..

Alisya: mama, nak beli makanan kat kantin
Mama: bawak duit ni (sr10 sekeping), beli something for you and Hanan

Selang beberapa minit, Alisya dan Hanan datang balik, bawak hanya 1 Yamama cake dan duit tukar.

Mama: kenapa tak beli untuk Hanan sama?
Alisya: macamana nak beli, ada duit 1 jek.
Mama: hukhukhuk...


- Posted using BlogPress by Ejalz

Sunday, December 5, 2010

Pengalaman Ngeri

Semalam (4/12/2010) , tatkala jam 3 pagi, tidurku terganggu dikejutkan oleh deringan loceng rumah. Selepas itu ku terdengar bunyi seperti org bertukang di bahagian depan rumahku. Lantas ku bangun dan buka lampu satu demi satu. Sebaik saja ku buka lampu di bahagian ruang makan, "gedebuk" tingkap kecil bahagian ruang makan jatuh dan kelihatan sepasang kaki bergantungan di bahagian tingkap.

Aku hanya sempat beristigfar ... maling tersebut melompat keluar dan terus melarikan diri ... hilang dalam kegelapan dinihari. Rasa ingin mengejar tapi fikirkan ahli keluarga yang masih nyenyak tidur , terus terhenti.

Alhamdulillah, cubaan untuk memecah masuk gagal. Aku amat bersyukur kerana Allah melindungi kami sekeluarga dari musibah ini.