Wednesday, February 23, 2011

Sayang sungguh mereka...

Hari ini, lebih kurang 11.30 pagi Arab Saudi meriah dengan sambutan kepulangan Raja mereka dari Casablanca, setelah menjalani rawatan selama 3 bulan di New York. Di TV saluran tempatan disiarkan berita tentang sambutan kepulangan raja Saudi.



Ketibaan Raja Saudi disambut oleh rakyat jelata di sepanjang jalan.

Rancangan TV juga nampaknya berkisar tentang raja (agak-agaklahkan.. mana plak nak paham bahasa arab sepenuhnya.. :-))



Termasuk juga di YUC... semua staf dan pelajar gembira menerima berita tentang raja mereka.
Jelas sangat betapa sayangnya rakyat Saudi pada raja mereka. Sayang mereka tidak dipaksa. Sayang mereka nampak ikhlas.
Sehinggakan kerajaan Saudi umumkan cuti umum pada Sabtu depan kerana gembira menyambut kepulangan Raja Saudi.

Baca berita sepenuhnya di:
http://arabnews.com/saudiarabia/article280958.ece

- Posted using BlogPress by Ejalz

My boy has turned 1

23 February 2011 is a great day for my boy. He is now 1 year old. Happy Birthday my handsome boy!! Hopefully you have had the your most wonderful first year exposure to the world.






May you be a good boy. May you be a soleh son. May Allah always bless you.

(sambutan belated birthday di rumah)



- Posted using BlogPress by Ejalz

Monday, February 14, 2011

Ringkasan...

Hari ini dah masuk hari ketiga bekerja di semester baru. Maknanya berlalulah sudah percutian seminggu. Pejam celik pejam celik dah kena masuk keje balik. By the way, antara seronoknya kerja kat YUC ni ialah bila murid cuti, cikgu pun cuti. Itu sebabnya walaupun public holiday tersangatlah kurangnya di sini tapi kami tak terasa. Murid cuti semester, cikgu pun cuti. Murid cuti pertengahan semester, cikgu pun cuti juga.
Alkisah tentang cuti yang baru berakhir tu, ringkasannya tidaklah kami kemana-mana selain ke Madinah dan Yanbu jua adanya. Cadangan nak ke sana-sini tidak diizin Allah swt nampaknya. Alhamdulillah, sempatlah kami selesaikan hal-hal berkaitan persekolahan Alisya terutamanya masalah logistik dan pengangkutan untuk pergi dan balik dari sekolah. Terima kasih tidak terhingga untuk Miraney dan Nazrimi sebab sudi membantu. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian. (InsyaAllah mama dan abah dah tak perlu risau kalau2 Alisya diturunkan lagi di tepi jalan tanpa ditunggu).
Dalam pada itu, penghujung cuti sempat juga terduga dengan kesakitan. Anak-anak sakit perut dan muntah2. Mamanya siap kena back pain. Elok back pain, datang pulak 'front pain' - perut berangin umpama gastrik (atau mmg gastrik.. entah tak tahu).
Yang magiknya (dengan izin Allah pastinya) elok segar menjelang pagi bersiap ke kolej. Semangat sungguh nak kerja yeee.. Hilang segala sakit!! Hehehe..
Alkisah....


Monday, February 7, 2011

Melepas rindu pada Madinah..

Lamanyaaaa tak jejak daerah Madinah ni. Macam-macam perubahan dah ada.. Siap ada check point polis keluar-masuk Madinah, traffic light byk yg dah ditutup dan diganti dgn u-turn.. Isk..isk.. Ketinggalan sudahhhh..
Alhamdulillah, yang penting sampai dengan selamat. Dapat bilik hotel dgn harga biasa (expected harga mahal sbb cuti sekolah). Cuaca pun cantik, tak terlalu sejuk, nyaman angin bertiup..
Alhamdulillah... Lepas jua rinduku untuk bersolat di Masjid Nabawi, lepas jua rinduku untuk menziarahi Rasulullah, lepas jua rinduku untuk menjejak ke Raudhah, walau berasak sedikit dan 'dihimpit' mak-mak arab, dapat juga ruang utk bersolat.
InsyaAllah kami akan mengunjungimu lagi Madinah Al-Munawarah.


Perjalanan pulang kami diiringi hujan lebat. Sejuk dan nyaman. Terasa seperti berada di Malaysia.





- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, February 3, 2011

Lega...

Akhirnya, cuti semester muncul semula. Cuti semester bermula 3/2 hingga 11/2. Dapatlah berehat seminggu..yahhuuuu...
Yang pertama sekali kena buat ialah 'menarah gunung'. 2 jenis gunung ada sekarang ni, yang busuk-masam dan lagi satu yang harum-semerbak. :-) Siap menarah nanti, baru boleh plan aktiviti lain.
Sabar yeeee... Nanti kita buat aktiviti lain pulak masa cuti ni.

- Posted using BlogPress by Ejalz