Friday, April 29, 2011

Anak-anakku di Mekah

Sejak dah 'dapat kaki', inilah pertama kali Akram bertawaf. Alhamdulillah lengkap 7 pusingannya. Ehh..ehhh.. Sebenarnya bukanlah berjalan sendiri semua 7 pusingan tu. Bertawaf sambil tenggek atas abah la. :-) Kakak-kakak yang berdua pun sama, lengkap tawafnya; jalan sendiri la kan... Kami keluar ke Masjidil Haram di awal pagi, jadi masing2 masih 'fresh' lagi, kurang rungutnya... Good job anak-anak..


Satu-satunya gambar Akram yang pandang kamera, semasa di Masjidil Haram. Gambar yang lain semuanya dia pandang ke sana sini. Probably he's enjoying the view of Kaabah and Masjidil Haram. InsyaAllah..



Kakak dua orang ni, anytime nak ambil gambar, ready jek..


- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, April 28, 2011

Mekah Al-Mukarramah: Another visit

Alhamdulillah, Allah s.w.t grant us another visit to 'tanah haram'. Hubby visited his friend; from university-hood, who is here to perform his umrah.
Anyway, today's entry is about the journey that we've been through from Yanbu - another first time exciting-experience yet scaring or rather nerve-wrecking.
We started our journey about 6.30am. A little bit too early if you look at the number but not at all if you look at the bright-shiny-summer-sunshine.
About 20 minutes later, passing by some factories, I saw some missing parts of buildings. Could see the lower-half but not the upper-half of some buildings. What could have 'eaten' them away...
My heart was beating fast... dup-dap dup-dap.. Hoping that it won't be sandstorm. Because if it was, I would have ask hubby to turn back right away!! Scary experience - traveled in sandstorm back in 2008.

Our eye vision are getting shorter and shorter...



On the left and right-side of the road, we could see nothing but blurry images..



Everything was blurry in the bright sunshine. If it was sandstorm, it would be blurry and dark. Moreover there were no sound of sand particles hitting the car.
That was not sandstorm. It was mist (fog)!! Subhanallah.. Mist in Saudi Arabia when it was already 7am in the hot summer weather .




Between 7.00 to 8.30am, it was foggy all the way. Sometimes thick that we have to slow down to 60km/h, and sometimes it was thin and we could speed up a bit. 
 This was the area with some 'thin layer of mist'. You can see the tower that was 'hidden'...




Here's another view. The lowest layer of white cloud was actually not cloud but the mist. It looked like they were trapped - to be evaporated or not to be?




Another view - water drops on the window. The mist was evaporated as the temperature got hotter. (Scientifically correct, am I?)




Alhamdulillah, after 5 hours of journey, we safely arrived Mekah. Though strained to the eyes (not to the driver only but also mine) trying to focus (forecast?) what to be 'appearing' in front of us, it was a smooth journey. Thanks also to other drivers on the road today - such good 'driving manners' you showed today!!


- Posted using BlogPress by Ejalz

Tuesday, April 26, 2011

Info Kesihatan - Yahoo News


Kids watching TV for hours? Beware of health risks

By IANS
Sydney (IANS) - Six-year olds who spend most of their time watching TV could end up with narrower arteries in the eyes, increasing their chances of heart disease, high blood pressure and diabetes in later life.

The study, which looked at 1,500 six-to-seven-year-old children in 34 primary schools, showed that the increased health risks from each hour a day of TV was similar to that associated with an increase in blood pressure, University of Sydney researchers said.

Physically active children had significantly wider average retinal arteries than their largely sedentary counterparts, reports the journal Arteriosclerosis, Thrombosis and Vascular Biology: Journal of the American Heart Association.

"We found children with a high level of physical activity had a more beneficial microvascular profile compared to those with the lowest levels of physical activity," said Bamini Gopinath, who led the study at the University of Sydney Centre for Vision Research.

"Excessive screen time leads to less physical activity, unhealthy dietary habits and weight gain," Gopinath said, according to a Vision Research statement.

"Free play should be promoted and schools should have a mandatory two hours a week in physical activity for children," he added.

Physical activity enhances blood flow and has a positive effect on the linings of blood vessels. On average, the children spent 1.9 hours per day in screen time and 36 minutes a day in organised physical activity.
News taken from:

Monday, April 25, 2011

Observation

Fuhhh... Nervous.. I had my class being observed by my deputy head of dept (together with dhoh of ELC) just now during my 2.20pm class. Even though has been teaching for 10 years ++, but I still feel the panic-attack. Being observed okay!! I know i'm not perfect... Luckily my students are so supportive, even though they were shocked to see 2 'strangers' in the class just now. Hehe..
Hope everything is good.


- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, April 22, 2011

Mekah Al-Mukarramah : Jejak Sejarah

Jumaat 22/4/2011 sekitar 7 pagi, kami berdua keluarga cuba menjejak sejarah Islam di Mekah. Unplanned visit. Asalnya sebab kak eda bercerita yang mereka sekeluarga terlepas ziarah yang diuruskan oleh agen (atas sebab kesihatan). Hubby pun minta tolong pada seorang sahabat di sini, terus dicarikan sebuah van serta seorang ustaz untuk membantu ziarah. Alhamdulillah sekali lagi dipermudahkanNya. Dengan kami sekeluarga turut serta (malu... duduk Yanbu sekian lama, ziarah Mekah tak sampai ke mana pun. Nggeeee..). 

Jejak pertama: Jabal Thur. Seperti yang diceritakan oleh ustaz, di sinilah Nabi Muhammad s.a.w dikatakan bersembunyi selama 3 hari dengan sahabat baginda Saidina Abu Bakar, sebelum meneruskan hijrah ke Madinah.



Jejak kedua, ketiga dan keempat : Arafah, Muzdalifah dan Mina. Kami telahpun berada di ketiga tempat ini ketika menunaikan haji yang lepas. Bezanya, ketika itu tumpuan lebih kepada menyempurnakan ibadat agung itu hingga tidak perasan apa yang berada di sekeliling. Maklumlah berjuta jemaah yang ada, lebih nampak orang dari nampak benda. Kali ini dapatlah kami perhatikan betul-betul apa yang ada di kawasan2 ini. Hehehe.. Antaranya Masjid Namirah. Masjid Namirah hanya digunakan setahun sekali sahaja iaitu ketika musim haji. Turut ditunjukkan ialah Wadi Uranah (ianya berada di luar kawasan Arafah). Diceritakan terdapat sungai yang mengalir di sini dahulu. Wadi ini juga dikatakan adalah tempat berehatnya Nabi Muhammad s.a.w sebelum berwukuf di Arafah. Manakala khemah-khemah di Mina pula terbiar begitu sahaja sehingga tiba musim haji akan datang.

Haji dan hajah sekelian, begini rupanya khemah yang kita tinggalkan - tinggal bumbung sahaja. Kami turut ditunjukkan Jamrat dan terowong Muassin tetapi hanya dari jauh.













Jejak kelima : Jabal Rahmah


















Jejak keenam : Jabal Nur
Di Jabal Nur inilah terletaknya Gua Hira' di mana Nabi Muhammad menerima wahyu dan turunnya ayat yang pertama.






Jejak ketujuh: Perkuburan Ma'la
Di perkuburan ini dikatakan tempat bersemadinya Khadijah isteri pertama Rasulullah. Perkuburan ini masih lagi digunakan untuk rakyat tempatan yang biasa. Tapi hanya untuk sementara; bak kata ustaz 'kontraknya hanya 3 bulan'. Selepas 3 bulan kubur2 akan dikorek dan dipindahkan ke perkuburan as-Sharaya.
Tamat program ziarah kami pulang ke hotel, bersiap-siap untuk solat Jumaat pulak...
Selepas solat asar, kami bergerak pulang ke Yanbu. Bye-bye Kak Eda dan family...Moga bertemu lagi semasa kepulangan kami nanti. Selamat tinggal Mekah, moga dipermudahkan untuk kami kembali lagi...



- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, April 21, 2011

Mekah Al-Mukarramah : Jejak Keluarga

Lamanya tak jejak Mekah. Kalau tak silap kali terakhir adalah tahun lepas. Lamakan...? Sebenarnya Disember tahun lepas jek, macam jauh sangat bunyi tahun lepas tu... hehehe.. Macam-macam hal berlaku yang tidak memungkinkan perjalanan. Itulah dia ketentuan, dekat macamanapun kita dengan Mekah, kalau tak diizin Allah, tak sampai juga kita.
Alhamdulillah selepas 4 bulan, peluang itu tiba. Perjalanan ke Mekah untuk berumrah dirancang. Sementelah hubby's cousin - Kak Eda & Abg Atan; juga turut berada di Mekah ketika ini. (Mereka sekeluarga datang berumrah dari Sungai Petani.) Sambil beribadat sambil 'menjejak-kasih'.
Kami bertolak dari Yanbu seawal 6.30am (dah terpacak pun matahari summer ketika ini..). Sampai di Mekah menjelang Zohor. Alhamdulillah, ada bilik kosong di hotel yang sama dengan mereka - Al-Reyadah International Hotel. Senang banyak...


Makan-minum pun dah termasuk sekali. Sebabnya kami mintak tolong mutawif mereka dapatkan bilik hotel. Dapatlah merasa dinner dengan ikan masak merah. :-)






Alhamdulillah, ibadat umrah kami berdua dapat diselesaikan dengan cepat. Tak ramai jemaah di tengahari terik ini dibandingkan pada waktu pagi ataupun malam. Apapun, pastinya dengan izin Allah s.w.t segala urusan umrah dipermudahkan.


- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, April 20, 2011

Imam Muda

Cerita Imam Muda keluar di Yahoo News

Monday, April 18, 2011

RCMC Revisited

Kelmarin saya ke RCMC. Ehhh..ehhh... Bukan jumpa doktor ya.. Pergi sana untuk melawat seorang teman - Norazarina yang baru bersalin kelmarin. Baby boy anaknya - kes ceasarian jugak.
Teringat kenangan setahun yang lalu. Berkampung di sana hampir sebulan di wad Ob/Gyn. Hingga dikenali oleh setiap nurse/staff yang menjaga wad tersebut.
Semalam ketika baru sampai di entrance wad Ob/Gyn, saya terlihat salah seorang nurse yang pernah menjaga saya dulu. Baru nak senyum dah disapa dulu olehnya. Alhamdulillah, dia masih mengingati saya. (Tapi kecewa sikit saya terlupa namanya). Dah bertanya khabar serba sedikit, terus dia mengiringi saya ke bilik Ina. Aikkk.. Macam tau-tau pulak kita nak melawat Ina. Kekeke... Bertuah sungguh bila orang kita mendapat layanan baik begini.
Berbalik pada cerita Ina pula... Terpaksa bersalin melalui kaedah ceasarian kerana degupan jantung bayinya lemah. Semalam, berita sedih diterima. Bayi yang baru berusia 3 hari disahkan mempunyai masalah jantung. Doktor menasihatkan agar bayi tersebut menjalani pembedahan jantung dengan seberapa segera di Jeddah yang menelan belanja mencecah ratusan ribu riyal. Ya Allah, besarnya dugaan untuk Ina dan suami. Sebak betul masa dengarkan berita ni. Apatah lagi untuk mereka berdua. Anak kedua lelaki selepas mempunyai anak perempuan yang comel.
Ya Allah kau berilah kekuatan dan kesabaran kepada mereka berdua untuk menghadapi dugaan ini. Ina dan suami, ingat Allah sentiasa. Jangan putus berdoa. Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Hanya Allah yang tahu. Kami semua akan membantu kalian sedaya yang kami mampu. Amin.



- Posted using BlogPress by Ejalz

Sunday, April 17, 2011

I've Travelled To... Ta'if - siri bunga-bungaan

Antara aktiviti yang menarik di Taif selain mempelajari tentang sejarah Islam ialah menikmati alam ciptaan Allah.
Begitu banyak bunga-bunga cantik dan begitu banyak tumbuhan menarik.




































- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, April 15, 2011

I've Travelled To... Ta'if - Day 2

Good morning Taif... Nyenyak tido semalam... (nyenyak ke tidur mati? Kekeke..)
Pagi hari kedua ni dimulakan dengan breakfast paratha cicah kuah dal dan kari daging (tak berapa nak rupa kari tapi tatau nama masakannya). Bagi kenyang perut dulu, baru kita mulakan aktiviti jalan-jalan.


Tempat pertama ditujui ialah Shobra Palace - yang telah dijadikan muzium. 
Banyak juga artifek yang dipamerkan, beserta penerangan dalam bahasa inggeris. Bolehlah kita nak faham dan belajar sejarah Saudi.

Tapikan..... eeerrrr... Hanya kami berdua keluarga sahaja pengunjungnya masa tu. Orang lain tak minat ke? Isk...isk...isk... Ruginya...




Seterusnya perjalanan diteruskan lagi.. Kali ini ke Masjid Quo' (Siku). Masjid yang didirikan di mana di tempat ini dikatakan Nabi Muhammad s.a.w berehat selepas dihalau serta dibaling batu oleh penduduk Taif yang tidak mahu menerima Islam.


Gambar di bawah ini pula, bungkah batu yang besar itu dikatakan digunakan dalam cubaan membunuh Nabi tapi pergerakan batu tersebut telah terhalang oleh beberapa batuan kecil.





Kami juga cuba menjejak ke Prophet Garden, yang dikatakan taman di mana Rasulullah berehat. Tapi tak dapat nak pastikan lokasi sebenarnya. Cuma pasti ianya berada disekitar kawasan ini:





Kami teruskan lagi perjalanan. Kali ini ke Masjid Othmaniah.




Menjelang tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Taif National Park. Sebuah kawasan yang sangat luas, dan kereta dibenarkan utk bergerak ke mana-mana sahaja di dalamnya. Cumanya, kena berhati-hati takut tak jumpa jalan keluar. Dah tentu bukit-bukau dengan pokok-pokok renek sahaja yang ada. Tiada sign board weehhh... Kami singgah di Empangan Sasid. Kering-kontang empangannya.



Pamandangan kat park ini lebih banyak tertumpu pada batu-batuan serta pokok-pokok renek tapi sangat marveloussssss. Lepak-lepak sambil makan kacang, minum air, budak-budak yang paling enjoy.




Dalam perjalanan balik semula ke hotel, kami singgah sebentar di sebatang anak sungai (betul ke penjodoh bilangan ni?). Tak sangka nampak anak sungai kat sini. Jakun sekejap..macam tak pernah tengok sungai... keke.. tapi cuma tak biasa tengok sungai kat Saudi...



Lebih jakun bila nampak ada anak ikan yang sedang melompat2, seolah-olah cuba melompat naik ke tebing.
Dah puas menjakunkan diri, kami balik ke hotel. Siap kemaskan barang dan check-out. Sebelum bergerak turun dari Taif, cadangnya nak ke festival bunga. Kononnya ada 1000 bunga dipamerkan. Cari punya cari, jumpa jugak tempat festival tu. 
Oh yaaa... Dalam perjalanan mencari tu hujan pulak turun. Boleh tahan lebat jugak...untuk beberapa minit jugak la... Sambil tu, berharap hujan berhenti... Kalau tak, susah pulak nak berjalan kat festival tu tanpa payung. Kekeke...
Dah jumpa tempatnya, bayaran masuk SR10 utk dewasa, kanak2 percuma. Dan inilah 1000 bunga itu.....



Aduhhh...aduhhh... Begini ke festival bunga? Betul-betul sepetak kawasan utk bunga2 ini. Lain2 adalah gerai2 jualan dan permainan2 ala funfair. Budak2 jugalah yang enjoy... Sempat main bumper car...



Oklah tu... Sampai dah hajat, walaupun tersasar. Keke.. Marilah kita pulang. Pulang... Marilah pulang  Marilah pulang, pulang ke Jeddah.
Opppsss... Berhenti beli souvinier dulu - buah2 dan sayur2.




Carrot tak cukup umur... kekeke...kontot-kontot jek semuanya..

Raddish - tak pernah try makan... so tak beli... amik gambar dia jek...





















Buah-buahan yang sangat cantik presentationnya... memang tergoda untuk membelinya... kekeke...















Bunga-bunga pun ada dijual.. Tapi tengok jek lah... Tak beli pun...










Last stop, mari kita tengok view dari atas nih. Cantik oooo memang sangat cantik. Subhanallah. Enjoy the photos yaaaa... Tak boleh digambarkan dengan kata-kata...




Sayup kelihatan jalan turun-naik bukit
Sayup kelihatan theme park di bawah sana






Angin bertiup kuat... sejukkk...
Malam mula menjelma


 Lampu menerangi lereng bukit









- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, April 14, 2011

I've Travelled To... Ta'if - Day 1

Hari ni Selasa 12/4/2011, kami sekeluarga berserta Zarina sekeluarga telah menjejakkan kaki ke tanah tinggi Taif untuk menggumbirakan diri menghabiskan sisa-sisa cuti mid semester 1 minggu ni. Ini plan percutian tergempar namanya. Isnin pagi bagi cadangan, tengahari bagi persetujuan, malam cari kereta sewa. Cari kereta yang power sket aaa dari our beloved Nissan Sunny, naik bukit kannn.. Malangnya, kereta elok tiada, kedai sewa elok pulak dah tutup. Makanya pagi Selasa sambung cari kereta - dapat Hyundai Sonata. Pukul 11 pagi bertolak ke Taif dengan jayanya. Alhamdulillah...





Permandangan sepanjang jalan naik ke Taif, masyaAllah sangat cantik, walaupun kelihatan bukit batu di sana-sini.




Di pertengahan jalan, berhenti seketika untuk berkenalan dengan sang babun. Kekeke..




Perjalanan diteruskan.. Sampai di Taif, cari hotel dulu.




Nasib kami baik, dapat apartment 2 bilik - 1 keluarga 1 bilik, harga pun reasonable di musim cuti ni.










Dah senang hati dapat bilik, marilah kita kenyangkan perut pula.. Sambil dok cari mat'am, singgah tepi jalan beli buah-buahan.



Sangat cantik susunan kau buah... Sungguh menggodaku membelimu..




Dah beli buah, beli nasi, cari tempat untuk bersantap pula. Mr & Mrs tourist guide bawak kami lepak tepi gaung. Ye ke gaung? Kekeke... Kalau kat Malaysia, kira berkelah tepi air terjun la ni... Bezanya cuma takde air yang terjun, batu jek ada terjun. And again the view is masyaAllah gorgeoussss...







Sambil makan, sambil mata menikmati view yang cantik, sambil angin dingin bertiup menyegarkan. Besttt derrrr...
Waktu Asar, singgah sebentar bersolat di Masjid Umar Ibn Abbas. (tiada gambar... Kepala sudah pusing... Huhu..).
Menjelang Maghrib, kami pulang ke hotel... Berehat-rehat. Selepas Isya', keluar semula untuk makan malam. Seberang hotel jek di food court Taif Mall. Siap sempat menyaksi pada insiden pergaduhan masa kami di sana. Debor dada...
Cer citer...Cer citer... Camni... Alkisah (macam tahu benor.. :-p tapi dari pengamatan mata kasar), pak guard telah menghalau beberapa orang shabab (budak-budak bujang lelaki) dari mall. Kat Saudi ni, ada sesetengah mall tak bagi shabab masuk mall pada waktu-waktu tertentu, khas utk family dan ladies shj. Bdk2 tu tak puas hati, nak masuk jugak. Mulanya bertekak saja. Lps tu jadi bertumbuk. Makin ganas siap guna brg2. Kami tak nmpk apa brg yg digunakan tapi nmpk mcm btg besi. Siap berdarah-darah. Sampai pihak polis dtg la jugak sudahnya. Kami ni yang nervous, dah la kat groundfloor, bergaduh depan tangga, takde exit lain kecuali ke car park yang mana tgh ramai shabab menunggu kat situ. Debor jadi takut, mana la tau jadi lebih buruk. Dah la tak boleh nak ke mana-mana. Akhirnya kami masuk ke dalam Extra beramai-ramai. Pengurusan Extra pun mula tutupkan pintu separuh, risau jugak kot. Bila dah agak reda, kumpulan bergaduh dah beredar dari tangga, kami pun cepat-cepat lari keluar. Apapun tak sempat beli, janji keluar dengan selamat.
Dan berakhirlah hari pertama di Taif, dalam debaran...

Nota kaki: JJNB ialah Jalan-jalan naik bukit



- Posted using BlogPress by Ejalz