Friday, April 22, 2011

Mekah Al-Mukarramah : Jejak Sejarah

Jumaat 22/4/2011 sekitar 7 pagi, kami berdua keluarga cuba menjejak sejarah Islam di Mekah. Unplanned visit. Asalnya sebab kak eda bercerita yang mereka sekeluarga terlepas ziarah yang diuruskan oleh agen (atas sebab kesihatan). Hubby pun minta tolong pada seorang sahabat di sini, terus dicarikan sebuah van serta seorang ustaz untuk membantu ziarah. Alhamdulillah sekali lagi dipermudahkanNya. Dengan kami sekeluarga turut serta (malu... duduk Yanbu sekian lama, ziarah Mekah tak sampai ke mana pun. Nggeeee..). 

Jejak pertama: Jabal Thur. Seperti yang diceritakan oleh ustaz, di sinilah Nabi Muhammad s.a.w dikatakan bersembunyi selama 3 hari dengan sahabat baginda Saidina Abu Bakar, sebelum meneruskan hijrah ke Madinah.



Jejak kedua, ketiga dan keempat : Arafah, Muzdalifah dan Mina. Kami telahpun berada di ketiga tempat ini ketika menunaikan haji yang lepas. Bezanya, ketika itu tumpuan lebih kepada menyempurnakan ibadat agung itu hingga tidak perasan apa yang berada di sekeliling. Maklumlah berjuta jemaah yang ada, lebih nampak orang dari nampak benda. Kali ini dapatlah kami perhatikan betul-betul apa yang ada di kawasan2 ini. Hehehe.. Antaranya Masjid Namirah. Masjid Namirah hanya digunakan setahun sekali sahaja iaitu ketika musim haji. Turut ditunjukkan ialah Wadi Uranah (ianya berada di luar kawasan Arafah). Diceritakan terdapat sungai yang mengalir di sini dahulu. Wadi ini juga dikatakan adalah tempat berehatnya Nabi Muhammad s.a.w sebelum berwukuf di Arafah. Manakala khemah-khemah di Mina pula terbiar begitu sahaja sehingga tiba musim haji akan datang.

Haji dan hajah sekelian, begini rupanya khemah yang kita tinggalkan - tinggal bumbung sahaja. Kami turut ditunjukkan Jamrat dan terowong Muassin tetapi hanya dari jauh.













Jejak kelima : Jabal Rahmah


















Jejak keenam : Jabal Nur
Di Jabal Nur inilah terletaknya Gua Hira' di mana Nabi Muhammad menerima wahyu dan turunnya ayat yang pertama.






Jejak ketujuh: Perkuburan Ma'la
Di perkuburan ini dikatakan tempat bersemadinya Khadijah isteri pertama Rasulullah. Perkuburan ini masih lagi digunakan untuk rakyat tempatan yang biasa. Tapi hanya untuk sementara; bak kata ustaz 'kontraknya hanya 3 bulan'. Selepas 3 bulan kubur2 akan dikorek dan dipindahkan ke perkuburan as-Sharaya.
Tamat program ziarah kami pulang ke hotel, bersiap-siap untuk solat Jumaat pulak...
Selepas solat asar, kami bergerak pulang ke Yanbu. Bye-bye Kak Eda dan family...Moga bertemu lagi semasa kepulangan kami nanti. Selamat tinggal Mekah, moga dipermudahkan untuk kami kembali lagi...



- Posted using BlogPress by Ejalz

2 comments:

Suhaimi said...

wah wah wah ... cepatnya update :)

Ejalz said...

Teknologi di hujung jari anda. Keke... Boleh karang dulu, publish kemudian.