Wednesday, August 31, 2011

Raya, Raya, Raya ...

Tahun kedua dapat beraya dengan family selepas 2 tahun beraya di perantauan adalah pengalaman yang sangaaaatttt manisssss, sepanjang 2 bulan percutian di Malaysia.
Paling seronok bila dapat berkumpul kami empat beradik, bersama keluarga masing-masing. Satu keadaan yang sangat jarang dapat berlaku walaupun sebelum kami ke sini!! Only we know the reason. Kekeke...


The 4 siblings...



Our big family. 
(Akram dan Alisya tiada dalam gambar sebab dah tertidur kepenatan dek muntah-muntah seharian)




My beloved Abah and Mama



6 beranak of Idris & Ramlah



Kakyong and family



Angah and family



My family - Akram dan Alisya dah mula lemah sebab dah banyak kali muntah.



Acu with his preggy-wife




And the miscellaneous posing-posing session in between...








Selain acara syok sendiri ni (kekeke...), adik-beradik abah datang beraya di sebelah malam. Meriahhhhh...

Sebahagian of my cousins..



Abah & mama melayan adik-adiknya..


Opah, Enchu & Uncle Arshad, Pak Usop & Wan Liza masih 'melekat' di meja. Hehe..



Wan Ju & family yang sampai lewat, terus dari Sg. Buloh.


- Posted using BlogPress by
Ejalz

Monday, August 29, 2011

Eid Mubarak

Sah!! Esok (Selasa 30/8/2011) raya...! Dah disahkan tadi oleh penyimpan mohor besar.
Untuk semua ahli keluarga, sahabat-handai, kenalan maya serta semua yang mengenali saya, suami mahupun anak-anak, kami ingin menyusun 10 jari (total 50 jari :-p) memohon ampun dan maaf andai ada sebarang kesalahan, kesilapan atau keterlanjuran samada secara sengaja ataupun tidak, secara sedar ataupun tidak, yang mengguris hati dan perasaan semua.
Moga Ramadhan yang baru meninggalkan kita membuka lembaran baru untuk kita semua. Beringat-ingat dan berpada-padalah menyambut Syawal yang menjelma. Jangan biarkan kegembiraan Syawal melalaikan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin


Nikmati gambar-gambar kemeriahan menyambut ketibaan Syawal, sekitar Teluk Intan.



















- Posted using BlogPress by Ejalz

Saturday, August 27, 2011

I've Travelled To... Indonesia - Akhirnya...

Hari ke-12, hari terakhir kami di Indonesia. Dari Bandung, pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik ke Jakarta. Walaupun flightnya lewat petang, tapi kami tak mahu mengambil risiko tersangkut di kesesakan jalanraya yang maha hebat di Jakarta.
Kami sampai di airport seawal 12 tengahari dan perlu menunggu hingga 5 pm untuk check-in. Huhu....




Sementara menunggu, sempat la berubah tempat beberapa kali. Dari menenggek di tepi dinding hinggalah akhirnya mendapat kerusi. Akram pun membuat pelbagai aksi.. Tak kisahlah asalkan tak mengamuk...hehe..




Dan paling 'bersejarah' bila daku terkunci di dalam tandas di airport! Huhu... Kisahnya, tombol pintu tandas dah tiada, yang ada tinggal batang besi sahaja. Memandangkan tandas tu dah digunakan berkali-kali dan ramai pula yang masih beratur, masuk jugaklah dengan harapan kunci pintu masih ok. Selesai 'urusan', bila pintu cuba dibuka, tak bergerak batang besinya. 2-3 kali dicuba masih tak berjaya. "Sudahhh... Terkunci aku nih". Mujur, antara pintu dan bingkai pintu ada sedikit ruang. Jadi melalui celah ruang tersebut, saya memanggil orang di luar memberitahu yang kunci tersangkut. Mujur juga didengari dan difahami. Terus dia memberitahu penjaga tandas. Dicuba buka dari luar masih tidak berjaya lantas dia memanggil penjaga tandas lelaki. Kecoh sekejap tandas wanita gara-gara dimasuki pekerja lelaki. Sambil dia cuba membuka pintu sambil dia cuba menenangkan "Tenang ya bu, jangan panik. Tenang tenang aja". Baguskan... walaupun saya tak panik cuma debor jek sebab hp pun tak bawak masa tu. Kikiki...
Akhirnya sampai masa untuk check-in, beratur yang teramat panjang untuk imigresen, dan menunggu flight. Semuanya alhamdulillah ok.

Pengalaman 12 hari di Indonesia memang best... Walaupun agak penat sebab banyak travelling tetap seronok.

I've Travelled To... Indonesia - Day 11 in Bandung

Waaaa... Nak sampai penghujung dah liburan kami rupanya.
Hari ke 11 masih di Bandung. Perjalanan hari ini keluar sikit dari bandar menuju ke tanah tinggi. Plan utamanya nak petik strawberry dan mandi kolam air panas. Makanya, kami menuju ke Ciwidey masih dalam Kabupaten Bandung. Jalan naik bukit standard la kan.. berlekok-lekok.. Bergoyang-goyang dah rasa isi perut. Huhu..
Hentian pertama ialah di strawberry farm. Excited Alisya nak petik strawberry sebab dia memang suka makan buah strawberry tu. Menariknya farm kat sini sebab setiap pokok strawberry ditanam dalam karung dan diletakkan atas tanah. Sangat mudah untuk kita memetik buahnya dan nampak lebih teratur, selain kita bebas memetik strawberry dari mana-mana pokok (bandingkan dgn farm di Cameron Highland, dgn tempatnya bertingkat-tingkat dan pokok-pokok pula diletakkan di atas para. Kita nak lalu pun susah dan kena berhati-hati. Yang tak best, bila kita 'diganggu' oleh pekerjanya untuk petik yang ni, jgn petik yang tu).


Lama jugak menghabiskan masa memetik buah strawberry sampai tak sedar dah berkilo-kilo buah dlm bakul. Hahaha.. Selain buah yang fresh tu, ada jugak produk strawberry lain seperti keropok perasa strawberry, dodol strawberry dan gula-gula strawberry. Kreatif sungguh... Rasanya tak pernah lagi jumpa dodol strawberry di Cameron Highland.


Dah puas makan strawberry, kami teruskan lagi perjalanan. Sepanjang perjalanan menaiki bukit ini, panorama yang terlihat adalah tanaman2 seperti starwberry, daun bawang dan pelbagai jenis sayuran. Setiap ruang tanah digunakan secara optimum. Hatta, ruang kecil di antara rumah-rumah turut ditanami dan tidak dibiarkan kosong.


Destinasi seterusnya ialah Kawah Putih. Kawah Putih adalah sebuah danau kawah dari Gunung Patuha dengan ketinggian 2.434 meter di atas permukaan laut, yang terjadi akibat kesan letusan dari zaman silam.


Pengunjung tidak digalakkan untuk berada di kawasan Kawah Putih melebihi 15 minit, atas sebab-sebab kesihatan. Ini kerana kawasan ini masih mengeluarkan belerang dan gas yang menghasilkan bau yang amat kuat.


Kami pun tak lama di sini. Mmg tak berapa nak tahan dengan bau belerang yang kuat. Setakat posing sikit-sikit.
Jom naik bukit lagi... Kali ni kiri-kanan jalan hanya kelihatan pokok teh. Nampak cantik sangat.


Terus ke Situ Patengan. Mengikut cerita Pak Wawan, Situ bermaksud tasik. Tasiknya besar bangat... Ada servis naik bot, mendayung sampan mahupun mengayuh basikal air.


Kami sewa satu bot berenjin untuk pusing-pusing tasik. Waduhhh... Sejuk dong anginnya... Bisa menggigil...





Kat tasik ni ada satu pulau yang dinamakan Pulau Batu Cinta. Bot kami berhenti sekejap di sini. Dapatlah tengok pokok teh dari dekat.





Selesai di Situ Patengan, kami turun semula untuk menuju ke kolam air panas. Anak-anak la yang excited kat sini. Dapat mandi kolam. Budak-budak dgn bapa budak berendam kat sini sampai pukul 5, itupun sebab pekerja kolam dah mula membuang air kolam untuk kerja-kerja pembersihan. Kawasan rekreasi ni ditutup pukul 6 pm. Satu yang menarik di sini ialah gazebo-gazebo yang sedia ada di sekitar kolam rupanya perlu disewa. Kami nampak gazebo kosong bertentangan kolam kanak-kanak, seronok la konon dapat yang dekat... Sekali datang pemungut bayarannya. Takkan la nak bangun pulak kan. Hehehe... Aduhh.. semuanya perlu ongkos ya di sini.
Malam menjelma, kami bergerak pulang semula ke hotel. Anak-anak semua dah keletihan. Akhirnya makan malam dengan KFC saja. Dah kenyang kena rehat pula... Esok kita akan pulang... Ayooo... tidurrr...



- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan, Friends & Me..

Alhamdulillah, rezeki ramadhan tahun ini, dapat berjumpa ramai kawan-kawan. Ada yang jumpa waktu iftar, ada pula setakat berjumpa di waktu bekerja.

5/8/2011 - 'bermoreh' di BBSK bersama Nidzam & Fiza, Sani & Su. Depa sampai rumah lepas pukul 9 mlm.. Kira moreh la tu... Jamu mee goreng dgn cheese layered cake.

p/s Takziah untuk Nidzam sekeluarga atas pemergian ke rahmatullah bonda tercinta. Moga rohnya dicucuri rahmat. InsyaAllah

12/8/2011 - Beriftar di buffet ramadhan di UPM bersama kawan-kawan USM hubby.




















Makanannya banyak pilihan, cuma mungkin susunannya masih boleh diperbaiki. Yang best, ada kambing dan rusa panggang!! Ulang makan 2-3 kali jugak la...
Kaum bapa bukan main lagi bergebang. Kaum ibu sebuk memerhatikan anak2 berlari-larian. Kami lepak di sana hingga pekerja mula mengemaskan barang-barang dan lampu koridor mula ditutup. Hahaha...

16/8/2011 - iftar di rumah-ala-resort Su & Sani. Ada pisang masak lemak, rendang daging, sambal udang, jelatah dan pelbagai dessert. Masakan selera kampung memang best...!









Lepas solat maghrib sambung pula dengan bbq. Kaum bapa yang dok membakar di luar rumah. Kaum ibu setia menanti di dalam rumah utk ngappp... Hehehe...









Bukti anak dara dan mak dara yang rajin di dapur. Kekeke...









Dah buat kerja, kena la refill tenaga. Makan dessert - layered cheese cake with chocolate topping (teman ler buat tu...).









Menjelang tengah malam, kami pun mula membungkus apa yang patut. Boleh buat lauk bersahur. Hehehe... Thanks Su & Sani... Moga murah rezeki kalian berdua.

23/8/2011 - Tengahari dating sekejap dengan Kak Adibah (D'Muffins) di Medan Gopeng, selepas beberapa kali asyik tak jadi... Huhu... Menyerahkan barang pesanan.
Kemudian, beriftar at BBSK with my good friends - Ana & Sham, Su & Sani, Kliza. Korang kalau tak datang rumah aku memang la nak kena. Kekeke....









Su tiada dalam gambar sebab dah balik nak siapkan homework anak. Kekeke...

Jamu mandi laham... Hingga menjilat jari... Tuan rumah berdebar-debar takut tak cukup sebab periuk dah kosong tinggal dalam mangkuk jek lagi. Hehehe... alhamdulillah ngam... ngam...










24/8/2011 - iftar bersama Rema & Todeen. Jamu sambal udang, kari ayam, lamb bakar, rendang dinding bersama puff ayam dan agar-agar santan. Alhamdulillah, seronok makan bersama.
Specialnya hubungan kami sebab Rema dan Todeen adalah coursemate hubby di USM. Tapi saya mengenali Rema ketika bekerja utk Sirim Shah Alam (developing system for Sirim but we are from different software houses). Then lepas kahwin baru tahu yang Rema adalah kawan hubby. What a small world kan...

25/8/2011 - bertemu Dr. Maizun di Pusat Perubatan Ar Ridzuan. Mek Jun adalah classmate semasa matrikulasi UKM di Kelantan, 1992. Bila masuk UKM, Mek Jun meneruskan pengajian di Fakulti Perubatan manakala saya di FTSM. Hanya sempat berjumpa beberapa kali sahaja sepanjang 3.5 tahun di UKM. Selepas itu terus terputus hubungan. Melalui FB bertemu kembali, rupanya Mek Jun berada di bandar yang sama (kira sama la kan walaupun kami berada di Ipoh tak smpi 2 bulan pun. Keke..). Alhamdulillah, selepas bertahun terpisah, diizinkan juga Allah untuk bertemu walaupun hanya untuk 15 minit.
p/s Mek Jun ni O&G specialist tau... Sapa nak beranak, carilah Dr. Maizun di Ar Ridzuan... :-)











- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, August 24, 2011

I've Travelled To... Indonesia - Day 10 in Bandung

Sambung lagi cerita Liburan yaa..
Masih di Bandung... Hari ni hari untuk mama dan opah berterapi. Yahhuuuu... Shopping Therapy. Ayooo... kita serbu Pasar Baru.
Kompleks Pasar Baru ni ada 8 tingkat. Kalau nak dibandingkan, sama macam Pasar Buluh Kubu di Kota Baharu atau Pasar Payang di Kuala Terengganu. Tapi ni 8 tingkat youuu... Bayangkanlah berapa lama masa diperlukan. Itulah sebab lepas breakfast, terus ke sini dulu. Nanti tak cukup masa pulak nak berterapi. Kekeke...
Tingkat bawah sekali ada banyak makanan yang dijual.


Tak cukup kedai, ada jugak yang menjual secara bergerak. Hebatkan pakcik tu...




First floor pulak ada kain-kain ela. Tapi tak singgah pun. Tak penting kot.. Hehe..
Terus ke tingkat berapa tah yang ada jual pakaian. Rambang mata wehhhh... Cantik bangatttt... Yang batiknya, yang jubahnya, yang office-suitnya, telekungnya, yang corak biasa, yang corak extravaganza, yang ada blink-blink... Fuhhh... Mencabar jiwa-raga betul... Asal lalu kat kedai, ada la yang berbunyi "mari bu, belanja bu... Cantik bonda, boleh belanja bonda"...Nasib baik la Bandung destinasi terakhir - ongkosnya udah habis dibelanja di tempat lain, jadi kenalah berpada-pada. Huhuhu...
Selepas berjam-jam jalan, naik turun dari satu tingkat ke satu tingkat, dapatlah belikan sorang sehelai pakaian. Jadilah buat kenangan... Jangan takde langsung kan...








Bila dah penat, nak cari tempat makan pula. Ada food court sekali di Pasar Baru ni. Tak perlu susah hati, semuanya di sini. Hahaha... Kami menuju ke gerai Ikan Bakar Pak Chi Met. Recommended by my friend Kliza dan juga Pak Wawan.








Dengan confident mengorder ayam bakar, udang bakar, ikan bakar dan sup iga. Banyak la tu kononnya. Rupanya setiap pesanan tu adalah untuk set seorang. Sikit la tapi sedapppp....

















Lepas makan, mama ajak cari beg. Tak muat dah beg yang kami bawak. Itu baru shopping dalam keadaan 'sedar diri'. Hahaha... Sambil-sambil cuci mata tgk handbag branded. Tengok jeeeee....








Lepas zohor, dgn berat hati terpaksa meninggalkan Pasar Baru. Huhu... Sebab nak menuju ke destinasi shopping lain pula. Ayooo.. beli jeans. Levi's dah tentu. Sekali angkut 5 pasang jeans terus. Al-maklum dah lama teman tak pakai jeans. Mana pegi tah yang dulu. (Hint: saiz pinggang laki-bini sama... :-p).
Next, gerak ke factory outlet - Heritage. Nak cari jeans untuk anak-anak pula. Terlebih pula dapat t-shirt sekali. Okaylah... ambillah...








Sebelum maghrib dah sampai semula ke hotel. Semua terdampar atas katil... Penat shopping... Tapi puas hati... Best!!


- Posted using BlogPress by Ejalz


Friday, August 19, 2011

I've Travelled To... Indonesia - Day 9 in Bandung

Pagi di TasikMalaya kami mulakan dengan meninjau beberapa kedai menjual barang-barang kerajinan (hasil kraftangan). Cantik-cantik belaka... banyak barangan yang dijual sebenarnya kita pun ada di Malaysia. Cuma di Malaysia nampak macam tak dikomersialkan pun dan dah lama tak kelihatan.



Ni tpt lapik periuk..



Ni pula bekas untuk nasi..
 
Sambil mama dan opah sebuk dok belek-belek barang kerajinan, Akram pulak berkenan pada kerusi kuda ni...


Hampir setengah jam membelek-belek, mari kita tinggalkan TasikMalaya.



Perjalanan diteruskan ke Bandung, melalui jalan berbeza yang tidaklah seteruk jalan hari tu.
Sampai di Bandung waktu lunch. Terus menuju ke Ibu Kadi lagi. Selain makan di sini, kami juga ambil penginapan yang juga milik restoran ini - Hotel Sukamulya.



Destinasi pertama di Bandung, dah tentulah factory outlet. Tapi hanya sempat 1 kedai jek sbb Alisya dan abahnya mula sakit perut cirit-birit. Pulak dahhh... Makan apa la tu agaknya.. Marilah pulang ke hotel mencari tandas yang selesa. Huhu... Apapun, singgah jap beli tapai ubi. Menggoda sangat rupa dia yang besar montok tu..

Balik hotel, bincang-bincang itenarary utk jln2 esoknya sambil rehat-rehat makan tapai ubi.
Malam hari, makan sate kat hotel aja.. Terus ZzzZzzZzz.....


- Posted using BlogPress by Ejalz