Wednesday, September 28, 2011

Syawal pun berlalu...

Dah lengkap 30 hari kita bersyawal. Sejak kembali ke Yanbu ni tak putus-putus dapat undangan rumah terbuka aidil fitri, walaupun ada juga undangan yang tak dapat nak dipenuhi terutamanya masa seminggu sampai ke sini - masih jet lag, masih tidur seawal 6-7 malam. Huhuhu... Alhamdulillah rezeki untuk makan... :-)
Kemuncak rumah terbuka adalah rumah terbuka Yanbu. Beramai-ramai kita rakyat malaysia yanbu beraya di kawasan istirehat Aramco. Meriahh...




Di hari terakhir Syawal semalam pun ada juga jemputan - dari Ema dan Lobo. Terima kasih tuan rumah. Makanan malaya sedap-sedap semuanya... Jauh dari tanahair tak bermakna tak boleh beraya ye dakkk...













- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, September 23, 2011

Saudi National Day

Hari ni, 25 Syawal, seluruh rakyat Saudi sedang bergembira menyambut Hari Kebangsaan negara mereka yang ke 81. (Esok cuti... yeayyy..)
Buka siaran KSA 1 & 2, kot-kot la ada perarakan macam kat Malaysia. Takde pun... Kekeke.. Tgh hangat pijor sapa ler nak berarak kan... Anyway, dari pagi sampai tengahari ni, nampaknya siaran KSA 1 & 2, banyak tertumpu pada dokumentari tentang pembangunan negara Saudi dan cerita tentang kejayaan King Abdullah membangunkan Saudi. Paling menarik, ada 1 segmen khas yang menceritakan kejayaan wanita2 Saudi dalam pelajaran dan kerjaya; siap dgn segmen ucapan hari kemerdekaan lagi dari 'selected' company yang ada pekerja wanita.
Tahniah KSA yang menyambut National Day hari ini.


- Posted using BlogPress by Ejalz

Saturday, September 17, 2011

Sakit jiwa oooo....

Adegan 1:
Budak CS: Miss, boleh tak hantar proposal lambat sikit?
Miss: aaaaa?? due date pun belum lagi.. ko dah siap2 mintak hntr lambat.
Budak CS: sebab group partner tak dtg kelas hari ni... Tak boleh pikir tajuk...
Miss terpikir... "Ehh..ehh.. Semalam ke pun aku bagi projeknya?" uuuwwwaaaa... Sakit jiwa oooo...

Adegan 2:
Selang 10 minit, dia datang balik. Kali ni dengan laptop pulak.
Budak CS: Miss, tolong tengokkan saya punya JCreator ni. Rasanya dah betul tapi taktau la betul ke tak betul ke..
Miss: pegi cari dulu apa masalah awak, lepas tu baru cari saya. Takkan saya pulak nak tolong cari apa masalah awak.
Budak CS: Miss, tengok ni program java ni betul, yang ni pun betul. Tapi kenapa yang miss bagi tu tak betul. Tak boleh run, ada message panjang...
Miss: Program yang mana satu yang saya bagi tak betul?
Budak CS: yang saya download dari e-learning.
Miss pun tengok la. Sekali Word document daaaaa!!!! Memang sampai bila2 pun ko tak boleh buka dengan JCreator.... uuwaaaa.... Sakit jiwa oooo... Kata budak CS!!!!!!

Adegan 3:
Budak CS 2: Miss, boleh tukar tak slot akhir hari ni ke waktu lain
Miss: tak boleh. Slot yang ni pun ditukar sebab nak bolehkan awak register. Ni nak mintak tukar lagi...
Budak CS 2: tapi lama la nak tunggu petang. Kampus ni dah ramai students. Mana kami nak duduk tunggu.
Miss: eehh.. Tu awak pikir sendiri, takkan itu pun saya kena pikir....
Aaaaarrrggghhhh... Aku ke yang kena pikir mana korang nak duduk??? Sakit jiwa oooo....


- Posted using BlogPress by Ejalz

Saturday, September 10, 2011

First day of school...

Waaaa... tajuk macam kanak-kanak nak masuk sekolah darjah 1 jek... Hehehe... Sebenarnya, hari ni semester 2011/2012 bermula untuk sekolah dan universiti sekitar Saudi. 'Kanak-kanak' YUC pun sama jugak... Hari ni la first day of the semester. Walaupun pendaftaran dah dibuat online dan jadual pun dah ada, tapi masih ada kes-kes yang bermasalah terutamanya graduating students. Makanya ada antara mereka masih tergantung lagi pendaftarannya dan ada pula yang mengambil kesempatan atas keadaan itu. Hasilnya ....



Selepas ditunggu 10 minit, muncullah 2 pelajar sahaja...


- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, September 7, 2011

Orientasi...?

Aduhai.. petang rabu kala semua orang dah bersemangat nak balik rumah berhujung minggu, CS Dept. jalankan hari orientasi. Tujuannya baik nak perkenalkan jabatan pada staf-staf baru, nak refresh info pada staf-staf lama tapi timing tu yang tak berapa baik. Huhuhu... Guna kaedah VC plak tu. Dengar jek la.. Nak Q & A pun tak semangat.



- Posted using BlogPress by Ejalz

Tuesday, September 6, 2011

Alisya's First Day to YIS

Today, YIS has started their school session. And today is also the first day of school for Alisya. She is in Grade 1 now. She seemed to be very excited for her new experience.



Can't wait for her stories of first day. By 3.30pm insyaAllah she'll be home with kakak.



- Posted using BlogPress by Ejalz

Monday, September 5, 2011

Selamat Bekerja Sesi 2011-2012

4/9 celik mata seawal 3 pagi. Huhuhu... Dan adalah hari pertama bekerja. Masuk opis, cepat-cepat tukar tempat duduk (cubicle). Ada la reasonnya tu... :-) Dah tukar tempat kena la kemas pelbagai barang. Siap kemas, baru la pergi hohahoha selamat raya dengan collegues.
Sesi baru ni, CSE Dept. dapat 4 staf baru; 3 daripadanya adalah x-student. Huhuhu.. Sangat pelik rasanya... Kerana ketiga-tiga mereka saya pernah ajar sebanyak 3 kali. Iiiissshhhkkk... tak bestnya!!



- Posted using BlogPress by Ejalz

Sunday, September 4, 2011

Selamat Tinggal Semua...

Cukup 5 hari bersyawal di tanahair, sampailah masanya untuk pulang ke Yanbu. Beratnya rasa hati nak tinggalkan semuanya di Malaysia. Walaupun dah masuk kali ke-5, tetap ada perasaan sayu itu. Tinggal tak 'hujan' jek la kali ini. Huhuhu...



Tahun ni hanya opah dan atuk jek yang hantar ke airport. 
(Kebetulan tarikh sama ada kenduri ahli keluarga di utara. Yang lain semua ke utara.)




Kakyong & family ucap bye-bye di Ipoh aja..




Assakof & family pun ada di airport. Sempat buat 'last minute transaction'. Hehehe...




Alamak.. Gelapnya gambar... Adlina, Alisya & Faqihah waiting to board. 
(Faqihah anak Hj Razak dan Kak Gee.)




Masing-masing guna kroni kat airport. Kekeke.. Yang kiri sekali pakcik Faqihah.

Penerbangan MH150 dijadualkan berlepas pukul 3.15pm, tapi terlewat 15 minit. Keseluruhan penerbangan baik cuma agak bumpy ketika melepasi kawasan India/Colombo. Nasib tak jadi apa-apa; jenuh tahan perut. Hahaha.. Kami sampai di Jeddah dalam pukul 6.40pm waktu tempatan.



Urusan kastam dan imigresen lancar. Bagasi pun nampaknya tiada masalah. Dan akhirnya sampai ke Radwa 3 dalam pukul 11.30 pm. Home sweet home for another 10 months insyaAllah.


- Posted using BlogPress by Ejalz