Monday, October 31, 2011

Animasi Malaysia?

Tiba-tiba tertukar ke channel إلى الطفل ni. Macam pernah tengok jek pakaian macam ni...



Malaysia punya produk ke ni eeekk? Sapa tau? Saya tak tau...


- Posted using BlogPress by Ejalz

Selamat Bercuti..

Salam semua,
Saja nak story, hari ni hari terakhir bekerja. Esok kami di YUC dah mula bercuti sempena aidil adha (dan tempoh mengerjakan ibadah haji).
11 hari cuti you.... Seronokseressss... Boleh berpoya-poya di dalam rumah sendiri... :-) Mmmm... I need to plan my holiday itenerary... Kemas rumah, basuh kain-baju, lipat kain-baju, masak best-best... Hahaha... Sadisss...
Untuk warga YUC/YIC, Happy holiday you all and Eid Mubarak.
Untuk semua hujjaj, moga ibadah haji kalian dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur. InsyaAllah... amin.
U/P:
To my lovely sis & bro: Kak Eita & Abg Rashid
To my dear Yanbu/Rabigh friends: Rubi & Nizam, Laila & Halim, Yan & Fuad, Fiza & Fazli, dll.
To my dear Malaysian friends: Salbiah, Nora, Ainul & Oyin



- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, October 28, 2011

Panduan bersiap...

Dalam masa lebih kurang seminggu lagi, rombongan hujjaj dari Yanbu akan bertolak ke Mekah. Terkenang setahun yang lalu (**mmmmm... mata terbedip-bedip**)
I bet some of you tengah garu-garu kepala wondering what to bring & what not. I've been there.. Memang garu kepala la you... Alaaa... siannya dia.. Okaylah, kita tolong... Maka dengan penuh berbesar hati, terimalah panduan checklist barangan yang perlu dibawa untuk tempuh seminggu kalian menunaikan haji.

1. Pakaian (lelaki):
i) kain ihram - 2 pasang
ii) top putih (kalau nak) - 2 helai
iii) t-shirt/shirt/pants - 2 pasang (lebih kalau tak bwk top)
iv) undergarments
v) tuala
vi) sejadah (nipis senang utk dibawa bergerak)

2. Pakaian (wanita):
i) Abaya - 3 helai
ii) baju & seluar panjang - 4 pasang
iii) undergarments
iv) tuala
v) stokin - 3 pasang
vi) sarung tgn (separuh)
vii) tudung - 4 helai
viii) telekung - 2 helai
ix) sejadah (nipis senang utk dibawa bergerak)

3. Ubat-ubatan : panadol, strepsil, honey & lemon (remedy for cough), ubat selsema, ubat period (kalau makan lerrr)

4. Toiletries : berus gigi, ubat gigi, gunting (utk bertahalul), sabun mandi (selepas tahalul awal), pantyliner, vaseline (kalau kulit jd kering), hanger dan penyepit (dlm khemah takde tpt pengantung yg byk), beg plastik (utk letak brgan mandi sebab tiada tpt letak yang proper dlm bilik air & utk simpan baju busuk)

5. Lain-lain keperluan : selipar, adapter & extension (dulu dlm khemah ada 1 jek power point, kena guna extension utk charge hp ramai-ramai), charger hp (jgn dilupa), beg utk letak batu melontar.

6. Buku-buku panduan untuk haji dan ibadah lain.

7. Sleeping bag - kalau bercadang utk bermalam si Muzdalifah.

8. KESABARAN...

Nota 1: utk kesemua barangan di atas, bawak jek beg hand-luggage. Utk kegunaan harian plak senang kalau bawak beg knapsack, perlu utk dibawa ke Arafah juga nanti.

Nota 2: utk hari bertolak, bawaklah bekalan makanan dan minuman mencukupi. Perjalanan panjang... Kalau tak tersangkut lama di checkpoint haji, alhamdulillah...

Nota 3: pastikan ada bekal botol sentiasa bersama. Kena minum banyak. Dan juga utk waktu kecemasan.


Sekian.. Semoga dapat membantu kalian bersiap. Kalau ada kemusykilan, silalah tanya..




- Posted using BlogPress by Ejalz

Saturday, October 22, 2011

Peluang ....

Peluang itu dicari..... peluang itu dinanti..... 
Peluang itu tiba..... apakah tindakan kita?

Ya Allah, berikanlah kami petunjuk ...
Moga pilihan kami ini adalah yang terbaik....

Friday, October 21, 2011

Beautiful Lady

Beautiful day with beautiful lady...




- Posted using BlogPress by Ejalz

YIS Virtual School

Isnin dan Selasa kelmarin, YIS adakan virtual school days. budak-budak tak perlu ke sekolah, tapi hanya perlu mengadap komputer dan log-in ke moddle. Ada-ada jek la YIS nih.... kononnya untuk persediaan andai kata ada kecemasan... contohnya seperti 2 tahun lepas ketika wabak H1N1 melanda, semua sekolah seluruh Saudi diisytiharkan tutup selama 2 minggu (kalau tak silap... lupa dah). Makanya, kalau ada apa-apa kecemasan serupa berlaku, YIS dah bersedia dengan back-up plan... alkisahnya...
Hari Isnin, havoc... nak log-in punyalah susah... rupa-rupanya kesemua sekolah di bawah ISG (International Schools Group) Saudi adakan virtual school day secara serentak... mogok la server kawan tu... menjelang petang baru nak OK... Hari Selasa, going on smoothly... tapi cikgu-cikgunya pun, macam suka-suka jek nak bagi homework yang maha banyak.... are the same amount of works can be completed during the normal school days?? Contohnya... 
Tengok ni... homework untuk Alisya yang baru 2 bulan di Grade 1. Buat projek Sains - "balancing".  Lepas tu nak kena tangkap gamabr kerja and upload gambar ke moodle... Agak-agak la kan.... Pandai sangat ke budak 6 tahun nak pikir pasal balance, lepas tu tangkap gambar, dah tentu nak kena transfer gambar ke pc dulu, lepas tu upload pulak... anak sapa la hebat gitu...??

Nasib baik Alisya ada abah yang hebat di rumah menolong.... abah yang tensen dengan virtual school ni bukannya budak-budak... 
YIS...ohh...YIS... idea yang baik, implementation tak berapa nak kena gaya... can be improved though....

Tuesday, October 18, 2011

Patent and Research Funding Talk

Sangat sedih.. sebab talk bermula pukul 3.30pm dan tamat pada pukul 5.30pm. Dah lama dah tak buat kerja balik opis lambat nih. Huhuhu... Paling lewat balik pun kat sini pukul 4.30pm, kalau terkena kelas terakhir.
Sekali-sekala 'TERkena' jugalah balik lambat. Lebih baik dari disuruh datang waktu malam. FYI, kat sini mmg selalu buat talk waktu malam lepas isya'. Tak biasalah I... Eceh...ceh...
Anyway, dari talk ni, dapatlah ilmu serba-sedikit tentang bagaimana prosedur untuk memperolehi patent dan funding di negara Saudi ni. errrr.. kat malaya kat mana nak apply eekkk...?(blurrr...)


- Posted using BlogPress by Ejalz

Monday, October 17, 2011

Cerita Madinah bersambung...

Cerita kami ke Madinah adalah untuk bertemu kakak ipar yang datang untuk haji dengan KT 26.
Tanpa nama hotel yang pasti apatah lagi nombor bilik, kami menuju ke Hotel Al-Haram di mana terletaknya pejabat Tabung Haji. Niatnya nak bertanya dgn mana-mana pegawai TH. Alhamdulillah dibantu dgn maklumat penerbangan yang kami ada. Kakyong menetap di Hotel Retaj Al-Haramain. Yang kelakarnya, pegawai TH tersebut memberi tunjuk arah ke hotel seolah-olah jauh dari Haram. Kami 5 beranak pun terkedek-kedek la berjalan pulang ke hotel penginapan kami untuk mengambil kereta (merentas Haram). Letih wooo, tengah panas, dukung Akram lagi, Alisya merungut lagi. Adoyaiii... Rupa-rupanya, dari pejabat TH ke Hotel Retaj sebenarnya tak sampai pun 10 minit berjalan kaki. Huhuhu... Allah tak izinkan... Sampai hotel dah pukul 2.30pm. Ketuk bilik kakyong tak berjawab. Dah turun masjid untuk Asar agaknya. Huhuhu lagi... Yang dicari belum bertemu. Allah belum izinkan lagi... Rehat dulu di lobi, perut dah berkeroncong, minum air hilangkan dahaga, nanti kita ke masjid untuk Asar.
Waktu Asar, kakak tak dapat turut solat. Tolong jagakan adik Akram yang lasak bermain. Sian kakak...
Usai Asar, tuju semula ke bilik kakyong. Kali ni dapat bertemu, alhamdulillah. Kami bawa kakyong makan di restoran Indonesia. Kami yang lapar sebenarnya...Kekeke...
Sebelum maghrib hantar semula kakyong ke hotel. Tak nak ketinggalan 40 waktu di Masjid Nabawi katanya. Baiklah... Lepas Isya' nanti kita jumpa lagi. Bawak kakyong pusing-pusing Madinah kawasan yang tak pernah dilalui oleh jemaah. Tapi kakyong mengantuk.. sisa jetlag masih ada, ditambah bertungkus-lumus turun ke masjid tiap waktu, pastinya kepenatan.
InsyaAllah, nanti selesai haji kita cuba jumpa di Mekah pula.









Nota: ada 3 kenalan akan datang dengan KT 80 pada 27/11/2011. Excitednya rasa... Moga diizinkan Allah untuk bertemu dengan ketiga-tiganya.


- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, October 13, 2011

Gatalnya....

Pagi ini, kami sekeluarga bergerak ke Madinah Al-Munawarrah. Hajatnya nak jumpa kakyong - kakak cik abe cum kakak iparku.
Lamanya tak jejak Masjid Quba' dan Masjid Nabawi. Rindunya rasa... (iiiissshhh... baru jek beberapa bulan dah rindu, macamana nak balik terus ni... **garu kepala**).
Lebih kurang 10 pagi, kami dah sampai di Masjid Quba'. Ramainya jemaah... Macam-macam ragam manusia dapat dilihat. Yang bertolak-tolak memang la ramai, yang berangkai-rangkai macam keretapi pun ada, tapi yang kelakar, ada jemaah lelaki siap menghantar isterinya sampai ke pintu masuk hamam. Apa lagi, ada la menjerit "nisa'... nisa'...".
Ketika nak masuk ke dalam masjid pula, nampak macam sesak bukan main di pintu pertama. Tapi bila kami memasuki pintu masuk kedua, alhamdulillah masih ada ruang yang lapang. Lagi satu kelakar, ketika melepasi deretan gerai di luar masjid, tiba-tiba tersentak mendengar seorang penjual menjerit "anggur.. 5 riyal... anggur.. 5 riyal..." Macam pernah kudengar bahasa ini... Hehe...
Aaaahhhhh... Seronoknya pengalaman di sini... Priceless!!!

Ok... Ok... by now, mesti ada yang tertanya-tanya apakah kaitan tajuk dengan isi kandungan entri. Tiada kaitan adik-beradik, hanya bau-bau bacang sahaja. Hahaha... Nak cerita yang kita pegi Madinah, cuaca masih panas dan sangat dry (kering ke?), kulit jadi kering dan gatal, tangan asyik mengaru especially di kaki. Huhuhu.... Sekian cerita gatal....



- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, October 12, 2011

Nak mintak tips...

Semalam, ada seorang pelajar senior datang jumpa saya. Nak tanya sikit katanya... Isshhkkk... saspen pulak rasa, sebab saya tak ajar pun si dia ni semester ni (semester sebelum ni ada la..).
Mula-mula dia bertanya khabar... Lepas tu dia mula memuji, 'Ms., you look masyaAllah so good'. Isshhkk... memuji plak dah... Apa kes ni...? Lepas dah bagi intro yang cemerlang gitu, baru la masuk isi kandungannya. Rupa-rupanya, dia nak minta tips macamana nak kurus macam miss dia ni. Kahkahkah... Miss rasa nak gelak guling-guling. Tak pernah lagi orang datang mintak khidmat nasihat untuk menguruskan badan. Anyway, I'm honoured ** sambil blushing **. Miss pun bagitahu kat dia, miss takde tips apa pun. Neither I exercise, nor I take pills nor on special diet. Tapi bagitahu dia, miss buat semua kerja rumah sendiri. Takde mak, takde khadamah yang tolong. Balik kerja, kena jadi housewife - memasak, mengemas rumah, basuh, lipat & gosok baju, jaga anak-anak lagi. Masa ni reaksi dia, "hhaaaaa????" sambil ternganga macam rahang nak jatuh ke tanah... Ngeeeeee... Terus dia kata, "that's why you look like this". Hahaha... Fyi, student ni berkahwin setahun yang lepas, baru lahirkan anak sulung 6 bulan lepas dan masih duduk dengan keluarga.
Untuk menyedapkan hati dia, miss bagitahu la kat dia, masa zaman belajar dulu, miss pun 'sihat' jugak. Asal tensen, makan... Asal rungsing, makan... Dengan status sebagai pelajar dan pada masa yang sama breastfeed baby dia, tak hairan la kalau dia kata dia asyik nak makan aja. "That means, I still have hope", katanya. You can do it... You go girl. Hahaha...


- Posted using BlogPress by Ejalz

Saturday, October 8, 2011

nimreC | Cermin

Sila jangan tenyeh-tenyeh mata anda ye bila baca tajuk entri kali ni. Orang putih panggil tu 'mirror writing' atau 'writing backwards'. Tak paham? Cuba tengok ni...



Patutnya..
8. Pig
9. Big
10. Did
11. Dig
12. Sat

Ni spelling test untuk anak daraku yang di Grade 1 tu. Dia bawak balik kertas tu dan bagitau, "mama, I got so many wrong". Terkejut mama... Tapi bila dibelek, bukannya dia salah spell tapi dia tulis terbalik. Adeehhh... Kenapa pulak tiba-tiba jadi macam ni...
Bila ditanya kat pakcik google, katanya "it happens commonly to kids that have just started to write - age 4 to 5 and gradually will disappear after 6 years old." Tapi anakku dah 6 tahun. Tanya lagi kat pakcik google, ada info kata normal untuk left-handed kid. Anakku la tu... Lagi katanya, by 7 years old dah patut ok dah menulis without mirror. Kalau masih berlanjutan, kena jumpa pakar dan buat evaluation pada anak takut ada writing disabilities. Dan dalam forum discussion, majority parents kata anak-anak mereka left-handed, it happens so suddenly and so does disappearing. She just need extra writing exercises so that she'll know which is wrong and which right.
Baiklah... Nanti kita buat exercise tulis-tulis banyak-banyak tau dik...

Ehhh kawan-kawan readers... If you happen to know any child specialist or you are one, please help me with more information. And if you have the same problem with your child and have seek help, please share your experience with me. Thanks a lot if you all can help me...


- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, October 7, 2011

Patah... Aduhhhh...

Tengok apa jadi bila 2 beradik perempuan bergurau "terlampau"... Mama ngan abah rasa macam nak marah "terlampau"... Ggggrrrrrr....






Ni belum melibatkan adik lelaki lagi nih...



- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, October 5, 2011

YIS Open House

5.30 to 7.30pm today, YIS organized its open House. An annual event to let the parents have a look at the activities our children are having in the school.




It began exactly at 5.30pm with opening remark by Mr. T, the principal. He showed a slide presentation on 'before & after' school condition.






Next speaker was Mr. Mark presenting the results on SAT tests taken YIS students.






By 6.00pm, everyone all ushered to the respective classrooma for class prrsentation. We went to room 403 first for Grade 4 presentation by Ms. Anita Kumar & Mr. Naso. Mrs. Kumar is Adlina's homeroom teacher.






At Adlina's desk..






Showing her art work..

After 30 min, we headed to Grade 1. No presentation cause according the homeroom teacher, Ms. Kathy Hunter, many have dropped by earlier dan disappear afterwards. So it was only us and 2-3 parents in the room. Good anyway cause we can discuss more with the teacher about Alisya's performance.






Alisya's at her desk.














Showing her works...







Her photo..

By 7.00pm we left YIS... And look at this cheeky boy enjoying the school...




















- Posted using BlogPress by Ejalz

Tuesday, October 4, 2011

Doakan yang terbaik..

UPDATE: Dr. Kamal telah kembali ke rahmahtullah lebih kurang pukul 5.25pm waktu tempatan pada 5/10/2011. Semoga keluarga allahyarham akan tabah menghadapi ketentuan Allah swt.


Salam semua,
Kelmarin, saya mendapat berita sedih tentang abang ipar & biras kepada sahabat suami dan saya, Zainul & Zarina (pemilik blog http://abidwaliyad.wordpress.com). Beliau baru lepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan berada di dalam keadaan kritikal, di Australia. Tanpa apa-apa tanda sakit sebelum ini, beliau mengalami serangan jantung. Terus menjalani pembedahan kelmarin. Semalam mendapat berita jantungnya terhenti seketika, langsung bergantung kepada mesin. Hari ni, diberitakan beliau telah 'brain dead'. Semua organ badan bergantung kepada mesin.
Kepada semua, mari kita sama-sama doakan yang terbaik untuknya. Semoga isteri, anak-anak serta ahli keluarga keseluruhannya akan sabar dan redha atas apa jua ketentuan Allah swt terhadapnya.


- Posted using BlogPress by Ejalz

Monday, October 3, 2011

Points to ponder

Setelah seseorang pelajar meninggalkan alam persekolahannya; di peringkat apa sekali pun, wajarkah panggilan hormat kepada pendidiknya berubah?
Wajar atau tidak sebenarnya bergantung pada tahap pendidikan yang diterima oleh pelajar tersebut. Kalau sempurna pendidikan yang diterima, pasti si pelajar akan tetap menghormati pendidiknya sebagai pendidiknya. Hatta guru tadika pun tetap perlu kita hormati. (saya masih ingat seorang guru tadika saya namanya Cikgu Zon. Apa khabar cikgu..?)
Namun, apa pula yang jadi kalau si pendidik sendiri meminta bekas pelajarnya menukar panggilan? Dari cikgu kepada kakak, contohnya. Hhhhmmmmm... Pola hubungan pendidik-pelajar dah berubah, mungkin? Atau ini hasil kehidupan zaman moden? Akukah yang ketinggalan?
Bayangkan apa akan jadi pada anak bangsa kita kalau pendidiknya sendiri sudah 'tersasar' dari landasan pendidikan....



Nota kaki: senario bukan rekaan, bukan di sini tapi di negaraku sendiri...


- Posted using BlogPress by Ejalz