Tuesday, November 29, 2011

Meraikan ... Ye ke?

Ada soalan pulak dalam tajuk... Hehe... "Ye ke" tu sebab tak pasti adakah "meraikan" tu perkataan yang paling sesuai digunakan. Hhhmmmm... Susah juga bahasa melayu ni ye..
Let's cut the story short... Tadi lepas isya', kami sekeluarga dan Rubi sekeluarga keluar ke Yanbu Al-Bahr, bersuka-ria makan roti canai untuk meraikan sesuatu. Again... ye ke meraikan? Makan roti canai pun bersuka-ria... Macam sadis jek kan... Hehehe... Jangan tak tau, roti canai kira makanan eksklusif tau untuk kami di perantauan ni. Sini roti canai dipanggil roti paratha. Sangat mengubat rindu pada roti canai mamak... Hehe.. Lepas makan, balik semula ke rumah. About 20 min going and another 20 min coming back. Semata-mata kerana roti paratha! And kerana meraikan sesuatu itu.. Ye ke meraikan...? Apa-apa je lah.. Muahaha..




Adlina dan Zahra




Mama Zahra dan mama Adlina.


- Posted using BlogPress by Ejalz

Monday, November 28, 2011

No Good!

During one of my class yesterday....
Student: Miss, this is college is not good!
Miss: Why did you say that?
Student: Because in this college, when there's a student whose mother is in hospital, she still have to come to class.
Miss: Haa??  
This is life my dear.... It has nothing to do with college! Apa pulak kena-mengena mak masuk hospital dengan kolej, sampai kata kolej tak bagus....

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H

Selamat tahun baru untuk semua. Hari ni dah 1 Muharam. Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa sinar baru dalam kehidupan kita. Apa yang dah berlalu jadikanlah panduan dan sempadan. Jangan sekadar suka-suka wish sana-sini, praktiknya tidak. Memetik kata2 seorang teman di fb, "let's practice what we preach".
Jommm... Sama-sama kita perbaiki diri, sama-sama kita tambah ilmu lagi, sama-sama jadi insan yang berakhlak mulia, sama-sama jadi muslimin/muslimat sejati, dan sama-sama kita berjaya di dalam apa jua bidang yang kita ceburi. InsyaAllah...


- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, November 24, 2011

Cik Minah pergi pasar..

Hari ni kami pergi pasar Yanbu Al-Bahr. Orang sini kata hari Khamis lepas Zohor atau Asar, segala hidupan laut baru dibawa naik dari laut. Segar-segar semuanya... Beli udang, beli sotong, beli ketam dan beli ikan.
Kalau nak tahu, pasar sini bersih tau... Takde air bertakung-takung sana-sini... Lantainya kering, jalan tak susah hati nak angkat kain tinggi. Hehe... Tempat siang ikannya pula diasingkan dari tempat menjual. Jadi bau hanyir tak mengganggu pembeli. Kalau kita nak minta siangkan ikan, kira servis extra, kena la bayar lain pula. Tak mahal pun (eeerrr... tapi berapa tah tak ingat).
Kesimpulannya, cik minah pergi pasar boleh jadi sangat menggembirakan hati... Hehehe..



Dalam gambar ni, yang belakang tu la pasarnya. Kereta parking menghadap ke laut. Tiap kali lepas selesai urusan membeli-belah lauk-pauk, budak2 akan request "abahhh....nak tengok laut ...".
Ni gambar lama... berlatar-belakangkan laut...  



- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, November 23, 2011

Dapat hadiah...

Pagi tadi masa sampai di opis, nampak ada 3 barang atas meja. Wahhh... Menarik ni... Rupa-rupanya dapat gift dari RC.


First time ever dapat diari dan daily note pad sejak keje sini. Hehe... Ni semua sempena tahun baru 1433H yang bakal menjelma lagi 3 hari.... Thank you RC..


- Posted using BlogPress by Ejalz

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011

If you did not notice yet, today is 20/11/2011 .... Nice date!

p/s Entry without motive... :-p

Saturday, November 19, 2011

Mekah Al-Mukaramah: Jejak Sahabat

Hujung minggu kelmarin, kami ke Mekah. Asalnya sebab nak bertemu dengan kakyong yang akan balik ke Malaysia beberapa hari lagi. Tapi bila difikirkan semula dah alang-alang berada di Mekah, baiklah bertemu sekali dengan 3 sahabat kami yang turut berada di sana. Mana tahu ada aral melintang pulak kemudian hari tak dapat bertemu di Madinah.
Pertemuan pertama dengan Salbiah - rakan baik seuniversiti cik abe dan now menjadi family friend. Selepas zohor bertemu di tempat favorite D'Saji (mana lagi... hehe..), bermacam topik digebangkan sehingga membawa ke waktu Asar.


Pertemuan kedua bersama Ainul dan Nora. Keduanya tidak mengenali antara satu sama lain. Ainul adalah kenalan kami semasa bekerja di UTP. Manakala Nora adalah rakan universiti saya di UKM. Tetapi keduanya menggunakan pakej sama dan duduk di hotel yang sama. Nak dijadikan cerita, kedua mereka berkenalan sehingga akhirnya terkeluar nama saya!! Maka berjanjilah dengan keduanya utk bertemu serentak. Alhamdulillah selepas beberapa kali berhubungan dan berjanji akhirnya hanya pada pukul 10 mlm baru diizinkan Allah untuk kami bertiga bertemu.
(Terus teringat kisah kita di tahun akhir dulu. Digelar kumpulan 'stone head' semata-mata kerana kami - saya, nora dan 6 yang lain, tidak mahu join majlis makan malam fakulti. Tak pasal-pasal glamer kami berlapan. Hahaha..)


Untuk pengetahun semua, dengan Ainul sudah lebih 5 tahun kami tidak bertemu dan dengan Nora sudah lebih 10 tahun saya tak bertemu. Syukur alhamdulillah di bumi barakah ini kita semua dipertemukan.
InsyaAllah, ada rezeki lagi 2 minggu kita bertemu di Madinah pula. Jumpa lagi...


- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, November 18, 2011

Mekah Al-Mukaramah: 1 lagi pengalaman

Hari Jumaat penuh barakah ini kami diberi sedikit 'ujian' oleh Allah swt. Adalah perlakuan kami yang terlalai di tanah haram ni agaknya.
Pagi lebih kurang pukul 11 pagi, kereta kami ditarik, parking depan Hotel Mawaddah 2, Gazzah. Parking di Mekah ni memang tak boleh silap tempat mesti kena tarik, terutamanya hari Jumaat. Dah tergerak hati dari pagi untuk pindahkan kereta ke tempat lain. Tapi untuk pindah parking di tempat letak kereta berbayar rasa macam alang-alang pulak sebab lepas Jumaat memang bercadang untuk balik, akan ambil masa untuk pindahkan kereta dan lagipun dah menghampiri pukul 11am kereta masih ada. Selalunya seawal 7 pagi mula aktiviti tarik kereta ni. Jadi biarkan saja. Memang la kena tarik jugak sudahnya...
Selesai solat Jumaat, selesai tawaf wida', kami pun bersiap balik. Tahan teksi dan minta hantarkan ke Kislah, tempat di mana kereta2 yang ditarik dikumpulkan. Sampai di situ, TIADA kereta langsung! Rupanya situ bukan lagi menjadi tempat mengumpulkan kereta yang ditarik seperti lazimnya. Kata pemandu teksi tempat dah dipindahkan tapi dia pun tak pasti di mana. Nasib la dapat pemandu teksi yang baik hati.
Di bawa kami patah balik ke Gazzah, dan bertanya pada polis yang berada di situ. Dari situ, kami tuju ke tempatnya (sebutan nama tempat mahorta). Sekali lagi, kereta kami TIADA di situ. Ahhh... sudah... Ke mana pula kereta kami ditarik ni... Risaukan kereta 1 hal, risaukan teksi pun sama, hendak ke pemandu merayau mencari kereta kami. Mujur baik hati si pemandu ni. Dia sama bertanya ke mana arah untuk kami cari lagi. Rupanya ada lagi satu syarikat yang menarik kereta ni. Again tak tahu mana tempatnya (sebutan nama tempatnya rosyaifah di luar tanah haram). Pusing-pusing... Akhirnya sampai di tempat yang kedua ni betul-betul ketika azan Asar sedang dilaungkan. Mabrookk kata pemandu teksi. Alhamdulillah... akhirnya dapat semula kereta kami dengan membayar SR50 denda. Pada pemandu teksi kami hulurkan SR100 - tak ternilai dengan kesanggupan si pemandu teksi merayau ke sana sini mencarikan kereta kami. Besar rahmatnya, moga dimurahkan lagi rezeki si pemandu teksi itu.

Ya Allah... Ampunkanlah dosa kami...




- Posted using BlogPress by Ejalz

Friday, November 11, 2011

Dokumentari tentang Malaysia

Petang ni tadi, sesudah selesai siaran langsung solat maghrib dari Masjidil Haram, siaran KSA1 memaparkan satu dokumentari tentang Malaysia. Ceritanya in arabic la of course tapi sebab terpandangkan suasana yang sangat dekat di hatiku ini, terus terpaku depan tv. Sekali keluar ...


Dokumentari ada kaitan dengan Sekinchan ni... Apa la agak ceritanya... Tengok gambar jek la.... Belajo tak abih... Tak reti bahasa. Huhu... Dapat la tangkap sebutir-sebutir perkataan - ada sebut ikan, laut, matahari.. Ni mesti cerita tentang industri tangkapan laut ni...


Tapi sayang, yang ditunjuk semua perniagaan orang cina; dari pemilik bot, proses tangkapan laut, restoran makanan laut hatta rumah-rumah yang ditunjukkan pun milik orang cina.
Ye... ye ... Teman menonton dah setengah jam ni. Macam paham benor. Hehehe... Sekian...


- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, November 10, 2011

Addiction!!

Look, read and understand the following figure:


How many of you agree with the scenario? I think majority agree. It's addiction!! The second you left facebook, you already felt lost. The urge to check, post or update status is so unbearable, don't you think!!
So do you think that is good? Definitely NOT GOOD!! There are many other useful tasks that you can do instead of sitting in front of pc/laptop/mobile phone doing nothing productive.
My small piece of advice, limit your time with fb and abide to it. Limit also your words on fb that you will expect less from others. InsyaAllah it can reduce your addiction to fb!

Note 1: I've got the picture from a friend of mine
Note 2: I'm reminding myself. It has nothing to do with anyone else.



- Posted using BlogPress by Ejalz

Tuesday, November 8, 2011

Hari terakhir bersama...

Dah 12 Zulhijjah hari ni. Maknanya hari ni la hari terakhir kami bersama anak2 angkat. Hj. Nizam & Hjh. Rubi akan berangkat pulang ke Yanbu selepas bernafar awal. (anyway, sehingga pukul 8 pm tadi, mereka masih di Mekah, belum bergerak pulang lagi).
Esok sunyi-sepi la rumah ni ... Eehhh... Silap... Kurang keriuhan... Mana boleh sunyi dengan budak 3 orang tu. Kekeke... Teringat 2 hari pertama mereka di sini... malu-malu kucing semuanya, termasuklah Adlina dan Alisya. Tak dengar suara kecuali si kecik Irsyad dan Akram. Masuk hari ketiga baru nak boleh sekepala. Hari keempat, keluar 'tanduk' masing-masing. Yang si Zahra menjerit ketawa, yang si Irfan suka mengusik, yang si kecik semakin manja.
Petang tadi, as a treat for last day together, kami pergi ke park lagi dan lepaskan budak-budak tu main trampolin. Syiokkk bukan main semua dapat melompat-lompat, terkinja-kinja, terjerit-jerit.


Twit, kenit 2 orang tidak dibenarkan join sama. Takut kena pijak pulak dengan abang kakak yang lupa daratan tu... Huhu... Dengan muka sedih, kenit 2 orang terpaksa memerhati dari kejauhan aja.


Tak dapat join, minum susu jek la.. Huhu...


Saya rasa macam nak nangis tapi malu kat auntie... Makan karipap jek la.... Huhu...


- Posted using BlogPress by Ejalz

Monday, November 7, 2011

Beriadah...

Petang ni bawak anak-anak yang 6 orang tu beriadah di taman. Dah lama dok terperuk dalam rumah, anak-anak angkat dah mula gelisah especially si kecik tu. Jom bagi exercise sikit.



Main pas-pas bola... Uncle jadi jurulatihnya. Hehe...
Pas tu makan... Jagung rebus and cream puff...



Sambung main lagi...



Main versi budak kenit:



And finally ready to go home:



Sambil tu sempat bagi pose istimewa dari 2 kenits...









- Posted using BlogPress by Ejalz

Sunday, November 6, 2011

3R

3R - Riang ria raya. Hehe... bukan rancangan tv tu la... Tak sangka meriah pulak hari raya aidil adha tahun ni.
Pagi-pagi call sanak-saudara, dalam pukul 10am dapat jemputan open house yang pertama - makan laksa bestttt... Tengahari dalam pukul 2pm, dapat lagi satu jemputan, makan lagi...bestttt... Bersempit dalam kereta dengan anak 6 orang. Hehe..







Balik rumah, video call dengan abah dan mama. Kebetulan opah, wan ju, wan nyah dan sepupu-sepapat semua ada. Meriah bersembang dengan semua, terasa seperti ada di sana macam masa aidil fitri yang lepas. Huhu...



- Posted using BlogPress by Ejalz

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Hari ni 9 Zulhijjah, hari berwukuf bagi yang mengerjakan ibadah haji. Indahnya saat itu namun hanya mampu menikmatikannya melalui siaran tv - channel KSA dan IqraTV. Alhamdulillah ada juga peluang menonton secara live, vaAkalau balik malaya camne... huhuhu...
Esok, kita akan menyambut hari raya aidil adha. Beraya di Yanbu aja, bersama anak-anak angkat. Lepas maghrib, abahnya dah sebuk download takbir raya versi melayu. Mamanya pulak lepas asar lagi dah mula merendangkan ayam, mengkacangkan kuah dan mengimpitkan nasi. Esok pagi kita makan sama-sama yeee...
Untuk semua, Selamat Hari Raya Aidil Adha


- Posted using BlogPress by Ejalz

Thursday, November 3, 2011

Selamat berangkat..

Pagi tadi lebih kurang 11 am, sekumpulan hujjaj dari Yanbu dah pun bertolak menuju ke Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah untuk menunaikan rukun islam yang kelima. Moga kalian beroleh haji yang mabrur.


2 bas coaster yang bertolak dari sini membawa lebih kurang 40 hujjaj. Rakan-rakan lain turut sama menghantar sambil membantu apa yang patut. Contohnya:


Dan hari ini juga, secara rasminya 3 orang anak angkat akan bertapa bersama kami selama seminggu. Senang nak jaga anak-anak cik rubi dan encik nizam ni. Layan movie dengan internet jek sehari suntuk. Suka la uncle suhaimi jaga. Hehe... Berhenti waktu makan, auntie jamu macam-macam:










- Posted using BlogPress by Ejalz

Wednesday, November 2, 2011

Siri E-usrah

Dapat ni dari seorang kawan. thanks Rubi. Good to be shared with others. Mudah untuk difahami. Boleh buat kita 'sedar diri' sekejap. Huhu.. Jadi kena tepek kat blog supaya sedar diri selalu.. InsyaAllah....


- Posted using BlogPress by Ejalz