Saturday, December 31, 2011

Hujung Tahun 2011

Dah sampai penghujung dah 2011... bye..bye...2011
Kami enjoy the moment berada di Mekah 28/12-30/12... Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah untuk menjadi tetamuNya dan berumrah...
Hubby selesaikan umrahnya dahulu seelok kami sampai Rabu malam Khamis itu... manakala saya pula menunggu menjelang waktu Subuh untuk memulakan ibadah umrah... MasyaAllah, lapangnya dataran tawaf di waktu pagi.... cepat untuk melengkapkan setiap pusingan hinggakan ada pusingan terlepas tanpa beristilam.... Astaghafirullah.... lalainya saya....
Malam selepas Maghrib, bawak anak-anak pula bertawaf sunat.... Jemaah makin ramai menjelang malam jumaat.... alhamdulillah, anak-anak tak merungut penat..cuma merungut "lapar...lapar.." Selesai solat Isya', kami ke D'Saji untuk dinner sambil bertemu dengan kenalan USM hubby yang datang berumrah. Mereka ni dari Riyadh... 10 jam perjalanan dengan kereta dari Riyadh ke Mekah... Aduhhh...  dengar aja dah penat.... tapi itulah cabaran mereka... kita yang dekat Yanbu ni haruslah bersyukur banyak-banyak diberi rezeki berada lebih dekat dengan Mekah...
 Mr. Hubby, Mr. Akram & Mr. Rizal
(perhatikan di bucu kanan bawah - itu ABC...slluuurrrrpppp... sedapnya!!)
Kak Jeni & anak-anaknya....
Muka saya takde ye... sebab camerawomannya Cik Alisya maleh nak layan mama ... dia nak main game katanya... hehehe...

Sunday, December 25, 2011

MIUI Custom ROM Firmware

Sorry ye , cilok jap kongsi maklumat teknologi. Malam ni baru je berjaya flash custom ROM firmware kat Samsung Galaxy S GT-I9000. Sungguh tak disangka memang banyak perubahan , banyak improvement!!! Plus design yang cantik

Update kali ni guna MIUI custom ROM yang berasaskan Android 4.0. Sebelum ni rasa cam tak best je guna sbb rasa slow semacam je ... tak responsive. Anyway, boleh try kalau nak rasa perubahan drastik performance ... dan design yang menarik.

Sebelum terlupa, nak buat ringkasan langkah2 untuk update guna MIUI:

1. Buat backup dulu.
2. Firmware hp mestilah gingerbread (2.3.X) dan rooted
3. Download MIUI ROM http://downloads.androidadvices.com/S/MIUI.us_galaxysmtd_1.12.16_Eng_Deo_ZipA_Signed.zip
4. Copy file MIUI tu ke hp
5. Masuk ke recovery mode
6. Pilih “install zip from sd card”. Kemudian pilih la file MIUI tu.
7. Reboot System

Untuk maklumat lanjut boleh lawat website ni

Selamat mencuba.

Wednesday, December 21, 2011

Pon... Pon...

Yeayyy... Saya dah dapat keta baru... Pon... Pon... Walaupun macam kecik sket, tapi ada stereng... Saya sukaaa...


Ada lagi satu kenderaan saya dapat... Sebab display unit ada diskaun banyak... Dari SR159 dapat SR48 jek. Yuhuuu... Good bargain...Ehhh... Macam ayat mak jek ni. Hahaha..





- This entry is written and posted using BlogPress via mobile

Sunday, December 18, 2011

Lawak Rabu..

Hari Rabu lepas saya buat lawak dalam kelas. Tengah cakap pong-pang... pong-pang... tiba-tiba boleh terlupa perkataan 'ratio'. Dah lama sangat dok "eerrr...eeerrr...", terkeluar perkataan 'nisbah'. (Sebab pernah dengar disebut dalam perbualan arab.) Waaa... Semua pakat suka... budak-budak students tu punyalah suka sebab cikgu dia boleh terlupa perkataan english tapi tahu perkataan arab. Hua... Hua... Hua... Kome tak tahu ke orang melayu pun panggil nisbah jugak.

Sekian, lawak hari ini...




- This entry is written and posted using BlogPress via mobile

Saturday, December 17, 2011

Hidup itu tidak selalunya indah

Hari ni melawat blog Hidup itu Indah... Ada nukilan indah yang elok dihayati bersama ...

Hidup itu tidak selalunya indah. Yang indah hanyalah kenangan. Kenangan itu sudah tentu berbeza-beza, serupa tetapi tidak sama.Pesanan untuk semua: Wahai ibuku, kakakku, adikku, isteriku, rakanku dan anak perempuanku..Sesungguhnya dikau wanita yang mulia dihatiku. Cantik kejadianmu yang telah dicipta oleh TuhanKu pencipta langit dan bumi serta alam ini. Tidak pernah sekali dalam hidupku, luluh hati dan perasaanku mengenangkan bagaimana kiranya nanti jika kita tidak dapat berjumpa di dalam syurga. Kecewa hatiku di akhirat nanti.. apabila melihat dikau terlontar malah terkapar-kapar. Sedangkan daku hanya mampu memerhati, tidak dapat melakukan apa-apa apatah lagi menyambut tangan yang dikau hulurkan.Allah ya Allah..Sesungguhnya daku tidak layak masuk ke syurgaMu, namun..daku tidak sanggup menghadapi percikan bahang api nerakaMu. Ampunkan daku ya Rahman, ya Rahim, ya Robbilalamin.

Friday, December 16, 2011

Flash Card

If you remember, few weeks back I wrote about my second daughter's mirror-writing. After doing some readings and asking friends, we know that it's not too late to correct things. We had tried few ways in order to put her back on the right track. Thanks to those who gave us tips and advice (especially Sist. Mardiana).
One of the step is doing a lot (with breaks in between, of course) of writing exercise. Since her homeroom teacher is giving a weekly spelling test, therefore she always has words to practice on.
Next, I prepared flash cards of those words. Written in large and colourful print, with some deco, I pasted on the wall and let her spell and write 1 card each day. Alhamdulillah, she's getting better. Until last week, no more mirror-written words and she has improved her spelling test result.





Note 1: Seek help if you notice anything that is 'not normal' with your children.

Note 2: Every children has different capabilities. You need to observe them.


- This entry is written and posted using BlogPress via mobile


- This entry is written and posted using BlogPress via mobile

Monday, December 12, 2011

New Look

Hello people... look at me... look at my new look...

Yesterday, I had my hair cut in a barber shop in Dana Mall, Yanbu... Look how good I was..

 This is my look before..


Saturday, December 10, 2011

Jalan-jalan cuci poket

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke Jeddah. Tujuan utama untuk berjumpa dengan Kak Ita - yang baru bergelar hajah dan yang akan balik ke malaya menjenguk anak-anak.. Lama betul tak jumpa kak ita, (ngan abang rashid.. tak sebut kang kena pangkah plak... hehe)  wenduuuuuu wehhh nak dengar ketawa kak ita yang spesel tu... :-) 
Tujuan utama la katanya....tujuan sampingan takde ke? kekeke... Mesti ler ada...Tujuan sampingannya, apa lagi kalau dah berada di Jeddah, mestilah "mencuci poket"... Muahahaha.... Itu pun kira nasib baik la, "pencucian poket" dilakukan secara berhemah.... Apa taknya, kad ATM dah expired, tak boleh keluarkan duit... huhuhu... yyeeee... betullll... memang kad ATM SABB Bank ada expiry date... tak percaya ke?
Berbalik cerita pasal soping tadi tu, sebenarnya memang nak mencari pakaian dan kasut untuk kegunaan harian ke sekolah untuk anak-anak dara 2 orang tu... Bajunya banyak yang dah singkat, aterrr... cepat benor kome tinggi.... Maka, menujulah kami ke Al-Haram Mall (di Jalan Prince Sultan). Seelok dia buka pintu lepas solat Zohor, sampailah dah nak tutup balik untuk solat Asar kami berada di situ.... punyalah seronok memilih... eeerrr... sapa yang seronok ni sebenarnya? kekeke... banyak pilihan baju tapi kena pilih betul-betul sebab kadang-kadang ada yang lehernya terlalu sempit, kadang-kadang ada yang seluarnya singkat... standard la kan... ala-ala reject shop gitu... jangan banyak komplen, kalau sesuai amik... harga dia pula ada dari range SR30 sampailah ke SR70 untuk yang 2-pieces-set. Kualiti kira bagus la jugak (sebab memang pernah beli sebelum ni), boleh tahan setahun or lebih sebenarnya sebab pakaian budak2 yang beli sebelum ni masih elok cuma dah singkat. Lelong...lelong... sapa nak baju-baju gaun terpakai....masih comel...(tiba-tiba nak menjual pulak!)
Kalau nak cuci mata produk Al-Haram, silalah tengok hasil 'pencucian poket' mak ayah untuk anak-anak...

 Antara hasilnya...

 Baju knitted yang ni mak yang berkenaan, paksa anak setuju...musim sejuk la konon.. haha...

 Baju si kucing ni tak tahu la nak kategorikan apa - nak kata baju tidur, comel sangat, nak kata baju sekolah, macam baju tidur... suka hati anak oiii, nak pakai ke mana....

 antara contoh reject yang boleh dimaapkan, riben tu patutnya melintang

Nota 1: pakaian anak lelaki pun ada, pakaian untuk dewasa pun ada, pakaian untuk baby pun ada, kasut pun ada...

Nota 2: Erah, ni la dia produk Al-Haram... ada berani... hehe..


Tuesday, December 6, 2011

Bersabarlah..

Susahnya nak lengkapkan entri yang satu ni. Sebak jiwa-raga...
Sedih rasa hati bila mengetahui orang yang terdekat dengan kita sedang berdepan dengan situasi yang sukar. Sedang kita terpisah jauh beribu batu, apalah daya untuk membantu. Hanya kata-kata yang dapat dihulurkan.
Buat 'seseorang', tabahlah menghadapi ujian Allah ini. Redhalah dengan apa yang berlaku. Sabarlah menghadapi kenyataan ini. Percayalah ada hikmah yang tersembunyi, yang tidak kita ketahui.
Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya yang tidak kita ketahui. Sentiasa bersangka-baik dengan Allah. Teruskan berdoa untuk yang terbaik...
Ya Allah, berikanlah kekuatan mental dan fizikal untuk 'seseorang' agar dapat dia meneruskan kehidupan seharian, agar dapat dia sentiasa redha, sentiasa bersabar dan sentiasa tabah. InsyaAllah...



- This entry is written and posted using BlogPress via mobile

Happy Birthday Kakyong

Hari ni hari jadi kakak sulung saya - the only sister I have. Saya panggil dia kakyong. Kami beza umur 4 tahun jek.
Dulu-dulu masa kecik, zaman sekolah, kami selalu gaduh, tak sebulu. Especially pasal katil, tak boleh cross boundary, penat-penat jaga bagi sejuk, tak betulkan cadar, tak lipat selimut, tak pasang kelambu. Hahaha... Itupun nak gaduh... (cuba teka... siapalah yang asyik 'TAK' tu ye... :-p)
Bila kakyong duduk asrama di Kulim masa form 6, then saya pula masuk matrik di Kelantan, barulah terasa 'kehilangan'.. Terus jadi ngam.... Seronok mengenang masa lalu.. Hahaha...
Anyway, to my dearest sister, Happy Birthday to you. May you have a wonderful day today and each day ahead. We all love you dearly!!

Terimalah red velvet cupcake ni.... Red velvet cake yang betul punya pospon bulan 7 nanti ekkk. Hehe...








- This entry is written and posted using BlogPress via mobile

Sunday, December 4, 2011

Madinah Al-Munawarrah: Jejak Sahabat

Hujung minggu yang lepas kami ke Madinah. Hajatnya ingin bertemu lagi dengan sahabat yang bertiga itu (rujuk entri pertemuan di mekah 2 minggu lepas).
Khamis tengahari kami sampai di Madinah, solat Zohor dan terus bertemu dengan Salbiah untuk lunch.



Sambil menunggu bilik siap untuk check-in, kami sembang-sembang di lobi. Di sini waktu check-in biasanya selepas Asar... tapi atas budi bicara seseorang dapat kami check-in sebelum waktu Asar. Alhamdulillah... Terima kasih...



Sementara menunggu waktu Asar pula, Nora return call. Kami janji untuk bertemu waktu malam nanti.
Selepas Asar, kami bawak Salbiah dan kakaknya ziarah ke Perkuburan Shuhada Uhud. Sempat panjat Bukit Pemanah tapi tak sempat ke tempat lain memandangkan waktu maghrib masuk agak cepat di musim sejuk ni.



Malamnya selepas Isya', kami dinner bersama lagi. Kali ini kakak Salbiah dan suaminya join sama. Gebang punya gebang sampai lupa yang ada janji dengan Nora. Alamak.. Jangan marah ye Nora.
Hampir pukul 9.30pm baru bergerak ke hotel Nora. Duduk di lobi bersembang. Sedar tak sedar dah pukul 11 malam. Nak kena balik dah..
Alhamdulillah... Puas hati dapat bertemu dan bersembang agak lama juga after all this years tak pernah jumpa.





Nota: Agak hampa tak sempat bertemu Ainul. Cuba dihubungi beberapa kali tapi tak berhasil. Rupanya Ainul dah tukar nombor hp. Ainul call semula semalam selepas dia bertemu Nora. Takpelah.. takde rezeki kita nak bertemu di Madinah. Diberi kita peluang bertemu di Mekah walaupun untuk sekejap sahaja.


- Posted using BlogPress by Ejalz