Monday, February 27, 2012

Semoga Segera Sembuh ...


Sedih rasanya tidak dapat menziarahi ayahanda tercinta ...

Sunday, February 26, 2012

Perubahan cuaca

Semalam, cuaca di Yanbu dan rasanya kebanyakan tempat di Saudi agak 'scary'.
Pagi-pagi masa nak keluar kerja lebih kurang 7 am, kelihatan awan tebal yang gelap. Berkepul gelap macam hujan lebat nak turun sangat dah...
Menjelang tengahari membawa ke petang angin mula bertiup. Hilang kepulan awan hitam. Datang pula debu-debu pasir. Sand-storm rupanya... Visibility becomes low. Lantai koridor jadi kotor, bersepah dengan pasir.
Khabarnya di Riyadh lagi teruk... Visibility drop to zero!! Sila rujuk berita di Arabnews for details...
http://arabnews.com/saudiarabia/article579752.ece


- This entry is posted using BlogPress

Friday, February 24, 2012

Sukan Antara Daerah

Hari ni kami anjurkan sukan antara daerah. Daerah Yanbu vs. Daerah Rabigh. Hehehe...
Pagi-pagi pusingan pertama bermula dengan bowling. Ehmm.. ehhmmm... Sapa menang eekkk...




Ini result game ketiga... Kalaulah realiti, open-table la beb... Hehe..
Lepas lunch, pusingan kedua - tenis double. Kumpulan kanak-kanak yang menang yeee... Aduhhh... (Nasib baik mama tak bertanding. Hehe..)




Pusingan ketiga, tarian 'poco-poco'. Hahaha... Smurf-dance sebenarnya. Penat wehhhh... Kompom lemak semua terbakar. Maaf, gambar tidak dapat disertakan. Tak sesuai untuk tontonan umum. :-p
Last sekali, sebelum pihak Rabigh bersiap untuk balik, pusingan terakhir, pertandingan boling antara anak-anak.




Tengok si kenit Humairah ni... Siap angkat kaki lagi tu... Jangan main-main, score atas 100. Hahaha... Cayalah adik...
Sementara orang tengah sibuk bersukan... Handsome boy Akram pulak melepaskan rindu pada ipad - menumpang kasih pada ipad auntie fiza. Huhu.. (Untuk makluman ipad kami dah rosak lcdnya.)


Sangat kusyuk sampai tak berganjak dari sofa tu, hinggalah terbaring-baring menikmati ipad. Hehe...


Sekian hari sukan antara daerah.. Piala pusingan belum disediakan tapi pihak Rabigh sudah pun membuat tawaran untuk menjadi tuan rumah pula bagi pertandingan seterusnya. Haha..



- This entry is posted using BlogPress

Thursday, February 23, 2012

My Akram turns 2

Happy Birthday my boy... You are 2 years old now. How time flies... It feels like only yesterday, mama was hospitalized for placenta previa 3 weeks before you were delivered. Of all the experiences, definetely I could not forget that one. Keke..
Anyway, since your birthday falls on weekend, so mama and abah decided to celebrate you special day. Since auntie fiza and family came all the way from Rabigh, we invited auntie siti and auntie mas with their family, as both of them knows fiza too.
Mama did not bake any cake for you, sorry dear. But we've got a better cake, specially baked and decorated by auntie fiza - special delivery from Rabigh!!




Auntie Fiza said that 2 little 'anak patung' represent 2 years old. (kalau tak cakap, mama tak perasan pun. Haha..)
After Asar, the 'potong kek' ceremony take place. The kids were the ones enjoying the most. And look at how good my boy is. Cooperatively looking at abah's video-cam, mama and aunties' cameras; while his hand has already holding the knife to cut the cake.





Delicious chocolate cake, auntie fiza. We all enjoyed it very much!!
And looked at my present...





Another yellow 'truck'.. That's what he called it...





Happy birthday my boy... May you grow up to be a good muslim, taat to parents, a loving and caring brother and not forgetting excel in what ever you do. We all love you dearly...
- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, February 22, 2012

Malam Farewell

Ba'da Maghrib tadi, kami ke Compound Yansab. Ada majlis perpisahan untuk keluarga Anis dan Kak Mai, yang akan balik malaya for good. Anis akan balik minggu depan manakala Kak Mai pula bulan 4 nanti.
Majlisnya kami buat di padang permainan dalam kawasan compound. Seronok juga tiada gangguan orang lain. Hanya kaum kerabat malaya jek..
Seperti biasalah majlis begini tentunya berasaskan konsep pot-luck. Macam-macam makanan ada. Saya sediakan puding roti berkaramel. Okaylah kan, dari takde. Hehehe...


Yang utamanya sembang-sembang jek pun, baik kaum bapa mahupun kaum ibu. Budak-budak pulak seronok bermain kat padang sambil jumpa kawan-kawan. Sekali-sekala jek dapat jumpa ramai-ramai macam ni. Itu yang jadi meriah. Sembang tak hengattt... Sampai ada yang hilang anak kecil sekejap!! Ketaq lutuitttt nooo... Hehe... Anyway, selamat akhirnya..
Untuk Anis & kak Mai, selamat kembali ke malaya. Semoga lebih berjaya di tanahair terchentaa.. Panjang umur, ada rezeki, kita jumpa lagi..



- This entry is posted using BlogPress

Tuesday, February 21, 2012

Sukan Tertutup

Kami suka bersukan. Sukan kan baik untuk kesihatan. Marilah semua kita bersukan. :-)





Boling pun sukan jugak kan... Lalalalala... Akram pun suka...



- This entry is posted using BlogPress

Saturday, February 18, 2012

Sejuk balik?

balik ke mana? balik ke Yanbu ler.... hehehe... merepak daaa... 
sebenarnya nak cerita pasal cuaca di Yanbu hari nih... dah 2 minggu dah, air-con (AC - short-form orang sini guna) dah di'on'kan semula... sebelum ni kan sejuk memanjang... winter katakan... so AC tak perlu on pun dah cukup sejuk dah dalam rumah yang tertutup segala pintu dan tingkap .... hingga ke hari berkabus tu (entri sebelum ni) pun masih guna AC, sebabnya kabus tapi tak sejuk pun... tup...tup... pagi hari ni, masa nak melangkah keluar rumah dalam pukul 7 pagi, sejukkkknyaaaaa.... [bestnyaaaa....] lebih kurang 8 pagi, sekali dengan angin lagi la sejukkkkk.... menusuk hingga ke tulang hitam... cewahhh... betapa nak gambarkan sejuk tu... hehe... sehingga pukul 11.30 pagi tadi, angin masih bertiup perlahan menyejukkan lagi suasana yang sekitar 20 darjah celcius (kata pak yahoo).
Ikutkan pengalaman tahun2 lepas, winter kat Saudi ni patutnya tak lama mana pun... bukan la macam winter in the west... berbulan-bulan lamanya... tapi tu la... bila jadi perkara yang di luar norma dan di luar jangkaan kita, cubalah bawak-bawak berfikir.... fikirlah apa yang patut yeee... dah besar dah semua, paham kot... sekadar saling ingat-mengingati....


Sekian laporan cuaca dari Yanbu... :-p

Thursday, February 16, 2012

Pagi yang berkabus

Selasa lepas, pagi di Yanbu seolah-olah berkabus. Atau memang kabus ntah la tak dapat nak pastikan. Tapi kalau dah sampai pukul 9 pagi, takkan masih berkabus kot. Ye tak? Sebab masa ni sang mentari dah hampir terpacak atas kepala, menyinari dengan teriknya. Itulah sebab saya pun tak pasti kabus atau tidak. And moreover, ada sedikit 'smell polution'. Hehe.. Probably from the oil refinery.




Ini rupanya kabus pagi di persimpangan Radwa 3.




Ini pula permandangan di kawasan lapang berhampiran kampus.
Kabus or not, it was such a beautiful scenario especially the view from inside my office. Ala-ala kat obersi gitu... (unfortunetly tak dapat nak ambil gambarnya sebab ada jek anak dara arab dok lalu-lalang)


- This entry is posted using BlogPress

Saturday, February 11, 2012

Field Trip


One of the best activity in YIS is 'field trip' (or at least that's what mama feels.. Hehe..). For Adlina, being in Grade 4, she has experienced going on field trip a few times. Not yet for Alisya though.  
Last Tuesday, Adlina has gone to another field trip. This time to the Old Rock Quarry (somewhere in Yanbu... not sure where..). Good that our children are given chance to get hands-on experience - to feel and touch the rocks and stones, as what they have learned in science. 

More field trips to come hopefully....


p/s dah besor ni baru ler pandai nak bawak kamera (eeerrr... maknya pun baru berani nak lepaskan kamera tu.. kekeke...)

Monday, February 6, 2012

Jumaat di Rabigh


Pagi Jumaat di Rabigh angin bertiup sangat kuat. Sejuk jangan cakap laa... Rupanya tengah sand-storm walaupun tak tebal tapi anginnya berdebush-debush... Best dalam tak best. Hehe...
Breakfast sempoi pagi ni memandangkan kami semua kepenatan balik tgh malam dari Jeddah. Don't worry Fiza, kami sempoi jek... Janji ada nescafe. Hahaha... Tapi dalam sempoi2 tu macam-macam juga dijamu Fiza, hasil 'tuaian' di konsulat malam tu. :-) 
Lepas Jumaat, kami dapat jemputan lunch di rumah Kak Mar (alamakkk... tak ingat nama penuh plak...huhu..). Me & family, fiza & family dan Nisa & family. Kiranya fiza, nisa dan kak mar ni antara 3 family malaysian yang duduk di compound. Ok balik pada cerita lunch... Sedappppnya masakan Kak Mar.. Dengan ikan 3 rasa, sup ayam, solok lada, gulai tulang, daging goreng, sayur kacang buncis, sambal belacan, sambal bilis .... Wuuuhhoo... Sedap sungguh... 

Lepas makan, melawat ke kebun sayur kak mar.. separuh lama belakang rumah ditanami sayur-sayuran... Banyaknya jenis sayur yang kak mar tanam. Naik elok plak tu... tangan sejuk la tu... :-)

Kiri tu pokok bunga kobis, kanannya pokok terung dan depan terung, pokok tomato.

Ini pulak pokok sawi. Isshh... dapat goreng dengan mee kuning ni best sungguh...




Menjelang asar, fiza buat sambutan harijadi untuk hakimi. Inilah kek yang ditunggu sampai tengah malam tu. Hehe... Kek Spiderman permintaan birthday boy. 


Birthday boy with her sister and mummy. Potong kek sama-sama. Happy birthday Hakimi... 

Ni plak bakal birthday boy yang sebuk menikmati kek.

Perut dah sendat... Camne nak balik nih... Huhu.. Jom pulang ke Yanbu... Balik awal sket, boleh psikokan diri sendiri supaya tak penat. Hehehe.. Terima kasih kak mar and nisa untuk lunch yang sedap sangat-sangat. Nanti datang Yanbu pulak tau...Terima kasih Fiza and Fazlee for the hospitality... Jalan2 Jeddah lagi.. Makanan yang sedap2 plak tu... Malu orang Yanbu tau... Hikhikhik...


Friday, February 3, 2012

Hari Jalan Sedunia..

Semalam considered hari jalan sedunia untuk kami... Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami keluar dari Rabigh menuju ke Jeddah - naik sekereta dgn Fazlee. Perjalanan lebih kurang 1.5 jam.
Mula2 cari makan dulu.. Perut masing2 dah mula berkeroncong. Fazlee bawak ke tempat baru (errr... baru untuk kami la kan.. Huhu). Restoren makanan Jepun, Benihana di Tahliah Street.




Interior design cantik... Meja makan plak terasing dalam bilik, bersama dengan dapur tempat memasak.




Tengok tu, pinggan pun santekkk.. :-) Muka budak ni pun santeekk...




Start dengan appetizer, mix tempura - seafood and vegetables, cicah soy sauce.




Pas tu, untuk main dish, paling best... chef dia masak depan kita.. Mula dengan sayur, then nasi goreng ayam, then noddle, last sekali teriyaki.







Simple jek tengok dia ketung-ketang.. Tp hasilnya sedapppp... Bak kata Alisya, "tukar selera, sedap sangat makanan hari ni". Aduhaiii, pandailah kau ni anak bertuah... Boleh kopak tau kalau selalu le sini. Huhu...




Lepas makan, kami ke Jarir Bookstore dulu. Fazlee berhajat membeli sesuatu. Hehe.. Tapi tak kesampaian, takde pulak barangnya. Ayuuhhh, kita ke Panda pula di Aziz Mall. Malangnya tiada juga. Oklah, jom ke konsulat dulu untuk Hari Terbuka Konsulat. Kita tengok apa yang ada. Macam2 gerai ada, ada jual makanan, ada jual minuman, pakaian pun ada. Tapi cuci mata jek lah ye... Nak makan pun cam tak berselera.
Makan aiskrim malaysia jugak yang paling sedap...





Belakang kakak yang ada skrin putih, ada pertandingan untuk kanak-kanak - Malaysian Got Talent. Sukahati korang jek melalak kat sini.... Huhu..





Ok.. Dah ready nak balik...





Posing dulu depan pintu masuk. Ada polis tegur tak boleh tangkap gambar. Hehe...




Dari konsulat, kami terus ke Balad. Singgah kejap di Toko Singgahparna membelikan barang2 kiriman orang Rabigh, lepas tu terus ke Corniche Commercial
Centre. Nak cari barang tu la... Hehe... Lama menunggu kaum bapa berurusan. Rupanya bukan Fazlee sorang dapat barang dia, incik suami pun sama menyambar barang jugak. Ammbooiii... Anak-anak punya katanya...
Dari Balad, balik semula ke kawasan Sary Street. Kali ni menuju ke Al-Bashawat. Kedai ni menjual pelbagai barangan rumah yang maksimumnya berharga hanya SR10! Eeeee... best betul. Mujur jek dah tengah malam... Otak tak berapa merapu sangat tengok barang. Hehehe... Apa-apa hal, budak Akram jugak yang dapat lori dia...




Lebih kurang pukul 12 mlm, kami bergerak pula ke Jarir Bookstore Sary Street. Ehhhh... tak la, dah tutup bookstorenya... Pergi tunggu orang depan tu. Fiza nak ambil kek tempahan untuk harijadi Hakimi. Dah tak tau rumahnya kena la janji tunggu kat mana-mana yang senang. Hehe...
Akhirnya menjelang 1 am, barulah kami bergerak balik ke Rabigh. Wuuuhhhooooo... 12 tengahari hingga 12 tengah malam berjalan sakan. Dasatttt aaa Fazlee leh maintain driving. Yang penumpang lain semuanya zzzzzzzz... Kami sampai di rumah dah 3 pagi. Aaarrgghhh... Letihnya... Kabummmm... Kroh...
Kroh..Kroh..



Nota Kaki: 1 kekurangan kehidupan di compound Rabigh ni ialah keperluan membeli barangan dapur dan rumah. Takde Panda atau Star Market di Rabigh ni. Jadi, setiap kali ada yang ke Jeddah atau ke Yanbu, pasti ada kiriman dari jiran-jiran. Dengan jarak yang jauh pastinya kitapun tak sampai hati nak hampakan permintaan kawan2 kan... Bagusnya silaturrahim Malaysian di Rabigh ni...


- This entry is posted using BlogPress

Thursday, February 2, 2012

I've Travelled To... Rabigh : Sabahulkhair

Kami berada di Rabigh hari ini... Cuaca sejukkkk nyaman macam Yanbu jugak... Mungkin sebab hujan semalam kot...
Kami menziarah Fiza & Fazlee di sini. Dah lama berhajat asyik tertangguh. Alhamdulillah weekend ni berkesempatan... Rumah mereka ni di compound PetroRabigh.
Entrance compound ketat juga securitynya. Penghuni compound perlu ada bersama untuk membawa visitor. Yang suaminya kena letak iqama for entrance ID, yang isterinya kena register untuk ambil entrance ID. Siap kena tahu nombor rumah dan nombor phone. Bila dah masuk ke kawasan dalam compound, makkk aaiiii jauhnyaaa berbeza dengan compound Yanbu. Nampak cantik, bersih dan teratur. Macam rumah Fiza ni, banglo 2 tingkat 4 bilik tidur dan 2 ruang tamu dengan laman keliling rumah. Besarrrrrr sangat. Kalau kat Malaysia dah kira kaya giler dah nih.. Hehe...




Ni laman depan rumah. Puas hati budak2 dapat main kat depan.




Tu dia rumah Fiza pandangan dari main gate. Besar kan... Berbijik-bijik kereta boleh parking depan tu. :-)

Pandangan rumah jiran2...




















Kanak2 riang..










Makluman penting... Sejak sampai malam tadi hinggalah ke pagi, meriah sungguh Fiza menjamu makanan... 'Tank' kitaorang kecik laaa... Huhu... Ada mee sup, ayam bakar, keropok lekor...



Siap dengan dessert, kek pisang dan seri muka durian. Errrr... yang kiri sekali cheese cake made in Yanbu. Hehe...



Burrrrpppp... Kenyang sangat.. Alhamdulillah...


- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, February 1, 2012

Hujan di Yanbu

Hujan lebat hari ni di Yanbu... Tak sedar pun mula2, maklumlah dah duduk dalam bilik yang tak bertingkap. Mujur ada orang datang bagitau hari hujan. Macam tak pernah tengok hujan kan... Hehehe...



Lebat juga hujannya... Basah segala kawasan... Tempias merata koridor...



Paling best, rupanya dah jadi banjir pun kat parking Radwa 3. Huhu...



Sampai ke petang air tak turun lagi.. Dah la kena parking hujung bangunan.
Begitulah kalau hujan yang datang sekali-sekala. Umpama emas gitu...


- This entry is posted using BlogPress