Saturday, March 31, 2012

.: Himpunan Cerita Pendek :.

Penutup bulan March ni, meh baca himpunan cerita pendek. 'Cerpen' kehidupan di sini... Bukan lep stori eeekkk... Hehe..

Cerita 1:


Sambil tunggu budak-budak buat Major 1 Exam, cikgu minum kopi. Kalau tak, jenuh pulak buat senaman mulut... huaarghhh... huaarrghhh... Untuk makluman, cappuchino sekenit tu berharga SR10... aaiiiyyoo... takpe aaa, sekali-sekala...

Cerita 2:


Waahh.. nak ke mana tu? Gi sekolah... Hehe... Mama tak larat nak usung bag laptop dah... Naik ngebeh bahu (bahasa perak ni... senget bahu). Nak jalan masuk ke opis dari entrance dah 5 minit... nak jalan ke kelas lagi dah another 5 minit....  'Terbeli' (dengan sucinya saya tidak sengaja... huahuahua.) beg ni masa pergi Jarir Bookstore di Tahliah Street, Jeddah; depan-depan entrance depa letak dengan harga diskaun... isskk... iisskk... macamana la tak 'terbeli'.

Cerita 3:


Kenal tak nama-nama kuih tu? Hhaaa... Kuih tradisi melayu kan... Kesahnya, pada 22/3 lepas, YIS anjurkan International Day. Setiap negara kena sediakan booth peragaan dan buat sedikit persembahan untuk melambangkan negara masing-masing. Malangnya kami tak dapat nak menyertai sebab kami ke Mekah. (sebab tu tiada entri mengenainya... Was not there to report the actual event)
Apapun sokongan moral tetap kami berikan. Salah satunya... itulah... cetak label-label kuih yang dipamerkan di booth (kuih tu sbg sampel utk pengunjung).


- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, March 28, 2012

Melawat doktor lagi...

Untuk kali kedua dalam masa 2 minggu, Akram 'melawat' pediatrician; atas sebab yang sama - demam panas!
Dari pagi dah rasa dedor (bahasa orang perak... panas-panas manja gitu). Mama mandikan sikit, bagi ubat demam sikit (eehh... eehh... bukan la sikit tapi ikut sukatan eeekk.. hehe..); demam pun kebah, dia pun aktif seperti biasa. Menjelang maghrib, demam naik lagi. Kali ni sampai 38.2 celcius. Kaki pun dah mula sejuk, tangan pula asyik nak jolok ke dalam mulut, air liur mula meleleh... Alamakkk... adik... Jangan-jangan tonsilitis lagi..
Jom la bawa adik ke klinik... risau pula kalau tangguh sampai esok pagi... Lepas isya' kami bawak adik ke Sameer Saeedi General Hospital di Radwa 8. Seperti yang dijangka, memang pun tonsilitis. Doktor kata tonsil dia dah bengkak besar. Maka, kenalah adik terima 'hadiah' - 1 injection antibiotik. Doktor kata untuk fast reaction towards the severe infection. Esok sambung makan ubat jek. Nasib baikkk...
Injection dibuat di ER. Mula-mula kena buat skin test dulu. Dah menangis selagu dah...



Lepas 15 minit, kakak misi datang check tempat test tu sambil tanya akram, gatal tak? Alamak kakak misi... adik baru 2 tahun, taktau gatal tu apa la kak ooiii... Lepas tu barulah proses injectionnya take place. Mak aaaaiiiii.... Sekuat mana akram melalak, sekuat tu jugaklah dia meronta... Abah pegang badan, mama pegang kaki, pun tak cukup nak diamkan dia. Kakak misi lagi sekali cakap, "jangan gerak adik... tarik nafas adik....". Kakakkk... adik tak paham la... Adik kecik lagi... Uuwwwaaaaa... Very the high pitch this time. Poor baby...!
Dah siap, jom balik... Ubat abah dah ambil masa tunggu skin test tadi. Antibiotik untuk 7 hari, ubat demam untuk 2 hari, ubat anti-kahak untuk 5 hari. Aduhaiii... Perjuangan yang maha hebat menanti abah dan mama ni. (naper la korang tak suka ubat kan?) Huhuhu...


Info tonsilitis :
1. rujuk sini untuk penjelasan mudah: http://kidshealth.org/kid/ill_injure/sick/tonsillitis.html

2. rujuk sini untuk penjelasan lebih mendalam: http://www.emedicinehealth.com/tonsillitis/article_em.htm

Sunday, March 25, 2012

Ziarah Bulan March

Ramai kenalan kami menjadi tetamu Allah bulan March ni. Alhamdulillah tercapai hasrat masing-masing untuk menunaikan umrah dan menziarahi Rasulullah. Dan untuk kami pula, penuh jadual menziarah samada ke Madinah atau Mekah.
Yang pertama diziarahi, parents kak ita.. Actually parents kak ita datang atas visa keluarga... Dalam perjalanan ke Mekah, kami singgah Jeddah menziarahi mereka....


anak-beranak posing di rumah kak ita in Jeddah

Bukan setakat ziarah di rumah, kami bawak sekali ke Mekah. Alang-alang ada peluang kan, biarlah dapat mereka manfaat kedatangan ke sini...

Di Mekah pula, saya menziarahi parents kepada sahabat sekolah saya; Shahiza. Menariknya, parents saya juga adalah kenalan pada parents Shahiza. Family friend gitu... Sekali menziarah, cover untuk anak-beranak semua sekali. Hehe...


di lobi hotel bersama pakcik zainuddin dan makcik khadijah


16 March, kami ke Madinah. Kakak encik suami aka kakak ipar puan isteri sampai dari Mesir. Sempat bawa kak ngah dinner di Al-Noor Mall (kedai makan Indonesia yang peberet tu dah ditutup untuk renovation.. Huhu...). Tak sempat ke tempat lain pun sebab kak ngah dah kepenatan sebab baru sampai dari Mesir... Lepas asar kami balik ke Yanbu. 




22 March sekali lagi kami ke Madinah melawat university-mate juga house-mate saya dari zaman belajar degree sampailah ke master - Haslinda. Lamanya tak jumpa.. Kali terakhir Syawal 2010. Alhamdulillah, dapat jua bertemu di sini walaupun pada awalnya macam tak dapat nak jumpa. Huhu...
Dari Madinah, kami terus ke Mekah. Sekali lagi untuk menziarah kak ngah. Kak Ngah dah berada di Mekah untuk umrah pula... adusss... hotelnya di atas bukit di kawasan Ajyad.... lenguh la jugak kaki memanjat... bayangkanlah kalau makcik-makcik.... iskkk...iskk....
menanti maghrib di Masjidilharam...

Sekarang ni, dah banyak kawasan hotel di Mekah yang dah 'dibersihkan'... tinggal kawasan Ajyad jek yang masih ada hotel dalam 10-15 minit berjalan kaki ke Masjidilharam.... punya la sesak kawasan Ajyad sekarang nih.... 




merpati pun sesak jugak ke? hehehe..










si 2 beradik ni tengah tunggu broast siap; for breakfast.. saksikan kesesakan kawasan Ajyad di belakangnya..

 Mekah Clock Tower pandangan dari Ajyad plak.... hehe... selalu tengok dari depan jek kan...

 beg-beg jemaah umrah dari Indonesia.... nampak menarik jek warna merah sepesen beratur tepi dinding... hehehe....


- This entry is posted using BlogPress

Tuesday, March 20, 2012

Siri E-usrah




p/s Thanks to whoever created this reminder... I'm just sharing your thoughts with others...

Monday, March 19, 2012

Jual ... Jual...

This is a sticky post.... Post baru ada di bawah sana...Siapa berminat sila hubungi tuan tanah ye ... 2 set SR200.00 sahaja. SOLD!
 


.إنا لله وإنا إليه راجعون

Sahabat semua, dimaklumkan ayahanda pada suami saya (ayah mertua saya) telah kembali ke rahmatullah lebih kurang 1.00pm tengahari tadi waktu Malaysia... Mohon sedekahkan al-fatihah dan doakan kesejahteraan untuk arwah.

Sunday, March 18, 2012

Sand Storm melanda Yanbu


kalau kat malaya kan... sure dah bising cam ni "hujannnnn... yeayyyyyy... tak yah gi kelas" .... kat sini pulak lebih kurang sama jek, beza takde air.... sand ada la.. tapi bunyinya lebih kurang sama jugak... "sand stormmmmm.... yeayyyyy.... tak yah gi kelas".... amalan yang sama di situasi berbeza.... hahaha... nak kata apa....






Alkisah, pagi ni sand storm dah melanda Yanbu... seawal 7 pagi masa nak keluar kerja dah mula nampak sand storm.... jarak pandangan dah dekat... angin pulak bertiup kuat... terbedib-bedib bijik mata menahan habuk... aduhhh... ni karang, ntah ada ke tidak budak-budak datang untuk exam 7.30am.... makin lama makin kuat sand stormnya... 




Alhamdulillah penuh kelas... takde sorang pun yang ponteng.... suka sangattttt... sebab tak yah nak pikir pasal re-sit exam.... yahoooo..... tapi sepanjang 1 jam exam tu, macam-macam bunyi dengar dari luar.... woooo....weeeeee....ngggeeeeeee... bunyi angin .... pandai-pandai la agak yeeee... belajar sains kan masing-masing... hehe...


Lepas 1 jam, makin lebat sand-stormnya... ehhh... silap.. lebat untuk hujan... untuk sand-storm kita panggil 'tebal'... pasir merata lantai.... dalam bangunan pun nampak kabur semacam jek... budak-budak mula la gelisah.... gelisah kot-kot cikgu masih on kelas macam biasa.... hahahaha.... padahal dah ada dalam kampus, masih sibuk tanya ada kelas ke tidak... ada la weiiii!! dah kita dok dalam bangunan apa kes nak kensel lak.... lain la kalau kome trapped kat tengah2 jalanraya.... tak nampak bangunan kampus... hehehe...


Sehingga pukul 11am tadi, DMD dah announce kata kelas berjalan seperti biasa... kecuali ada masalah kesihatan (eg asthma), boleh mintak balik.... eeeerrrr... masalahnya, cikgu jek jalan ke kelas, budak-budak taknak jalan la tuan ... huhuhuhu....

Aftermath....







One day after @ 8 am...


2 days after @ 8.15am...







Tuesday, March 13, 2012

Pyjama Day @ YIS

Apaaaa.... Pakai baju tidur pergi sekolah?? Betul ke ni? Betullll....
Inilah realiti belajar kat sekolah omputih. Ada jek aktiviti yang sekolah anjurkan untuk meningkatkan kadar 'saya suka ke sekolah' di kalangan para pelajarnya. Best tau... Tak perlu pun nak letak kata-kata semangat merata dinding sekolah... Sekolah kebangsaan boleh keee? Keke..
Semalam (Isnin) Pyjama Day... Budak-budak boleh pakai baju tidur pergi sekolah dan bawa apa-apa barang yang selalu teman masa tidur. Contohnya bed-time storybook atau teddy bear. Anak-anak daraku pakai baju tidur sepesen.
Kakak bawak teddy bear


Alisya bawak bed-time storybook


Sebenarnya Pyjama Day ni sempena 'Reading Week'. Sepanjang minggu lepas, setiap hari ada specific activity related to reading. Hari Sabtu, 'Decorate the Door'. Budak2 akan hiaskan pintu kelas masing2 ikut design mana2 watak cerita. Hari Ahad pula 'Read a Hat Day'. Pakailah apa-apa topi yang ada tulisan atasnya.


Kakak add-on tulisan atas topi dia. Kretip... Hehe...
Selasa pula 'Read a Shirt'. Pakai pakaian yang ada tulisan.





Dan penutup hari rabu ialah 'Character Day'. Budak2 boleh pakai pakaian ikut character yang digemari.


Alisya with her favorite dress ala-ala princess.


Kakak jadi witch. Sopannya witch sorang ni. Hehe...
Gitulah kisah budak-budak ni ngan sekolah omputihnya. Always looking forward going to school. Balik mesia nanti jangan lemah semangat pulak tau. Huhuhu...


- This entry is posted using BlogPress

Sunday, March 11, 2012

مهرجان الزهور 2012

Flower Show and Garden  Festival was held for 1 week from 29/2/2012 until 9/3/2012 in Yanbu Al-Sinaiyah. See it for yourself... These are my photos compiled in the following slideshow...

video

more news online..... http://arabnews.com/lifestyle/offbeat/article581433.ece

Wednesday, March 7, 2012

Apakahhhh?

Hari ni tengahari tadi patutnya ada 'training' untuk menggunakan mesin photostat baru kat opis. Siap training kauuuu... Nak dijadikan cerita, teman lupa. Ghopanya bukan teman soghang, ghamey lagi yang lupa. Ada 2 kerat jek yang pegi training tu tadi. Maka dapatler kami semua ni surat elektronik dari penolong ketua jabatan. 'Barang siapa yang tidak menghadiri latihan menggunakan mesin salinan pada tengahari tadi, sila jawab surat ini dengan segera'. Mak aaiiiii... Kena 'tunjuk-sebab' tu.... Semata-mata tak belajar cara guna mesin photostat!! Apakahhhh?? (Kliza, pinjam your peberet word)

Nota: Priceless experience indeed!!


- This entry is posted using BlogPress

Tuesday, March 6, 2012

Mesyuarat Malam

Waaaaahhhh... kemain lagi tajuk. Mesyuarat tu.... Malam plak lagi... Hehe... Ni semua gara-gara International Day yang akan dianjurkan oleh YIS. Setiap negara kena buat persembahan dan pertunjukan untuk represent negara masing-masing. Kena la ibu-bapa ni turun padang sama untuk hasilkan yang terbaik. Makanya semalam, berkumpullah kami beberapa orang parents untuk berbincang.



Agenda dah disediakan oleh tuan setiausaha. Siap print lagi sambil goncang-goncang printer. Keke... MC majlis a.k.a tuan setiausaha memulakan bicara... cewahhh....



Bincang apa yang nak dipersembahkan, apa yang nak ditunjukkan, mainan tradisional, pakaian kebangsaan, makanan tradisional, kraftangan dan sebagainya. Lepas tu kena la lantik ketuanya... Kalau tak nanti takde sapa yang nak uruskan pula kan..


Akhir sekali majlis ditutup dengan makan-makan... Yessss... Best part of the day. Keke...





- This entry is posted using BlogPress

Nak kena nih....

Ni ler ghopanya kelas, kalau masuk musim exam. Lengang...


Lab patut mula pukul 10.30am. Satu batang hidung pun tak nampak. 10.45am baru muncul sorang-sorang. Bila ditanya kenapa lambat, boleh pulak jawab 'saya ingat takde kelas hari ni'. Sapa yang cakap, saya tanya. 'Saya la ingat sendiri'. Bertuah dot com punya budak...



- This entry is posted using BlogPress

Monday, March 5, 2012

Tetamu Kenit

Pejabat mama terima tetamu semalam. 2 orang tetamu di bawah umur...


Anak dara bertuah yang datang melawat opis mama. Hehe..



Actually ni dah pukul 5 petang. Mama teringat yang purse tertinggal dalam laci di opis. Kelam-kabut abah hantar ke kampus, takut pintu luar dah dikunci. Mujur masih ada securitynya dan rupanya masih ramai lagi yang belum balik... (di bangunan lama dulu, kalau security dah balik, dia akan kunci pintu siap-siap, jadi dari luar tak boleh bukak, hanya dari dalam sahaja yang boleh bukak).
Anyway, dah alang-alang dapat masuk kampus, kemain lagi la budak2 tu berposing (eeerrr.. ke mama yang suruh.. haha..). Especially ke tempat2 yang mama segan nak sampai. Hehe..


Kat lounge kawasan MIS.




Di pertengahan laluan 'safa-marwah' - dari building E ke building A.



Kat water fountain yang masih gigih bekerja setiap hari, di building E.


- This entry is posted using BlogPress

Friday, March 2, 2012

YIS Talent Show 2012

Rabu lepas, YIS adakan Talent Show untuk tahun 2012. Alaaa... acara konsert tahunan yang ada nyanyi2, ada lakon2 dan main alat2 muzik tu la...



3 dara pingitan excited jalan kaki ke sekolah

Konsert tahun ni yang pertama untuk Alisya. Excited kemain dia nak perform. Kakak pun sama jek walaupun dah banyak kali. Hehe.. Anyway, konsert kali ini yang pertama diuruskan oleh cikgu muzik yang baru. Nampak ada perbezaan kali ni. Menarik... Setiap grade ada 2 performance - sekali menyanyi, sekali lagi main alat muzik. Dan nampak ada kepelbagaian pelajar yang membuat persembahan, tak la muka yang sama jek dari bukak tirai sampai tutup tirai semula... ooopppsss... hehehe....


Alisya yang tengah concentrate nyanyi. 
Bersiap sendiri pakai baju gaun peberet dia (gaun hadiah dari Cikgu Hala, dari tadika Little Angel)



Persembahan kedua pula, Alisya main alat muzik tu. Apatah namanya...



Ni persembahan kakak pula. Dapat kakak berdiri di depan tahun ni. Kalau tak, selalunya cikgu dulu tu akan letak dia di barisan belakang, terhalang dek kawan2 yang tinggi dan besar. Siann... Susah mama nak tangkap gambar. Hehehe...



Persembahan kedua pulak, kakak main recorder. 'Sumbang'-sih sungguh. Hahaha...

Lepas maghrib kami pun balik. Maleh nak tunggu sampai habis.. Okay girls... jom balik... Next year boleh join lagi tapi dengan syarat tak boleh langgar 'peraturan' tau... 



Jom tunggu abah datang ambil... tengok tu.. Alisya yang masih mood excited, posing tunjuk ketiak plak... hahaha...