Monday, April 30, 2012

Weekend Terakhir di bulan April

Hujung minggu yang baru berlalu, kami hanya berada di Yanbu sahaja, tak ke mana-mana pun. Cadangan asal nak ke Mekah tak kesampaian sebab Alisya sakit mata.
Pagi Khamis lepas bersarapan, kami menuju ke Jarir (elok pulak mata Alisya tak merah  dan takde discharge dah....iisskk....iisskk...) Kakak nak mencari alatan lukisan, nak masuk pertandingan katanya. Sekian lama berlegar2, bukan setakat alatan melukis yang dapat, macam2 benda lagi masuk bakul. Adooooyyyaaaiii.... 

Menjelang tengahari kami menuju ke kedai makan Indonesia - Sate Jakarta Restaurant namanya. Enak juga satenya sebab kuah kacang dia macam malaya punya!! Yeeaaayyy... sedapp...


Ada tempat family dalam 4 meja, walaupun nampak uzur tapi selesa la juga..







Budak 2 orang ni sebuk nak makan mee goreng. Hampir habis jugak sorang sepinggan. Lapo ke? Hehe...













Sementara tu si hero tidoqqq best punya... Tu yang mama boleh tangkap gambar bagai ni. Kekeke...


 
 

Lepas makan kami berangkat pulang ke Yanbu RC.  macam jauuhhh jek bunyinya... Hehehe...Terus ke hospital, melawat Arshad lagi. Saja bawa budak2 sekali. 2-in-1 purpose - bagi Arshad happy sikit tengok ada kawan-kawan 'wii' datang dan juga nak bagi keinsafan kat budak-budak tu (insaf ler sangattt...mmmm...). Anyway, memang nampak Arshad ceria sangat, bila adik Ibah dia sebuk main dengan kakak2, dia pun nak join sama.... walaupun hanya dari atas katil. Meriah macam nurseri. sampai tertekan button call for nurse.... Hahaha... Nasib la misi ekkk... waktu melawat kan...








Jumaat lepas asar kami menziarahi Kak Gee pulak. Kak Gee baru jek lepas menjalani pembedahan slip disc 2 minggu lepas.Dulu dah menziarah di hospital, dalam keadaan Kak Gee terbaring jek.... Bila melawat di rumah, nampak Kak Gee dah segar... boleh berjalan ke sana-sini tanpan bantuan tongkat dah.... cumanya masih perlahan-lahan dan berhati-hati.... Seronok kata Kak Gee tengok kawan-kawan datang ke rumah... ye lahh... orang biasa aktif buat kerja macam2 di rumah tetiba tak boleh buat apa2, tentu la kebosanan.... siannn Kak Gee.... takpelah Kak Gee, take your time to heal.... nanti bila dah sihat betul-betul boleh la jumpa kawan-kawan di luar pulak....




- This entry is posted using BlogPress

Tuesday, April 24, 2012

Menziarahi Adik Arshad lagi..

Alhamdulillah...Alhamdulillah... Alhamdulillah... Semalam adik Arshad dah keluar dari ICU dan ditempatkan di wad kanak-kanak.
Tadi kami menziarahi adik Arshad lagi. Subhanallah nampak segar sungguh rupa dia, berbeza dari yang kami lihat semasa di ICU. Adik Arshad dah mula diberikan solid food dan kata uminya berselera sungguh dia makan. Cuma adik Arshad masih perlu dijaga supaya tidak terlalu aktif kerana kemungkinan utk berlaku pendarahan semula tetap ada. Itupun dia dah mula resah... Lama sangat agaknya duduk di hospital. Asyik tanya pada uminya bila boleh balik ke rumah... 'Arshad dah sihat, Arshad tak sakit, Arshad boleh kira, kenapa tak nak bagi balik lagi'.. Hehe.. Sabar la dik.. Dah sihat betul nanti boleh la balik ok...



muka boring... nak bangun, abi tak bagi, tenogk citer kartun jek la....




- This entry is posted using BlogPress

Sunday, April 22, 2012

Menziarah Adik Arshad

Petang semalam alhamdulillah sempat saya dan siti menziarah adik arshad di ICU Hospital RC... Masa kami sampai, dia sedang tidur... sesekali dia buka mata... sesekali mengerang perlahan... sesekali dia menggerakkan badannya ... apapun nampak dia tenang ... Luarannya langsung tak nampak yang adik arshad tengah sakit...  namun pasti dia sedang kesakitan... Menurut uminya, keadaanya adik arshad semalam tiada perubahan... sama seperti kelmarin... tapi at this point, tiada perubahan dah dikira baik... asalkan tidak ke lebih buruk... sayu dan sebak melihatkan uminya yang tenang ... dan abinya yang tak putus membacakan ayat-ayat suci al-quran di sisi adik arshad..
Buat umi dan abi arshad, kami semua sentiasa mendoakan kesejahteraan asik arshad ... Bak kata uminya sendiri, tiada apa lagi yang kita boleh buat untuk membantu melainkan berdoa kepada Allah swt. Moga Allah swt perkenankan doa kita semua agar adik arshad akan sembuh seperti sediakala... Juga kita mohon agar umi dan abinya akan kekal tenang, bersabar dan redha dengan kejadian ini.... InsyaAllah.... aminn ya Allah....



Nota: Untuk makluman waktu lawatan di ICU di hospital RC ialah 2-3pm dan 7-8pm.

Saturday, April 21, 2012

Hi-Tea in Radwa 3

Wahhh... Rhyme pulak tajuknya... Hi-Tea lagi... Cam datin-datin gitu... :-)
Semalam, kami terima kunjugan Fizah dan Fazlee. Lamaaaaa berkurung di Rabigh tu. Meh jalan-jalan Yanbu laa... Makanya disebabkan mereka balik-hari aja, tuan tanah pun raikan dengan jamuan hi-tea. Ajak siti square and family sekali. (siti square?? Hehe... 2 orang siti yang berbeza - Siti H dan Siti M)
Sakan menjamu depa makan... Main dishnya Lamb Sheperd Pie. Sampingannya ada chocolate cake with cheese frosting and chocolate ganachè dan kuih seri muka. Fiza pulak bawak dari Rabigh tiramisu dan cup cake. Siti H bawak kopi O kawww dan Siti M bawak apam indon. Amikkkkk... semua manis belaka kecuali pie tu...

Sheperd pie yang mengangumkan... Sekali toleh dah licingggg.. Tuan tanah telah ayaq liuq saja... Keke..

Chocolote cake yang budak2 suka


Tiramisu (kiri) dan apam indon (kanan)



Last sekali bila yang manis2 tak boleh masuk dah, kita makan stew daging pulak. Cicah dengan roti. Sedapppp....



Akhirnya sampai ke Isya' la jugak baru selesai makan-makan dan sembang-sembang sampai tersandar kekenyangan. Lepas isya' Fiza and family bergerak pulang. Jangan mengantuk dalam keta pulak tau Fazlee. Hehe.. Drive carefully... Nanti datang lagi tauuu....



- This entry is posted using BlogPress

Friday, April 20, 2012

Tolong doakan Adik Arshad

Semalam kami dikejutkan dengan berita adik Arshad yang dimasukkan ke hospital. Adik Arshad adalah anak sulung pasangan Khairuddin dan Dr. Nik. Adik Arshad sedang berada di dalam wad PICU di Hospital RC. Dimasukkan ke wad biasa semalam dan dipindahkan ke PICU sebelum solat Jumaat tadi. Adik Arshad mengalami pendarahan di otaknya dan melalui CT Scan, dikatakan pendarahan banyak di kawasan yang dominant. Disebabkan itulah dia diletakkan di bawah penjagaan rapi PICU untuk close monitoring.
Mari kita sama-sama berdoa agar si kecil Arshad sembuh seperti sedia kala tanpa memerlukan pembedahan (pembedahan akan melibatkan sel otak). Doakan juga ibu bapa serta ahli keluarga Adik Arshad tabah melalui ujian ini, lebih-lebih lagi Dr. Nik sedang sarat mengandung.



- This entry is posted using BlogPress

Thursday, April 19, 2012

Bergenchok lagi...

Tahu apa makna perkataan tu? Hahaha... Sila buat rujukan dengan sesiapa yang berasal dari utara yaaa.... Nanti boleh fahamkan entri ni... Hehe..
Malam tadi, dapat lagi jemputan ke wedding reception. Lagi sorang anak murid dah selamat jadi isteri orang. Sebenarnya dah lama dah selesai majlis kahwinnya. Sebelum ni dibuat di Jeddah. Tapi semalam dia buat majlis khas di rumah untuk meraikan perkahwinannya bersama cikgu2, kawan2 dan kenalan keluarganya di Yanbu. (ZZ... Yara punya wedding reception ni.)
Majlisnya diadakan di rumahnya di Haii Subh...(kawasan rumah bungalow besauuu ni...excited nak pergi tengok rumah... hehe..). Jemputan bermula dari 9 mlm. Tapi seperti biasa, mencecah pukul 11 mlm baru kami keluar rumah.... Takde maknanya pergi awal2 kalau majlis kenduri arab ni. Tapi bagi kebanyakan orang Saudi, pergi awal ni kiranya masa utk bersosial; sembang antara makcik-makcik, takpun meng'usha' anak-anak dara utk di booking. Agaknyalah.. :-) So me and Siti pilih utk pergi lambat sbb kompom pengantin akan muncul tengah malam. Pergi awal pun nak bersosial dengan sapa kan... Kekeke... Tu pun elok-elok kami sampai depan rumah, si pengantinnya pun baru sampai dari make-up session; baju pengantin pun lum pakai lagi. Hhhaaa.... kannn... Nasibbbb baik sampai lambat. Pengantinnya pun lum ready... Hehe...
Sementara tunggu pengantin bersiap, tetamu dijamu dengan manisan - baklava la ceklat la cam biskut raya pun ada dan mini bun. Not forgetting kahwa...


Mini bun bentuk mushroom




Kahwa dijamu dalam cawan kenit ni. Buat acu lompang pun best kan... Hehe...



Students lain rajin melayan kami. Kebetulan pulak kat area kami duduk tu memang geng students CS belaka. Sambil-sambil sembang, budak2 tu siap bergenchok. Lagu tak putus-putus berkumandang. Seronok tengok derang terkudik-kudik menari cam tarian semazau. Sama pesen pulak tu semuanya tua muda. Hehe...

Almost 1 am baru la si pengantin muncul. Dengan husband sekali tau... Sebelum depa turun, ahli keluarga dah suruh para tetamu siap pakai abaya dan bertudung. Sambil turun tangga, si pengantin melempar souviniers ke arah tetamu. Dapat la ini...



Ohh yesss... I brought kakak along and Siti brought Aina. Budak berdua tu la yang mengutip benda alah tu. Kali ni saja bawak budak2 tu, nak bagi depa experience hadiri wedding arab. Ternganga mulut masing-masing. Hahaha... Siap boleh kata 'eeeeuuuuuwwwww...' bila tengok dressing masing-masing especially yang remaja. Atas tak cukup bawah tak cukup... Kejap tarik ke atas kejap tarik ke bawah... Hahaha... Pot pet pot pet mulut budak berdua tu.. Baru korang tau kan...


Tengah tunggu abah @ 2.15am

Akhirnya, barulah kami dihidangkan dengan dinner. Ada briyani ayam dan briyani ikan, pelbagai jenis salad, ayam, udang, kebab, ikan dan pelbagai jenis dessert. Meriah juga makanannya walaupun di rumah. Alhamdulillah kenyang sampai senak perut. Orang tak biasa makan heavy tgh mlm buto. Sekali sumbat macam2, tu pun semuanya ambil sikit2.
Lebih kurang 2.15am kami bergerak pulang. Si pengantin siap tahan kata jangan balik lagi, kita bergenchok sampai pagi...!! Makkk... tak sanggup makcik...

Thank you Yara and family for inviting us. It was really fun and great experience to remember!!




- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, April 18, 2012

*^ The Corridors ^*

Yesterday, I was browsing through my photo album, I was attracted to some photos that I have taken for no reason but simply because I like the views. I named the theme as 'corridor'... hehe... All photos taken using my 3GS and touch-up by Instagram.

.: At my apartment :.

.: At my office :.

.: At my campus :.




- This entry is posted using BlogPress

Monday, April 16, 2012

Tanda Keraian

Hari ni, salah seorang rakan sekerja saudi datang ke bilik membawa coklat (dari ChocoLine) dan kahwa (kopi arab). Katanya sempena meraikan kelahiran anak sulungnya 40+ hari yang lalu.




Inilah salah satu budaya orang sini... Meraikan sesuatu kegembiraan bersama-sama teman-teman (rakan sekerja contohnya) dengan menghulurkan makanan manisan dan kopi kahwa. Selain coklat, ada juga yang membawa kek, baklava, basbosa, kurma dan pelbagai jenis biskut - janji segalanya manis.
Menarikkan cara orang sini mewar-warkan berita gembira.


Nota kaki 1: cuti bersalin di sini hanya 40 hari... huk..huk..huk... Sedihnya...

Nota kaki 2: ChocoLine tu antara brand coklat yang ternama di sini. Lagi satu yang famous Patchi. Satu kedai dia ceklat sesaja... Siap dengan servis mengdeco ceklat tu. atas apa kome nak letak kabo jek - atas pinggan boleh, dalam mangkuk boleh, dalam pasu tinggi pun boleh...(janji bayorrr ler kann...) Best gilerrr... Kome penah tgk tak kedai ceklat sesaja ada kat mesia? Teman tak perasan la kalau ada...




- This entry is posted using BlogPress

Sunday, April 15, 2012

Mekah Al-Mukarramah: Another Pertemuan

Ini siaran tertunda... Cerita pada hujung minggu yang sama dengan kisah hujan di Tanah Haram (http://ejalz.blogspot.com/2012/04/mekah-al-mukarramah-hujan-rahmat.html). Cerita tentang pertemuan dengan sahabat2 kami di Tanah Haram.
Pagi Khamis dan pagi Jumaat, kami 'dating' dengan Azaina. (tempat standard, tak lain tak bukan di D'Saji...) She's a friend of my hubby from university-year. Ni geng baik dengan abidwaliyad.wordpress.com la ni... Kawanmu kawanku juaaa... Hehe..
Azaina datang dengan adik-beradik semua termasuk maknya sekali... seronok jek tengok datang umrah dengan badik-badik semua ada... Lagi seronok, bila kami dapat buah tangan dari Malaya... kekeke... sajerr tauuu... Lepas zohor (Khamis tu), kami lepak kat lobi hotel Azai... selesa sikit nak sembang-sembang panjang... mamat kenit tu pun siap tidoq keletihan...
Us with Azaina
Lewat pagi (ada ke lewat pagi? hehe... dekat-dekat kul 11 lewat pagi la kan..) Khamis tu (lepas Azaina bergerak balik ke hotel), my friend, my roomate in PMKP pula sampai - Norsuhaida. Eerrrr... of course masih di D'Saji. Keke...
Part jumpa Ida ni memang terrrrramattt touching rasanya. Sebak dada masa nampak Ida walking towards me. (rasa nak nangis tauu... tapi simpan la... malu aiii...) We have not met in years. Yearsssss tauu... Last sekali jumpa, masa Ida kahwin (rasanyalah..). Imagine now anak sulung dah 10 tahun. Dulu selalu in-touch through sms, sometimes emails and now most of the time through fb (hokayy... ada la jugak baiknya fb tu kann...). Terus kenangan bersama di PMKP bermain-main di mata. Kami roomate berempat - me, Ida, Che Sue and Josephine. Che Sue ada di Doha now; ikut husband kerja sana. Anyway, wait for me che sue....i'll visit you soonnnn... nanti leh touching-touching dengan che sue plak lepas nih.... Cuma Josephine jek yang hilang terus... she's Sarawakian, lepas matrik memang putus hubungan langsung... Ida and I, katil atas-bawah. Selalu pergi dewan makan sesama, gi library sesama, gi outing kat town Pilah sesama, naik bas ke Pudu sesama, not forgetting bangun awal subuh utk kejar air sesama. (kejar air tu... Kalau tak kejar, tak sempat mandi kott...hehe...). Then masuk UKM, kami terpisah kamsis, jauh berbatu-batu. Nasib baik masih di building faculty yang sama (eeerrrr... actually FTMSK yang menumpang FK... :-p). And nasib baik juga kamsis Ida di laluan utk ke aktiviti ko-ku. So selalu jadi tpt persinggahan untuk berehat. Hehe.... Aaahhhh... Seronoknya mengimbau kenangan di zaman bergelar pelajar dulu...nak jadi student balik laaa...huhu...
And now masing-masing dah berkeluarga... ironinya nama anak-anak kami yang sulung dan kedua, ada nama yang sama (Adlina dan Alisya). Very the strong instinct... Hehe...
Mak-mak dengan anak-anak








Thursday, April 12, 2012

Jarir Bookstore in Yanbu Al-Bahr

Oooo.. people of Yanbu, please be informed that Jarir Bookstore is now has started its operation in Yanbu Al-Bahr... (waaahhh... macam newsflash dalam biter lak.. nnggeee...). Enjoy your one stop center for everything you need - office supplies, school supplies, IT supplies and books. Jarir Bookstore not just a bookstore!! (promo iklan lagi...hehe...). Anyway, suka sangatt dan sangattt sukaa.... hehehe...
For those who plan to go, it is located on Ali bin Abi Taleb Street, in front of Yanbu Mall (Center Point is there) and very near to CityMax (actually, you have to turn right at the traffic light just before CityMax)... Enjoy people....
Maafkanlah gambar yang senget ini, tangkap dari dalam kereta jek...

Wednesday, April 11, 2012

Apaaaa.... Dapat E?






Ini hasil kerja anak dara Alisya. Anak dara tu kena buat projek tentang negara.




Dapat E tu... Tapi ada plak 'Good Job'. Camne tu? Hehehe.... Camni kisahnya.... Kat YIS, assessment student adalah berdasarkan 4 grades -
1. E: Exceeding Expectation
2. M: Meeting Expectation
3. A: Approaching Expectation
4. B: Below Expectation
So, terbalik dari kebiasaan grading yang kita fahamkan. Hehe... Dulu ambil masa juga nak biasakan dengan grading ni. Kompius mak...
- This entry is posted using BlogPress

Tuesday, April 10, 2012

Dup...dap....dup...dap...

Yesterday afternoon, I was in a mid-term invigilation. It was a lab-based exam for prep-year students. Everything went on smoothly until about 30 minutes later... I was shocked and panicked... Dup...dap....dup...dap... One of the student suddenly 'collapsed' (pitam kata orang malaya). From her sitting position facing the computer, she almost felt down from her chair. I panickedly ran towards her and grabbed her body..... and everyone stopped doing the exam. (eeerrr... don't try to imagine how I looked like that time eehhh... Buruk kot... ngee...)
Alhamdulillah, she regained her consciousness seconds later with a very pale face. Fuhhhh... What a relieve.... I could not imagine what will happen if she did not regained her consciousness that fast... Actually... Could not imagine what happen to me!! Huhuhu... First experience ever....


- This entry is posted using BlogPress

Sunday, April 8, 2012

Sekiannn........

Hari ni ada 2 benda tamat riwayatnya di kampus (sementara la kot... Hopefully...)
Masuk kelas tengahari tadi, terperanjat tengok ni...


Aduhaiii... Meja cikgu dah patah sebelah - dinding sebelah tu dah lekang. Makk aiii... Gajah ke apa yang duduk atas meja ni sampai terpeleot dibuatnya... Taktau la sapa punya kerja - yang dewasa ke yang kanak-kanak ke.... mmmmm...
Petang tadi pula masa nak balik, di building admin....


Water fountain yang selama ni berkhidmat tanpa henti, akhirnya berhenti berfungsi hari ni. Sebabnya salah satu saluran air pancut ada masalah. Pancutan air tak masuk dalam kawasan kolam tapi sebaliknya membasahi lantau keliling. Sampai bertakung-takung air di keliling kolam tu. Mmmmm... takdelah pandangan yang menyejukkan mata sehari-dua ni.



- This entry is posted using BlogPress

Thursday, April 5, 2012

Mekah Al-Mukarramah: Hujan Rahmat

Semalam, ketibaan kami di Mekah disambut hujan yang lebat. Alhamdulillah... Hujan rahmat.
Dalam beberapa km sebelum sampai ke Tanaem, dah nampak kilat muncul sekali-sekala... Cuma hati tu tak berapa pasti sebab cahaya kilatnya tidaklah kuat memancar sangat. Akhirnya, tinggal lagi beberapa ratus meter lagi mencecah ke Tanah Haram, hujan pun turun dengan lebat.



Ni ketika masih lebat, tak tau la gambar tak cantik sebab dalam kereta atau sebab guna kamera cap epal. Hehe... wiper tak berapa berfungsi dengan baik... blade dia dah keras, asyik berjemur panas jek kan.. Jenuh membulatkan mata, memerhati jalanraya (eeehhh... not only the driver, co-pilot also you know...). Alhamdulillah driver-driver di jalanan sangat berhemah di kala hujan ni.



Hujan reda selepas hampir sejam turun membasahi bumi Mekah. Ini pengalaman kedua kami berhujan di Mekah (yang pertama ketika musim haji 2 tahun lepas).
Khamis, menjelang maghrib sekali lagi bumi Mekah dibasahi hujan. Tapi kami hanya memerhatikan dari bilik. Tak sempat keluar pun. Huhu..



Selepas 2 hari berhujan, ni ler ropa kereta yang ditinggalkan di Kudai Parking. Huhu...



- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, April 4, 2012

Ayooo... Kita ke Gym

Laaaa... rupa-rupanya kampus baru ni ada gym yang lengkap segala kemudahan untuk exercise. Ada peralatan exercise seperti threadmill, yang kayuh mcm basikal tu dll..




Baru ku tahuu.... Hehehe... Sebelum ni, memang tahu ada gym. Tapi ingatkan sama seperti kemudahan di bangunan lama - court untuk main basketball dan badmintan serta meja untuk ping-pong. Tu jek...




Menatang ni pun ada. Apatah nama dia. Selalu tengok orang pakai dalam rancangan 'The Biggest Loser' jek. Hehe..
Anyway, 'lawatan' bersejarah hari ni hanya sempat 'mencemar duli' menggunakan basikal tu jek. Hehe.. Sbb instructornya takde. Yang tu jek tahu guna tanpa tunjuk ajar... Tu pun takde nak set apa pun. Kayuh jek laaa... Janji peluh keluar. Hahaha...




Dah kurus nampaknya kaki tu. kekeke... (untuk makluman, bukan kaki saya tu ye... ngggeee...)
Di gym yang baru ni... Oopppss... dipanggil "sport centre" sekarang ye... Di sport centre ni selain gym.. ada juga swimming pool olympic size (6 lanes), indoor court serta outdoor court. (tu jek yang sempat melawat hari ni.. Kekeke...tak pasti la kot ada kemudahan lain lagi sbb building memang besar...)
Beruntunglah kalian wahai anak-anak saudi. Kemudahan serba lengkap tak perlu bayar sesen pun. Cikgu-cikgu pun menumpang tuah. Alhamdulillah... Syukur diberi peluang ini. Hanya semester ni la pun yang kami agak ringan sket loadnya
Bersemangat ni nak mulakan kayuhan setiap hari Rabu. Keke...
- This entry is posted using BlogPress

Sunday, April 1, 2012

Harrr... Harrr...

Meriah sambutan April di kampus... Meriah apa tau... air-conditioner not working properly. Sekali temperature naik sampai 27 celcius daaa... Mana ada sujukkk itu macam... Harrr... Harrr... "Panas" kata budak-budak arab... Dengan cuaca luar yang mendadak berdenting panasnya... Ada jek yang kena 'makan' ni kang kalau salah cakap. Huhu.. Sabor jek la...



Update: 2 April pun masih sama. Huhuhu...


- This entry is posted using BlogPress