Thursday, May 31, 2012

Sesuatu yang luar biasa..

O..ooo... o..ooo... (ikut style teletubbies tau... haha... bahana temankan akram menonton teletubbies..) Kita selalunya akan terpikir bila sesuatu tidak sepatutnya terjadi, ianya tidak akan terjadi. Namun, Allah itu maha berkuasa, sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi, tetap boleh terjadi dengan izinNya.
Itulah yang kami alami dalam perjalanan kami malam tadi. Ketika panas summer kian membahang, ketika kita menyangkakan suhu akan terus meningkat dan meningkat, kami sekeluarga dikejutkan dengan hujan berserta petir. Kami yang dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah, bertolak dari Jeddah selepas Asar, dapat rasakan ada perubahan cuaca. Cuma otak cuba menidakkan apa yang mata lihat. Allah ya allah, kejutan pertama ketika melihat petir mula menyambar. Tak jelas dan jarang-jarang, tapi cukup mengejutkan. Sekali lagi otak menyatakan mungkin ianya disebabkan geseran antara awan. Mmmmm... Pandailah sangat sains tu konon.. Hehe.. Makin lama petir makin jelas, makin lama makin kerap.. Akhirnya hujan pun turun... Bermula dengan renyai-renyai, makin lama makin lebat. Cukup untuk 'mencuci' kesan debu pasir di cermin kereta. Rasanya nak terkeluar biji mata ketika 100% cuba memfokus pada jalan (incik drebar ketika ini tidak memakai spek... Huhu...). 
Kejutan kedua berlaku ketika kami baru hendak menarik nafas lega bila hujan makin reda. Ribut pasir bercampur dengan hujan!! Allahu akbar... Sesuatu yang sangat-sangat tidak terjangka! Pabila hujan bercampur pasir, tidak ada apa pun yang kelihatan di depan mata, hanya warna pasir sahaja yang kelihatan!! Takutnya ketika ini Allah sahaja yang tahu. Takut nak bayangkan di manakah kereta yang berada di depan kami, takut juga untuk bayangkan di manakah pula kereta di belakang kami. Alhamdulillah, sand-stormnya hanya di kawasan itu sahaja. Maknanya selepas 2 minit melepasi kawasan sand-storm, cuaca kembali jelas, sehinggalah kami sampai di Madinah. Alhamdulillah... Allah selamatkan kami sekeluarga dari segala bahaya ketika di jalanan. Terima kasih ya Allah... Syukur alhamdulillah..



- This entry is posted using BlogPress

Jual.. Jual... "Personalized fridge magnet"

STICKY POST : Promosi bisnes adik & isteri....

(Sila scroll ke bawah sanaaaa untuk entri baru...)


Jika berminat, boleh kemukakan persoalan pada tuan tanah yee... nanti saya sampaikan pada tuan kedai... kedainya di Teluk Intan, Perak.... urusan penghantaran melalui pos boleh diuruskan...

Tuesday, May 29, 2012

Final Year Presentation

Minggu ni penuh jadual pembentangan projek akhir budak-budak CS final year.... sebelum cerita panjang, nak bagi sejarah sket tentang FYP nih... FYP ni actually memang dah wujud dalam pelan akademik untuk CS dijadikan sebagai pilihan dengan latihan industri.... malangnya selama-lama ni budak-budak CS diberitahu FYP tidak ada sebenarnya, yang ada cuma latihan industri.... tak tahu la 'pihak ketiga' mana yang pandaiiiiii sangat bagi informasi tu..... cuma 2 semester lepas, baru kita berjaya laksanakan pilihan tu... dan ada la 2 budaknya yang nak buat FYP pun.... yang lain pilih latihan industri... masuk semester ni pulak, ntah angin ribut mana melanda kat pihak atasan, latihan industri pula yang dibatalkan terus... jadi tiada lagi pilihan untuk budak-budak CS melainkan hanya FYP sahaja... ada la dalam 13 budak yang bertungkus-lumus menyiapkan FYP...
dari Rabu minggu lepas dah mula sebenarnya pembentangan nih.... alhamdulillah, nampak kumpulan pelajar yang 13 ni lebih bersedia dalam pembentangan.... informasi cukup, sistem jalan, penerangan juga jelas.. tapi yang tak tahan tu... siap angkut adik kakak mak datang tengok... penyokong ramai benarrrr.... ada pulak yang siapkan preparation sampingan....
dengan brochure, ceklat, kahwa, macam-macam adaaa....
Korang ada cam ni? kekekeke....



Wednesday, May 23, 2012

Doakan mereka sihat..

UPDATE: Kak Salmah telah kembali ke rahmatullah semalam... Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat...

Dalam minggu ini, 3 berita 'kesakitan' saya terima, dari ahli keluarga dan juga sahabat-handai. Mohon kita sama-sama doa kepada Allah agar mereka kembali sihat dan ceria seperti biasa.
Yang pertama untuk nendaku tersayang... yang kupanggil opah, my abah's mother. Saya diberitahu opah sakit sejak 12/5 yang lepas. Bermula dengan tekanan darah yang tinggi, diikuti jari-jemari tangan serta kaki opah merasa kebas. Lanjutan itu, berjalan pun perlu dipimpin (anyway, mama kata opah cukup tak suka dipimpin.. Huhu..). Sepatutnya opah perlu hospitalized tapi tau jek la kan... most orang2 tua takkan mahu duduk di hospital. Dan disebabkan ujian ECG normal, percakapan opah normal dan opah mampu berjalan, maka doktor benarkan pulang. Cuma perlu ke hospital untuk buat terapi.
To my dearest opah, please rajin-rajin makan ubat dan buat terapi. Dengar cakap anak-anak tau... They want the best for you... :-)
Yang kedua, teman Yanbu ku - Kaherah. Dikau sakit PCO (betul ke ni?), apa bendalah tu.... tak penah den dongar. Siap Faezah tolong jagakan, mesti serius kan. Sian awakkk... kawan awak ni tak tahu pun... Siap tuan badan dah tulis kat blog baru tahu. Huhu... Makan ubat eekkk kalau ada, jaga makan sama... InsyaAllah kita sama-sama doakan penyakit ni sembuh dah dapatlah kalian menambah ahli keluarga secepat mungkin. Kan... kan... kan...
Dan yang terbaru berita sakit dari seorang adik jauh di Australia. Yang sakit kakaknya nun di Brunei. Katanya kakaknya menghidap sindrom HELLP. Kes yang sangat jarang berlaku pada pregnant ladies (1 in 1000). Anak dalam kandungan kakaknya telah pun gugur di usia 4-5 months. Dan kakaknya kini sedang berada di ICU, disebabkan liver gagal berfungsi dengan baik dan effectnya sekarang pada kidney.
Mari kita sama-sama doakan agar liver kak Salmah Mohamed Ariff akan sembuh dan kembali berfungsi secara normal dan segala kesan sampingan akan turut sama sembuh seperti sediakala. Aminnn.. InsyaAllah...


- This entry is posted using BlogPress

Monday, May 21, 2012

Tanda Penghargaan

Inilah seorang pelajar Saudi yang pada saya pandai menghormati guru dan bersopan-santun. Dia juga seorang pandai beramah-mesra dengan guru-gurunya tapi pada masa yang sama tetap menghormati 'sempadan' guru-pelajar.
Kali pertama saya mengajarnya dulu, dia sedang mengandung anak sulung. Nevertheless, dia tidak pernah menggunakan pregnancy sebagai alasan untuk 'mengulat'. Harapannya amat tinggi ketika itu untuk mendapat kedua-duanya sekali.... anak pertama selepas beberapa kali keguguran dan menduduki peperiksaan akhir sebelum melahirkan anak.... Dalam mengharungi kepayahan cabaran sebagai pelajar, ibu dan isteri, dia tetap berjaya mengekalkan prestasi, walaupun menurutnya pernah si suami meletak syarat tidak boleh gagal walaupun 1 subjek atau tamatkan pengajian dan duduk di rumah..sedih sungguh dia ketika itu...
Semester ini adalah semester terakhirnya. Graduat akhirnya walaupun lebih lama dari rakan-rakan se-pendaftaran yang lain... yang penting usaha gigih ibu 2 anak ini berbaloi.... tanda penghargaannya pada guru-guru yang pernah mengajarnya selama ni, inilah pemberian darinya...

Coklat CD dari ChocoLine

Ni panggil apa eekk - Trophy ke?
Thank you so much dear Mea'ad... We will definitely missed you.... We really appreciate your kind remembrance.

Saturday, May 19, 2012

Nggeeeee...

Hari ni dah bermulanya minggu final exam. Pagi ni teman kena jaga subjek english untuk budak-budak prep. 2.5 jam tu... Aduhaii... Dah la perut lapar tak sempat breakfast, menguap tah berapa kali tah... Bosannya jaga exam ni weeehhh... Untuk mengurangkan tahap kebosanan, teman pun intai-intai la jawapan budak-budak tu.. Hehehe.. Lebih kurang camni la ayatnya:

1. Tom cruise is my favorite actor. I like it very much.

2. I have a lot of books. Let's read us.

3. Write about your home town. My home is big and it has many rooms in up floor.

Ni pulak conversation teman dgn sorang student:
Section A - listening part. Kena tunggu teacher masuk bawak audio rakaman. So teman dah announce kat dalam bilik tu, buat section lain dulu sampai la cikgu tu datang. Ada sorang hamba allah ni, teman tengok kusyuk baca soalan section A tu. Teman pun tegur la dia, jangan jawab lagi. Buat soalan lain dulu. Dia kata 'takpe miss. Saya nak baca jek soalan dia'. Taiibbbb... Naper la ko nak buang masa baca soalan yang kompom tak boleh jawab lagi. Huhuhu...

- This entry is posted using BlogPress

Presentation & Evaluation

The whole week last week (except Monday of the YUC Fair), many of junior/senior courses conducted their projects presentation.
I had only 1 junior course and it was only analysis-type of projects, not so much of hassle to evaluate them except for few 'copy-paste-but-don't-understand' cases.
However, I was the external evaluator for 3 other different courses. Pphheewww... Nak termuntah dibuatnya...


Tiring when we had to sit and listen while trying to understand the projects objectives and outcomes, for 2 hours straight, per course!! Huhuhu...



** ada orang kata jadi cikgu/pensyarah ni senang... mmmm... cubalah dulu eeehh.. **



- This entry is posted using BlogPress

Friday, May 18, 2012

دبي للتو فير

Wahhh... Tulis arabbb lahhhh... Nama kedai sebenarnya tu.. Tapi di kalangan kami panggil 'Dubai Shop' jek. Kedai ni macam-macam adaaaaa.. Murah pun ye... Ala-ala kedai apa ehhh kalau kat Malaya? Nak kata macam kedai barangan plastik yang pacak khemah-sementara-tapi-berbulan, tak jugak sebab barangan dia bukan setakat barang dapur. Nak kata macam kedai RM5 yang saya pun tak tahu wujud lagi ke tidak, pun tak jugak sebab barangan dia variety of prices. Pendek kata memang best aaa... I think I will missed this kind of shop if I leave KSA. Don't you, ZZ? By the way, kalau kat Jeddah, kedai macam ni yang femes (di kalangan mesian la kan..) ialah di Bashawat. Dekat area round-about basikal besar tu. Kedai dia lagiiiii besarr.. and barangan dia lebih murah (in comparison to Dubai Shop). Ok stoppp... I'm sure i'll miss you this kind of kedai!!! Sob... Sob... Sob...
Ada pun tujuan kami ke sana utk .... mestilah nak membeli barang kannn... Takkan nak basuh keta plak. Wakaka... Tiba-tiba jek... 😜


Mama Amani, these are yours... Jangan dok malu-malu tucin sangat aiihhh... 5 kotak tecit jaaaaa...
Untuk kasi panas sikit, kami pun beli gak 2 botoi... Hehe... Hampa tengok hat kami punya dulu naaaa...


Perasan dak yang belah kanan tu, ada iras-iras perfume mana? Jeng... Jeng... Jeng.... Tadaaaa....


Macam botol perfume SimplySiti. Yang dalam skrin tu botol SimplySiti. Ada rupa adik-beradik kan... Hehehe... One for you too... Bau pun sedap gak... Jom celen bisnes mak iti, bleh? Harharhar...
Dalam pada tu, mama pun kena pau gak ngan anak-anak dara. Sorang satu beli sticker hiasan dinding...


Cantikkan...? (ZZ, kat malaya kalau sticker camni depa juai berapa eekk? Do you have any idea?)
Gitulah adanya... Nak gi Dubai tak susah mana pun, naik keta pun boleh sampai. Hahaha... Sekian.



- This entry is posted using BlogPress

Thursday, May 17, 2012

YUC Fair 2012

Monday last week, YUC conducted an exhibition of students' projects, called YUC Fair. All departments were involved - CSE, MIS, AL, GS and MATH.
As for CSE, our students presented 3 categories of projects - software-based, hardware-based and final year projects.


They showed good products and were well-prepared. Good work girls!! And one of the team was presenting project from my course - Programming Languages & Algorithm Analysis. Even though theirs were not an actual development project but they showed good understanding of the topic they presented (not last in the list!!).


This is event is supposed to be an open event to all but I think there were not enough promo made or perhaps it was just an open-by-invitation day... mmmm... Could not see unfamiliar faces except the families of students themselves. Maybe the committee should think about inviting high schools students to gave them some overview of what university is.


- This entry is posted using BlogPress

Friday, May 11, 2012

La... La... La... Tonite...

Sapa remaja 80an - 90an, mesti ingat lirik tu ... lagu NKOTB... hehe...
Bukan nak buat entri lagu plak... Tapi selalu kalu nampak benda yang satu ni mesti nak nyanyi lirik sebaris tu. hehe...
Bendanya... Selepas dah masuk 5 tahun duduk di Yanbu ni, semalam kali pertama jumpa lala di pasar. La... La... La... La... La... La... Tonite...... Hahaha...


Eehhh... Eehh.. Yang baru pertama kali jumpa tu kami jek tau. Probably pernah ada tapi kami yang tak pernah bertembung kat pasar. Keke... Anyway, sekali masak cili sekilo, habis makan anak-beranak. Yummm... Yumm...




By the way, many months ago dah pernah terserempak dengan kerang. Mak kerang kauu.. Punyalah besar... Tapi rasanya kureng sket... Buat bakar jek... kering terus isinya... takde juicy langsung..



Alhamdulillah... Dapat merasa rezeki dari Allah swt.



- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, May 9, 2012

Suka... Suka... Suka...

Kelmarin teman dapat emel dari IT Dept. Katanya pc teman akan dituko. Wahhh... best ni... Teman dapat pc baru wehhhh... Tunggu punya tunggu, takde pun muncui pc barunya. Aterrr... Hari ni, teman pun call la salah seorang IT staff nanyakan hair (amik sebutan jek ye bukan makna. Keke..) pc baru tu. Katanya udah ada pc nya. Cer kome pegi cari cleaner suruh dia nolakkan troli ni. Èkkkeeelleeee... Takat nak tolak troli tak payah la sebuk nak cari cleaner. Cari dia lagi susah kot dlm building besar ni. Meh sini teman sendiri yang nolak troli tu. Bukan berat mana pun.
Tadaaaaa.... ini ler pc baru teman... HP TouchSmart 520.


Dasattttt kan... Cpu sekali dgn monitor, touch screen, build-in web-cam (which deme dah disable kan), wi-fi, 6 usb ports, 1 sd card reader, wireless keyboard and mouse dan ada remote yang tak tahu lagi apa gunanya. Hehehe... Waaaa... Sukanya teman.... Dan disebabkan set baru ni kurang wayar berselirat, bawah meja pun dah jadi kosong... aterrr... apa lagi, jom kita ngubahkan meja bagi kemas sikit.
Tadaaaaa... New design...


Kalau jenguk dari pintu, nampak la luas sikit...


Alhamdulillah.. Dapat kemudahan dari pihak kolej. Aterrrr... apa lagi nak.. Keroje ler betui-betui yeeee...!! InsyaAllah....



Nota: try test tulih entri dalam bahasa perak. Ngeh... Ngeh... Ngeh...


- This entry is posted using BlogPress

Tuesday, May 8, 2012

Happy Birthday to my Abah



I am what I am today only because of the presence of a special someone
in my life. Now that I've grown up I realize how tolerant you've been of all my
crazy habits. Thanks for looking beyond what was not so great and
helping me to be a better person. 





 There are some memories in life that remain for a short time while and
others stick with you forever. All the times I've spent with you are
going to be sweet memories for the rest of my life.





Happy Birthday to you Abah/Atok! We wish
you many more fantastic Birthdays to come. 


.....me, suhaimi, adlina, alisya and akram.....









Birthday wish dari kejauhan didekatkan melalui skype...


Birthday 'card' from adlina and alisya...



Sunday, May 6, 2012

Cleaning Week in YUC


This week English Department is organising a campaign called 'Cleaning Week'. The objective is to create awareness among students about cleanliness. (ya la agaknya tu...)


They have conducted many activities. Booth showing information on cleanliness, booth selling cleaning stuff,


wall of promises (to keep campus clean), and many more... But one that is interesting is how the have creatively 'decorate' the dustbin... Look at how creative they are...





Maze to the dustbin





Teng-teng to the dustbin


- This entry is posted using BlogPress

Saturday, May 5, 2012

Bidan Terjun..

Ni bidalan ke simpulan bahasa ke pepatah melayu? Peribahasa memang bukanlah kan... Hehe... Okaylah.... okaylah... ini bukan entri nak menguji keterroran berbahasa melayu plak. Saja teringat pelajaran bahasa melayu, 'brush-up' sket skill. 😉
Kisahnya hujung minggu semalam ni, kami ke Jeddah. Tujuannya untuk mencari abaya yang dikirim kawan-kawan. Lepas asar petang Rabu kami dah bertolak ke Jeddah. Pagi Khamis, kak ita dan abg rashid ada tournament bowling antara IDB dgn Panda. So sebelum bershopping jom meriahkan majlis (di samping berharap ada lane kosong utk menyelit main.... keke..), meh kita jadi 'pom-pom girl' untuk kak ita dan abg rashid. Sementara peserta masih lagi settling-down, kami anak-beranak lepak di cafe sambil breakfast. Tiba-tiba tuan penganjur En. Effendi datang pada encik suami. "mie, ada team tak cukup player la, ko nak main tak?". Bagai orang mengantuk disorong bantal la kan... (this is peribahasa definitely..) Laju jek mengangguknya. Dia kata nanti dia datang kompom balik. Lepas 5 minit En. Effendi datang balik "mie, wife ko pun main sekali boleh? Team perempuan kurang sorang player". Senyum la makcikkkk.... Dah lama makcik tak pegang bola boling nih... Kekeke... Kalah dah tentu... Baling jek la.... Janji lepas gian kan... Berbulan tak main boling, naik sengal segala bahagian badan - especially paha dan lengan. Anyway, berbaloi tau sebab my team dapat second place utk ladies. Yahooo....


- This entry is posted using BlogPress

Friday, May 4, 2012

Jual ... Jual ... "Little Tikes Victorian Inflatable Playhouse"

Sticky Post (post baru kena scroll ke bawah yee..) 

Set inflatable playhouse ni baru 2-3 kali je guna. Harga SR300. Siapa berminat boleh contact tuanpunya blog ni ye ...

Untuk maklumat lanjut tentang playhouse ni, boleh rujuk di sini... http://www.amazon.co.uk/Little-Tikes-Victorian-Inflatable-Playhouse/dp/B000YYL6ZK