Friday, June 29, 2012

I've Travelled To... Doha: Day 3

Hari ketiga ni Mr. Rahim dah bekerja, jadi Ms. Aida yang bawak kami jalan-jalan. Kat Doha ni perempuan boleh drive.
Mula-mula Che' Sue bawak kami ke Torch Tower. Lalu jek sambil klik-klik.



Bersebelahan dengan tower ni ada kawasan park yang menurut Che' Sue memang ramai orang lepak waktu winter. Dari tempat parking, kami boleh nampak sebatang pokok yang mempunyai trunk yang sangat debab (boleh?? hehe...). Nampak unik dan menarik... ala-ala pokok bonsai yang dah dibentuk batangnya.


Next, terus masuk ke Hyatt Mall (di kawasan yang sama juga). Hari ni terasa panasnya lebih sikit. 48 degree menurut bacaan termometer dalam kereta. So cari tempat sejuk aaa... And again as in other malls, sama jek isi dalamnya. Hehe... Again ada KiddyZone yang buat Akram tak senang duduk sebab dia dah 'ter'berkenan sebiji kereta merah. Hhuuwaaaa... QR100 lebih tu dik... Manual lak tu...



Lepas lunch, kami menuju ke kedai souvinier namanya Al-Shaheen. Proposed by Angah. Kedainya pun berdekatan rumah Angah. Sorry ler ye... Nama2 tempat ni tak hengat laaa.. Tak familiar kan... Unfortunetly, kedainya tutup lepas zohor dan dibuka semula lepas asar. So, kornar pi rumah Angah. Sedia menanti dengan kuih serimuka dah... Hehe...
Lepas Asar, giliran Angah & family pulak yang bawak kami jalan-jalan. Macam sardin kauuu... 10 orang dalam 4x4!! Hahahaha.... Nak jalan2 kan.. Jangan bising, dok diam2.


Mula-mula ke Al-Shaheen, nak borong souviniers. Nampak gaya kat sini price yang paling berbaloi. Sudahnya sampai beratus gak belanja. Kekeke...
Next, ke Katara. Dalam perjalanan ke Katara, ada juga beberapa monumen yang ditunjukkan tapi tak dapat nak snap semuanya... Maklumlah dah jadi sardin, nak angkat kamera camno.... Hahaha...



Ni Islamic Museum




Westbay dari kejauhan...



Salah satu landmark yang popular pada fridge magnet Qatar. Hehe...



The palace

Anyway, before Katara, Angah singgah dulu kat private beach. 'Private' as per you need to pay in order to get to the beach. Kalau tak bayar, tengok jek la dari tepi jalan eehhh... cam kami. Posing dari kejauhan...(nak jugak tu...) Keke..


Dah puas memposingkan diri, kami ke Katara, elok-elok masuk waktu maghrib. Tempat ni macam cultural village dan di tepi laut.



Malangnya dalam kegelapan malam, yang pasti kami nampak Amphiteather - macam binaan Coliseum ... Tu pun bergambar tak jelas sebab takde cahaya lampu yang terang.


Sekejap di Katara, kami berangkat untuk dinner pulak. Rahim and Che' Sue ajak dinner sesama somewhere near to Al-Sadd; makan laham mandi. Yang best kat sini tempat makan untuk keluarga dalam bilik2 dan makannya bersila.



Tapi yang palinggggg tak best bila kena halau cara tak terhormat!! Ada ke bila kita mintak tambah air teh, mula2 kata teko takde, lepas tu kata teh takde. Bila minta tukar jus, dia kata jus pun habis. End-up, waiter panggil supervisor (agaknyalah), and mamat tu mintak kita keluar sebab ramai pelanggan masih menunggu bilik. Hampesssss tahap gaban!!
Balik rumah dengan mulut masing2 mengomel2 sebab tak puas hati. Hahaha...
Nota 4: matawang Qatar ialah Qatar Riyal (QR).
Nota 5: Di Qatar ni, ada rule yang menyatakan budak2 tak boleh duduk di depan bersama mak. Even budak2 yang masih tak boleh pakai seat-belt sendiri pun tak boleh duduk depan, kena duduk belakang.
- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, June 27, 2012

I've Travelled To... Pulau Langkawi

Hari ni tak semena-mena kami sampai Langkawi. Hahaha... Tak semena-mena kononnnnn....
Sebenarnya dari pagi dah macam malas nak berjalan sebab mama ngan abah tengah berlawan suara - sapa paling kuat batuk kong-kang kong-kang... Hahaha.... Berkemas tidak, bersiap tidak... Tapi memikirkan kalau tak bergerak hari ini... alamat takde cuti-cuti malaysia kang... So dengan semangat waja pagi tadi jugaklah mencari tempat penginapan. Nasibbb ada...
Akhirnya, keluar dari rumah kakyong di Bukit Tambun dah tengahari. Sampai di Alor Setar, sempat singgah beli cendol pulut... Terus teringat kat Angah Doha... Hahaha.... Hampir 3.30pm kami selamat sampai ke Kuala Perlis. 4.30pm feri bergerak ke Pulau Langkawi. Perjalanan smooth jek, laut tak berombak sangat... Idak ler kecut perut dibuatnya. Kekeke....


Kami menginap di Langkapuri Inn, Pantai Cenang. Bilik superior mengadap laut. Best... Best... Angin laut bertiup... fuhhhhhh... Nyamannya....



And waktu dinner tadi, guess jumpa sapa....





- This entry is posted using BlogPress

Tuesday, June 26, 2012

I've Travelled To... Doha: Day 2

Sabtu pagi again dimulakan dengan breakfast di rumah... Makan sweet potato goreng bersama roti canai segera jenama Kawan - Malaysia punya brand yang ada dijual di sana.... Uuuwwaaaaa.... Kat Doha macam-macam barang Malaysia ada, sos cili maggi pun ada tau...
Lepas zohor (waktu zohor masuk dalam pukul 11.30 am gitu...), Angah ajak kami lunch di Ponderosa. Buffet with western food belaka (walaupun nampak salad semuanya style arabic... hehe..). Kalau dah namanya buffet, berulang-ulang kali ler kena amik makanan tu utk berbaloi kan... Keke...
Mulakan dengan main course...


Ada nasi (amik setoet jek... keke..), ayam bbq yang marbelesss, cauliflower goreng yang krap-krup, mashed potato with gravy and salata... FYI, pinggan teman ler tu... Tu pun kira sekali jek amik main foodnya... Hahaha... Rugi betul makan buffet-style nih. Tank kecik aaaa...
Pas tu, cuci mulut plak... Ada few options, aiskrim ada, fruits ada, jeli ada dan juga umm ali (desert arabic-style). Mine were:


Gabungan mix fruit dengan aiskrim. Sedapppp... Hehe..



Inilah umm ali... Rasa macam puding roti pun ada tapi versi lembik...
Sembang-sembang jek yang lamanya... Sambil geng budak-budak main games dan berulang-kali ambil aiskrim.. Sampaikan waiter-waiteress tah berapa kali dah dok usha... 'Derang ni makannya sikit, dok berjam-jam...' hahaha... Agaknyalah deme fikir gitu...
Anyway, acara wajib diteruskan sebelum balik... Posinggggg....


Masa ni matahari memang terpacak kaw-kaw punya... Sanggup tuuu... Janji ada bukti... Hahaha....
Disebabkan dah terpacak dalam panas tu, next destination kena cari tempat sejuk... Hallmark Mall. Saja jalan-jalan sini menyejukkan badan sambil menunggu maghrib untuk ke destinasi seterusnya.


Nothing much to be browsed here... Shopping mall kannn sama jek mcm di Saudi.. Ada Claire's yg tgh sale, ada Mark & Spencer yg tgh sale tapi mcm-tak-sale dan paling best utk bdk2 ada KiddyZone yg jual mcm2 jenis permainan. Suka gila kakak tengok barangan Hello Kitty yang macam2. Akram plak excited tengok barangan Thomas & Friends.
Sementara tunggu maghrib, isi perut dulu di Wafi Gourmet, a Lebanese Restaurant..


Yang ni tak tahan tang servis... Lembab gilerrr... padahal customernya tak ramai. Makanan lak tak served hot pun. Tapi bedal jugak... Lapar punya pasal. Kekeke..


Menjelang maghrib, kami menuju ke destinasi seterusnya - The Pearl aka Porto Arabia.


Kawasan ni kiranya kawasan laut yang ditambak dan dibangunkan menjadi kawasan marina yang direkabentuk berasaskan bentuk mutiara. Banyak kapal-kapal yang 'parking' di sini... selain dari bangunan2 yang menempatkan premis perniagaan dan kafe2...


Superb betul hiasan dalamannya... High class... Tengok dari luar jek lah ye.. Takuttt nak jenguk... Huhu...


Tapi duduk lepak-lepak kat sini memang best la... Imagine masa winter, lagi nyaman. Cumanya cahaya tak mencukupi untuk kamera capture kecantikkannya. Anyway, the memories remain in our heart and mind forever...



Nota 3: kami masih jalan-jalan dengan che' sue dan rahim kerana weekend di Qatar ialah Jumaat dan Sabtu.


- This entry is posted using BlogPress

I've Travelled To... Bukit Merah Water Park

Siri karangan cuti-cuti Malaysia bersambung lagi. Kali ni nak cerita pasal persinggahan beberapa jam di Bukit Merah Water Park. Kalau nak tahu, sebenarnya inilah kali pertama kami masuk le water parknya. Hahaha... Kata orang Perak!!! Banyak tempat perlancongan kat negeri sendiri yang tak sampai lagi rupanya. Iiisskkk.... iisskkkk... Teruk bebenor...!


Bukit Merah.... kami jejak jua....

Isnin 25/6 yang lepas, secara rasminya kami sekeluarga dah cecah Bukit Merah Water Park. :-) Dan disebabkan excited pertama kali sampai, kami amik tiket wet park and dry park sekaligus. Rupanya Pulau Orang Utan ditutup, sedang under maintenance. Dan akhirnya, sepanjang masa dihabiskan di wet park sahaja. Takde nyempatnya nak jalan ke dry park.
Pengajaran: kalau dah bawak anak2 tu, baik duduk di wet park jek. Susah kemain nak suruh keluar dari kolam tu wehhh...


Entrance utama

Datang dengan penuh kesempoian... Tak bawak makanan tak bawak minuman. Apa yang ada dalam kereta dan dalam beg susu Akram jek la jadi santapan. Hehe...
Dari satu kolam ke satu kolam, budak-budak nak main. Tapi paling best di kolam yang ada ombak buatan. Waaaa... Macam best jek terayun-ayun dek ombak pelsu ituuu...
Dan akhirnya bila hujan mula merintik barulah kanak-kanak riang tu nak keluar dari kolam. Mujur hujan tak berpanjangan. Dapatlah jugak posing serba-sikit.


Tak dapat naik, posing kat modelnya jadilah...

Dalam pada tu sempat jugak bbudak ni mengerling kat booth2 yang ada permainan. Okaylah... Kasi can main sekali. Maklum ler hujan dah membantutkan aktiviti kolam derang, kasi can yang ni pulak. Sekali jek tauuu...


kasi can main pancing itik..

Overall, kids really enjoy the 'wet' activity. Too bad it started to rain. Anyway, it was an enjoyable moment at the water park. Next year, insyaAllah will go to Tambun lost World!! (haha.. Ini pun belum sampai... Satu bandor tuuuu...)


Sunday, June 24, 2012

I've Travelled To... Doha : Day 1

Hari pertama lepas breakfast, kami lepak di rumah sahaja. Sementara tunggu waktu solat Jumaat, sembang-sembang sambil update ttg teknologi...




Then, me and che' sue turun dapur baking... untuk memenuhi hasrat che' sue nak kek red velvet sentuhan Yanbu. Hehe..




Lebih kurang 1 pm, angah and family serta kak puspa and family sampai bersama-sama makanan yang pelbagai. Macam nak kenduri satu apartment building. Keke... Angah bawak mee kari, cendol dan puding cendol. Kak puspa pulak bawak laksam dan kek red velvet (haaammiikkk.... Kenyang RV.. Keke...). Che' sue sempat siapkan sagu gula melaka and of course red velvet cupcake from me. Ada juga juices and fruits. Perrrgghhh.... Kenyang sampai tengah malam. Majlis ni kira macam mini reunion mrsm taiping la gitu. My hubby, che' sue, rahim, kak puspa dan angah adalah bekas pelajar mrsm taiping..





Ada plak 'micro' reunion, antara me and che' sue. Hahaha...




Lepas maghrib, Che' Sue bawak kami ke Souq Wakif. Ni adalah pasar lama yang diberi sentuhan baru. Namun ciri-ciri tradisional pada bangunan masih banyak yang dikekalkan. Souq Wakif adalah antara tumpuan pelancong with wide variety types of merchandise. Harga barangannya.... mmmm... tinggi sket kot (referring to souviniers products that I've compared). Ye lah dah jadi tempat tumpuan ramai kan, baik pelancong tempatan mahupun luar (tapi memang nampak mat saleh jek yang ramai pun. hehehe..). 'Kedai kopi' pun banyak... Laki-pompuan semua melepak... Yang hisap shisya pun ramai. Bau sedappp... Lemon ada strawberry ada. Kekeke...
Shopping sikit this and that, kami pun berangkat pulang. Kanak-kanak riang pun dah merungut penat. Lalu dekat corniche, nampak West Bay yang amazing...




FYI, Doha berada di kawasan teluk. Dari corniche melunjur hingga ke West Bay. Sebelah corniche dikira bandar lama manakala West Bay adalah kawasan pembangunan baru dan moden dengan bangunan2 tinggi yang menarik dipasangkan lampu setinggi bangunan.








- This entry is posted using BlogPress

Saturday, June 23, 2012

I've Travelled To... Jejak Kasih Doha: Arriving

Lamanya menyepi... hehe... Cuti la katakan... tak sempat nak mengarang cerita...
Tanggal 14/6/2012 yang lepas, kami meninggalkan Saudi menuju ke Doha, Qatar. Hampir pukul 6pm, pesawat Qatar Airways yang kami naiki berlepas membawa kami sekeluarga berliburan di Doha dan cecah ke Doha lebih kurang 8 pm.


Alhamdulillah perjalanan sangat smooth, take-off dan landing sangat best...(faktor penting ni.. keke..), pramugari-pramugaranya ok, imigresen pun lancar.

Dalam bas-yang-tak-crowded dari airplane ke terminal.

Keluar ke arrival hall, dah nampak Che' Sue dan Angah Azliha dah menunggu. Sukaaaa... sukaaaa... Sukaaaa... Dah lama sangatttttt tak jumpa che' sue... Rindu sangat-sangat....




Imbasan kejap... Che' Sue ialah my roomate ketika matriks bersama Ida (tentang Ida, rujuk ke entri http://ejalz.blogspot.com/2012/04/ini-siaran-tertunda.html?m=1) di PMKP. Masuk UKM, Che' Sue ke medical school which is in KL. Ida and I pula ke UKM (main campus bangi). Angah pula adalah senior che' sue dan incik suami di mrsm taiping. Makna kata incik suami juga turut mengenali che' sue...(Bukan den sorang sahaja...) Kekeke... Lebih menarik lagi, hubby che' sue juga merupakan teman se-mrsm taiping juga. Jadi terhasillah pertemuan 4 orang dari mrsm taiping dan 2 orang dari ukm. Unik kan reunion ni... Hehehe...).


Back on the arrival story.... Pandangan pertama tentang Doha sebaik kereta che' sue meninggalkan airport ialah 'amazing'!! Jauhnya Doha membangun kalau nak dibandingkan dengan Jeddah, apatah lagi Yanbu. Paling best, duduk di dalam kereta tak terasa 'sesak' sebab pemandu dan pemanduan di Doha nampak sangat berhemah dan teratur. Kurang rasa nak kena 'heart attack'. Keke..
Kami terus ke rumah che' sue sahaja... Maklumlah dah meninggalkan rumah Yanbu sejak 8 pagi lagi - dah 12 jam dalam perjalanan. Kepenatan... Haha... Dalam pada penat tu, sempat dinner dan lepas tu boleh borak pulak sampai tengah malam. Kekeke... Lama tak jumpa la katakan.... Tapi kena tidur dah sebab esok pagi nak bangun pukul 3 pagi untuk solat subuh!! Awallllnyaaaaa.... uuuuwaaaa....

Nota 1: untuk stop-over di doha ini, kami perlu keluarkan semua luggage; tiada servis untuk menyimpan luggage sehingga tarikh penerbangan seterusnya.

Nota 2: waktu di Doha adalah sama dengan waktu di Saudi. Namun waktu solatnya berbeza.


- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, June 13, 2012

Akhirnya....

Baru jap tadi ni haa... Terzip jua akhirnya beg-beg luggage ku untuk dibawa pulang.


Itupun baru 3 yang selesai... Bersama 3 botol air zam-zam. Hehehe... Lagi satu hand-luggage masih belum terkunci untuk dimasukkan toiletries, beg susu menanti botol-botol susu dan air panas, akhir sekali beg komputer menanti alatan elektronik yang terakhir sekali akan di shut-down.
InsyaAllah esok pagi kami akan bergerak ke Jeddah. Doakan perjalanan kami selamat dari Yanbu ke Jeddah ke Doha.



Last Day Working

Today, probably is the best day of the semester... hehehe... It's the last day of working... tomorrow 2-months-summer-vacation officially start..... yeeeaaayyy.... holidayyyyy.... celebrate.... (lirik lagu sapa ni ehhh..)
Tomorrow morning, me and family will head to Jeddah. Our flight with Qatar Airways to Doha will be at 5.40pm, from King Abdulaziz International Airport. InsyaAllah we will spend 4 days in Doha. Che' Sue.... wait for me... Then 18/6/2012, we will be leaving to KLIA at 8.00pm and arriving the next day at 8.50am...
Yanbu & Jeddah friends.... bye-bye... see you all again in 2 months, insyaAllah... Abah, Mama, and families ... wait for meeeeeeeeeeeee....... i'm coming back....

Tuesday, June 12, 2012

CSE Dept. Appreciation Dinner

Another unique event... Just about an hour ago, me and my collegues of CSE Dept. had our dept. appreciation dinner. Well, actually each department were given some allocation to have their own Appreciation Day. There were dept. had it in a restaurant, other had it in the college and for us we had it the picnic-style by the beach. Interesting...
Basically the event is actually a way of saying thank you from the management of YUC to us to appreciate every staff for working hard the whole year.







Aina, Yasmin, Adlina and Alisya enjoy the moment the most...



This is what I've got for the lucky draw...



- This entry is posted using BlogPress

Uniknya sijil ini..

Bertahun-tahun mengajar di beberapa universiti berbeza, di sinilah untuk kali pertamanya saya mendapat certificate yang sangat istimewa ini:


Certificate for perfect attendance - kehadiran penuh tanpa mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan untuk tahun akademik 2011-2012. Unik kan... Tiada di tempat lain (yang pernah ku bekerja).


- This entry is posted using BlogPress

Monday, June 11, 2012

Kelas belajar iPad


Hari ini kami (hubby and I) ada dua orang pelajar dewasa. Mereka ingin mendalami penggunaan ipad secara efektif. Hebatnya kedua-dua pelajar kami mempunyai 2 iPad berlainan edition - ipad 2 dan new ipad (aka iPad 3). Lawan cikgu nampaknya.. Kekeke.... Cikgu pun ada 1 ja... Huahuahua...




Ni murid-murid yang tekun itu....




ayaq asam utara tak bleh tahan tu....


Best kelas depa ni siap sediakan dinner nasi bukhari, ayam panggang dan air asam. Best... Best... Hehe... Nanti panggil la lagi untuk kelas lain plak... boleh makan best-best lagi.... kekeke...





makan duluuuu....



Baguih pelajar-pelajar kami nih.... ajaq sikit ja, teruih praktikkan.... hehe... nasib baik anak-anak mengadu dah mengantuk jek.... kalau tak, mau sampai tengah malam kelasnya.... hehe







my best student..








Nota: ni main-main godek-godek iPad jek tau... Bukannya actual class pun.. Kekeke... Jangan salah faham eekkk...



- This entry is posted using BlogPress