Sunday, July 29, 2012

Happy Birthday Alisya!!

Dah besor dah anak dara mama yang nombor dua ni. 7 years old today!! Happy birthday to you my girl...!
Walaupun bulan puasa, sambutan birthday tetap ada. Siap buat tuntutan lagi, "lepas berbuka kita potong kek ya ma". Haha... Sudahnya tak tunggu berbuka pun, tepat 12 malam kami kejut Alisya potong kek. Susah-payah opah siapkan kek coklat; permintaan birthday girl. Acu top-up muka Alisya atas kek tu. Tersipu-sipu senyum tengok ada kek tengah malam... hehe..


Dengan muka kelat bangun tidur, posing juga dengan pakai baju tidur. Siap makan suka-suki tengah malam tu. Hehe..




Happy birthday adik... Masih adik walaupun dah ada adik... Moga tahun ni adik lebih cemerlang dari tahun-tahun lepas, mendengar kata, menghormati orang dan menjadi anak yang baik. InsyaAllah...


- This entry is posted using BlogPress

Friday, July 27, 2012

Cepat Sembuh Abah

Hari ni abah tak sihat pulak. Masa mama nak kejut abah untuk sahur, abah mengadu pening kepala dan rasa berpusing. Abah tak boleh bangun, baring pun on one side jek. Kalau gerak rasa pening dan berpusing. Dulu dah pernah kena, exactly a few weeks before kami nak fly ke Saudi. (adusss... masa tu susah hati tul nak terbang..)
Semalam, kami dari Ipoh, sepanjang jalan usha orang jual air kelapa muda. Boleh takde la pulak...!! Mama dah cuba cari di Teluk Intan pun takde jugak (lagipun takkan nak tinggal abah sorang2 kat rumah). Akhirnya, sebelum sampai rumah, cuba juga cari di kawasan Padang Tembak (rasa macam mama tak cari lagi kat situ). Bingo!! Alhamdulillah ada...



Sampai rumah, terus bagi abah minum air kelapa. Nampak dah ok sikit, boleh pusing untuk minum guna straw. Malam kami bawa abah ke klinik. Doktor kata rasa pening berpusing mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam telinga. Ada la ubat 2-3 jenis - tahan sakit la alahan la.. Makan ubat tau abah...





- This entry is posted using BlogPress

Monday, July 23, 2012

I've Travelled To... Langkawi by Sea, Land & Air

Sambung lagi citer percutian di Langkawi...
2 malam duduk di Langkawi, perjalanan kami merangkumi 3 medium - darat, udara dan laut.. Waaaa... dasat tuh.. Hehe..
Medium darat - dah tentu menggunakan kereta sewa untuk bergerak.



Medium udara - kami naik cable car ke Gunung Mat Chincang. Hahaha... Bukan la pakai pengangkutan udara pun... Lalu udara jek... Hehe... Tinggi gak cable car ni... dan naiknya mencuram. Rasa macam lebih curam dari Genting. Serrrrrèèmmm.... Huhuhu... Tapi view memang superb!! Pandangan hutan, laut dan bandar memang menarik, subhanallah.. Siap dapat tengok pesawat tengah nak landing. Ada 2 hentian di atas gunung ni. In both stops the view are breath-taking!!


Pengangkutan air - island hoping menggunakan bot laju. Hari terakhir sebelum balik, sempat lagi island hoping. Bestttt... Botnya laju, angin bertiup kencang kena muka... Nyamannya... Haha..


Kami naik bot dari jeti berhampiran Awana Porto Malai. We requested for private boat, no sharing, senang nak control perjalanan kan... Ada 4 pulau yang dibawa.. Ada yang boleh turun, ada yang tengok dari dalam bot sahaja.
Pulau Dayang Bunting stop pertama. Dari tengah-tengah laut, pengemudi bot tunjukkan bentuk mukabumi pulau tu yang menyerupai perempuan mengandung yang sedang berbaring. Keistimewaan pulau ni ada sebuah tasik di tengah-tengah pulau. Kalau ikut mitosnya, perempuan yang mahu mengandung datanglah ke tasik ini. Mitos sahaja ye!! Nak minta apa2, mintalah dari Allah swt; bukannya dari pulau ke tasik ke... Anyway, kami berhenti di pulau ini. Dari jeti kena berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk sampai ke tasiknya. Penatttt I tell you!! Sebabnya jalan kaki di permukaan bukit-bukau. Ada yang kena memanjat, yang menurun pun ada. Tu pun kira baik, trek berjalan dah disediakan.


Ada juga gazebo2 di pertengahan laluan trek tapi yang gunakannya ialah ...


Next 3 pulau dah tak ingat namanya. Kekeke... Nantilah selak balik brochure perlancongan, cari nama pulau. Haha.. Tapi yang ingat aktivitinya. Satu pulau, ada penternakan ikan laut dalam sangkar. (Parrot fish pun ada. Kat Yanbu dah selamat digoreng daaa... keke..) Lagi satu pulau menjadi tempat persinggahan helang. Macam-macam jenis helang ada.. Yang dapat kami lihat bagaimana helang2 tu turun ke laut menyambar ikan. Seronokkkk sebab tak putus2 helang turun ke laut. Pulau terakhir pula adalah pulau yang menjadi tarikan aktiviti laut kerana lautnya yang jernih dan pasir pantainya yang putih. Menurut pengemudi bot pasir pantai yang putih itu akan berubah tempat mengikut musim. Maksudnya, sekali pasir putih berada di utara pulau, kemudian bertukar pula ke selatan pulau. Begitulah lebih kurang. Kebenarannya wallahualam... Kalau kita mampu datang di setiap perubahan musim tu boleh la nak dibuktikan kannn...


Itulah cerita 3 medium yang kami lalui sepanjang 3 hari 2 malam berada di Langkawi. Enjoyable!!


- This entry is posted using BlogPress

Sunday, July 22, 2012

I've Travelled To... Melaka: A Short trip

Siri cuti-cuti Malaysia bersambung lagi...




From PD, we went straight to Melaka. We stayed in a homestay - Asean Heritage in Bukit Serindit. It's a double-storey house with 4 bedrooms fully air-conditioned at a very reasonable price. 3 bedrooms on the first floor are attached with private bathroom each with water heater. Grrrreattt!! I really recommend this place if your visit to Melaka is in big group and on small budget. It took about 10-15 min driving to Banda Hilir and about 25-30 min to Umbai.
First visit we went to Menara Taming Sari. 9 adults and 3 kids, only us in the tower. We talked, we laughed, we took a lot of photos and we do everything that we wish. Haha...




From here, we went to Umbai. Ikan bakar was our target... Unfortunetly, it was frustating... "indah khabar dari rupa". Samada kerana tempatnya dah menerima terlalu ramai visitors hingga kualiti terabai ataupun kerana adanya ramai visitors, peniaga berlumba-lumba ingin berniaga tanpa punyai pengalaman sepatutnya. Rasa macam nak halang jek pelanggan lain datang ke gerai itu. Huhuhu....




The next day, after breakfast, we went for Melaka River Cruise.




About 30 minutes trip cruising along melaka river. Interesting to see the development of tourism in Melaka. Impressive effort by the state government to focus on the 'World Heritage' tourism attraction. It really showed!!




- This entry is posted using BlogPress

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 2012

Alhamdulillah, hari pertama Ramadhan tahun ini disambut meriah bersama ahli keluarga. Kecuali abang kedua, semuanya ada di Teluk Intan, kakyong and family (amirah pun ada), my family dan ajoi and family; termasuk opah dan wan jenon. If you still remember, opah was sicked before at my auntie's house, now she's back in Teluk Intan.
Macam selalu, main dishes are home-cooked. Ada bubur lambuk, ikan 3-rasa, ayam pedas, sambal udang galah dan sup sayur. Oh yess... Ada popia goreng juga ekkk from me!


Side dishes plak beli dari bazar ramadan. Ada roti john dan satay. Not forgetting air tebu dan air asam boi.


Tak la beria sangat nak beli, lebihnya untuk memujuk Alisya bertahan puasa. Good job Alisya... One day already gone...

By the way, pagi tadi I help my SIL buat biskut raya, untuk dijual. 3 bancuhan dibuat tadi. Rasa macam banyak tapi bila nak simpan baru la nampak sikit jek. Kkeke...


Biskut rerama coklat namanya. Kalau nak order, sila pegi ke laman facebook/littlepari-pari.



- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, July 18, 2012

Al-fatihah untuk anakanda Nuraqilah

Jam 3 pagi tadi, puteri kedua buat sahabat kami - Yusof dan Mahaya (sepejabat di YUC dan pernah duduk setangga), adik Nuraqilah telah pergi menemui ilahi. Menurut ibubapanya, allahyarham kelihatan sukar untuk bernafas malam tadi (mungkin berturutan dari batuk-batuk dan berkahak beberapa hari sebelum ini), lantas mereka ke hospital dan akhirnya pukul 3 pagi, allahyarham pergi meninggalkan kita semua.
InsyaAllah syurga tempat anak istimewa ini. Damailah dikau di sana anakanda Aqilah. Buat Yusof dan Mahaya, bersabarlah banyak-banyak... Sesungguhnya kalian beruntung diberi peluang menjaga dan membelai anak jaminan syurga ini. InsyaAllah...




Nota: allahyarham telah dikebumikan di jb lebih kurang 10 pagi tadi.




- This entry is posted using BlogPress

Sunday, July 15, 2012

I've Travelled To... Grand Lexis, Port Dickson

Bercanda la sangat.... Haha... We are now at our new holiday destination - Grand Lexis, Port Dickson. PD kan memang terkenal dengan pantai dan laut..



Anyway, hotel ni takde pantai pun nak bercanda. Keistimewaan hotel ni setiap bilik ada private swimming pool. Kiranya lepak dalam bilik jek dah cukup baik. Haha.. Dari villa yang above the sea, villa kat garden dan villa dalam bangunan macam hotel.
Bilik yang kami ambil ni namanya sky pool grand villa; yang dalam bangunan, ada 2 connecting rooms dengan 3 katil double dan of course 1 swimming pool. Facilities dalam bilik pun mantoppp... siap ada microwave!! Oh yesss... Facilities lain pun mantoppp... Antaranya public kids pool and public swimming pool, ada playground, ada servis sewa basikal dan juga ada play room yang sediakan macam2 games including wii dan xbox.


Tepat 12.00 tengah malam pula kami buat majlis sambutan harijadi incik suami. Surprise party... Hahaha... Bestttt tengok suamiku yang sedikit 'ternganga'. Kekeke...



Another best part sebab pakat dengan cousin2 untuk party ni. Bersusah-payah masing-masing menyorokkan barang2... Haha.. Dengan nak sediakan belon2 kat pool lagi. Siap panggil maintenance betulkan pintu ke pool yang sangkut malam2 buta gitu. Hahha... Seronokseressss....



Birthday boy tengah serve kek untuk semua orang. Makan kat dalam bilik lah ye... Posing jek kat kolam tu. Takut si kenit terjun kolam lak. Hehe..
Happy Birthday my husband - Suhaimi Abdul Rahman. May happiness with you and our family always.





- This entry is posted using BlogPress

Thursday, July 12, 2012

I've Travelled To... JB by chhoooo... chhooo...

Seharian di JB, dengan takde tempat nak dilawat sangat, dengan hujan yang kejap-kejap turun dari pagi sampai ke malam, dengan kakak yang bagi hint tak nak naik ketapi untuk balik, akhirnya atok decided untuk balik semula ke KL malam ni juga masih dengan ketapi tapi yang ada katil ('berth' term KTM), supaya budak2 tidur sepanjang perjalanan dan tak sempat nak rasa kebosanannya. Dengan itu, 4 tiket pun dibeli untuk berth dan dijadualkan pukul 11.35pm. Dah nak katil kan.. tentunya kena naik malam.
Sementara nak tunggu malam, kami ke shopping mall yang berdekatan. Almost 11am, hujan pun turun dengan gembiranya... lebat sehhh... About 1pm hujan pun reda, kami dah sedia untuk check-out. Nasib baik hotel baik hati bagi kita tinggalkan beg2. Kalau tak, jenuh nak mengusung ke sana-sini or probably tak kemana-mana pun..
After lunch, kami amik teksi ke Danga Bay. Kata pakcik driver teksi tu, takde apa dah nak di tengok kat situ, orang sibuk nak buat pembangunan kawasan tu. Memang betul pun, tempat tu dah 'mandom' giler... Rupa macam terbiar orang tak kisah. Ala-ala indah khabar dari rupa (ke dah memang takde khabar tapi kami yang tak tahu... huhu...)
Next destination Zoo Johor (dengarnya this is the first zoo... ye ke?). Zoo pun zoo laaaa... At least boleh past time 2-3 jam kat situ. Jalan la kita suka-ria sebab takde orang lain. Hahaha...
Tu pun after 1 hour, hujan semula. Mujur ada tempat menunggu yang berbumbung. Lepak kat situ sampai hujan reda... Dah memang tak boleh nak ke mana-mana pun kan... Hujan reda, sambung lagi jalan-jalan dalam zoo sampai waktu Asar, atuk ke Masjid Sultan Abu Bakar (seberang jalan dari zoo).


Menjelang maghrib, kami semua dah berada di JB Sentral. Nak jalan ke mana pun tak tahu dah (as the taxi driver said, in JB all you can do is going in and out from shopping malls!!), tambah budak2 dah penat, nak rehat dah takde tempat, hujan plak asyik on and off dari pagi, so the best thing to do pergi ke JB Sentral la jawabnya.... Tempat pun luas, kerusi pun banyak, air-con pun sejuk, tempat makan, toilet and surau semua ada, budak2 pun bebas nak bergerak main... Lepak la kami sampai ke malam... Ada pulak kat tepi dinding tu macam pangkin, berehat kami anak-beranak semua siap adik baring tertidur best punya...


Dan disebabkan hujan lebat jugaklah train yang sepatutnya bertolak 11.35pm delay sampai ke 12.15am. Anyway, budak2 tetap excited dapat duduk kat katil dalam ketapi.

Ni budak yang tak nak tido lagi walaupun dah tengah malam. Main ipad atas katil.


Posing kat katil

Sampai KL Sentral dah almost 8am. Terpaksa melepaskan ETS ke Ipoh pukul 8am dan menunggu th next ETS. Aduyaiiii.... lepak lagi.... Macam-macam majalah dah dibeli (dari JB lagi...) tapi tak sampai2 lagi ke rumah. Huaarrgghhhh... Ngantuknyaaaa...


Akhirnya pukul 10.50am, ETS ke Ipoh bergerak meninggalkan KL Sentral. Laju la jugak ketapi letrik ni, mencecah ke 140km/j. Tapi kann... ada feel cam naik komuter jek. Kekeke...
Pukul 1pm, kami selamat sampai ke Ipoh. Waaaaa... Seronok giler dapat berehat di rumah... And it was a great experience, using train as our main transport, for sure giving us sweet memories to remember.


- This entry is posted using BlogPress

Tuesday, July 3, 2012

I've Travelled To... JB by Chooo.... Chooo...

Hari ni setelah sekian lama tak buat, kami travel ke JB dengan menaiki keretapi - Express Rakyat. Chhooo... chhooo... Hahaha... Excited giler ... mak pun sama naik..


Asal ceritanya, my parents nak bawak budak2 naik train. Mak budaknya nak menempel sama. Maklum ler dah lama sangat tak naik train untuk travel (tolak la komuter ngan lrt... Tu naik for different reason). Maka berangkat la kami beramai-ramai naik ketapi (biasa sebut camni jek kan... kan..) dari stesen Kampar @ 11.50am and safely arrived at JB Sentral at about 8.00pm. On time gak ketapinya... Bagussss....
2 jam pertama perjalanan, masing-masing muka ceria lagi. Kakak and adik excited bercerita pasal their first experience ni. Akram lak khayal tengok keluar tingkap sampai tertidur.


About 1pm, kami lunch. Opah masak nasi dgn ayam kicap dan bihun goreng. Berkelah kauu... I only brought drinks and junk food. Keke...
Lepas dah kenyang, almost selang sejam jek mulalah bertanya "tak sampai lagi ke" / "bila nak sampai ni" / "jauh lagi ke". Aaaiiiyyoooo.... Ada another 8 jam nak tempuh waktu balik nanti. Camnooo? Huahuahua... Main ipad and ipod sampai habis bateri. Haha... Punyalah tak tau nak buat apa, main game all the way... Dah boring duduk, main tukar-tukar tempat. Jap kakak duduk ngan atok, adik ngan opah, jap lagi switch. Pas tu switch ngan mama lak.
Finally dah sampai JB, semua senyum meleret. Jalan kaki about 5 minit dah sampai hotel. Dinner pun dalam bilik jek. Oklah... Nak rehat... and zzzzzz... (walaupun tak drive dan boleh bergerak sana-sini, still rasa penat ehhh...)


- This entry is posted using BlogPress