Tuesday, August 28, 2012

Sekejap pun jadilah...

[cerita cuti summer yang tertangguh disambung lagi]

Setiap kali cuti summer, antara agenda yang mesti ialah bertemu kawan-kawan. Seboleh-bolehnya kami cuba untuk bertemu dengan seramai kawan yang boleh. Al-maklum ler 10 bulan di perantauan, media elektronik jek jadi penyambung persahabatan. Jadi, nak la jugak jumpa secara fizikal pulak. Sekejap pun jadilah... Janji lepas rindu-dendam nak bersembang dengan kawan-kawan.

8/7/2012 - 4.00pm

Ziarah si kenit Nur Amani di Shah Alam (ke Klang ekk?), the special edition of ZZ (abidwaliyad.wordpress.com). Baru first time berkenalan dengan Amani (tapi auntie takut nak pegang, kenit sangat... huhu...). Keke... Selain tu, Cik Biah pun ada. Sekali harung jumpa.. Save time kann.. satu tempat jumpa beramai-ramai...hehe..



8/7/2012 - 9.30pm
 
Date dengan Siti Khatijah di Putrajaya. Siti ialah classmate saya di Sek. Men. Convent Teluk Intan. Dan juga geng study semasa ting. 4 dan 5. Kami jumpa di Putrajaya tepi kereta masing-masing jek (sambil pass barang kiriman dari US). Hehe... Jadilahkannn...after all these years langsung tak berjumpa...



9/7/2012 - 5.00pm
Menziarah Ila in Puchong Lestari, wife Assakof yang baru melahirkan anak ketiga. Second boy for them.
 
11/7/2012 - 8.00pm
Dinner kat rumah Kebi. She was my matrik-mate di PMKP and also neighbour at Kamsis E, UKM during our first year. Then she left UKM to continue her study in UK. Kami selalu berutus surat dan lepas tu dia balik Malaysia untuk sambung si UPM pula, kami still keep in-touch (at that time, abah already allowed me to drive mama's Kancil... nggeeeee.. Panjang sket langkah...). After all these years lama sungguh tak bersua-muka. Last jumpa rasanya masa I only have my first daughter. Lepas tu tak pernah jumpa. And now, since she just recently moved to her new house in Putrajaya, a good reason to visit her. Kekeke...
Rupanya Kebi also invited some of our matriks friends (staying nearby). Waaa... Seronoknya... ada mini reunion matriks PMKP.
Those who came - Ida, Has, Nora, Anie and Oyin with their families.
Nora pun antara yang baik masa di UKM dulu. Nora ni housemate and roomate my best-friend, Aireen. So sebab selalu pergi lepak rumah Aireen, otomatik la jadi baik dengan dia. Hehehe... Kurus-kering la noya nih... Makan banyak sket... :-)
 


17/7/2012 - Dinner with Aireen. Tadi dah keluar nama dia kan... Skang cerita jumpa dia lak. Hehe... On the way balik dari PD, singgah kat rumah Aireen di Bukit Mahkota (not exactly Bukit Mahkota tapi ni ingat nama exit dr hiway. keke...). She just arrived from work. Siannn... travel dari KL tempuh jem lagi, pregnant lagi, tak sihat lagi. So, we when for dinner kat restoren dekat kawasan rumah. Sempat la sembang sikit2. Tak boleh sembang sakan... mana nak layan budak2 makan, dengan hingar-bingar restorennya. Jadilah... Dapat update diri masing-masing...





nampak sungguh skema perbualan mereka... hehehe....
21/8/2012 - Ziarah raya by Ridha and Ann. Yang ni really unplanned and unexpected!! Tapi dah rezeki nak bertemu, they were in Ipoh visiting their families, langsung call kami. Alhamdulillah... Dapat jugak berjumpa. 
Actually last year ada bertembung dengan Ridha di stesen LRT tapi tak sempat nak sembang panjang. Ye lahh.. masing2 mengejar masa waktu tu. Sebelum tu, terakhir jumpa sebelum kami terbang ke Saudi. Anak sulung derang pun dah nak upsr. Fyi, Ridha is my hubby's senior in USM and also our collegue in UNITAR.

Those are among friends yang sempat kami jumpa. Sebolehnya nak jumpa ramai tapi masa tak mengizinkan. Cuti 2 bulan perlu dibahagikan sebaiknya antara keluarga, diri sendiri dan kawan-kawan. Harapnya ada yang tidak berkecil-hati. Kita cuba arrange untuk cuti masa akan datang pula yeee... InsyaAllah...
 
 
Nota 1: Actually encik suami ada bertemu beberapa sahabatnya (yang mana teman tidak terlibat dalam pertemuan itu), maka tak dapat la nak update storinya eehh.. Encik suami, sila tambah sendiri ye kalau sudi. Hehehe...
 
Nota 2: Ada juga siri pertemuan dengan rakan-rakan yang telah diupdate dalam entri berasingan... yang dalam entri ni sebab pertemuan yang sangat singkat... kita gabung jadi 1 entri jek...
 
 

Monday, August 27, 2012

The Hypertension Story

I don't like medicine. Well, not that I don't like at all but if I can bear with the pain, I will ignore medicine. 2 years ago (after giving birth), I was dignosed with hypertension aka high blood pressure (hbp). Malays will call it as 'penyakit darah tinggi'. My bp reading has been consistently above normal. This is the most difficult sickness-situation for me. As I don't feel any pain, headache nor dizziness (as other hypertension patients might feel), I don't see myself as having 'penyakit' and therefore it is very difficult for me to regularly taking the pills. Very difficult indeed!!
Since my visit to Doha previous June, being 'lectured' by Dr. Aida, then by hbp-friend Ida, co-incidently I heard stories related with hbp one after another, of people that I know.
1. Arwah Pn. Ilmiah - a lecturer from UiTM Perak. Suddenly collapsed, her bp was 200 at time of her death.
2. My brother-in-law was admitted to Taiping Hospital and his bp was 180. Doctor also found out that his heart is swollen (considered now as heart disease patient). This might due to his continuous hbp.
3. Makcik Spiah (Aireen's mother) was admitted to hospital with mild stroke due to hbp and bleeding in her head (in layman term, vein burst).

Mmmm... These stories do give me some kind of reminder. I'm trying very hard to make eating pills as my regular habit. InsyaAllah... Pray for me...



- This entry is posted using BlogPress

Sunday, August 26, 2012

Masuk kerja sudah...

Hari ni hari kedua bekerja... mata masih layu sebab masih jetlag, subuh hari dah bangun... by the time sampai opis dah ngantuk balik... otak masih beku... lupa la kenapa ada di opis nih... kekeke... anyway, students pun tak register lagi... depa akan mula register next week... so masih ada lagi seminggu for lepaking... and cuba memfokuskan diri kenapa berada di opis nih... hahaha...berat betul nih...
aktiviti semalam, bersosial... jumpa orang tu jumpa orang ni... ucap eid mubarak... salam-salam... peluk-peluk... tanya pasal vacation, tanya pasal anak-anak... haaiiissshhh... panjang nak cerita tu... su-sua biskut raya, ngap-ngap ceklat... habis hari pertama....
hari ni plak, bersosial di alam maya... haha... bukan chatting tau... tapi kan... ssshhhhh... jangan cerita kat orang... pergi browsing website universiti atau kolej yang ada kat malaya nun... intai-intai kot-kot ada lubang kosong boleh mencelah... nak try test tengok...
nak balik... nak balik... laaa..laaa...laaa... marilah kita mencari kerja... ppsstt... sapa-sapa yang tahu kat mana boleh mencelah, please let me know eeekkk....

Saturday, August 25, 2012

الف مبروك

Seorang kawan, seorang adik, seorang x-officemate - telah selamat menjadi isteri orang. Alhamdulillah, Cik Khairulliza kini dah bergelar Puan Khairulliza :-) Seribu tahniah (translate dari bahasa arab as in title) untuk Liza dan suami. Macam tak percaya jek, kawanku adikku dah menjadi milik orang. 'Hilang' lagi seorang adik yang rajin bermalam (dan berjaga) di BBSK. Hehe...
Ada sorang lagi adik yang juga rajin bermalam di BBSK, now nun jauh di Ostolia. Siapa yee?? Keke...
Credit photo to Pn. Siti Rozanae... Cantik hang tangkap gambaq naaaaaaaaaaaaa....
Tanpamu, tak dapat kulihat kejelitaan Liza on her big day...
 

Dapat tengok gambar jek. Sedihh... Sedihhh... Kami dah pulang ke Yanbu ketika majlis akad nikah dan persandingan berlangsung. Anyway, I'm happy for you both. Semoga hubungan kalian diberkati Allah swt sentiasa. Take your time to know your partner better, and it will be a longgggg time. Hehe... And yesss you looked soooo stunning in the blue dress. Cantikkkkk sangattt...
(uuuwwaaaaa... sedihnya... not there to celebrate your special day!!)



- This entry is posted using BlogPress

Friday, August 24, 2012

A 24-hours journey!!

23/8/2012 - hari terakhir berada di Malaysia untuk musim cuti summer kali ni. Seawal 6.00 pagi kami dah bersiap menuju ke KLIA.


Penerbangan menaiki Qatar Airways berlepas lebih kurang 10.30 pagi. Kanak-kanak sangat behave dalam perjalanan, especially dak Akram. Pandai lak dia membawa diri duduk elok-elok kat seat dia.


Kami sampai Doha dalam pukul 12.35 tengahari. Hanya ada 45 minit untuk connecting flight Doha-Jeddah. Debor jugak takut tak sempat. Ye lahh.. dari kapal kena naik bas ke transfer terminal, di terminal tu pulak punyalah ramai yang nak transfer flight, kena beratur pulak kat imigresen. Tapi alhamdulillah, memang cekap proses di transfer terminal. Dalam termengah-mengah mengejar masa, sekali tengok flight delay daaa... Sejam dari masa asal. Okaylah sempat rehat-rehat konon... Toleh sekali kat gate, tengok delay tambah lagi sejam. Halamakkk... Terus otomatik rasa penat. Huhu...


Sambil layan budak-budak main kat play-area, toleh lagi kat gate. Tambah lagi sejam delaynya!! Makk aaiii... Boleh kematu bontot menunggu weeehhh... Kata sorang staff di situ, kapal yang sepatutnya kami naiki, mengalami sedikit masalah dan sedang dibaiki. Biar betul kauuu... Dah 3 jam kome cuba baiki, takkan nak suruh kami naik kapal yang sama juga!! Debor plak rasa...
Akhirnya, lebih kurang 5 petang, kami bergerak meninggalkan Doha menuju ke Jeddah. Alhamdulillah... 2 jam ++ kemudian, sampailah kami ke Jeddah dengan selamat segalanya. Alhamdulillah lagi...
Dari Jeddah kami menaiki van balik ke Yanbu. Selamat cecah Yanbu lebih kurang 1 pagi. Kalau ikut time Malaysia, dah 6 pagi Jumaat. Maknanya, dah 24 jam kami dalam perjalanan. Aduhhh... Poneknya makkk... Nak pengsan pun tak boleh pengsan. Haha.. Time tidur dah terlajak-lajak dah.. Time saudi tak, time malaysia pun tak.


- This entry is posted using BlogPress

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri




Wishing all Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin. We had a blast eid with every family members in Teluk Intan. Mama and Abah, Kakyong and her family, Angah and his family, Acu and his family. Seronok... Seronok... Sangat seronokkkk!!


- This entry is posted using BlogPress

Friday, August 17, 2012

Alhamdulillah...

Today might be the happiest day for mama and abah. All of our family members are here in Teluk Intan - kakyong and her family, angah and his family, my family and acu and his family. Full house and gegak-gempita to the max!!! It has been few years since all of us gathered on the last few days of Ramadhan and in the morning of first Syawal. Alhamdulillah ya Allah for giving us this moment.



Among nephews and nieces that busy playing...playing...playing...!!

- This entry is posted using BlogPress

Monday, August 13, 2012

Suka tapi...

Hari ni kami ke Taman Melawati, Kuala Lumpur. (Asal perjalanannya ke The Curve untuk urusan cermin mata) Nak dating ngan Pn. Rubi. Dating la kononnnn... bukannya berdua-duaan pun. Beramai-ramai ahli keluarga. Keke... Suka nak jumpa, maklum lerrrr nanti nak balik ke Yanbu dah tak jumpa dah. Will be the last meeting until the next summer holiday. InsyaAllah.... Twittt... Depa baru balik after doing summer class.




Dalam suka berjumpa, bersembang, bergelak-ketawa, tapiiiiii... Sedih gak... Sebabbbb... Nak balik malaya jugakkkkkkk.... Hhhuuwwaaaaa....

Ya allah, moga dimurahkan rezeki kami mendapat pekerjaan di Malaysia.

- This entry is posted using BlogPress

Friday, August 10, 2012

Tanda Kenangan

Hero mama yang sorang dapat tanda kenang-kenangan di rumah sendiri... huhuhu... Terjun katil, adik....? iisskk... iiisskkk... macamana lak boleh ada atas katil... mama dengan adik kan tidur kat atas lantai (eh..eh... ada la lapiknya tuu...), bila masa pulak adik panjat katil... sedar-sedar dah kedebommmm... aduyaiiii... dah la dapat tanda 2-3 baris tu... agaknya terjatuh pada bucu side table sebelah katil kot... 
Pagi-pagi subuh lepas bersahur terus bawak adik ke ER KPJ Ipoh Specialist.. Doktor bagi 2 options: 
1. biarkan jek luka tu sembuh sendiri dengan sapu krim (eye oitment) dan makan antibiotik atau 
2. admit ke ward, tunggu plastik surgeon decide samada perlu dijahit atau tak... 
Tapi yang tak bestnya, punyalah lamaaaa doktor tu nak bagi 2 options tu... "eeeerrrrr..... eeerrr...." memanjang... camne la mak-ayah nak kompiden... 
Kami decided for first option, sebab nak mintak second opinion dari Dr Yee (pediatric yang dah biasa jumpa). By 9 pagi, jumpa Dr Yee, luka-luka tu actually dah mengering, which means tak boleh dijahit pun... (eeemm... kalaulah admit ke ward tadi pun confirm la tak leh jahit jugak kan.... sebab surgeon akan datang ward-round paling awal pun pukul 8am, luka pun dah mengering)  Dr. Yee kata, luka pada bahagian mata/muka sebenarnya cepat untuk sembuh sebab ada banyak aliran darah; walaupun darah yang keluar dari luka memang akan banyak... Katanya lagi, kalau dijahit sekali pun, in the end, kesan parut tetap akan ada and probably sekecil parut yang mungkin terhasil tanpa jahitan. Lebih kurang gitu la katanya tadi... So, nothing to worry katanya, as long as everything else is ok...
InsyaAllah, hero mama akan sihat seperti sediakala... di mana sekarang pun dah aktif seperti sediakala...!!


Tuesday, August 7, 2012

Berkumpul bulan Ramadhan

Cerita terkumpul seterusnya... Majlis iftar di BBSK... Wahh... 'majlis' kauu... 4 family + my family dalam 20 orang semuanya, majlis la kan... Hehe...
Ini kiranya acara tahunan tiap kali kami balik, mesti akan berkumpul kawan-kawan rapat dari UiTM Perak dan UTP. Selalunya kami buat bbq tapi kali ni tak sempat nak buat before Ramadhan sebab jadual kami yang sendatttt berjalan sana-sini. Hehe... Jadinya 31/7 yang lepas, kami pun menjadi tuan rumah untuk majlis iftar kepada Kliza (soon-bride-to-be), Ana dan Sham, Sue dan Sani (couple of UiTM and UTP) dan Nidzam's family (UTP).

My good friends from UiTM

Set Nasi Laham Mandi

Menu yang dijamu, laham mandi (versi melayu kot... Keke..), sambal tomato, salata dan tambahan ayam bakar bersama black pepper gravy. Dessert pula, koktel buah, umm ali (egyptian bread pudding), chocolate chip muffin dan rv cupcake.... Ana bawak air soya dan oren twister, sue bawak ayam (dari pagi lagi dah hantar ke rumah utk dibakar) dan nidzam bawak soto dan kuih pau. Penuh jadinya meja makan yang berkerusi 8 tu. Siap masing-masing tapau bawak balik lagi...
Ayam BBQ bersama gravy















Selepas makan dan makan dan makan hingga kekenyangan, acara seterusnya, posinggggg....
The ladies...




The gents..

Thank you friends for spending your time having iftar with us, even though having tight schedule during the day. We really appreciate it. InsyaAllah, our relationship will last forever.

Monday, August 6, 2012

Siri E-usrah

Saya pasti ramai yang tak pasti ataupun terleka tentang isu siapa mahram dan siapa tidak... Moga dengan peringatan yang dikongsi oleh rakan di fb, dapat kita sama-sama kita baiki diri...




- This entry is posted using BlogPress

Sunday, August 5, 2012

12 wonderful years!!

Happy 12th anniversary to me and my other half!!
Everyday is a special day living with you. You know who you are and you know who I am.. Hehe.. Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini, semoga keluarga kita sentiasa dirahmati, diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt sentiasa, InsyaAllah...
Love you now and always...


Morè with secret recipe cake!




- This entry is posted using BlogPress

Friday, August 3, 2012

Selamat ke?

Petang tadi encik suami dapat cerita dari jiran sebelah. Dia baru dapat cerita, ada jiran (rumah di barisan belakang rumah kami) dirompak, lebih kurang 8 pagi tadi!! Ketika kejadian, tuan rumah sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Perompak bersenjatakan parang dan datang dengan kereta Toyota Wish!! Ya Allah takutnya... berada di rumah sendiri pun tak selamat!! Menurut jiran kami lagi, pagi tadi ketika dia sedang membaca suratkhabar di halaman rumah, memang dia perasan ada kereta yang bergerak perlahan, 2-3 kali lalu di hadapan rumah kami. Agaknya perompak yang sama sedang mencari mangsa. Manalah tau kannn...
Berbalik pada kes rompakan, pihak polis datang hanya pada sebelah petang. Sebabnya, menurut polis hari ini sahaja ada 11 kes rompakan di kawasan Chemor dan Air Tawar. Eeemmm... Polis kena tambah anggota la macam ni... In any case of emergency, dah tentu polis tak mampu respon segera.
Kaedah rompakan begini nampaknya semakin berleluasa. Merompak bersenjatakan parang, di waktu siang hari kala tuan rumah masih ada di rumah. Tak perlu tunggu waktu malam, tak perlu tunggu rumah kosong. Mudahnya nak mengambil harta-benda orang lain. Ugutkan dengan parang, habislah semua diangkutnya.
Aduhai Malaysia... apa dah jadi ni? Hilang sudah nilai kemanusiaan... ambil hak orang lain sesuka-hati. Jika melawan, mungkinkah nyawa melayang... Ngeriiii... Ngerriiii...


- This entry is posted using BlogPress

Wednesday, August 1, 2012

Mengimbau Kenangan....

Musim-musim cuti ni kan, sebenarnya ada banyak cerita-ceriti boleh dikongsikan. Tapi banyak betul kekangan yang membantutkan usaha mengarang (alasannnn!! haha...).
Okaylah, satu cerita dulu... 9 Julai yang lepas, sebelum Ramadhan menjelma, alhamdulillah satu pertemuan telah berjaya dilaksanakan. Pertemuan antara my ex-roomates zaman di PMKP dulu. Kalau masih ingat, ada 2 entri terdahulu cerita tentang mereka. Tak ingat pun takpe, boleh rujuk semula ke:
1. http://ejalz.blogspot.com/2012/06/jejak-kasih-doha-arriving.html
2. http://ejalz.blogspot.com/2012/04/ini-siaran-tertunda.html
Mengimbau sket kenangan, kami dulu duduk sebilik di PMKP, blok AE, bilik no. 8. Betulkan Ida & Che' Sue? Haha... Lupa ingatan lak.
Alhamdulillah, 2 pertemuan terdahulu, mendekatkan kembali hubungan yang 'jauh'. Bila masing-masing dah jejak Malaysia, mulalah kami merangka agenda reunion teman sebilik. 3 orang pun jadilah... Reunion jugak panggilnya kan... hehe...
Maka terhasillah pertemuan pada 9 Julai lepas, bertempat di Subang Parade (nostalgia tempat ni... zaman kerja Kelana Jaya dulu, ni ler tempat mencuci mata).


Waktu lunch hour, senang untuk Ida keluar tanpa rasa bersalah kannn... Kalau dah lunch hour, mestilah kena lunch sekali. So kami ke Manhattan Fish (first time jejak ni. haha... sadiss...). Makan-makan, sembang-sembang, gelak-gelak... Besttttttnyaaaa...
Bapa-bapa dengan anak-anak layan teknologi sementara tunggu mak-mak berborak. Main iPad la, main iPod la, main phone la. siannn... kekeke...


Sedar tak sedar, dah sejam berborak. Ida kena masuk kerja balik dan Che ' Sue pulak nak teruskan perjalanan ke Sitiawan. Sampailah masa untuk berpisah... Bye-bye my friends... InsyaAllah, dengan pertemuan ini akan menambah eratkan lagi hubungan kita bertiga.