Saturday, September 29, 2012

'Disaster' morning

Disaster betul pagi ni... (wahh... disaster tu..) Pagi ni patutnya ada lab session 3 jam 7.30-10.30am. Before 7.30 sampai depan lab, pintunya berkunci. Infact, all 4 labs were locked! Ketuk pintu lab technician, sekoq (mintak mahap ler... geram punya pasal) pun tak dak!! Lebih kurang 5 minit kemudian baru nampak salah seorang technician tu terkedek masuk. (Ni siapa serve siapa eehh? gggrrrrr...) Lebih menarik, dia kata dia tiada kunci lab dan technician memang tak pernah ada kunci lab. Habisss, siapa yang kunci?? And what is your reponsibility as lab technician?? Dah la datang selepas kelas bermula, boleh lepas tangan jek bila ada kes gini. "entah tak tahu siapa kunci, kami tiada kunci" Tu jek ko boleh kata without any action! Aku jugak yang kena mencari security guard, dengan harapan derang ada master key. Bila call extension number derang, balik-balik dapat kat orang admin. Rupanya derang share extension yang sama. Kata orang admin, "Sila cuba dial lagi." Eehh... Tak kuasa plak aku duduk mendial jek. Students aku dok menunggu depan lab. So, patah balik ke lab, bawak budak2 tu ke kelas kosong berdekatan lab. Boleh pulak projektor dlm bilik tu tak berfungsi. Ok takpe, I brought my own projector anyway (since that lab's projector was not working since last semester!!). Sekali lupa bawak adapter. Adoiiii... Sakitnya jiwa... 

 
FYI, di kebanyakan bangunan di Yanbu,  power pointnya (tak tahulah apa term sebenarnya... Harap maaf..kekeke...) berbentuk begini. Tu la kita perlu pakai adapter sebab 'kepala' plug (again apatah term betul) barangan elektronik semuanya jenis macam kat malaya tu...

Sambung balik.... dah takde adapter, patah balik ke bilik lab technician untuk pinjam adapter... (kot-kot la dia ada adapter tu...) sekaliiii... bukannya adapter takde, dengan dia sekali dah takde dalam biliknya... adooooooiiiiiii.... dengggggg.... by this time, dah pukul 8 pagi, singgah jap kat lab, check pintu in case dah dibuka... still berkunci rapat.... takde option lain dah, kena carik kelas lain pulak...  bangunan lab berasingan dengan bangunan kelas...  makcik dah penat la anak-anak weiiii.... pi-balik pi-balik 3-4 kali.... bagi la makcik berehat kejap... korang pegi la minum ke makan ke dulu... nanti kita jumpa balik....

Sekian laporan hari ini dalam 'disaster' ... mencikkkk tauuu camni...penat makcik....

Friday, September 28, 2012

Piknik Pagi..

Pagi Jumaat hari ni, pukul 7 yang paginya dah cerah gemilang-cemerlang-terbilang, anak dara kedua ajak pergi park sebab dia nak jogging!! aaaiiiyoooo... adik oiii... panas nih, nak jogging ke apanya... dia kata dia perlu jogging sebab nak kuat balik, dia dah selalu kalah masa main kejar-kejar dengan kawan-kawan lelaki... kekeke.... pagi ni dia insist jugak untuk ke park, sebabnya petang khamis semalam, hajat tak kesampaian... mama dah booking abah dulu ke pasar ikan dan pasar buah di Yanbu Al-Bahr.... sampai rumah dah maghrib... 
Makanya, keluarlah jugak pagi tadi ke park di Haii Al-Subh, di tepian pantai Yanbu Al-Sinaiyah... berbekalkan air teh dan kek blended strawberry, singgah beli roti paratha, berpiknik la kami di bawah pokok yang paling rendang sekali... habis breakfast, budak-budak mula main buaian, main gelungsur, dengan berjogging lagi,... tak sampai  sejam, masing-masing dah merah-padam mukanya... kan dah kata panas.... kekeke...
Dah gumbira semua kan.... jom balikkkk...

:: Happy Reading ~ Ejalz ::

Wednesday, September 26, 2012

From Sabah with love..

Walaupun dah sebulan tinggalkan kampung halaman terchinta, tapi kami still ada lagi satu cerita tertunggak masa cuti nak stori. Boleh eeehh... hampa baca tau...
Cerita ni masa minggu terakhir bulan puasa hari tu, dah nak raya sangat dah masa tu... Kami dapat bungkusan dari Sabah. Diposkan khas oleh Kak Azliha yang kami panggil Angah (eeerrr... sebenarnya tukang kedai yang poskan. Kekeke...).
Untuk pengetahuan, angah ni kami baru jek kenal kat Doha hari tu tapi kemesraan angah macam dah bertahun-tahun kenal. Very very friendly and kind-hearted. We missed you angah!!
Ok back to the story... Angah ketika itu pulang beraya di Sabah, kampung halaman suaminya. Baru sehari di Kudat, terus angah call kami dan tanyakan apa yang kami mahu dari Sabah... Dia belikan dan terus poskan ke Teluk Intan (sebab risau mungkin sampai selepas raya, so kat rumah Teluk Intan kompom ada orang rather than rumah Ipoh). MasyaAllah, kakakku sorang ni memang baik hati!!
Paling amazing, poslaju boleh sampai dalam masa 1 hari sahaja! That's right, only 1 day from Kudat to Teluk Intan!! Amazing kan.... Terkejut badak you... Yet happy dapat package di kala orang lain dapat kad raya. Hahaha...
Kotak ni sampai dalam keadaan sempurna, kemas ikatannya
Dan isi kandungannya....

Yang kami kirim, kerang kering, keropok ikan, udang kering (takde kulit tauu..), biskut cincin dan biskut amplang. Tapi yang tak dikirim pun dapat jugak... Hehe... Fridge magnet, 2 ekor 'ikan', wisel burung, topi bajau dan paling istimewa from my lovely angah...

Thank you angah... Thank you soooo muchhhhh... Budi baik angah and family memang akan kami kenang selamanya... InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi... Let us treat you next time...
 

Tuesday, September 25, 2012

Tersurat lagi tersirat :-)

Petang tadi sambil 'melayan' kepala yang berdenyut-denyut, teman membelek gambar-gambar dari photo album dalam 'old' iphone ku itu (yang dah cecah ribuan... mak aii... banyaknya..!). 
Salah satu gambar yang menarik perhatian, sila tenung-tenungkan dan renung-renungkan...
Lokasi kejadian di salah sebuah kedai perabot di Teluk Intan, Perak. Cubalah fahamkan... Hahaha... Only in Malaysia!!




- This entry is posted using BlogPress

Monday, September 24, 2012

Long Weekend

Jarang-jarang sekali kami mendapat cuti hujung minggu yang panjang.... khamis, jumaat sambung ke sabtu dan ahad lepas... sesekali dapat cuti panjang, seronoknya dapat berehat.... macam la penat sangat, baru jek sebulan kerja... overrrr..... kahkahkah...
Untuk pengetahuan, kat Saudi ni sangat kurang public holiday... sangat-sangat kurang.... Semalam (Ahad) adalah public holiday untuk meraikan KSA National Day yang ke 82 (rasanya la...), tapi King dah umumkan Sabtu sebagai public holiday bagi semua jabatan kerajaan.. Dia punya rasa seronok tu macam la boleh balik Malaya..... padahal tak kemana-mana pun!! hahaha...
Ringkasannya, hujung minggu yang kami-tak-keluar-daerah-pun, dipenuhi dengan aktiviti menziarahi dan diziarahi.... cemerlangkan kami.... mengeratkan tali persaudaraan... hahaha... so lameeeeeeeeeeee....
Thursday after Asar, we went to Siti Mastura's house. Just meet-up after long summer vacation; update news, update stories, update gossips, update recipes... haha...
Friday after Asar, we received Mahaya and family's visit. We surprised her with a home-made birthday cake (pre-celebration... 1 day in advance). RV cake from me.... (rv again??? hahaha.... just love baking that red cake!)
 
Sunday lunch, Mahaya invited us to her house for lunch. Post-birthday celebration maybe... hahaha.... (as pre-celebration was at our house). Later in the evening, Dr. Nik and family joined us...
 
 
 
 
And that's how our long weekend was fulfilled... wonderful ehhh....
 

Monday, September 17, 2012

Klasik sangatkah??

Hari ini saya berurusan di bank. Disebabkan dah lama tak berurusan di dalam bank, segala maklumat dalam 'memori' dah hilang. 'Back-up' data ada dalam hp. Sebaik saya keluarkan iphone saya, si officer boleh tegur "ehh... Old iphone. Very original..!!" Dah tu boleh gelak-gelak dengan kawan dia. Apakaaaahhhhh??? Lepas tu dia kata "you should get new iphone. iphone 5 is already out". Uuuwaaaaa... Klasik sangatkah iphone 3gs ku itu??



Sunday, September 16, 2012

Belanja zaman sekarang..

Ini harga makanan yang dijual di kantin YIS tahun ni...


Macam melampaukan rega makanan bebudak sekolah ni. Dulu mama makan kat sekolah, laksa 1 mangkuk baru 3 kupang, cicah dengan keropok besar sekupang... waaa... kenyang sampai tengahari. Duit belanja 5 kupang dah cukup banyak. Bila naik sekolah menengah, abah up sket duit belanja jadi RM1. Boleh beli laksa mangkuk besar, siap tapau 1 bawak balik rumah untuk lunch pulak... Haha...
Tapi bebudak YIS ni, kalau bagi SR 1, alamat tak cukup la jawabnya. Tambah kalau hari yang jual pizza, sepotong jek dah SR6. Belanja mama seminggu tu!! 
iissskk... iisskkk... iisskkk... Zaman sekarang...mahey benor belanjanya...
(anyway, bukan everyday pun bagi duit belanja kat bebudak nih... they just prefer pizza than mama's cooking.... hari lain masih bawak bekalan dari rumah... hehe...)


NOTA : term orang perak - 3 kupang means 30 sen, 5 kupang means 50 sen


Tuesday, September 11, 2012

Birthday kami...

Cerita minggu lepas ni.. Ntah kenapa minggu lepas, mood meng-entri tada mariii.... Aduyaiii... Kena ada mood kah? (kena la kan...kang takde feeeellll plak.. keke... )
9 September was my 3* birthday (rahasiaaa kononnnn) and the very next day, 10 September was my beloved mama's birthday. No celebration whatsoever, just birthday wishes from families and friends... Paling awal birthday wish about 7pm on 8 Sept. sebabnya wish from Malaysia, sana dah tengah malam.. Haha... And I got this home-made card from my children...


Masing-masing busy la malam tu mendeko kad ni. Mama buat-buat tak nampak... Padahal dah tahu dah apa yang derang sebukkan.. Kejap cari kertas, kejap cari color, pastu cari gambar, sebuk suruh abah print, pastu cari gunting and gam... Hahaha... Thank you my cheeky daughters...
And since 'angin rajin' blowing on this special day, I baked Devil's Food Chocolate Cake and shared them with my Malaysian officemates...


As for my mum, since we're apart on her special day, we had already had her advanced birthday celebration and gave her a very special birthday gift. Check it out...


Happy birthday mama. You are always special and the best to me. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk mama (dan abah) agar dapat mereka meneruskan ibadah seharian mereka, berdoa kepadaMu sentiasa dan menjalani kehidupan penuh barakah..


- This entry is posted using BlogPress

Tuesday, September 4, 2012

Bila air-con tidak berfungsi...

Hari ni dalam sejarah, sistem penghawa dingin tidak berfungsi di keseluruhan bangunan di kampus. Eehhh... berfungsi sebenarnya tapi hanya angin panas yang keluar. Tapi kira tak berfungsi la kan.. sebab patutnya angin sejuk yang keluar... Hehe..
Kesannya...
1. Lantai di bangunan kelas jadi cam ni... Panggil apa ni eehh.. Kalau bahasa pasarnya, kita sebut berpeluh kan.. Bahasa saintifiknya apa eehh?



2. Kelas-kelas di sebelah tengahari membawa ke petang jadi lengang. Mana tahan wehhh... dengan cuaca masih panas tinggalan saki-baki summer yang masih membahang.

Apa-apa hal pun, cikgu kena tunggu kat kelas tau!! Make sure students datang, ambil attendance then boleh bagi balik. Baiklahhhh... Saya yang menurut perintah.

Jenuh jugak bila takde air-con ni ye... Tambah di dalam keadaan cuaca yang panas. Serba tak kena... Nak buat kerja pun cam tak boleh fikir straight... Fuuhhh... Libang-libu kauuu...(bahasa orang perak ni. Lama tak guna term2 bhs perak ni... Tiba-tiba kat Doha hari tu Rahim selalu sebut... Haha... Alaaaa... Terus terasa rindu kat che' sue, rahim & imran di Doha.. Miss you all...)
 
Kesimpulannya, hargai air-con di tempat kerja anda. Walaupun ketika ianya berfungsi, sejuk gediknya sampai ke tulang sum-sum terasa, bila ianya tiada, baru kau tau langit itu tinggi-rendah. (Haha... Sukahati ku buat kesimpulan...)




- This entry is posted using BlogPress

Saturday, September 1, 2012

Dan bermulalah semester baru..

Bulan September baru bermula, semester 1 sesi 2012/2013 pun mula menyingkap tirainya.
Seawal 7.30am, kelas pertama sepatutnya sudah bermula. As for me kelas pertama ialah sesi makmal. Secara logiknya dah tentu makmal tak boleh dijalankan sebelum kelas teori bermula. I'm expecting no turn-up today. Surprisingly, 4 out of 7 came. That's over 50% attendance. Hehe... Second class with only 4 students registered, no one turn-up. And my third class at 1.20pm, 5 out of 13 came. So far everything seems ok for me. InsyaAllah, tomorrow we can start our class officially.
(semangat... oohhh... semangat... ke manakah dikau menghilang?? Kelas dah nak mula ni. Please come back to me!!)



- This entry is posted using BlogPress