Friday, November 30, 2012

Happy Birthday Siti Mastura!!

Waaaa.... hang muda lagi dari chek rupanya....  Patut nampak lagi rumaja dari chek... hehe....
Hari ni dalam sejarah, kami pi terjah rumah orang buat surprise birthday party tengah malam buto... hahaha... plan baikkkk punya dengan Mr. Zaki..!! Dalam masa 3 jam ja plan, siap dengan birthday cake.... Datang rumah dengan muka innocent,  bawak bihun sup, nak makan sama-sama.... Incik-incik suami pulak dengan innocent bincang pasal macbook dan media player... hahaha.... notti sungguh la kami nih....
Lagi 5 minit nak pukul 12 malam, tuan puteri yang diraikan dibawa ke ruang tamu... Zaki pasangkan slide show with birthday song kat tv. Slide show tu rekaan si mr gadget la kan, sapa lagi... terkedu cik mas kita... menitis air matanyaaaa.... aiii pun rasa terharu nak nangis sama... tapi mana boleh, bukan besday aiiii.... tak boleh curik the lime-light.... kekeke..



Tepat 12 malam, ketika air mata masih bersisa, kami keluarkan pula kek birthday dari kereta; tempat persembunyian paling selamat.... hahaha... nak sorok mana lagikan.... dan cik mas pun terkedu dan hanya mampu berkata "weiii.... hang....!!" hahaha.... Siannnn cik mas kena buli beramai-ramai di harijadinya...


Happy birthday my dear Siti Mastura... Semoga hang sentiasa happy bersama keluarga selamanya...  semoga dirahmati Allah sentiasa dan semoga persahabatan kita akan indah sentiasa.... hanya kek yang mampu kuberi... keke..

Thursday, November 29, 2012

Berhujung minggu di Rabigh

Waahh... Berjalan saja kami bulan November ni. 'Unsangkarable' betul. Kekeke... Sejak jalan ke Jeddah cuti raya yang lepas, ada jek aktiviti hujung minggu. Best tuuu...
Weekend hari tu (14-17 Nov), kami ke Rabigh plak. Plan ke Rabigh ni dah dirancang semasa cuti raya haji yang lepas. Masa tu Fiza dan Fazlee datang beraya dengan kami, terus merancang 'percutian' kami ke rumah mereka di Rabigh.
Hari Rabu lepas kerja, terus bertolak ke Rabigh. Sampai di entrance PetroRabigh compound, tunggu Fazlee datang jemput. Sebabnya visitors kena register dulu dekat security. Bukan setakat driver, perempuan dewasa pun kena pi register. Bukan main strict lagi depa ni... Rules in compound applies to visitors too, so any violations by visitors, the inviting-staff will face the consequences.


Kami sampai rumah dah dekat isya'. Tengok Fiza dah siap prepare bbq set kat laman rumah. Ada satay sekali tuuu... And ABC...!! Sedapppp... I brought sheperd pie (tuan rumah's request sbb dah terbayang-bayang. hehe..) and Hokaiddo Chiffon Cupcakes. Mas bawak nasi impit, kuah kacang dan birthday cake untuk zikry. Punyalah banyak makanan macam nak buat kenduri sekampung. Hahaha... kira perut kena paksa bekerja keras. Nak jugak sumbat tu.. Haha...


Next morning, we went for picnic. Pantai kat dalam compound PetroRabigh gak. Waaaa... Bestnya sebab kira private area hanya orang-orang dalam compound yang boleh guna beach ni. Pas tu berjaga bersih takde sampah-sarap merata-rata. Ada disediakan gazebo yang luas and siap ada plug point lagikkk!! Playground pun banyak, setiap selang 2-3 gazebo rasanya...
Ni la yang kami sambung bbq (guna elektrik bbq set) pulak kat pantai ni. Makan sakan, tak kasi can betul.. Hahaha... Sampai tersandar, sampai terbaring pun ada. Kekeke... Yang budak-budak pulak suka bukan main dapat main air laut... cetek pulak tu, macam-macam 'acara' depa buat, termasuklah dak kenit Akram. Dari takut-takut sampai la tak perlu pegang tangan dah...
It was fun, really really fun... Seronok sangat dapat bersantai gitu... Anak-anak pun enjoy, bebas main dalam air...
Balik rumah semua dah kepenatan, menjelang maghrib masing-masing dah layu.. Paling tah tahan perut tak berhenti 'memproses'. Hahaha... Lebihan banyak sangat kot masuk perut. Terkejut perut!!
Pagi Jumaat kami bergerak pulang ke Yanbu... Tak terasa masa berlalu cepat sekali... Untuk Fiza dan Fazlee, we really enjoyed our weekend at PetroRabigh...!! Thank you soooo much for the hospitality...!!




:: Happy Reading ~ Ejalz ::

Tuesday, November 27, 2012

BBQ @ Ain Al-Nawa

Ini cerita lama sebenarnya... dah lama terperuk dalam draft... mujur masih nampak... kalau tak, hanyut terus draft ni... hehe...
Lama dia duduk dalam draft ni sebab kadang-kadang terasa cerita kita ni takde pun istimewanya... tapi bila pikir-pikir balik (macam bagus jek nak pikir-pikir pasal entri dalam blog... waakaka...) disebabkan kita di sini buat sesuatu aktiviti tu sekali-sekala, maka nak jugak la dilaporkan... hehe... abisss... dah blog aii kan... kalau aii tak ceritera, sapa pulak....
Okaylah, ni kisah masa cuti raya hari tu... ada lagi cerita pasal cuti raya?? adaaaa.... cuti panjang katakan... tak kemana-mana pulak tu, baiklah mereka aktiviti sekeluarga.... 11 Zulhijjah yang lepas kisah nih... kami ber-bbq di rumah Mas di Ain Al-Nawa.... alang-alang Fiza dan Fazlee sefamily masih di Yanbu, jadi Mas dan Zaki pun bercadang untuk meraikan mereka juga... makanya, terhasillah aktiviti ber-bbq ini... Laman rumah Mas besar... tu yang best tu nak membakar bagai tu.. bentang karpet, bawak semua makanan keluar... mak-mak duduk melepak sembang-sembang, pak-pak bertungkus-lumus membakar, anak-anak bersuka-ria bermain berlari sana-sini..... 

Makanan bukan main banyak... asasnya ayam bbq la... plus sosej untuk anak-anak... campur dengan makanan sampingan lagi.... tapi disebabkan duduk bersila kat luar nih, perut cepat sendat... nak makan banyak pun tak boleh masuk dah... kekekeke... dok melepak sembang-sembang yang banyaknya.... sambil tolak masuk makanan sikit-sikit... hehe... budak-budak lagi ler tak makan sangat, dah lari sana-sini, minum air jek banyak... agak-agak derang dah berpeluh, 'berkampung' dalam rumah pulak... 


Alhamdulillah, it was fun... children enjoyed, we enjoyed too... Though we did not go anywhere (outside Yanbu) during the long school vacation, we managed to arranged our own activities to fill-up our days.... You are want you want to be!! You decide how your day should be - fun or otherwise!! InsyaAllah, there's always a way...


Thank you very much Mas, Zaki and family!! You guys are greaaaattttttt....!! 

Monday, November 26, 2012

Saya Tak Suka!!

Hari tu saya dah janji nak update kan pasal saya kena refer to RCMC.... Appointment saya tengahari tadi... tapi sebenarnya saya tak suka la nak cerita because this is the most lousy doctor's appointment I have ever had in RCMC!! Seriously !!! Seteruk-teruk pengalaman menunggu di klinik Ob/Gyn dulu, teruk lagi pengalaman hari ni....  Tapi sebab dah janji kan... kena la tunaikan.... 
Meh kita mulakan dengan introduction kenapa saya kena refer ke RCMC.... 2 minggu lepas dalam pertengahan minggu, saya rasa sakit di bahagian lower back. Sakit yang sedikit mengganggu pergerakan - berjalan dan duduk. Dan sebenarnya ini sakit berulang yang pernah saya alami bertahun yang lalu.... Based on that yester-year experience, lay down for few hours, could ease my lower back pain. So, I did.... and the pain gradually disappear... However, last Tuesday, I had the same lower back pain again... and this time, it felt worst. My walking, my sitting, changes in movements, all were affected badly - every move I made caused more pain! So, that Tuesday I went to Dr Yassine in Radwa 3 clinic... He suspected my lumbar on the lower back, is a little too straight (in normal condition, there should be a slight curve). He referred me to do x-ray the same day. Wednesday morning, I went back to Dr Yassine to get my x-ray result and that is when he confirmed my lumbar does looked too straight. He then referred me to the Orthopaedic Department in RCMC.
Now, masuk cerita kenapa saya tak suka.... Pagi ini, saya sampai ke klinik tepat pada masa appointment, dengan tiada patients lain menunggu. Nama dipanggil, saya masuk ke bilik doktor, salam pertama diberi tidak dijawab. Mula-mula ingatkan non-muslim... takpelah, saya diamkan... kemudian incik suami masuk, beri salam sekali lagi, barulah si doktor menjawab tanpa mengangkat muka pun. Sang doktor sebuk melihat ke sistem di komputernya dan juga ke surat referral. Kami yang duduk di depannya sikit tak diendahkan.... okay takpe la, kot dia nak meneliti laporan x-ray dan surat referral... Kemudian baru diangkat muka dan bertanya "Apa masalah awak?". Amboiii... indahnya soalan pertama!! Terkedu dibuatnya, saya pun laju jek menjawab, doktor radwa 3 yang refer saya ke sini. Barulah dia tanya sakit apa.... dan soalan-soalan dia selepas itu, sangat-sangat menunjukkan kesombongan dan keangkuhan seorang doktor - at least that is what I felt at that very moment. "kalau jalan, macamana", "kalau tidur, macamana", "kalau bangun tidur, macamana", "ada masalah lain tak". Apa nak dijawab oleh seorang patient kalau mendapat soalan-soalan yang begitu general begitu, seperti disoal-siasat oleh polis, bukannya doktor!! As a patient, saya merasa doktor ini langsung tidak berminat untuk membuat pemeriksaan ke atas pesakitnya. Dan saya  juga merasa seolah-olah 'diejek', sakit sikit pun nak jumpa doktor. 
Dan akhirnya, saya pun tak tahu samada benar my lumbar too straight atau apakah sebenarnya yang menyebabkan kesakitan saya yang sekali-sekala itu... Bila doktor tidak berminat untuk memeriksa, bagaimana pula saya nak berminat untuk bertanya lebih lanjut.... dan saya pulang dengan perasaan hampa!! Itulah yang saya tak suka!! 


Teringat kata-kata Prof. Dr. Muhaya: "Jangan membenci orang yang berbuat jahat tapi berdoalah untuk mereka membuat kebaikan"


Sunday, November 25, 2012

Khamis di Madinah

Wahhh... Tajuk kemain... Tapi memang la pun, hari Khamis je kami di Madinah - one day trip. Alhamdulillah, inilah rezeki dariNya. 2 kali Khamis pulak tu... Sekali pada 8/11 dan sekali lagi pada 22/11.


Trip pertama, dan memang yang pertama sejak balik dari cuti summer sangat-sangat la ditunggu. Rindu nak menatap Masjid Nabawi, apatah lagi nak menjejakkan kaki ke dalamnya. Jemaah haji masih ramai lagi ketika ini. Masih perlu bersesak-sesak tika keluar-masuk masjid dan berebut-rebut tempat di restoran. Thrill gitu... :-) Kebetulan juga, junior encik suami baru sampai di Madinah, elok sangat la tu dapat menziarahi Azrin sekali. Sempat bawak makan di Qarat Restaurant & pusing-pusing Taiba Commercial Centre. Katanya  nak tahu kat mana tempat best cari abaya (macam ler teman tau sangat... kekeke...)


Perjalanan pulang, kami singgah di Sand Dune, Badr. Seronok budak-budak dapat panjat sand dune dan main pasir. Akram yang mula-mula malu-malu kucing pun terus tak hengat dunia dapat main pasir. About 30 minutes we spent our time at the sand dune.. santekkkk view dari atas bukit pasir nih menjelang senja...
 
 
Trip kedua ke Madinah pula dirancang pada 22/11 yang lepas, sambil menziarahi PIL (parents-in-law) abang dan x-boss encik suami.... Lebih kurang 11 am kami dah ssmpai di Madinah... terus jumpa dengan makcik Sam dan pakcik Hasan dulu... sembang lebih kurang depan Hotel Al-Haram, then terus ke Masjid Nabawi. Lepas zohor, kami lunch di Royal Dyar Hotel, courtesy of En. Azman (thank you very much En. Azman!!). Wahhh... nampak berselera sungguh pakcik dan makcik makan... ye la... kalau ikut muassassah Tabung Haji, makan dalam pek jek kan.... yang di hotel ni, makan buffet, banyak pilihan lauk-pauk dan dessert.... sedapppp... tambah pulak Azman bawa sambal ikan keli (dalam tin).... lagi la menambah selera derang... alhamdulillah...
Tak lama lepas makan, incik suami 'berdating' pula dengan x-boss dia - En Hadi.... Dari level dewan makan, kami turun ke lobi (M1) pulak... punyalah luas lobi nih dengan sofa yang besar-besar gedabak... and tak ramai orang melepak pulak tu... sbb ramai jemaah terus turun ke lobi GF jek ... so space ni sangatlah kosongnya... besttt....
 
 
Lepas asar, kami bergerak meninggalkan bumi barakah Madinah Al-Munawarrah... InsyaAllah, ada rezeki dan kelapangan kami ke sini lagi.... 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, November 21, 2012

Surat 'chinta'

Hari ni aii dapat surat chinta lagi azimat. huhuhu... Surat dari Dr. Yassine - doktor di Radwa 3 Primary Health Care Centre. Surat referal ke RCMC. Haiiii... kena 'melawat' RCMC lagi la jawabnya ni. Dah lama aii tak jejakkan kaki ke sinun, melawat orang pun tidak, apatah lagi melawat doktor.




Kalau mata uolls tajam lagi cekap, uolls teka la department mana aii kena refer too. Tulisan doktor la katakan, bersambung segala huruf. Even tadi receptionist kat department tu pun siap tanya 2 kali untuk kompomkan. Nasib aii dengar explanation doktor Radwa 3 tadi dengan jelas.
Okaylah, itulah dulu intro pasal surat chinta tu. Minggu depan lepas aii 'dating' dengan doktor tersebut, aii update uolls okay. Till then, pleaseeee take care of your health. Don't take things for granted, not even your health!!


Note 1: RCMC - Royal Commission Medical Centre

Note 2: referal letter tu bawak ke department tu untuk buat appointment dulu, bukan dapat jumpa terus doktornya.


:: Happy Reading ~ Ejalz ::

Breakfast by the lake

Tajuk jek omputih ye.. cerita melayu. keke... Kena intro ghopa tu sebab kat sini deme panggil Yanbu Lake. Kalau tanya Tasik Yanbu kang orang tak tau plak ke mana halanya... hahaha...


Itu ler nak ceghita ni (bunyikan gaya makcik-makcik perak sket yee.. hehe...). Hari terakhir cuti raya haji hari tu ler ni kesahnya... Cik Mas ler yang cadangkan kami breakfast together-gether... Memula cadangnya ke pantai kat Al-Bahr, jauh benor gamaknya, tuko ke Yanbu Lake. Ni kompom dah 'terkenan' kes makan tepi pantai Al-Rayis hari tu. hahaha... jangan marahhhh Cik Mas, nanti markah kena potong...

Ehh... jap, nak kabo dulu pasal Yanbu Lake ni. Jangan tak tahu kat sini pun ada lake (aterrr... teman pun dah gheti tuko ke tasik!!). Lake buatan ler pun... Siap ada water fountain 2-3 tempat; yang mana airnya tersangat la kelihatan 'ke-lumut-annya', pulau cenonit yang ada bridge untuk untuk cross-over, siap dengan burung-burung bangau melepak sambil mengusha ikan dalam lake tu dan juga ada playground untuk kekanak (kat sini, asal ada tempat melepak jek mesti ada playground). Yang menarik kat playground ni, ada satu 'toy' macam permainan kita dedulu kat kampung - talipon karat. Kome pernah main tak? Alaaa.. yang kita guna 2 tin susu terpakai tu, buat lubang kat bhg bawah tin untuk masukkan tali, then tali tu di sambung ke the other end of tin lagi satu. Pas tu cakap la macam talipon. Kreatif kan kita dedulu... Ada jugak orang nak hargai permainan lama kat sini... hahaha... Macam la orang arab tau pasal talipon karat tu kan.


Maka ceritanya, kami pun ber-breakfast la kat pulau cenonit tu, makan nasi lemak hijau ciptaan Cik Mas kita... teman pun top-up ler lauk sejenis - sambal kerang (guna kerang kering dari Sabah... promo... jangan tak promo...). Well... you know why la kan... kekeke.... And I also goreng mee goreng mamak-tapi-melayu. Dengan air teh, air nescafe, air kopi, hamikkkkk.... tersandar kauuu... okeh.. okeh... mana ada tempat nak sandar.... bertongkatkan lengan la jawabnya.... hahaha... bestttt... peluh meleleh kiri-kanan pipi.... 
Budak-budak pulak lepas makan, apa lagi serang playground la jawabnya.... dah beramai-ramai gitu takkan nak dok dendiam sebelah mak plak kan.... main tak hengat sampai masing-masing dah basah rambut dek peluh dengan muka merah-padam.. bila mentari dah terik, barulah masing-masing lepak sambil usik-mengusik (ke kacau-mengacau?? hehe...). 
Alhamdulillah... everyone enjoyed the morning lepaking session.... and fresh to start school again after 1 week break.

Sunday, November 18, 2012

Rain... Rain...



Pagi ini di Yanbu, guruh mula kedengaran, awan gelap menyelubungi, burung-burung merpati melepak di bumbung...


Nota: betapa la takde student datang kelas, sampai cikgu sempat snap gambar burung kat bumbung... ngeeee...
 
 
 
 
Dan hujan pun turun... Mula-mula hanya rintik2 (yang besar-besar dropletnya), cukup untuk membasahkan lantai dan menggembirakan anak-anak Saudi (dan cikgu-cikgunya juga... hehe...), dan akhirnya begitu lebat hinggakan basah merata-rata kawasan.


Dan paling menggembirakan, semua diarahkan balik!!! Yahoooo... Kan nikmat bekerja di sini... Hehehe.. Disebabkan hujan yang lebat, terdapat kebocoran di bilik elektrik. So for safety reason, everyone should evacuate the building.
Ni pulak kawasan rumah, tempat parking kereta dah jadi 'lake' (kata Akram). hehe...


:: Happy Reading ~ Ejalz ::

Saturday, November 17, 2012

Kulit B*b*

Baru-baru ni ada discussion antara Malaysian sisters di KSA berkisar topik barangan (kasut dan belt) yang diperbuat dari kulit b**i. Dan barangan tersebut di beli di sini, di negara ini!! Antara maklumat yang diberikan, jika kulit b**i digunakan pada barangan, akan ada kelihatan kesan 3 titik (atau lubang sangat kecil) samada dalam bentuk triangle atau dalam garis lurus di keseluruhan permukaan kulit. Sila rujuk gambar di bawah...




Untuk memuaskan lagi hati, saya terus bertanya pakcik goggle... Banyak forum2 islamic yang membincangkan masalah yang serupa dan kesemuanya merujuk pada kesan titik yang sama. Kebanyakan produk yang menggunakan kulit b*b* datangnya dari negara China. Dan ianya digunakan secara meluas kerana kosnya yang jauh lebih murah.
Alhamdulillah, kita diberi kesedaran begini. Bukannya tak ambil tahu, cuma disebabkan negara Malaysia kita mengambil-berat hal haram-halal terutamanya barangan import, terus terlalai bila berada di negara ini. Itulah yang dikatakan "don't take things for granted!!" Sentiasalah berjaga-jaga, walau di mana anda berada.


:: Happy Reading ~ Ejalz ::

Friday, November 16, 2012

Jalan-jalan Tepi Pantai

Sambung balik cerita pasal pengembaraan ke Jeddah. Keesokan hari, kami bergerak pulang setelah singgah sebentar di Toko Surya Kencana, memborong barang keperluan dapur. Perjalanan pulang kami dipenuhi dengan 'lawatan' ke pantai-pantai.
Yang pertama disinggah ialah Dhahban, yang dikatakan mempunyai pantai dan resort yang cantik lagi private! Dengan penuh debar, kami melusuri jalan ke Dhahban, dengan hanya berpandukan maklumat dari internet. Tanpa ada sebarang penempatan di kiri-kanan jalan, dengan gps yang seperti tidak menunjuk ke sebarang penghujung, memang la debor.... Tapi semakin jauh kami bergerak, semakin banyak kereta 'mewah' yang keluar-masuk, terus terdetik 'tentu bukan calang-calang tempat yang kami tujui ni'. And taraaaaaaa... sampai ke destinasi, siap ada security guard / check point!! Seelok melepasi check point, memang dah nampak kecantikan kawasan ini, dengan banglo-banglo yang besar dan cantik. Apapun, memang tujuan kami kali ini hanya untuk meninjau-ninjau sahaja. Len kali baru kita singgah tidoq semalam kotttt...


Jom sambung lagi perjalanan.. Next stop, Al-Rayis. Kalau dari hi-way ada signboard menunjukkan 'White Sand Beach'. Perjalanan masuk tak scary sangat sebab serupa macam other 'typical' small town. Tapi laut dia seriussss cantik. Dari kejauhan dah nampak biru laut yang bertona-tona. Cuma tak boleh nak capture keindahannya sebab tempat yang mula-mula kami berhenti tu takde tempat lepak untuk public dan ada pejabat jabatan laut ke marin ke tah ler kan... tapi tak berani kami nak berhenti kat pejabat derang dan posing... kang tak pasal-pasal kena rampas lak hp... So, kami patah balik dan nampak ada area untuk public...  memang cantik disediakan kerusi-kerusi dan nampak terjaga... serupa jek macam tepi laut area playground di Haii Subh tu... terus decide nak lepak-lepak makan... (masa ni lunch pun tak lagi.... padahal keluar dari Dhahban dah zohor dah.... huhu...).  Kami berpisah, yang Zaki cari nasi, yang kami pulak cari Broast... masing-masing dah dapat makanan, jom cari port untuk lepak pulak... Subhanallah.... what an experience...!! lepak-lepak tepi laut sambil makan, angin pulak bertiup sepoi-sepoi bahasa dengan permandangan yang MasyaAllah sangat fantastic!!  








Wednesday, November 14, 2012

Bila sudah sampai masanya...

Dalam keresahan menanti setiap perkembangan kesihatan si comel Amani, tidak langsung terduga yang 3 orang anak sahabat kami Rohaizak, yang lebih mesra dengan panggilan Pokjak (sahabat sepengajian Master dan rakan sekerja ketika kami di UNITAR) telah dimasukkan ke hospital KPJ Damansara. Dan pagi ni si comel yang bongsu, satu-satunya anak perempuan beliau pergi mengadap Ilahi. Innalilah... Terkejut, sangat terkejut!! Baru semalam mendapat berita mereka di hospital, hari ni yang bongsu telah tiada.. Dari cerita2 yang kami dapat, arwah Aimeen demam panas, terkena sawan dan warded. Kata ayahnya, terdapat jangkitan kuman di otak. Allah.... Sedihnya rasa. Kita yang di kejauhan pun terasa kesedihannya. Bayangkanlah ibu dan ayahnya.. Mana nak uruskan jenazah, mana nak tengok si abang2 yang masih di wad. Besar sungguh dugaan ini untuk kalian.
Pokjak dan Kamsiah, kami berdoa agar kalian berdua diberikan kekuatan untuk menempuhi saat mencabar begini dan terus redha dengan ketentuan Allah swt. InsyaAllah, arwah tempatnya di syurga.


NOTA: Info dari Pokjak, arwah anaknya meninggal dunia disebabkan 'Acute Encephalitis'.


:: Happy Reading ~ Ejalz ::

Monday, November 12, 2012

Malam ini kita overtimeeee!!!

Macam pernah dengar tak ayat tu?? Hehe... Pilem P. Ramlee kannn...
Sebenarnya, malam ni kami pulak yang kena overtime. Setahun sekali, okaylah tu kan.... Dan untuk kali ni, dari 5.30 - 7.00 pm, kami dijemput untuk mendengar penerangan/penjelasan tentang sistem penilaian yang baru untuk tenaga akademik. Bukan calang-calang speakernya, Director of Education Section (RC) sendiri yang turun padang memberi penerangan. MasyaAllah sangat lancar penerangannya, sangat jelas butir bicaranya dan sangat cekap menangani persoalan audiens walaupun tidak berkenaan dengan tajuknya. Tak terasa 1 jam setengah berlalu. Dan satu phrase menarik yang ditekankannya: "communicate to understand". Betullah tu kan... Kalau tak berkomunikasi, macamana nak faham. Bila tak berkomunikasi juga, mulalah timbul salah-faham. Tapikan... ada juga yang walaupun dah berkali-kali berkomunikasi tapi tak nak faham-faham!! :-)




:: Happy Reading ~ Ejalz ::

Jadual padat di Jeddah


Cuti raya yang lepas, yang cutinya panjang amatttt... anak-anak angkat pun dah selamat terbang pulang ke malaya, mak angkatnya ni pun mula mengorak langkah... abissss, takkan nak melopong jek kan... nak juga jalan-jalan hiburkan hati... ecceehhhceeceeehhhh.... Makanya, projek khas dimulakan dengan Mas, 'mencucuk' hubby masing-masing....... "jom ler bang kita jalan-jalan... jeddah pun jadi ler.." muahahaha...


Akhirnya, bergerak juga kami meninggalkan Yanbu - my family and Mas's family.... bestttt.... kami duduk di salah satu apartment berhampiran Aziz Mall (apatah namanya lupa laa..).. dapat pulak bilik berdepan, memang kecoh habisss.... Dah siap letak barang semua, siap-siap solat... jommm... Pengembaraan pun bermula!!
Tempat pertama, Asia Restaurant. Siann si Mas dah lama sangat menunggu saat untuk mencecahkan kaki ke situ. hehe... Berjaya juga akhirnya... Walaupun ramai orang, punyalah lama nak dapat makanan, tetap sabarrrr... Puas hati punya pasal. Haha...


Lepas asar, terus ke souk abaya di bawadi. Terbeliak-beliak biji mata tengok macam-macam pesen abaya ada... haha... Rasa semua nak diambil... Dah tu pulak, time ni depa tak 'mencekik' sangat. Cuba kalau bulan 5 atau 6, sah-sah 'sembelih' sakan harga derang ni. Nak tawar seriyal pun kompom tak dapat. Menjelang maghrib, tamat sudah 'lawatan abaya'. Masing-masing dah menjinjing beg, ok la tu ...
Next stop, Jeddah International Market. 2-in-1 punya matlamat ni. Yang mak-maknya, menuju ke Sarawat - borong apa yang boleh diborong. Yang pak-paknya pula menuju ke kedai elektronik. Dapat juga tu menyambar something. hehe... Kelassss...
Only when we thought, enough for the day, sekali lalu kat Al-Bashawat daaa... Tengok jam baru pukul 8pm.. Malam masih muda... Ayuhhhh... kita 'melawat' Bashawat. Haha... Seronokseresss... Amik, amik, Sr2, Sr5, Sr10... murah.. murahh.. Dah penuh menggunung 1 troli, okay dah, boleh balik dengan hati girang. Hahaha...
Sampai apartment, solat, then dinner beramai-ramai. Seronok makan ramai-ramai ni, berselera jek rasa. Lepas malan, menonton movie pulak. Sedar-sedar dah pukul 1am. Hhuuaarrggghhhh... Ngantuknya... Esok kena bangun awal, pengembaraan akan diteruskan... ;-)

Sunday, November 11, 2012

Eid-Adha yang lalu

Cerita masa cuti yang tertunggak... Otak dah boleh tune kena kerja... So dah boleh bergerak secara multi-functional semula... hahaha...

Sambutan eid-adha tahun ini sama seperti tahun-tahun lepas, disambut bersama anak-anak angkat sementara. Bezanya, agak meriah dengan kehadiran kawan-kawan rapat. :-)
Pagi raya agak 'slow'... Budak-budak pun tak rasa apa-apa sangat... Setakat mama hidangkan nasi impit, ketupat pulut, rendang ayam dan rendang dinding, ok... kena makan.... Lepas tu bertapa balik dalam bilik.
Menjelang tengahari barulah kemeriahan bemula. Nasi laham versi sempoi, pavlova dan umm ali, ready to be served... Fiza dan Fazlee pun sampai dari Rabigh. Tu diaaa... macam-macam makanan dibawanya. Nasi impit berpuluh biji, rendang daging, serunding daging, carrot cake dan cheese cake... Penuh mejaaaa!! Siti, Shah and family pun join later... Menjelang maghrib, Mas, Zaki and family yang baru sampai dari Madinah 'dipaksa' turut serta. Hahaha... Meriahhhh...

Acara wajib - posing!! Some photos to share...


Sempat jugak sambut birthday Hanan (belated satu hari) dengan cheese cake auntie Fiza... Senyum simpul malu-malu meoowww la Hanan ni...



Lepas isya' semua dah kekenyangan... Tak payah dinner, jom tidur jek laaaa... hahaha... Macam ular sawa kekenyangan daaa....

Such an enjoyable and memorable eid-adha 1433 for us!! Thank you friends... thank you ... thank you...thank you... soooooo muchhhh..... You all have made our lives brighter and livelier...

Monday, November 5, 2012

TERKINI: Doakan kesihatan Amani

UPDATE :
at about 8.30am : si comel Amani sudah ditolak masuk ke OT... Doakan si kecil ini selamat.... doakan si ibu dan ayah tenang, sabar dan redha...
at about 12.30pm : si comel Amani sudah selamat menjalani pembedahan dan berada di dalam keadaan stabil. InsyaAllah, moga berterusan....


Salam semua, mohon kalian menghulurkan sedikit doa untuk adik  Nur Amani Zainul yang sedang berada di dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan....
Adik Amani sedang dirawat di PPUM ketika ini. Bermula dengan demam diikuti dengan jangkitan paru-paru. Doktor mengesahkan adik Amani dijangkiti virus RSV (Respiratory Syncytial Virus). Keadaan terkini, perut Amani mengembung tanpa ada berlaku sebarang 'pembuangan' untuk beberapa hari. Menurut mama Amani, doktor sedang mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan ke atas adik Amani di dalam proses untuk mencari punca sebenar kesakitan adik Amani.... dalam masa yang sama si kecil itu masih belum recover sepenuhnya dari pneumonia....

Ya Allah, permudahkan urusan perubatan untuk adik Amani, berikanlah yang terbaik anak kecil ini, kau berikanlah juga kekuatan pada kedua ibubapanya untuk menghadapi dugaan ini... aminnnn....


:: sayang Amani, please stay strong girl ::

Sahabatku Zarina, please stay strong, keep on praying.... We'll pray for Amani's health from here.... insyaAllah dipermudahkan segalanya....

Saturday, November 3, 2012

2 minggu berlalu...

Hari ni dah masuk balik kerja... 2 minggu dah berlalu cuti raya aidil adha. Anak-anak angkat pun dah selamat sampai Malaysia. Seronokkkkkk sangat dapat lepak lama kat rumah. Haiiihhhhh... Seronoknya keje camni.... eeehhhh... silap... Seronoknya keje dapat cuti lelama yang tak perlu potong cuti tahunan. Tapi berat betul kaki nak melangkah masuk ke opis hari ni. Ingatkan kot-kot student pun berat kaki nak datang kelas, sekali penuh daaaa kedatangan. Kekeke.... Penatnya rasa hari... Cam lama benor tak bercakap. Hehe... Anyway, alhamdulillah, all went smooth...

Nota 1: now (at 4 pm) sdg berehat, bermalas-malasan sbb rasa macam otak tak berenti berpikir lagi.. keke...

Nota 2: cerita2 masa cuti akan menyusul kemudian... Bagi otak adjust semula dengan keje... keke...


:: Happy Reading ~ Ejalz ::