Tuesday, January 29, 2013

Hujan... Banjir... ohh..nooo!!

Hujan katanya setahun sekali jek turun kat bumi Saudi ni. Tapi yang sebenarnya semusim sekali kot.. sebab ketika musim sejuk ni la yang hujan akan turun.. ada tahun memang sekali jek, ada tahun 2-3 kali, ada jugak tahun yang hujannya sampai 4-5 kali. Dan semuanya sememangnya hanya berlaku semasa musim sejuk. Dan semalam (Isnin) sekali lagi Yanbu dibasahi hujan. Kalau nak dikira tahun 2013 inilah yang pertama.... lebat jugak hingga air bertakung di tempat parking kereta kawasan rumah kami di Radwa 3... dan khabarnya di Yanbu Al-Bahr siap banjir yang dalam... kereta banyak stranded, budak2 sekolah terpaksa disuruh balik awal. (Well, that's not the case for RC. Kat RC insyaAllah sistem perparitan mencukupi untuk menampung air hujan. Kalau pun air bertakung, tak akan ambil masa yang lama untuk reda.) Sampaikan budak2 YUC pun dah resah gelisah nak balik rumah juga. Padahal kat sini tak la seteruk mana. Muka masing2 dah muncung. Yang kelakar, ada seorang student CS ni siap datang pukul 12 bagitau dia nak balik dah, dia takkan datang kelas pukul 2. Sebabnya dia tinggal di Yanbu Al-Bahr, hujan dah lebat, si abang dah datang nak bawak dia balik. Muka dah panik merayu nak ponteng kelas. Sukahati kaulah nak!! Sekali... pukul 2, tengok dia muncul depan opis. Aikkk... kata nak balik sangat tadi... Rupanya dia kata Yanbu Al-Bahr dah banjir. Macamana dia nak balik, kereta tak boleh lalu, air dalam... hehe... adoyaiii...
Hari ni, Selasa - semua sekolah diarahkan bercuti..YIS, Al-Tawhid, Radhwa - semuanya kena cuti... dan dapat diperhatikan ramai ibubapa Malaysian merungut... selalu sangat sekolah cuti..... mmmm.... Sesuatu yang biasa bagi kita di Malaysia, mungkin dianggap bencana bagi negara lain... apa yang kita rasa "alaaa.. hujan jek...takde apa-apa pun", mungkin menjadi "Ya allah... hujan, banjir!!!"... Belajarlah terima kekurangan orang lain... sebagaimana kita mahu orang lain menerima kekurangan kita.... sekian... ingatan untuk diri sendiri jua....


Sunday, January 27, 2013

Semester 2 pun bermula..

Rasa cepat pulak masa berlalu... dah habis dah cuti seminggu (semester break) minggu lepas... tak terasa langsung, dah kena mula semester baru dah... al maklum, mama dan abah ada di rumah... macam tak sempat buat apa-apa jek masa dok rumah... hahaha... sajekkkk jeee kasi panas.....
Anyway, semester kali ni rasanya kompom akan start dengan sedikit 'kelembapan'... keke...
Pertama, sebab sehingga Jumaat malam jadual tak keluar lagi... hanya pagi Sabtu jadualnya keluar... kalau aku jadi student pun mesti aku malas nak datang sekolah hari pertama... kena gonyoh mata baru nampak jadualnya... baik sambung tido jek... kekeke....
Kedua, sebab beberapa kawasan di Saudi dah diramalkan berlaku hujan ribut minggu ni.... seperti biasa, inikan dikira bencana bagi orang tempatan... kompom tak keluar rumah budak-budak sekolah nih...
Ketiga, sebab mama and abah ada kat rumah la.... hahahaha.... kan best dapat join sama-sama melepak kat rumah cam masa cuti minggu lepas.... makan, sembang, tengok tv... berat pun dah naik... huhuhuhu....
Anyway, sebagai cikgu yang berdedikasi... setiap kelas ku jengah... dah la pagi Sabtu, Ahad & Isnin  7.30am kelasnya.... sampai kelas, kita yang switch-on lampu... betapa la takde orang lalu pun kelas tu... kekeke.... dah hasilnya,
 

Tuesday, January 22, 2013

'Tersentut' seketika

Haha... paham ke maksud 'tersentut' tu?? Alaaa... maknanya macam terkedu/tergamam la gitu.... Bahasa pasar tu... takde dalam kamus dewan bahasa rasanya... :p
Yang tersentut ni aii refer to blog ni la... ada banyak stori-mori-the-morning-glory nak share kan... tapi disebabkan kisah duka yang menimpa 2 keluarga Yanbu minggu lepas, tu yang jadi tersentutnya nak berblog... masing2 jadi very attached to hp & fb untuk mendapat maklumat terkini mengenai mereka.
Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Ayu sekeluarga. Moga dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan, ketabahan dan keredhaan berpanjangan pada Ayu untuk menjaga 3 anak yang masih memerlukan perhatian. Juga untuk Eicha (baru ku sedar, ku tak tahu nama penuh Eicha... huhu..) dan suami, moga cepat sembuh. InsyaAllah...

Tuesday, January 15, 2013

Pengumuman... pengumuman...

Dengar ya tuan-tuan dan puan-puan... adalah ini dimaklumkan, mama dan abah saya dah selamat sampai ke Yanbu Al-Sinaiyah, semalam 14 Januari 2013, setelah menempuh perjalanan yang panjang Tk. Intan-KLIA-Doha-Madinah-Yanbu.... wwuuhhhhoooooo...... suka...suka...suka....
Sempat bersolat di Masjid Nabawi... setelah sekian lama abah dan mama tak cecah bumi barakah ini... Jelas kelihatan wajah gembira abah dan mama dapat bersolat di masjid nabi ni seelok cecahka  ke bumi Saudi.
Budak-budak lagi la suka... hari ni tiga-tiga semua bangun pagi dengan sendiri - tak perlu kejut kauuu - walaupun semalam dah tido lambat sebab excited tengok atok dan opah ada di rumah....!! Mujur nak ke sekolah tak liat.. kekeke....
Okay... itu jeklah pengumuman untuk hari ni.... saya sangat gembiraaaaaaa....!!

Saturday, January 12, 2013

Mohon doakan keselamatan mereka

Update as on 18/1/2013:
1. Yadzid telah menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang pukul 2.00 am. إنا لله وإنا إليه راجعون 

Update as on 15/1/2013:
1. Yadzid sudah selesai menjalani pembedahan dan sekarang berada di ICU Hospital King Khalid Tabuk.
2. Eicha dan che'f dah pulang ke Yanbu. Che f akan meneruskan rawatan di RCMC, Yanbu.


Update:

1. Lebih kurang 10.30pm, dapat bercakap dengan Eicha sendiri. Dia dan Balqis, anak kedua Ayu dalam keadaan baik. Hanya luka2 dan bengkak2. Warded di hospital Haql.
2. Lebih kurang 11.00pm, dapat sms dari Ayu. Ayu juga dalam keadaan baik. Namun anak pertama Ayu kini di tempatkan di ICU hospital di Tabuk. Anak ketiga masih mendapatkan rawatan di ER hospital Tabuk. Manakala suami Ayu, Yazeed pula di ICU hospital di Haql.

Lewat petang hari ni kami terima berita sedih mengenai kemalangan yang menimpa sahabat-sahabat Yanbu - Ayu dan keluarga serta Eicha dan suami. Menurut jiran terdekat Ayu, kesemua mereka menaiki 1 kereta menuju ke Tabuk. Dalam perjalanan berdekatan Haql, mereka ditimpa kemalangan di mana kereta mereka jatuh ke gaung. Diberitakan juga sehingga lewat petang tadi, kesemua mereka telah mendapat rawatan dan ditahan di hospital di sana.
Allah... ya Allah... selamatkanlah kedua buah keluarga ini. Moga mereka tidak ditimpa kecederaan yang teruk... InsyaAllah kita doakan sama-sama.
Menjelang isya' tadi pula Mas, Leman, Ema dan Khairuddin bertolak ke Haql membawa barang keperluan sahabat2 kami itu... InsyaAllah selamat sampai nanti... Semoga Allah lindungi perjalanan kalian... InsyaAllah....

Tuesday, January 8, 2013

Lagi celita FYP

hari ni punya kes plak... aduhaiiii.... makcik dah tak tau nak kato apo dah nih... cer korang tengok apa yang dibuek dek 3 orang budak FYP yang present hari nih...


ni majlis apa pun tak tahu la ehhh.... nak kata dapat markah lebih, tak mungkin... nak kata membantu presentation pun tak jugak.... yang pastinya, cikgu-cikgi yang kekenyangan... baru 3 presentation, masing-masing dah dok nguap huaaaa....huaaaaaa.... dah la tengahari, kenyang plak tu, ekon sejuk, apa lagi... mata pun layu la kan.... hahahaha.... hai la anak-anak CS, apa la yang korang pikiorkan ni ehhh....?? selamat maju jaya dalam apa jua bidang diceburi!!

Monday, January 7, 2013

Sesak @ Yanbu Al Bahr

Hari Jumaat memang sebolehnya nak elak pergi ke Yanbu Al-Bahr. Sesakkkkk... internationally-sesakkkk... hahaha.... term ciptaan sendiri... Indians, Pakistanis, Philipines, Indonesians, etc. Masa ni la segala pekerja (peringkat bawahan I assume...) akan keluar bersuka-ria, grocery-shopping dan transferring duit... merata-rata tempat penuh manusia eg. atas jalan, dalam kedai, dekat masjid...   Ala-ala kereta nak lalu, kena mintak izin..."tumpang lalu skettt..." kekekeke...
Itulah dia Yanbu Al-Bahr... bandar tepi laut... kalau dapat pergi weekdays siang hari memang best... macam-macam ada... Jarir Bookstore dah ada, CentrePoint, RedTag, CityMax pun ada.... tu belum lagi masuk kedai 'macam-macam ada' yang rega barangnya murah-murah... pasar ikan dan pasar sayur dah tentu ada... but what I like most is Nasi Kabsa with roasted chicken this one restaurant.... suka...suka...suka....


Sunday, January 6, 2013

FYP punya celita...

siapa tau apa itu FYP? kalau kome pernah berada dalam sistem pembelajaran peringkat universiti terutamanya bidang teknikal, tentu kome tau kan.... FYP tu stands for Final Year Project... Untuk jabatan sains komputer, memang selalunya ni 'acara' wajib untuk pelajar tahun akhir... mesti kena lalui.... developed a system and then present the product....
siap prepare brochure... 
kat YUC ni pun sama ler... tak terkecuali... ada juga FYP.... semalam dah bermula dah, tapi tak sempat nak pergi 'menonton' sebab sebuk dengan final exam yang masih belum selesai... hari ni pulak, giliran teman jadi evaluator untuk salah satu projek... tajuknya kemain canggih "Automated Exam Scheduler"... 2 orang budak pulak tu wehhh... apa kome expect dari tajuk nih? kalau teman, I'll will expect that sistem dia akan berjaya membuat jadual peperiksaan lengkap. But what happen was, dari mula presentation, mereka dah sebut yang course codes semua adalah input yang telah siap diagih-agihkan mengikut kumpulan. It was not a part of their system.. mmmm....Okkkkkkkkkk.... Jadi sistem dia akan bermula menjadualkan peperiksaan mengikut kumpuan tadi.... Jadual akan digenerate hanya selepas setiap ketua jabatan menghantar pilihan priority subjek... priority tu pun tak jelas tujuannya - hanya semata-mata hendak letakkan subjek tu di minggu 'awal' peperiksaan... ada ke setiap ketua jabatan kena hafal setiap code dengan masing2 punya requirement untuk diletakkan sebagai priority? dan apa pulak definisi 'awal minggu'?  kemudian setiap ketua jabatan juga perlu mengklik button 'confirm' sebelum jadual disahkan... lepas tu baru pegi option set venue... eeeehhh... berapa panjang proses daaaaaaaaaaaaaaaaaaa........... sama jek macam takde sistem....!! eehh.. tang mana 'Scheduler' tu wat keje ehhh?? Haaa.... bila kena tembak dengan evaluator, student tu memandang ke supervisor untuk memastikan jawapan dia betul.... yang paling tak tahan, bila student dah terkebil-kebil tak boleh jawab, supervisor yang jawabkan soalan!!!!! halamakkkkk... ni siapa yang buat kerja nih??? kwang..kwang..kwang.... bila kita kata, you are just automating a paper environment into paperless environment without improving the process, MARAH pulak!!!! nak gelak la sket.... hahahahahahahahahahaha.... alamak panjang pulak gelak....
itulah dia... sekian terima kasih... pening paler dan buang karan cam ni tak kuasa tauuuu.... soalan cepumas, FYP ni untuk student ke untuk supervisor ehhhh??? kekeke...

Wednesday, January 2, 2013

Oucchh... Naughty you!!

Salam.....
I thought first day of the year yesterday with such an educational celebration, will be a good start for the rest of the year.... But Allah plans better.... When I arrived at my office this morning, I noticed that my office door was not closed properly!! Someone broke into my room!! And to my surprise, it was not by forced but the person was using key to enter. Whoever the person is, has left my room without properly locking the door. The door latch did not fit the tub properly. 
Though nothing valuable is missing but this is definately a security violation!! Finally I have a physical evidence to prove that someone did enter my room!! It has been a while that I noticed things are 'touched' in my room. I am sure someone entered my room after office hours, so does few other collegues but we don't have any evidence to proof the acts. Surely today, is a good one! I hope with my complaint to the security and management, people will realize that they don't have the right to touch other person's property without permission, eventhough it is only campus property.



p/s You don't play-play with me, talk-talk, write-write only no use... I show evidence too!!




Cerita tambahan
hari kedua tahun baru ni penat semacam derrrrr.... dari pagi dok mengkesahkan pasal pintu tu... ke hulur ke hilir nak menyiapkan report bagai... dah ler bilik-bilik jauh-jauh... memang ler exercise yang bagusss.... dah selesai urusan tu, dekat nak tengahari, udah bertegang-urat berlawan-lawan email dengan rerakan sejabatan.... Isunya sebab teman highlightkan pasal exam online yang failure.... dalam ramai-ramai manusia yang menyokong statement teman, boleh ler pulak ketua jabatan, baik yang lelaki mahupun yang perempuan, membuat statement untuk 'melepaskan tangan'. eekkkkk eeeeelllllleeeeeeee.... amendaaaaa tahhhh..... "macam ni kah perkhidmatan yang cekap" ingat lagi tak skrip iklan ni? hahaha... In that case, I surrender the case... buang masa dan buang tenaga untuk bertekak with such people!
petang pukul 1.30 - 4.00pm jaga final exam... ada pulak la budak sorang ni yang tak nak hand-in paper dia selepas masa tamat.... hammbbooooiiiiii... dok merayu "please miss... please miss... just 1 minute...". yang awal sejam tadi ko termenung apa kes... baru dapat ilham la kot.... kekeke... siap main tarik-tarik paper tu... kalau berkeras tadi, mau terkoyak jek paper budak tu... adoiiii laaaaaa.... apa kena kome nih...??
hadooiiiii... Penat la hari nih.... dari dalam kepala otak sampai ke fizikal... semua penat hari nih.... penatttt.....!!



Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru 2013

While ramai rakyat jelata malaysia menyambut new year dengan bercuti, mengagumi bunga api, party sana-sini, kami di Saudi ni kerja macam biasa. Siap tengah minggu final exam... lagi dramatik, exam sampai 2 tahun - dari 25/12 sampai 9/1 nanti... haha.. kan cecah 2 tahun berbeza tu... my students pulak took the final exam last year and this year!! Hahaha.... Satu subjek on 31/12 and satu lagi subjek today 1/1... hehe... sekali-sekala buat lawak bodo gini.... dah lama tak buat... haha....
Anyway, kami anak-beranak sambut new year main scrabble!! So educational celebration!! Hahaha... Oh yesss... it was a paper-board game ye.. bukan game scrabble yang ada dalam hp tu.... so kira kejayaan di tahun baru jugak la kan... hehehe....