Monday, February 25, 2013

Kurang apa ehhh...

Kuang sopan ehhh korang nih.  sapalah punya angkara... tak tau la budak pompuan ka budak laki ka... menatang tu kami jumpa masa kelas pertama 7.30am dalam lab komputer... ikutkan logik, mestilah sesapa yang datang ke lab hari sebelumnya. Biasanya memang ada pekerja lelaki yang akan masuk kampus selepas 5pm untuk buat kerja macam2. Anyway, walau siapa pun orangnya walau apa pun alasannya.... kuang ajaqqqqq la tu!!!!

Wednesday, February 13, 2013

Bersantai di tepi pantai

Petang selasa semalam kami meninjau kawasan lepak 'baru'. Baru tauuu... hahaha.... di Yanbu Al-Bahr nun... tak pernah lepas sampai ke kawasan tu lagi, tu yang tak tau sebelum ni... haaiiihhhhsss.... nama kawasan pun taktau.... anyway, directionnya dari arah Tulip Inn ke atas lagi...
Berbekalkan sandwich, tart telur dan air teh, kami pun melepak kat tempat baru ni... macam dekat RC jugak - pantai yang ada park dan pantai berkelah...
Kami melepak di gazebo kawasan park tapi angin punyalah kuat.... nak melayang karpet dibuatnya... tak boleh nak berlama-lamaan sangat. Jadilah... dah dapat 'mark' tempat baru... hehe... len kali boleh datang lagi...

Friday, February 8, 2013

Ziarah ke Madinah Al-Munawarah

Cerita pertama kita mulakan dengan cerita ziarah... Ini kira destinasi pertama luar Yanbu, kami bawa abah dan mama... alang-alang cuti semester dah sampai penghujung, jom kita ke Madinah dulu... dari Rabu sampailah ke Jumaat (22/1 - 25/1), kami stay di Ramada Hotel - yang paling reasonable dari segi jarak dan harga... uhukk...uhukkk...uhukkk... nak tersedak kalau cakap pasal harga hotel... anyway, alhamdulillah dapat jugak bilik untuk 3 malam walaupun semasa cuti sekolah..


Syukur sangat dapat menghabiskan masa di Madinah bersama keluarga terutamanya dengan adanya abah dan mama bersama... priceless moment!! Hampir setiap waktu kami ke Masjid Nabawi. Antara waktu Maghrib dan Isya' pula langsung tak balik ke bilik... lepak di masjid... rasa tenang walaupun ramai orang tak putus-putus di masjid...
Khamis pagi kami bawak abah dan mama ziarah... ye lah... dah lama sangat derang tak ke sini, kita bagi refresh sikit tempat-tempat sejarah Islam nih... :-)


Mula-mula ke Shuhada Uhud, panjat Bukit Rumat, posing-posing sket... Next Masjid Qiblatain... Sekejap jek kat sini, buat solat sunat jek... nak kejar waktu Zohor di Masjid Quba' pulak.... punyalah ramai jemaah kat Quba'... Alhamdulillah, ada juga ruang sikit untuk mama and me menunaikan berjemaah Zohor. Kakak terpaksa tunggu adik kat ruang meletak kasut... bagi ruang untuk jemaah lain bersolat. Menjelang Asar, kami dah kembali ke hotel. Alhamdulillah..... semua orang seronok....
Dan lagi satu pengalaman di Madinah kali ni berjumpa dengan 2 students... Bayangkan selepas dah berapa tahun bekerja di sini tak pernah bertembung dengan mana-mana students pun samada di Mekah mahupun Madinah... kali ni, 2 sekali jumpanya tapi di waktu yang berbeza. Yang pertama jumpa di waktu Subuh, bekas pelajar MIS... dah tamat setahun pun dia.... yang kedua pulak jumpa lepas waktu Maghrib, menunggu waktu Isya', pelajar AL. Yang menariknya kan... kedua-duanya menggunakan mak masing-masing untuk menegur. Spekeng arab kauuuu!! macam ler cekgu deme ni paham bebenor... setakat paham dia citer anak dia belajar kat YUC, pas tu sengih jek la... haha.... anyway, that was great... ditegur oleh mak student, rasa mereka begitu menghargai.... InsyaAllah... moga kalian berjaya...





Thursday, February 7, 2013

Lama tak bersiaran...

dunia mayaku sepi, tiada siaran langsung mahupun siaran ulangan... kekeke... alahaiii... baru seminggu lebih tak bersiaran..... rasa macam dah lama bebenor... 
ada jek cerita yang nak diceritakan... al-maklum mama dan abah ada kat sini, macam-macam aktiviti ada, macam-macam gaya dah diposingkan... tinggal lagi nak mengarang jek yang sakit sikit.... sakit malas ler kan.... haha.... anyway, slow-slow ler teman buatkan... bukan senang enjin nak start balik nih selepas sekian lama berehat.... insyaAllah, buat sikit-sikit dulu, lelama banyak ler balik kan... hehe... selamat berjaya tuan tanah!!