Wednesday, March 6, 2013

Semoga tabah sentiasa...

Semalam, akhirnya dapat juga kami menziarah Ayu dan anakandanya Roshan. Masih terngiang-ngiang berita kemalangan mereka di Haql, hampir 2 bulan yang lalu. Baru hujung minggu lepas Roshan berjaya dipindahkan ke Hospital Al-Ansari, Yanbu.
Alhamdulillah nampak Roshan sudah berupaya... tak dapat kami nak bandingkan keadaan dia yang terdahulu tapi apa yang kami nampak semalam, jelas usaha Roshan untuk kembali kuat...
dan ibunya Ayu, masyaAllah sangat kuat semangat... sangat-sangat kuat... senyum sentiasa terukir dibibirnya... patah bicara sentiasa tenang... langsung tidak kelihatan keresahan mahupun kesedihan...  sebak pula kita yang melihatnya....
Semoga Ayu dan anak-anak sentiasa di dalam rahmat Allah swt hendaknya... semoga Roshan kembali sihat supaya dapat menjadi pelindung kepada ibu dan adik-adik perempuannya... insyaAllah....