Friday, April 12, 2013

Dan 3 bulan pun berlalu...

Semalam (Khamis 11/4/2013), berakhirlah kegembiraan dan kemanisan yang dinikmati kami sekeluarga bersama mama dan abah (opah dan atok)... 3 bulan tauu... Lama tuuu.... Tiba-tiba dah balik, adooohhhhh sunyinya rasa rumah ni. Takde mood nak kemas rumah dan buat apa-apa.. Lepak jek... Huhu.. Parah betul maknya... Hahaha... (Mak ayah yang lebih... Budak-budak relax jek.. Keke..)
3 bulan di sini, InsyaAllah, mama and abah seronok selama dok sini... Sebanyak mungkin kami bawak jalan-jalan, selain Mekah dan Madinah. Sempat pulak merasa duduk rumah baru kami dalam seminggu terakhir ni. Dan selama di rumah lama pulak, tiap waktu abah turun ke masjid yang hanya di belakang rumah.
Dan semalam, pulanglah mereka berdua ke Malaysia. Ramai lagi cucu-cucu yang menunggu katanya. Hehehe... Lebih kurang pukul 9 am kami bertolak dari Yanbu menuju ke Madinah. Singgah di Al-Noor Mall untuk lunch. Kemudian terus ke airport.

Selesai urusan check-in, kami minum-minum dulu sementara menanti waktu untuk boarding. Cukup masa, drama swasta pun berlangsung. Haha... Mula-mula ingat nak macho, sekali mama dah berderai, habis la semua sekali berderai. Uuuwaaaaa... Sedih... sedih... Mama and abah pun cepat-cepat masuk... tak nak lama-lama berdrama swasta la tu... Hehe.. 3 hours later, kami ber-skype pulak. Mama dan abah transit di Doha. Sementara tunggu the next flight, beronline la kami sekejap.
 
Hari ni dalam pukul 9am (waktu sini), alhamdulillah mereka telah pun selamat sampai di tanahair, disambut oleh abang dan adik bersama keluarga masing-masing.
Syukur Alhamdulillah, tercapailah hasrat kami berdua serta hasrat mama dan abah untuk sampai ke sini tahun ini.. Selepas kali pertama mereka sampai ke sini 5 tahun yang lepas dan kali kedua hanya mama seorang yang dapat visa 3 tahun lepas.
InsyaAllah, panjang umur kita jumpa pulak semasa cuti summer dan moga ada rezeki lagi ke sini tahun hadapan. We love both of you very much!!
 
Posing untuk letak dalam contact info dalam hp masing-masing... hehe..



Ppsstttt: Masih terbau-bau minyak panas yang selalu mama pakai untuk mengurut kaki dan masih terdengar-dengar suara abah bermain dengan akram. Huhuhu...


..:: Happy Reading ::..

Sunday, April 7, 2013

Kunjungan 'Mesra'



Ini ER di RCMC... Sampai sini lebih kurang 6.45pm tadi. Dah 1 setengah jam ku menunggu giliran. Ni semua gara-gara klinik di radwa 3 dan 4 dah tutup seawal 5pm. Sebelum ni tutup pukul 8 pm. Sejak bila tutup awal pun tah la, tak sedar pun. Keke...
Anyway kunjungan 'mesra' kali ni disebabkan si hero kenit tu. Tah aksi apa yang dibuatnya atas katil pun tatau la. Tau-tau opah dah nampak dia menangis atas katil sambil tunjuk tangannya yang sakit. Selepas 3 jam (termasuk tidur 1 round), masih lagi menangis and at the same time tak mahu angkat tangan kanannya, terus la kami bawak le ER ni. Mana la tau apa-apa lak jadi... At 3 years old, apa jek boleh dia explain..
Anyway, until I post this entry, still waiting for our turn. Pheewwww... lamanyaaaaa... (@ 8.23pm)




Update: sehingga pukul 9.20pm, baru seorang patient yang dipanggil and we decided to leave ER and going for private medical center, which entertain us only in 10 minutes and for free!!! (rezeki Allah nak beri atas kesabaran menunggu selama 3 jam)... Alhamdulillah... 
Oh yes... kata doktor yang merawat Akram tu, tangan kanan dia sedikit 'dislocated'... probably dia terjatuh atas tangan sambil memegang something.... and only with 1 'twist' doktor tu buat, within 5 minutes, Akram aktif semula.... Alhamdulillah....


..:: Happy Reading ::..

Menjenguk April

Dah masuk bulan April dah rupanya.. Cepatnya masa berlalu. Tak lama lagi, mama dan abah akan terbang pulang ke malaya. Sekejap jek dah 3 bulan derang kat sini. Bunyi macam lama 3 bulan tu, tapi rupanya kejap jek eehh... Mmmm... Mulalah nak menghitung hari, mulalah memikirkan betapa sunyinya rumah nanti... Hhuuwwaaaaa....
Dah disebabkan masa di'occupied' dengan merekalah, blog pun sepi tak bercerita... Padahal ada jek cerita yang nak diceritakan. Hehe... Tunggulah masanya akan tiba, bila tahap kerajinan meningkat semula. InsyaAllah... Buat permulaan, kita buat entri menjenguk bulan April. :-)



..:: Happy Reading ::..